Ahad, November 24, 2013

Income pertamaku dari nuffnang

Assalamualaikum....

Lamanya tak buat entri baru. Hari-hari  yang berlalu adalah seperti biasa. Mood update entri ke laut sekejap sebab bila 'stay up' online memalam je nak mengadap cerita Korea. Best woo. Sekarang tengah hot 'The Heirs'. Heroin dia, park shin hye memang heroin favorite aku. Huhu.

Cerita ni dah lama tapi baru terasa nak up dan share kat sini. Aku dah lama berblog tapi tidaklah aktif sangat. Dulu mula-mula seciput je entri yang aku up. Takde yang nak di ceritakan sangat. Hihi. Start dah nak kahwin, baru la agak banyak cerita. Tentang persiapan kahwin dan segala info serta berita baru mesti nak di share dan simpan kat blog ni. 

Bila dah pregnant lagi semakin banyak nak di share pengalaman tu. Berharga. Dan memang seronok di share sebab pengalaman baru yang takkan semua orang dapat dan rasa yang sama. Sedangkan kata orang, setiap anak di dalam adik-beradik pun time pembawaaan semasa pregnant tak sama, apa lagi bagi setiap individu yang berbeza. Kan kan... Kaum lelaki lagi lah langsung takkan dapat merasa pengalaman pregnant yang sangat indah tu. Walau sakit dan banyak dugaan, Masya Allah tak dapat bayangkan nikmat pregnant dan melahirkan. Sungguh indah perasaan yang Allah kurniakan ni. Buat setiap ibu takkan pernah ada rasa fobia atau serik untuk mengandung dan melahirkan lagi. Huhu panjang pulak merapu.

So setelah bertahun aku berblog maka tahun ni dapat merasa hasilnya. Dapat menuai apa yang di usahakan. Walaupun hanyalah cerita apa sangat kan?? Tak banyak sangat. Tak hebat sangat. Tapi tetap syukur. Siapa la yang senang-senang nak bagi duit rm100 senang-senang kan??



Income pertamaku dari nuffnang adalah amaun di atas. Aku keluarkan bulan 8 hari tu. Rezeki anak la kiranya ni. Untuk dia. Jadi memang dah niat di beri pada dia. Mula ingat nak belikan dia sesuatu, macam mainan atau bahan-bahan bacaan. Apa sahaja yang aku fikir dia nak atau sesuai pada usia dia sekarang. Tapi aku fikir, aku boleh belikan guna duit gaji aku sendiri. Maka aku masuk sahaja ke akaun dia. Simpanan untuk hari depan. Yang tak seberapa dari ibu ye sayang...

Syukur... sungguh tak sangka akan dapat income macam ni dari nuffnang. Apa yang aku perasan, income aku mencanak naik dan agak masyuk lepas aku derma yang anak yatim tu. Ada satu masa hari tu nuffnang ada buat kempen derma rumah anak yatim (kalau tak silap). Tahun lepas agaknya. Masa tu dalam akaun nuffnang aku cuma ada dalam rm10 dan sen je. Jadi aku niat sedekah dan bagi semua rm10 tu. Alhamdulillah sesungguhnya Allah Maha Pemurah.



Atas ni yang terbaru punya earning aku. Tidaklah banyak, tidak hebat. Semua rezeki dari Allah jua. Jumlah 8 tu on going. Banyak. Dulu tah berapa je, lepas tu dapat 1 sen, 2 sen. Ada tapi sikit sangat. Entri ni bukanlah untuk menunjuk. Tapi mungkin untuk pembakar semangat terus berblog. Mungkin korang akan lebih hebat dari aku. Bagi yang sekarang ni newbie blogger la. Tak nak cakap lebih-lebih, malu aku. Sebab aku bukan blogger yang hebat or tegar sangat pun. Hihi. Ok la... selamat berhujung minggu.. Wassalam....

Ahad, September 29, 2013

Njoi

Pernah dengar pasal Njoi tak? Hmm.. aku pun tak ingat pulak dari mana aku tahu ni, rasanya dari pembacaan dan survey lepas tv kami di rumah ni hadapi masalah siaran yang tak clear.

Serba-sedikit.. Njoi ni under Astro. Hanya perlu bayar sekali untuk pemasangan piring dan dekoder. Dulu aku ada pakai Astro, agak mahal RM100++ sebab ada ambik pakej sport. Adik minat bola time tu, sekarang dia dah duduk bujang seorang-seorang. Terminate pun dah lama, tahun 2010 dulu kot. Nak berjimatkan, so potong la. Njoi ni boleh dapat 22 channel Astro, channel yang tak berapa best la. Tapi apa aku kisah, nak pasang sebab nak kan siaran tv jelas je. Full stop.

Beberapa bulan lepas tv rosak, jadinya kami tong-tong beli tv baru. Alamak macam tak best bila tv baru tapi sakit mata dengan siaran tak jelas. Nak ambik Astro, paling rendah RM30++ so kalau setahun lebih kurang habis RM400. Sayang. Lagi pun tak berapa nak tengok sangat time siang tu. Kalau mak yang tengok pun, siaran tv biasa macam tv2,3 atau 9. So rugi la kan.

Survey punya survey dan after bincang dengan abangku (sebab dia yang beriya sangat nak pasang tapi still tong-tong bayar.huhu) so kami pilih ambik Njoi ni. Aku yang call dan setel semua urusan. Kat rumah ni memang aku la yang selalu urus untuk hal macm ni. Aku call untuk pemasangan pun 1hb hari tu, ngam bersamaan 7hb depa datang pasang. Ada terbaca, ni ikut nasib la. Ada terpaksa tunggu berbulan-bulan baru dapat di pasang. Adeh.. sedih betul. Masa call pun depa ada cakap penyambungan akan di lakukan dalam masa 7-30 hari. Wow.. sebulan kena tunggu. Hihi.

Jadi after call tu, aku tak lah berharap sangat sebab mungkin sebulan lagi baru depa datang pasang kan?? Tapi lepas 3-4 hari dapat call untuk konfirm datang pemasangan. Alhamdulillah cepat pulak. Oh ye.. kami ambik pun pakej yang second hand, RM280 net. Bezanya cuma ni pakai set lama/second hand. Kalau set baru, RM308 dan pemasangan RM100, so total yang baru RM408. Waranti sama, 1 tahun. Bayar sekali sahaja, no more other charges.

Masa mereka datang pasang memang sekejap je, dalam setengah jam kot. Sebab piring lama, depa perlu tukar je. Palang besi dan kedudukan piring lama tu, kami takde ubah apa-apa pun. Senang la kerja mereka. Aku rasa ikutkan 15 minit je boleh siap kot. Cuma ada sangkut time depa setting dekoder tu. Entah wayar apa tak boleh connect kan antara tv dan njoi channel tu. Lepas tukar wayar semua ok. Bayar cash time tu jugak dan terang serba ringkas and then selesai la.

So far urusan untuk pasang Njoi ni senang. Takde masalah apa pun. Cuma masa aku call customer service untuk pasang ni, dia agak kasar la. Di sebabkan aku tanya pakej yang ada untuk Njoi ni dan apa beza pakej-pakej ni, dia jadi agak angin. Yelah manusia ada emosi, normal ada rasa marah. Tapi awak kan bahagian customer service, yang terima call dari customer so be cool and chill la. Takde customer, awak tak bergaji dan takde pekerjaan tahu! Ingat tu.

Dan setakat dah 22 hari pakai Njoi ni memang puas hati la. Kalau masalah siaran semasa hujan tu tak payah cerita la ye. Sama jugakla macam Astro kan. Hihi. Hopefully ok sentiasa sampai bila-bila la kan? Takde nak memeningkan kepala mak ni nak oiii.. Haha. Aku kesian sebab tengok emak kesayanganku tengok tv dengan siaran bersemut sebelum ni. Hihi. Kalau korang berminat, try tengoklah website Njoi ye. K da tu je.. tata.. wassalam...

Rabu, September 25, 2013

Seiring menginjaknya usia, perlu ke diari?

Perempuan umumnya mesti nak abadikan semua perkara dan hal dalam satu tempat yang kalau boleh di jadikan kenangan dan boleh di tatap di masa depan kan? Aku pun rasa macam tu jugak.



Diari dan perempuan tak dapat di pisahkan. Dulu.. aku pun pernah ada diari. Semasa sekolah menengahlah. Tengah hangat dengan alam remaja. Baru kenal apa perasaan suka pada kaum lawan. Semua di tulis. Segala suka dan kepahitan. Tapi sekarang entah ke mana diari tu. Hangat-hangat tahi ayam je. Hihihi.

Semasa kolej pun ada satu kot itu pun entah ke mana. Wow.. masa tu zaman dah mula ada kekasih. Semua nak tulis. Sms dari si dia pun nak tulis. Adoi tak tahan kalau ingat balik. Lucu. Ceh.. perasaan rindu dendam semua di abadikan kat situ. Al-maklumlah cinta jarak jauh.



Blog pulak, ada orang abadikan cerita kehidupan mereka dekat blog. Aku pun macam tu. Tapi tidak semua perkara. Mana yang boleh di share sahaja. Segan kot kalau nak cerita semua luar dan dalam 'kain' korang. Betul tak?? Aku pun sebenarnya teringin nak abadikan dalam satu buku seperti kisah cinta aku, kemudian kisah tunang-kahwin-mengandung dan sampailah sekarang satu kisah tentang buah hati pertama aku ni. Beserta gambar-gambar kenangan. Dari dia di lahirkan sampailah dah pandai berjalan. Nak jugaklah di compile kan. Sekarang memang senang, gambar digital. Semua main tangkap je tapi yang cucinya nan ado. Semua simpan kat komputer la, kamera la. Bahaya sebenarnya. Boleh hilang di ambil orang atau terkena virus.

Nak mula tu entah dari mana. Banyak nak di buat dan di compile segala cerita dan gambar. Huh baru fikir dah rasa berpeluh. Haha.. ni alasan orang yang malas. Korang tu lagi-lagi yang dah 3-series, korang ada ke simpan diari dan up-to-date? Ada? Alamak.. bagusnya. Respek la! Kena luang banyak masa if nak imbas balik segala kenangan itu dan abadikan pada diari. Dan yang penting kena letak tempat safety ok. Kang kena koyak buat kapal terbang oleh anak aku yang sihat ni.

Bila tengok iklan Friso gold tak silap kat tv tu, terasa rugi pulak kalau tak abadikan saat anak membesar ke diari yang istimewa. Sebab saat-saat ni semua takkan berulang lagi. Nanti sedar-sedar mereka dah remaja then berkahwin. Hihi jauhnya merenung masa depan. Ikutkan hati dah lama tersimpan hasrat nak buat diari istimewa setiap hari saat tumbesaran anak. Bila dia dah pandai meniarap, merangkak, duduk, berpaut dan berjalan. Nanti dah tua takkan ingat u know. Jangankan dah tua, ni hah pun dah lupo. Lagi la bila dah ada anak dua, tiga and so on. Haha.

Jadi marilah sama-sama kita buat diari ye. Yang dah ada tu syabas di ucapkan, korang tak payah susah-payah untuk flash back balik kisah istimewa tersebut. Haha (padan muka aku).

Isnin, September 23, 2013

Polisterin..... eh poligami??

Assalam...

Hah dengar pasal poligami, mesti perempuan dah rasa sentap kan? Aku pun macam tu jugak. Baru lepas baca satu forum ni, menceritakan yang seorang lelaki ni dia dah kahwin lagi satu. Tanpa pengetahuan isteri yang lama dan the best part isteri yang baru pun tak tahu dia dah berkahwin. Apa kejadah??!!!!

Ceh mula-mula buka thread minta pendapat sebab nak kahwin lagi satu, yang lelaki gatal, mat-mat miang menyokong la. Lelaki mana la yang tak menyokong ye tak. Alasan random yang di gunakan, Nabi s.a.w berkahwin lebih dari satu. Amboi sunnah lain tak nak pulak sebut. Baru sebut pasal solat, tah solat cukup atau tak sibuk nak kahwin sampai empat (4).

Memang lah, benarkan suami berkahwin lagi aka kita bermadu, dapat payung emas di akhirat kelak. Tapi terus-terang kalau aku, memang takkan sanggup!! Kalau konon kita nak dapat payung emas then 'terpaksa' benarkan suami kahwin lain, lepas tu di sebabkan makan hati dan hari-hari maki, sumpah seranah suami, macm tu boleh dapat payung emas ke?? Tak.. bukan??

Minta simpanglah dari terjadi kan, tapi aku dah cakap awal-awal kat suami, kalau dia ada niat ke situ (kahwin lain) malah sebelum jadi pun (contoh baru rasa nak ngorat minah mana-mana), jauhkan diri dari aku dan berambus terus dari hidup aku dan anak. Aku tak suka berkongsi. Dengar aje pun dah buat aku panas hati ape lagi kalau berdepan, sebab tu kalau ada terlintas je nak dekat perempuan lain, ok silakan (jalan dan berambus!). Bayang kau pun aku tak nak tengok! Yela bila kau dah suka perempuan lain mean aku ni ada kekurangannya, so teruskan dengan apa yang kau nak dapatkan tu.

Huh marah betul.Hihi tu la tempias ke aku pulak. Haha. Wahai lelaki luar sana, janganlah fikir keseronokan, kesedapan dan kegembiraan kau je. Time kau nak dapatkan si isteri yang ada depan mata, macam-macam di buat. Hargai sebab kau pun bukan bagus sangat. Manusia mesti ada kekurangan. Kalau alasan nak kahwin lain sebab belum ada rezeki dapat anak, usaha dan doa sama-sama. Baru 3 tahun kahwin takde anak, senang bagi alasan nak kahwin lagi satu. Tak guna jadi lelaki macam tu. Kalau isteri kau yang ada lelaki lain, kau marah tak?? Hah macam tu la rasa sakitnya. Tapi isteri tak perlu buat macam tu, jangan sebab suami ada pasang lain, awak pun nak buat macam tu. Buang masa la. Baik enjoy dan spend time dengan keluarga dan member-member. Haha.

Ok la dah membebel panjang pulak. Ni la akibat dari terbaca thread tak guna tu. Hishhh... kalau nak menggatal, berjuta alasan keluar ye. Manusia. Nanti kalau kau susah, baru tau langit tu tinggi ke rendah.. Wassalam...

Ahad, September 22, 2013

Perkembangan setelah 1 tahun dan 5 bulan

Assalam..

Dua puluh lima ni iaitu rabu depan, genap anakku asif berumur 1 tahun dan 6 bulan. Pejam celik dah setahun umurnya. Tak sangka. So sekarang dah tiba masa untuk fikir tentang merancang anak kedua pulak. Tetiba. Huhu.

Sekarang ni dia teramat sihat @ lasak. Dan alhamdulillah mula dari awal bulan hari tu kelihatan dia lebih berisi sedikit. Ramai tegur. Semoga anakku bertambah sihat ye sayang.

Susu badan memang dah lama stop since dia 9 bulan gitu sebab die refuse @ menolak. Memang kata orang itu bukan alasan, maybe boleh perah dalam botol then bagi dia minum. Hmm.. tak apalah mungkin setakat tu je rezeki dapat menyusukan dia. Aku tak nak bahas pasal ni.

Gigi geraham dia sedang menyusul dan berlumba untuk tumbuh. Hihi. Seronok. Lepas ni senang la dia nak makan. Sebelum ni kesian asyik tercekik dan tersedak je bila makan makanan agak keras atau susah nak halus macam roti tu. Bila dah tersedak atau tercekik maka muntah pulak segala isi perut dia. Kalau bab menyusu, ya Allah memang kuat nyusu. Seminggu habis 2 peket yang 1kg tu. Rabak poket mak apak kamu sayang. Hihi. Tapi tak apalah demi tumbesaran kamu. Sebab makan nasi memang dia takmo sekarang ni. Bila sua nasi, dia cakap "tak..tak (sambil geleng)" mean tak nak la tu. Lepas tu terus lari jauh takut kena paksa makan. Haha.

Bercakap memang macam-macam. Tapi bila dia membebel yang panjang-panjang memanglah tak paham sepatah haram la kan. 1 perkataan antaranya yang dia dah pandai sebut walaupun ada yang agak tak clear... buang, kit(sakit), atang(gatal), ayang(ayah), kuk(takut), baby, kak(bukak), tutup, pik(sepit), pin(upinipin), shu(susu).

Tapi kan... anak aku ni suka baling barang lah, mesti ada je nak baling. Kena alert. Takut terbaling dekat tv atau mereka yang sedang tidur kat ruang tamu. Huhu. Since dia dah pandai pegang barang dulu. Memang hari-hari akan kena marah dan warning la tapi macam tu juga. Harap-harap nanti dia boleh stop peel ni. Adakah normal anak lelaki begini? Anak pada saudara aku pun peel macam ni. Anak dia tu tua setahun dari anak aku, lelaki jugak. Aku tengah fikir macam mana nak warning dia cara psikologi. Aku tau cara kasar tak membantu. Tapi kadang hilang sabar jugak so pengajarannya aku pukul manja tangan mana yang baling tu. Hai tetaplah dia buat, siap boleh senyum kadang tu.

Isk nak kena belajar ilmu psikologi banyak lagi ni. Mendidik anak tak senang, makin besar makin banyak dugaannya. Dah la dengan kami suami isteri bekerja cari rezeki, jadi masa dengan anak terhad. Nak kena ada kualiti time untuk mengajar dan mendidik depa. Favorite permainan dia still la bola. Boleh pulak, pergi amik botol susu letak bawah dia then dia sepak. Sabar je la.

Kak zara pulak selalu jadi mangsa. Suka betul dia kacau kakak dia tu. Kalau zara baring sedang tengok tv atau main game kat tab pak ngah dia, boleh pulak asif main jalan pijak atau naik atas zara tu. Kesian. Kadang di tepuk tamparnya zara tu. Zara tu dah la kurus. Nasib la zara tak melawan. Kadang marah gak zara tu so di tolak badan asif, aku tegur jangan buat macam tu. Aku explain kenapa "adik asif kecik lagi, dia tak faham dan tak sengaja tolak kak yaya (nama manja).kalau adik asif buat lagi,kak yaya maafkan ye.jangan balas.kesian.kalau jatuh luka, macam mana?". Tak nak di salah sangka yang aku lebih sayangkan asif, kadang kena peluk dan pujuk dua-dua "ibu sayang anak ibu 2 orang ni.kalau dengar cakap ibu mestila ibu sayang.kalau cuti ibu bawa jalan-jalan k.yang penting kena ikut cakap dan jadi anak baik".. huh letih. Meskipun zara hanya anak buah, tetap sayang dia sama macam anak aku sendiri.

Begitulah rutin harianku. Penat. Tapi aku gembira ada yang tersayang di sisi. Nak up entri pun susah. Sebab bila dah petang terus 'kong', dah penat dan takde mood update story. Hihi. Ok la hepi weekend ye........ ^_^

Ahad, Ogos 25, 2013

Tukar duit ke matawang asing.Pengalaman baru.

Ala tukar duit pun nak kecoh ke? Kata pengalaman baru kan so harus cerita. Mungkin boleh di buat sedikit rujukan untuk yang tak tahu atau tak pernah tukar duit ke matawang asing.

Al-kisah minggu depan mak bersama kakak, abang ipar dan anak buah akan ke indonesia untuk lebih seminggu. Huhu. Aku nak ikut tapi tak dapat. Fulus tak mengizinkan.

Jadi sibuklah menengok kadar tukaran duit ringgit malaysia ke rupiah indonesia dari minggu lepas. Sebelum-sebelum memanglah aku biasa dengan tengok kadar tukaran ni setiap bulan sebab aku adalah orang yang akan mengupdate semua kadar tukaran ni dan email pada semua department di ofisku. Yang selalu kami pakai adalah untuk tukaran sgd, usd, euro. Tapi hanya sekadar lihat no la. Tak ambik port sangat. Duit syarikat, bukan duit aku. Huhu.

Hari rabu (21/8/13) lalu salah satu kedai tukaran duit asing ni di spektrum, bandar baru ampang. 1juta rupiah=rm320. Lepas tu ada urusan di cimb ampang point, so sempat jeling kat kedai tukaran duit luar cimb tu 1juta rupiah=rm340. Wow...beza rm20 tu. Oh ye tengok yang bahagian sell/jual (mereka jual pada kita/customer). Yang bahagian buy/beli (korang ada duit asing lepas tu nak tukar/jual duit tu ke rm dan mereka beli). Masa ni dah bajet nak tukar tapi ada masalah dengan bank tak dapat keluarkan duit pulak. So tak tukar, tunda. Kalau jadi tukar, ofcoz kami akan ke spektrum tu. Hihi.

Hari khamis (22/8/13), bawa mak ke cimb sebab urusan yang tak selesai semalamnya tu. Sebelum tu sempat ke bsn bank jugak. Ke cimb tetap tak selesai sebab customer servis dia sengal. Aku faham kau banyak customer datang bertanya, tapi fahamkan dulu situasi dan baru bagi penyelesaian!! Lepas kami isi borang, di beri no dan pergi la floor atas tunggu no untuk ke meja customer servis pulak yang makan masa berjam-jam sampai zara tertidur kat riba nenek dia, at last sori puan bla bla bla..... memang aku hangin dekat staf bawah yang bagi penyelesaian la kononnya tu!! At last buang masa yang dapat, sampai bank tutup kami tunggu tau. Ok sambung cerita (dah melalut sebab sakit hati punya pasal bila rewind kes tu), kat bawah sempat jeling board, kadar 1juta rupiah=rm330. Still mahal dari spektrum tu.

Hari ni keluar ke ampang point, nak bawa zara dan asif main kat floor atas nun. Tup tup mak kata tukar duit hari ni je, takut tak ada masa lagi nak keluar. Ye la aku dapat bawa dia keluar pun weekend je. Habis pusing ampang point dan beli barang semua, kami singgah tukaran duit situ. Aku cakap tengok je kadar dia dulu, kalau mahal tak nak tukar. Biar aku yang pergi sendiri ke spektrum untuk tukarkan je. Tengok-tengok kadar hari ni 1juta rupiah=rm308. Wow.. beza rm12 mak!! Menyengihla aku. Untung sikit lah, kalau tukar hari tu dah melayang rm12. Boleh buat makan mekdi kot. Hihi. Tapi yang tak best, ada duit besar-besar je. Minta punya minta dapat yang 50,000 rupiah untuk 10 keping je (so 500,000 rupiah la). Kecik dari tu takde. Leceh la kan kalau takde yang kecik, kang nak kena tuka-tukar. Abang tu cakap memang dapat duit besar je, mana-mana pun sama. Aku tak puas hati, so buat keputusan dengan mak tukar rm308 je. Aku ajak mak pergi ke Maxvalu pulak. Situ pun ada satu kedai tukaran duit asing.

So singgahla sekejap baliknya. Isk3.. sini rendah lagi sikit tau. Cuma rm304.50. Ko kira berapa? Beza rm3.50 tu dari ampang point tadi. Huhuhu. Yang tak best jugak, depa pun duit besar. Hanya ada kepingan 100,000 rupiah je. Kocok-kocik nan hado. Adei la. Lagi teruk. Mak cakap tukar je la. Pe nak buat, takut esok tukaran naik pulak. Kalau turun takpe, untung. Kalau naik?? Kuang kuang kuang.

Nak simpulkan la di sini, semua tempat kadar tukaran duit asing tu tak sama. Kalau korang rajin tengok dan survey, sila lah. Tak rugi. Kalau duit memang banyak tu takpelah. Kami ni orang susah, walau seringgit tetap berharga. Ok wassalam...........

Ahad, Julai 21, 2013

Di mana kelembutan seorang wanita?

Wanita dan kelembutan memang sinonim kan? Walaupun ramai jugak yang taklah lembut sangat. Termasuklah aku. Huhu.

Aku tulis entri ni bersangkutan dengan 2 insiden yang baru-baru ni aku alami. Kejadian yang hampir melibatkan kemalangan antara 2 wanita yang kurang sabar. Tiada sifat kelembutan, lembut pada hati. Dua hari berturut insiden ni.

Hari khamis, aku merempit dengan suami. Seronok bila ada suami yang hantar dan jemput kita. Hihi. Peluang ni aku ambik bila suami cuti atau ada masa yang kena. Almaklum, suamiku ni kerja shift. Tak tentu.

Semasa perjalanan balik ke rumah, dan biasalah pasti jalan jem. Di satu simpang yang memang sesak dan jem, seorang wanita ni bertudung naik kereta. Ku namakan wanita A. Yang seorang wanita lagi, tidak bertudung dan naik motor. Ku namakan wanita B la ye. Semua bersesak nak cepat. Apa lagi yang bermotor. Yelah naik motor senang nak selit-selit kan? Wanita bermotor ni nak selitlah lalu depan kereta wanita A, tapi wanita A ni menghimpit ke depan. Aku pun ada terfikir, apa la salahnya bagi gap lebih sikit dengan kereta depan dia, supaya wanita B tu boleh lalu. Sampailah bila wanita B dapat lalu depan kereta wanita A, dapat aku dengar 'sabarlah' sambil pandang ke wanita A.

Tetapi berapa saat lepas tu, bila wanita B hampir lepas, dia buat isyarat tak elok dekat wanita A tu. Faham-faham je lah, isyarat jari tengah tu. Huhu. Wah wanita A tak puas hati, siap hon balik tu. Lepas dapat je ke depan dan lepas dari simpang sesak tu, bukan main laju tekan minyak. Macam nak kejar wanita B tapi aku tak pasti pulak ke mana dah wanita B tadi. Macam gengster kan. Kesimpulannya, salah besar pada wanita A sebab tak punya hati untuk beri sikit laluan. Dah la pakai kereta, berbanding wanita B pakai motor yang risiko kemalangan lebih besar dan teruk kesannya pada dia. Salah wanita B sebab tunjuk isyarat yang tak elok. Kalau tak boleh angkat tangan sebagai tanda terima kasih atau hormat, jalan saja lah. Tak payah toleh lagi. So dua-dua salah.

Insiden kedua pulak. Hari keesokannya, aku drive pergi kerja. Balik kerja jugak. Seorang wanita yang bertudung dan berkereta. Wanita A la aku namakan. Seorang wanita berkereta hijau dan tidak bertudung, wanita B. Masa tu aku nak keluar dari parking. Buka je pintu dan nak masuk kereta, dengar bunyi hon. Bila aku toleh, wanita B hon wanita A sebab wanita A macam nak masuk parking sedangkan dia nak jalan terus. Kira menghalang laluan dia lah kot. Wow tengok-tengok, kereta wanita B bahagian depan ranap. Keadaan lepas kemalangan lah. Entah baru jadi atau dah memang begitu keadaannya. Laju jugak dia bawa. Padahal situ depan pasaraya, tak kena tempat untuk dia racing. Huhu. So yang salah wanita B la kot. Sebab bawa laju tak pasal. Kalau wanita A nak masuk dulu kotak park pun apa salah. Apa yang di kejarnya tu wahai wanita B.

Entahlah zaman sekarang ni, wanita semakin tiada rasa sabar. Dekat jalanraya dah macam lelaki je caranya. Janganlah jadi gengster jalanraya. Bawa berhemah. Lambat sikit pun apa salah, asalkan selamat. Nak cepat, keluar awal la. Tau bulan puasa ni perut lapar, dan badan lemah sikit dari hari biasa tapi itu bukan alasan. Bulan ramadhan kan memupuk kita untuk banyak buat baik? Ambik banyak kesempatan buat pahala. Tak gitu?

Ok la ini untuk peringatan kita bersama, untuk aku jugak. Wanita perlu lembut, tak luaran biarlah dalaman lembut. Punya hati lembut, tapi tak bermakna lemah. Pernah dengar tak, selembut-lembut wanita bisa menggoncang dunia. Hebat tak hebat la seorang wanita ni. ok la wassalam.. 

Sabtu, Julai 06, 2013

Contest Baby Ceria By http://barangbabymurah.blogspot.com

 
 
 
 
Jom membeli barang baby dengan harga borong, minimum 1 barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com
 
 
********************************
Peraturan contest ::
 
1.contest terbuka kepada semua golongan masyarakat malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.
 
2. Semua lapisan umur boleh join.
 
3. Anda cuma perlu submit gambar baby anda dalam mood yang ceria. Tak kisah samaada baby tu anak sendiri,anak saudara, atau cucu.
 
Peraturan contest untuk yang nak join guna facebook :-
 
1. Jika anda tiada blog,anda boleh submit gambar melalui facebook.
 
2.Add facebook personal saya. (Ada di sidebar). Jangan add acc fan pages saya ye..
 
3.Create 1album khas dengan nama "contest baby ceria by barangbabymurah.blogspot.com"
 
4. Di dalam album tersebut,anda diwajibkan letak banner contest(refer gambar diatas).
 
5. Kemudian,anda upload gambar baby anda dalam mood yang ceria dan HARUS TAG FACEBOOK saya.
 
6. Description gambar haruslah letak point2 berikut :-
1. Jom membeli barang baby dengan harga borong minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot com
 
7. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.
 
List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI DI RUANGAN CAPTION GAMBAR BABY ANDA. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH YANG ANDA PILIH JIKA ANDA MENJADI PEMENANG.
 
1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys
 
Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.
 
Jika anda nak join contest melalui entry blog :-
 
1.. Jika anda nak join melalui entry blog, anda harus letak title entry :: contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com
 
2. Anda harus masukkan gambar banner contest.
 
3. Masukkan juga gambar anak anda dalam mood ceria.
 
4. Anda perlu menulis di bawah gambar tersebut :- " mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"
 
5. Anda juga harus menulis hadiah yang anda nak jika anda dipilih sebagai pemenang.
 
List hadiah yang ditawarkan kepada anda jika anda menang(pilih salah satu sahaja).ANDA MESTI COPY PASTE SENARAI HADIAH YANG DITAWARKAN INI KE DALAM ENTRY YE. KEMUDIAN BARU MENTION HADIAH APA YANG ANDA NAK JIKA ANDA DIPILIH SEBAGAI PEMENANG.
 
1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys
 
Sila pilih salah satu. Jika anda dipilih sebagai pemenang,saya akan hadiahkan pilihan yang anda pilih di awal contest.
 
6. Submit kepada saya entry tersebut dengan meninggalkan link entry anda pada ruang komen.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
4. Sama ada join melalui facebook atau blog,anda jangan lupa untuk letak nama penuh anda dan nama baby anda.
 
5. Hanya akan ada 2pemenang dan 8orang hadiah saguhati. Hanya pemenang PERTAMA yang akan dapat hadiah yang dipilih sendiri, pemenang KEDUA akan mendapat TRUNKI BAG. 8 orang saguhati akan menerima rompers ck 3in1.
 
6. Jika anda pasangan yang berkawen,anda dan suami boleh join secara berasingan.
 
7. Anda boleh ajak family anda untuk join, 1baby ada 6 7 gambar pun tetap saya terima,tapi haruslah berlainan owner blog dan berlainan owner facebook.
 
8. Gambar tak semestinya anak anda seorang..gambar anak anda dengan anda boleh. Dengan kawan2 dia boleh..tapi mesri makesure anak anda nampak ceria,nampak happy dalam gambar.(if dalam gambar ramai baby,tolong inform saya mana satu anak anda ye).
 
9. Contest terbuka kepada baby/toddler umur 6bulan hingga 5tahun.
 
10. Dibawah gambar banner samaada difacebook atau di blog,sila copy paste langkah2 untuk join contest ini.
 
11. LETAK SEKALI TARIKH MULA CONTEST DAN TARIKH TUTUP CONTEST YE.
 
Contest bermula sekarang!!!
12.6.2013 hingga 7.7.2013.

********************************
 
List hadiah menarik jika terpilih sebagai pemenang :
1.rocker fishes price newborn to toddler (biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage (pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare (pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys
 
Kalau aku di pilih sebagai pemenang.... aku nak toys storage (pooh).
 
Butiran kami anak beranak
Nama ibu : farsianah (yana)
Nama anak ceria : abdullah asif
 
P/s : Jom la kawan-kawan join memeriahkan lagi contest ni. Mana tau ada rezeki untuk dapat hadiah best ni. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kita tak siapa yang tahu kecuali Allah yang Esa. ^_^

Selasa, Julai 02, 2013

Cara kerja mereka

Pejam celik masuk 6 bulan dah aku bekerja di sini. Dalam pada tak suka. Dalam pada selalu rasa nak cari kerja lain. Tup tup dah 6 bulan rupanya. Hihi. Ini kali pertama aku bekerja dalam bahagian yang di kelilingi bangsa lain dari aku. Bangsa cina. So nak cerita sikitlah pengalaman bekerja dengan mereka. Bahagian lain ramai juga melayu, cuma bahagian kami satu-satunya yang duduk di tingkat lain. Ada terasa janggal lah bila mereka berbahasa mereka, tapi aku tak kisah as long bukan kau berborak mengutuk sakan dalam bahasa kau. Tu je aku tak suka.

Aku menulis ni tanpa ada rasa kebencian pada bangsa lain ok. Orang putih kata racist. Tidak sama sekali. Bangsa apa pun mereka yang bekerja di sekelilingku tapi kalau mereka kerja bagus dan sistematik, memang aku sangat respek. Dan sebolehnya aku nak ambik banyak ilmu dan pengalaman sebaiknya.

Sebelum ni selama pengalaman aku bekerja di bidang perakaunan selama 7 tahun lebih, memang aku banyak di kelilingi rakan-rakan sekerja berbangsa melayu. Kali ni agak mencabar. Tak di nafikan head kami agak garang bila mengajar. Dia perempuan. Kadang yang kita rasa remeh, tidak pada dia. Dia tegur, mula dulu memang agak kasar (aku sampai menangis 2 kali tau). Menangis sebab geram! Tapi lama-lama fikir aku macam boleh terima, mengajar sebab nak aku pandai buat kerja. Dia kan macam ada 2 watak tau, bila masuk hal kerja straight sangat, tapi lepas tu terus ok. Macam takde apa berlaku. Cuma aku sangat pantang kalau ketua tak fair. So far takde big deal yang menampakkan dia tidak adil. Tapi sekarang dia mengajar aku dengan cara agak lembut, no high tone lagi. Beranilah nak high tone, aku cabut nanti. Huahuahua.

Yang lagi seorang ni memang aku respek habis. Perempuan jugak. Dia yang ajar aku banyak. Kerja dia memang sistematik. Sampai dia boleh ngantuk-ngantuk sebab takde kerja. Hihi. Yelah kerja dia dah habis, santai lah dia. Sungguh tau. Dia kerja fokus. Tengok takdelah laju, cuma buat kerja tak henti. Time nak makan, minum dan pergi tandas je dia stop. Dahlah jenis tak banyak cakap. Masuk kerja sharp, balik pun sharp. Salute lah.

Apa yang aku respek, memang betul aku dengar sebelum ni bangsa cina kuat kerja. Ye mereka ni bila kerja seolah takde hal lain di fikirkan. Fokus. Mesti setel time tu jugak. Kalau melayu suka tunda-tunda selagi ada masa, macam aku jugaklah. Tetapi, rupanya mereka pun ada masalah tak ngam. Sebelum ni aku fikir, mereka bila bangsa yang sama mesti satu hati. Tapi kat sini, time rehat makan buat hal masing-masing. Macam ada geng-geng lah. Yang aku memang makan seorang memandangkan mereka ni tak faham jadual solat kita. Aku time rehat terus solat lepas makan. Lagipun selera tak sama kot. Kadang ada makan sama tapi jarang sangatlah.

Harap janganlah di buat kontroversi entri ni ye. Hehe. Tidak berniat memburuk siapa-siapa. Cuma bercerita pengalaman sahaja. Kat mana, dengan siapa pun mesti ada pro dan kon nye kan??

Ok time to sleep, pukul 1 pagi sudah......
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz... assalamualaikum....

Rabu, Jun 26, 2013

Favorite putu bambu tersedap menjilat jari!

Siapa suka kuih putu? Angkat tangan! Tak kisahlah putu piring atau bambu. Yang bambu bila bentuk dia yang panjang macam gula melaka seketul tu. Atau kata lain bambu=buluh. Kalau yang piring, bentuk leper tu. Bukan putu mayam ye, itu jenis lain punya. Hihi. Kuih putu bambu/piring ni salah satu kuih kesukaan aku dari dulu lagi.

Tapi bukan semua aku sebat je. Aku try dulu, dan kalau tak best aku takkan pernah beli lagi. Huhu. Setakat ni dari dulu sampai sekarang, putu paling sedapppp dan marvelessss ada di pasar malam taman melawati (see betapa sedap sampai aku taip berlebih p dan s...). Hihi.

 

Yang ada rasa pandan, warna hijau tah apa brand nama dia tah, aku tak berapa kena pulak. Still ni the best. Tepung dia cair di mulut, kelapa dia lemak je dan gula dia sedap. Atas ni gambar dia, pembungkus dia guna kertas putih. Tempat lain aku try ada je tak kena, gula terlebih manis la, kelapa kering dan tua la, lepas tu tepung rasa macam kesat (susah nak di jelaskan).

Tempat yang jual ni kat pasar malam taman melawati, yang dekat area-area kfc tu. Bukan yang dekat-dekat bawah jambatan tu. Korang cuba la. Cuba sekali, mesti nak lagi. Kalau taste kita sama la kot. Hehe.

Ahad, Jun 23, 2013

Jangkitan kuman paru-paru (part 2)

Wah... siap berpart-part lagi ye. Bukan apa, kesinambungannya aku nak ceritalah sikit keadaan anak aku selepas dia alami jangkitan kuman paru-paru tu. Dari info yang aku baca, sakit ni boleh melibatkan keadaan yang tak serius sampailah keadaan yang membahayakan nyawa.

Sejak dari tu, kalau dia demam dan batuk dia dah datang, itulah yang kami risau. Baru-baru ni, jumaat lepas baru pergi Hospital ampang. Minggu ni, badan dia rasa panas. Berjangkit dari kakak zara dia tu, dia selsema dan batuk. Badan dah mula rasa panas, selsema dia pun datang. Di ikuti dengan batuk. Nampak awal-awal macam tak teruk sangat. Hari rabu dah surut, batuk pun kurang.

Walaupun anak aku ni demam, tapi selera dia masih ok. Kecuali dia memang tak nak makan nasi. Tah macam mana, lepas dia minum nutrigen (tak sejuk), hari khamis tu batuk dia menjadi-jadi pulak. Malam tidur tak lena. Batuk-batuk dan muntah 2-3 kali jugak lah satu malam. Dah lah suami banyak kerja malam, aku lah bersengkang mata seorang. Kalau dia ada, bergilirlah kami.

Pagi jumaat tu dari subuh, lepas bagi dia minum susu (lepas tu terus muntah) dia tak nak tidur dah. Kadang ni peel dia, sebab batuk teruk dia tak nak baring/tidur. Dia fikir bila baring dan tidur, dia akan batuk dan muntah. Batuk dia pulak berterusan pagi tu, aku mula tak sedap hati. Makin teruk ni. Terus sms suami ajak pergi hospital terus lepas dia balik kerja pagi tu. Di sebabkan aku bekerja, so ambil time-off.

Dalam pukul 9 lebih, kami gerak. Wah parking macam biasalah susah yang amat. Aku suruh suami aku bawa anak masuk dulu ambil numbor, aku pergi parking kat luar. Fuh nasib baiklah tak lama. Kena tunggu 2 nombor je. Padahal dalam tu ramai tunggu giliran. Entah la bahagian apa pulak. Tunggu 10-15 minit je macam tu. Terus ke bilik 17, jumpa pegawai bertugas. Ambil berat anak. Hish time ni dia dah start, Dia tarik baju ayah dia. Hihi. Pegawai dah pening. Ya Allah baru ku tahu si anak makin banyak akal. Start pegawai tu nak check guna stetoskop tu, dia dah menangis. Dia suruh pujuk jangan nangis, dah puas juga kami pujuk tapi tak jalan. So tak dapat check. Terus dia tolak kami, masuk ke dalam bahagian ASMA. Kerusi bersusun kat situ untuk dapatkan rawatan Nebulizer tu. 

Doktor kaitkan jangkitan kuman paru-paru ni dengan asma. Pernah sebelum ni doktor tanya kami, ibu bapa ada asma tak? Kami jawab takde, famili pun takde. Soalan kedua, ayah merokok? Cepat aje aku jawab iye. Jadi di sini, jawapannya walaupun latar belakang famili ibu bapa takde asma, ibu atau bapa yang merokok juga punca anak kena asma. Dalam kes ni, ayah dia la yang merokok. Walaupun ayah dia merokok kat luar rumah tapi asap rokok tu melekat dekat baju+seluar+badan, maka bila si ayah mendukung anak, anak tu akan sedut asap rokok tu. Anda fahamkan? Info ni aku dapat dari rancangan WHI yang pernah aku tonton dulu. Bukan rekaan aku.

Ok bersambung, semasa nak bagi nebulizer tu kat si anak, astaga dia punya menangis rasa 1 hospital bergegar. Huhu. Sedih. Kami tak pernah dengar dia nangis sampai macam tu sekali. Mula kami pujuk secara lembut. Tapi dia still menangis tak nak. So doktor suruh paksa. Hati mak bapak mana nak buat ank secara kasar kan? Tapi kami kuatkan hati jugaklah. Masa ni kami berjumpa 2 doktor, mula doktor melayu then indian. Yang indian ni lah melayan kami. Sebab doktor yang mula macam tak boleh handle. Nak check hearbeat tak dapat, guna mesin nak read hearbeat pun tak dapat. Anak kami menangis je sepanjang kat sini. Dia dah pandai. Pada hari tu asif dapat rawatan sedut nebulizer tu saje la. Balik tu ubat bawah ni yang di bekalkan pada kami, ubat demam (paracetamol) dan antibiotik.

 
Ubat demam aku tak bagi langsung, memandangkan dari pemerhatian si anak dah tak demam lagi. Pegawai tu amik read 36. Jadi aku rasa tak perlu. Antibiotik ayah dia bagi sekali hari yang sama. Aku tengok dia dah makin baik, so aku tak bagi dah antibiotik. Maknanya cuma bagi sekali je. Bukan apa, aku tak naklah anak kami ni makan ubat banyak-banyak. Dia kecik lagi. Sebenarnya ubatan ni pun tak boleh untuk dia, tapi untuk tengok dia sihat, redha je la. Berdoa tak jadi apa-apa yang melarat. Semua kuasa Allah.


Ni hah bukan gambar terbaru asif, tapi ni gambar dia yang dekat dan tak berbaju. Motif aku tunjuk gambar ni? Supaya boleh tengok dada dia tu. Kata besfren kakak aku merangkap seperti kakak kami, dada jenis macam ni iaitu 'dada burung' biasa memang ada asma. Sebab? Anak saudara dia 2 orang alami asma yang teruk. Sampai beli ubat dan mesin beratus. Kira dah tahap teruk. Dada dia orang berbentuk macam ni katanya. Wallahualam. Keadaan mereka agak teruk sebab ayah mereka memang ada asma.

Ok antara tanda/gejala jangkitan kuman paru-paru/asma ni (yang asif alami) :
- demam
- batuk teruk
- muntah-muntah
- nafas berbunyi
- nafas laju

Kalau ada tanda ni, janganlah di lengahkan ye. Cepat bawa pergi jumpa doktor. Ada kes yang berat, sampai dia kehilangan anak dia yang masih kecik lagi. Pada mak/bapak yang merokok, berhentilah demi anak. Tak kasihan ke anak agaknya. Hmmm. Termasuklah untuk suamiku. Berkorbanlah untuk anak, tak boleh ke?? Ya Allah semoga asma asif tak teruk la. Semoga sakit dia ni akan sembuh seiring dengan peningkatan umurnya. Amin.

Rabu, Jun 19, 2013

Akhirnya yuna dan aizat serius

Rentetan dari coretan aku di SINI maka dengan gembiranya mewar-warkan akhirnya mereka serius sudah! Wow aku pulak yang over excited kan. Haha sesekali jadi 'gila' tak salah. Bukan serius bercinta tau cuma berduet (tapi kalau betul secara diam-diam apa salah juga kan. Hihi). Masing-masing masih single dan belum berpunya. Jodoh di tangan tuhan. Psssttt.. tajuk bukan main macam paparazi kan?? Boleh mengundang kontroversi.. :P

Korang try la dengar lagu baru mereka ni. Best tau. Lagu dia sempoi dan rileks je dengar. Meh aku bagi link. Dwihati tajuk lagu dia.


 
Sweetnya............ toing toing........ ^_^
 
 
Macam mana dah dengar? Best tak. Haha masing-masing punya pendapat lah kan. Apapun good job untuk mereka berdua ni.
 
Sejak kebelakangan ni, aizat macam more tu lagu atau muzik zaman dulu-dulu kan. Evergreen. Yang jeripah, dan terbaru dengan Noh Hujan tu. Tapi bila orang dah berbakat, best jadinya.
 
Pssssstttttt... yuna pulak sekarang ni hari-hari tengok kat iklan Kakaotalk tu. Ada Top jugak kau. Korang dah try pakai Kakaotalk? Aku baru merasa Wechat je. Itupun tumpang husband punya je. Hehe. Membe aku yang 'penggila setia' Top tu siap up status di mukabuku, "kalau pakai kakaotalk ni, boleh call free dengan Top ke??"...... Aiyakkk.... sabo je la.... Hahaha..
 
Ok adios.. mengambil masa up entri di tengah pagi buta ni (2 lebih tu), terjaga dari tidur melihatkan si anak yang tak berapa sihat. Demam. :(
 


Rabu, Jun 12, 2013

Mula berjalan pada umur berapa??

Pertama kali anak berjalan.. ni salah satu perkembangan yang dah tentunya para parents tak sabar tunggu kan?? Termasuklah aku dan suami. Lagi-lagi untuk anak pertama macam kami. Segala-gala tentang anak buat kami excited.

Di perhatikan perkembangan asif memang agak lambat sedikit seperti contoh dia mula pandai meniarap pada umur 5 bulan. Tapi aktif dia seperti biasa. Malah sekarang aktif sungguh sampaikan kami yang tengok ni naik letih. Hihi.

Yang betul-betul boleh di ambil kira anak kami mula pandai berjalan tanpa sokongan masa umur dia dah menginjak 1 tahun dan 2 bulan++ iaitu jatuh pada 29 mei lepas. Tarikh ni jatuh hari rabu, hari bekerja lah kan. Balik pada kerja aku tengok anak ni berjalan je, lama dari biasa. Sebelum-sebelum memang dia dah boleh berjalan atau erti kata lain bertatih. Paling lama dalam 10 tapak macam tu. Dan dia agak malas, bila dah jatuh dia tak nak atau tak reti bangun balik. Kalau nak bangun, kena bergantung pada something seperti dia akan pegang badan aku then dia bangun untuk jalan.

Tapi pada hari tu aku tengok, dia syok je berjalan. Lepas tu dah kuat angkat badan sendiri tanpa bantuan untuk bangun balik bila jatuh. Berjalan dari depan ke dapur, dari dapur ke depan. Dah stabil. Kuda-kuda dia dah kuat la kiranya. Hehe. Nampak dia seronok dengan kebolehan baru dia tu. And now, sangatlah tak reti duduk diam. Berjalan je. Duduk pun tah berapa minit je. Letih aku yang tengok ni. Terlebih tenaga.

Bab jatuh tu banyak kali jugak. Masih belajar la katakan. Lagi-lagi baru belajar pakai kasut untuk berjalan kat luar rumah. Aku yang excited, belikan la dia kasut tit tit tu. Ala kasut budak yang berbunyi tu bila berjalan. Ni untuk buat dia lagi seronok untuk jalan. Bila dia pakai kasut jadinya makin kerap jatuh. Kadang terpijak kaki sendiri. Kelakar jugak tengok, tapi selalu bagi semangat la suruh dia bangun balik. Yang tak boleh blah, bila dia macam nak berlari. Ada hati tu. Padahal baru pandai berjalan.

Sekarang hari-hari minta untuk bawa dia keluar rumah untuk dia main koman-koman kat ruang park kereta depan rumah. Still dalam pagar luar tu la. Main kejar-kejar, cak cak dan pusing keliling kereta. Bijak anak ni, di sebabkan dia nak keluar main sebelum aku masuk rumah bila balik dari kerja tu, dia dah standby tunggu. Di tahan aku dari masuk rumah. Dia yang keluar dulu. Aduhai. Makin penat la bila dia dah dapat kaki ni.

Tapi yang agak menyenangkan, bila nak tukar pampers atau nak mandikan dia. Aku cakap jom kita mandi/tukar pampers. So aku jalan dulu menuju ke dapur. Dia ikut belakang. Dah tak payah nak dukung. Tapi kalau dia tengah leka tengok tv atau bermain, lambat betul nak mengikut. Tengok belakang, aik takde pulak. Dah aku ke depan panggil lagi.

Lain-lain perkembangan dia sekarang (all in one la ye). Al maklum jarang buat entri sekarang. Hihi. Bukan sebab malas tapi takde masa dan ruang. Alasan..
- Hmmm... pandai suap. Bila minta dan cakap 'ibu nak, suap ibu..aaaaaaa' so nanti dia suap la tu. Tak kedekut.
- Gigi udah 5 batang, 3 atas dan 2 bawah.
- Bila nak ambik gambar dan cakap senyum... dia senyum lebar dan tunjuk segala gigi dia. Sambil jugak kerutkan mata dia.
- Pandai sebut kakak, nenek, mama. Ibu dan ayah belum pandai sebut. Huhu sedih.
- Boleh suai padan binatang dan bunyi. Contoh bunyi anjing macam mana?? gong gong gong. ayam?? kokoko. kambing?? bekkk. Tapi kadang ke laut jugak la atau pun dia buat tak tau je. Takde mood kononnya. Haha.
- Pandai merajuk! Kalau dia merajuk, dia terus baring meniarap sambil hentak kaki. Eh sapa la ajar. Ikut sapa agaknya?? Ayahnya kot. Hikhik.
- Pandai mengarah. Kalau dia tak suka cerita apa kita tengok, dia ambik remote control dan di baling kat kita. Maknanya suruh tukar kat cerita yang dia suka. Sekarang ni habit dia sangatlah suka movie kartun rio. Hari-hari ngadap. Tah sehari berapa kali. Kadang yang paling kelakar, dia ambik remote dan hala ke tv. Nak tukar sendiri la tu kononnya!! Gelak sakan aku tengok gelagat dia ni.
- Tak suka makan nasi. Alahai susahnya nak bagi dia makan sekarang ni. Bagi nestum pun langsung tak bersentuh. Dulu semua bila kita nak suap, dia nganga je. Sekarang ni dia macam tau je. Nak suap nasi je dia geleng. Lepas tu lari pergi jauh-jauh. Tapi kalau kami makan coklat atau keropok nak aje minta.

Ok la takat ni je celoteh. Buat tatapan diri sendiri jugak perkembangan anak bila dah setahun ni. Hihi.

Sabtu, Jun 08, 2013

Pertama kali ke Ikea

Hahhhh...ni cerita masa cuti umum Wesak day hari tu. Dah 2 minggu lepas kau. Baru ada masa nak buat entri ini. Percaya tak ini pertama kali aku pergi Ikea? Yang kat damansara tu. Setelah lama ada kat Malaysia ni dan setelah sekian lama jadi bualan sahabat dan saudara di sekeling aku, barulah kali ni ada peluang jejak ke Ikea ni. Itu pun secara tak sengaja.

Sebelum hari tu kami rancang kononlah nak pergi Jeram, port dickson, dan macam-macam lagi dan at last semua tak jadi. Apara. Kita orang memang biasa macam ni. Kalau di rancang tu mesti la tak jadi. Kena secara spontan orang kata.

Dapat pergi Ikea ni pun sebab adik aku ada appoinment nak jumpa customer dia. Dia ada la buat bisnes kecil-kecilan secara sambilan kan. Pergi time cuti, dapat agaklah mesti ramai orang. Sampai sana je, wow.. besar jugak ye Ikea ni. Sebelah dia Ikano eh. Tapi nampak memang syok la. Besar tempat dia. Anak buah aku dah kecoh la nak pergi main dekat kidszania tu. Nasib la anak aku belum reti lagi. Kalau tak, mereka berdua dah pakat merajuk la kalau tak dapat masuk situ.

Satu je aku taknak lepas peluang bila datang sini. Nak rasa meatball dia!! Hahaha. Yela memang kecoh pasal meatball dia ni. Pernah bekas kawan sekerja cakap 'hmmm..kalau ikea depan ni je, hari-hari aku makan meatball dia je!' See. Kau boleh agak kan macam mana sedap agaknya meatball ikea yang di sebut-sebut ni. Telan liur jugaklah aku dengar. Dan at last dapat merasa. Haha memang sedapla. Tapi kalau kau tengah kebulur, kena sabar lebih la. Peh orang beratur ramai gile. Aku just tunggu meja kami. Nak cari meja pun leceh la ramai sangat orang.

Aku ni memang boleh drive. Pergi kerja pun drive. Tapi tempat kerja sekarang ni beberapa langkah je pun. Dalam 10 minit je la. Dan aku memang sangat malas nak drive jauh. Kalau keluar dengan adik aku, pasti dia yang kena drive. Haha. That's why kenapa aku tak pernah sampai ikea yang femes ni ha. Teringin tapi malas membatasi. Ikea tak nak buka dekat Ampang ke?? Hihi.

Ok kat sana borong jugak lah kami. Time tu yang pergi, kami 4 beradik, anak buah, my son dan emak kami. So dewasa 5 orang dan budak 2 orang. Ngam satu kereta. Aku sempat la grab lampu comel tu. Yang bentuk bunga dan kumbang. Cantik. Time pergi ni hujung bulan la so duit tu dah nipis. Next time pergi nak kena standby duit lebih sikit. Geram dengan kabinet almari dia tu. Save ruang tau.

Sepanjang perjalanan kami dalam Ikea tu, si zara tak puas hati. Mama jom la pergi main-main. Dia nak masuk kidszania tu. Eh kidszona ke kidszania ke. Lupa sudah. Mama dia kata mahal, so tak masuklah. Aku pun tak tau berapa caj dia. Dan nak balik tu baru perasan ada tempat untuk permainan kanak-kanak kan?? Free pulak tu. Tapi kena capai ketinggian minimum dia. Tak sure berapa. Jawap pun macam mulut dia ada emas. Berat mulut.

Yang aku tak suka, staf-staf sini agak tak ramah la. Masa kat kaunter, aku tanya beg kena beli ke. Apa la salah kau jawab. Jangan la ingat semua orang hari-hari datang ikea ni. Aku siap mention ni pertama kali saya datang. Tapi dia buat macam pekak je. Kami beli kot, bukan free barang tu!

Minta maaf la, kat mana-mana kedai/kedai makan, pada aku la dia orang kena di beri latihan mesra pelanggan la. Dah la susah nak senyum. Bila tanya, buat pekak. Kena ingat, pelanggan yang bayar gaji korang. Kalau takde pelanggan, dah lingkup tempat kerja kau tu.

Hah lagi satu, korang jangan lupa singgah kat area sebelah kaunter ada tempat barang second hand. Mana la tau ada yang ok dan korang boleh grab. Adik aku kebetulan jumpa lampu meja. Still ok. Dari harga ratus turun ke puluh-puluh je. Dah saving kat situ. Nampak barang situ masih ok cuma mungkin sedikit calar, patah dsb.

Ok itu je nak cerita. Bye bye........ wassalam.... 

Isnin, Mei 20, 2013

Kecenderungan si anak

Assalamualaikum.. apa kabar kawan-kawan??

Hari yang sangat sibuk sejak kerja tempat baru ni. Selalu ingat kat blog tapi kurang masa untuk menaip dan membebel di blogku ini. Pejam celik dah 4 bulan aku kat ofis baru ni. Walaupun tidak suka dengan suasana di sini. Erm..apa nak buat. Bertahan la selagi mampu. See... dah merapu ke mana pulak.

Kalau korang terbaca entri aku sebelum ni, semasa aku mengandung suka tengok perlawanan bola. Yang mana sebelum aku mengandung, aku bukanlah peminat tegar bola sepak. Tup tup bila anak dah sedikit besar, entah masa dia berapa bula kot, dia dah kenal apa itu bola.

Bila sebut bola, dia cari-cari atau tengok bola. Padahal benda lain dia tak tahu lagi. Dan di sebabkan nampak minat dia pada bola tu, si ayahnya pun suka belikan dia bola je. Dalam masa umur dia setahun ni, dah 3 biji bola kot ayah dia belikan. Itu belum campur yang sedia ada kat rumah ni, dalam 4 biji kot. Pelbagai saiz ada. Yang sebesar tapak tangan dia sampailah saiz bola macam pelampung tu. Giant saiz takde lagi. Haha cukuplah macam-macam bola yang ada.

Dan dia suka nak suruh orang main bola dengan dia. Kecik-kecik dah pandai baling, tangkap dengan kemas dan ada hati nak sepak bola walau jalan masih terkedek-kedek. Tapi di sebabkan dia lelaki, so aku galakkan la. Takde masalah pun kalau dia suka main bola. Mana lah tahu kalau nanti dia besar jadi pemain bola sepak profesional. Macam safee sali tu. Bangga kami sebagai orang tua dia. Hehe.

Kecenderungan anak korang apa pulak? Terhibur hati bila tengok keletah, kelincahan dan keaktifan anak kita kan? Hilang penat lelah kerja seharian....

Isnin, April 29, 2013

Tumbuh gigi pertama dan mitosnya

Assalamualaikum....

Di kala usia anak aku mencecah setahun sebulan barulah gigi pertama dia atau boleh di panggil gigi susu dia muncul. Sebatang. Belah atas, kiri. Agak lambatkan? Ini aku buat perkiraan dari anak-anak kawan-kawan aku yang umur sebaya dengan anak aku, anak dia orang dah dalam 4-5 batang gigi ada.

Mak aku lah yang tegur dan beritahu aku pasal gigi dia dah tumbuh satu kat atas. Hehe nampak sangat aku tak alert ye. Eh idok la gitu. Aku selalu jugak check masuk jari kat mulut dan rasa gusi dia. Cuma rasa gusi dia dah keras. Tapi takde apa yang muncul. Ni bila aku tak check ada pulak si gigi ni muncul.

Sekarang pulak, gigi atas yang belah kanan dah muncul jugak. Dah boleh nampak tanpa di sentuh. Kalau tak silap, memang masa ngam dia setahun tu gigi dah start nak tumbuh kot. Selepas dia buat check-up setahun kat klinik, balik tu dia terus demam. Aku fikir dia demam sebab kena cucuk, dan mungkinlah sekaligus nak tumbuh gigi.

Aku tak berapa risau bila gigi dia tumbuh lambat, cuma aku risau sebab dia suka nak makan yang keras-keras. Contoh keropok, mi dan lain-lain. Apa yang kami orang dewasa ni makan depan dia, semua tu lah dia nak rasa jugak. Sekarang makin ligat lah nak rasa makan makanan orang dewasa ni.

Dan hari tu suami aku bercerita pada mak mertua tentang tumbuhnya gigi pertama anak kami semasa dia menelefonnya. Haha skemanya ayat. Suami pun cerita baliklah pada aku, bla bla bla bla.... Dan yang aku tertarik kata mak (mengikut kata orang-orang tua/dulu-dulu), tumbuh gigi atas dulu, nanti akan jadi ketua/pemimpin.

Okey aku tidak mengiyakan apa yang di atas ni ye. Kita tak dapat meramal takdir hidup kita. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tajuk aku pun mitos, kan??

Ada jugak aku baca mitos lain,tumbuh gigi atas dulu di khuatiri akan meninggi diri. Hah yang ni harap di jauhkanlah. Erm aku perhatikan zara dulu tumbuh gigi bawah dulu (err kalau aku tak silaplah, sekarang dia dah 3 tahun lebih so memori aku agak lomah sikit.hehe).

Hah antara mitos bila gigi lambat tumbuh pulak;
- Uri di tanam dalam sangat
- Rambut cepat beruban
- Cepat berjalan

Respon/pendapat aku dari mitos atas ni;
- Tak pasti sebab suami dan mak yang tanam uri si asif ni. Hihihi.
- Erm yang ni macam mana nak komen ye? Ye sejak di lahirkan asif ada beberapa helai uban bahagian depan kepala dia. Kat area jambul depan dia tu (perasan masa rambut dia dah panjang sikit, dalam 6 bulan kot). Sedikit unik. Tapi tak pasti kalau ada hikmah tersembunyi.
- Oh yang ni belum lagi. Dia sedang membina keyakinan dan keberanian. Dah dapat melangkah paling jauh 5-6 tapak.

So apa pendapat korang yang sama pengalaman macam aku ni? Betul ke mitos-mitos atas ni? Wallahualam....
 

#gigipertama #gigibongsu #gigisusu #tumbuhgigi #lambattumbuhgigi

Jumaat, April 19, 2013

Fenomena Gwiyomi

Salam jumaat.......

Korang tahu tak pasal lagu Gwiyomi ni? Mesti majoriti tahu kan?
Kat facebook tengah tersebar meluas. Mula-mula budak-budak girl yang buat. Oh memang la cute. Maksud gwiyomi tu pun cute aka comel, kan???

Tapi sekarang ni sedang tersebar video girl melayu bertudung buat gwiyomi tu. Aku agak umurnya awal 20-an. Tapi dah berkahwin katanya. Dedicate untuk suaminya. Betul atau tak wallahualam. Tapi kalau nak dedicate untuk suami, biarlah ia istimewa. Maksudnya hanya suami dia yang dapat tengok.

Eh aku bukanlah jeles ok. Aku tahu dia memang comel dan cantik. Dan aku hanya wanita biasa-biasa je. Huhu. Tapi hari ni yang nak buat aku 'up' entri ni sebab aku ada nampak video sorang lelaki buat gwiyomi.

Tajuk dia.... "to all male gwiyomiers.. this is how we feel..."

SINI VIDEO DIA (kalau boleh view la ye)

Haha kelakar kau.. Muka dah la jambu. Suami dan bapa orang tu. Janganlah di tiru ye wahai lelaki di luar sana. Dia ni muka jambu ok lagi, bayangkan kalau lelaki muka gengster tapi buat macam ni. Muka nak minta penampar je! Hahaha. Ok la korang layan la video ni...

Isnin, April 08, 2013

Kaison - tempat bunga murah

Siapa pernah pergi? Angkat tangan! Atau pernah dengar? Ini pertama kali nak cerita sebab pertama kali pergi bulan 2 hari tu sebab nak beli bunga buat hantaran tunang adik lelakiku. 2 bulan cerita ni aku simpan. Haha. Sibuklah katakan. Sangatla...

Kaison ni dekat Festival city mall, dekat dengan uptown danau kota. Kalau bab cara ke sana bagai aku surrendar awal-awal. Better u all refer maps gugel ye. Hehe. Ye aku memang lemah bab arah jalan ni. Kedai ni kat tingkat 2. Besar jugaklah. Yang best macam-macam jenis bunga plastik ada kat situ. Rambang mata makcik. Cantik-cantik. Kalau yang suka menghias rumah pergilah ke sana, tak rugi. Ni bagi siapa yang duduk kl la ye. Hehe.

Kedai ni kami tahu sebab kakak aku. Oh kalau bab survey barang, bagilah kakak aku. Memang dia pakar. Tapi ni sebab dia pernah kerja kat mall ni. Of course lah hari-hari keliling mall ni je kan? Sebenarnya kami nak buat tema hantaran hari tu berbungakan orkid. Ada yang kakak aku berkenan tah kat mana tapi mahal, sekuntum rm berbelas kot. Membazir aje bagi aku. Aku ni jenis kedekut dan berjimat untuk sesetengah perkara. So surveylah kami ke sri gombak, bandar baru ampang, ampang point dan akhirnya sampailah ke kaison ni.

Pilih punya pilih kami ambil bunga yang seperti di bawah ni. Kaison ni kalau takde kelebihan aku takkan nak cerita. Sebab ape aku cerita? Sebab bunga kat sini dan yang kami beli ni antara yang murah dari semua tempat kami pergi. Harga dia rm4.50 untuk sejambak, tak silap ada dalam 6 kuntum kot. Tapi kat tempat lain kami pergi survey sebelumnya semua rm9 sejambak. Hah berapa dah jimat tu? 2 kali ganda tau. Bunga jenis lain kami tak perasan. Harga ni untuk sebijik bunga yang jadi pilihan kedua kami seperti gambar bawah ni. Yang ala-ala baldu tu (eh betul ke?). Minta maaf bab ni aku kureng sikit. Asal cantik di mata aku udah la. Yang pasti bunga ni bukan macam plastik tu. Tebal sikit.

Yang kecik-kecik purple dan pink ni rm4.50 je sejambak. Yang purple hat besar aku lupa harga. Tapi still murah.

Dah la murah, lepas tu macam-macam pilihan kat sini. Dah macam taman bunga kau. Selain bunga, ada jugak jual cawan, buku, barang untuk majlis harijadi dan macam-macam lagi. Eh best lah tempat ni aku kata. Yang paling geram, ada lilin comel untuk harijadi tu. Ah rugi aku tak sambar 1 masa tu. Tak fikir nak buat harijadi asif. Harga dia rm2.50. Entah murah atau tak. Hari tu kami buat harijadi asif kecik-kecik sefamili. Aku nak lilin '1 year' kat kedai kek tu tapi nan hado. Dia kata habis stok. Boleh pulak macam tu. Layan gambar bawah ni ye..

Lilin 'birthday boy' atas ni la rm2.50 je, comelkan??? Kakak zara jadi model tak bertauliah. Di sebabkan dia suka bergambar, layan aje katanya.

Isnin, Mac 25, 2013

Selamat ulang tahun pertama anakku ~25.3.2013~

 
Alhamdulillah 1 tahun sudah usia anakku ini.
 
Selamat ulang tahun kamu yang pertama sayang.
 
Segala-galanya ibu doa yang terbaik untuk kamu. Tetapi ketahuilah,
Ibu tak harap kamu jadi kaya-raya
Ibu tak harap kamu jadi hensem bergaya
Ibu tak harap kamu belajar sampai ke puncak gunung
Tapi cukuplah..
Semua serba sederhana
Yang penting kamu kejar ilmu agama, ilmu akhirat..
Kamu jadi lelaki soleh, pemimpin hebat pada keluarga kamu nanti..
Hiduplah atas usaha kamu sendiri, jangan bergantung pada orang lain..
 

Ahad, Mac 24, 2013

Kekerapan bangun waktu malam

Assalam.. dan selamat berhujung minggu.

Rasanya aku tak sentuh lagi pasal kekerapan anak aku ni bangun pada waktu malam. Kekerapan dia bangun waktu malam berubah-ubah since dia baby.

Masa awal-awal, macam biasa la dia akan bangun setiap 2-3 jam. Selain menyusukan dia, kena check jugak kalau dia berak. Straight to the point la ye (orang selalu bahasakan dengan ayat poo poo tapi aku tak tahulah poo poo ni untuk kencing/berak). Bayi ni akan kerap berak di awal-awal dan berak tu warna kehitaman.
** Apa yang dapat aku simpulkan, untuk save bajet tak payahlah beli pampers mahal-mahal sebab memang pampers akan kerap di tukar. So insha Allah tak ada ruam. Bila ada berak, cepat-cepat tukar. Dia pun tak selesa kan?

Maaf ye ni aku cerita secara rambang la. Ingat-ingat lupa kata orang (tu la banyak sangat minum air bersemut.hihi). And then bila dia masuk 3 bulan makin jarang sikit antara 3-4 jam gitu.

Yang paling best masa dia umur 5-6 bulan, dia tidur lama. Bangun malam pun sekali je. Tapi tak lama la. Dapat berapa hari je kot.

Dan sampai sekarang pun dia masih bangun malam untuk menyusu. Sekarang ni dia bangun dalam 2-3 kali satu malam. Dia minum sikit dalam 2oz dan sambung tidur. Kadang bila aku tak larat sangat nak bangun bancuh susu kat dapur tengah malam tu, sumbat puting then dia sambung la tidur. Tapi kadang tak jalan jugak, mungkin dia haus kan. So terpaksa lah ke dapur jugak. Huhu.

Tapi aku dengar-dengar anak orang, bila dah lepas 6 bulan macam tu kot anak mereka dah senang tidur. Bangun malam pun sekali je. Betul ke? Untung la. Hehe.

Bila cakap pasal pengorbanan, ni la salah satu yang terpaksa aku korbankan. Aku suka tidur (siapa la yang tak suka kan?). Dulu bila cuti kerja memang suka bangun lambat. Lagi masa belum kahwin. :P

Sebab tu bagi yang tengah mengandung (anak pertama sebab belum ada pengalaman), tidur dan rehat la puas-puas sekarang ni. Nanti ada anak memang tak cukup tidur. Rehat pun jadi tunggang-langgang. Cuma kalau dapat suami yang ringan tulang, bernasib baik la. Tapi... hmmm tapi kan waktu mengandung sebenarnya pun dah terbiasa tak dapat tidur lena. Sindrom 'rasa panas/berpeluh' + asyik la nak kencing. Lagi-lagi bagi yang dah sarat, semua serba tak kena. Betul tak? Ada hikmah semua ni, ada hikmah dengan rasa ketakselesaan yang kita rasa masa mengandung. Belum di campur dengan urat tersimpul la. Uiiii...aku pernah terkena sekali, tah apa silap tiba-tiba macam hang/stuck time nak angkat kaki.

Woahhh..tiba teringat segala kesakitan yang di alami masa mengandung. Pedih ulu hati. Sakit pinggang. Lepas tu kena kencing manis lagi, tak pasal tiap minggu buat bsp. Hehehe. Adeh macam-macam. Tapi tak buat aku rasa serik pun nak mengandung lagi. Seronok sangat! Perasaan indah yang Allah kurniakan pada para ibu di dunia ini. Walau sakit bersalin tu teramat perit! Huhu dah lari tajuk nampaknya. Orait mau titun (entri ini di tulis di jam 3.50 pagi). Sekian.....

Jumaat, Mac 22, 2013

Perkongsian panduan mendidik anak

Wordless friday....
 
(hihihi..biasa orang wordless wednesday jek kan)
 
Mari kita kongsi dan amalkan.
 
 



Sabtu, Mac 16, 2013

Semakin hari semakin takut

Ketakutan yang bukan datang dari orang lain di sekitar. Tapi datang dari diri sendiri. Kadang-kadang terlintas seperti tak percaya dah memiliki seorang anak. Sangat bertuah kurniaan dari Allah. Di takdirkan aku mudah untuk mengandung tanpa bersusah hadapi rintangan yang berat untuk memiliki anak seperti sesetengah pasangan bertahun-tahun baru berhasil.

Setiap pasangan punya cerita tersendiri. Ada yang nak anak cepat dan lambat. Dengan macam-macam alasan. Cuma nasihat aku, untuk nak dapat anak yang pertama tak usahlah merancang (makan pil what so ever). Ini bagi yang dah menikah ye (yang belum menikah, korang menikah dulu baru boleh cerita pasal nak dapat anak.jangan nak buat dosa). Bukan apa, sebab nanti takut effect pada badan bila dah bersedia dapatkan anak. Seperti cerita seorang kenalan.

Bila dah melahirkan anak, pertama yang terlintas dalam kotak fikiran aku... dapat ke aku didik dengan baik anak aku ni kelak? Dengan zaman yang semakin canggih, senang nak terpengaruh dengan persekitaran yang buruk dan negatif. Tak lama lagi anak akan menjangkau 1 tahun. Macam mana pulak cara terbaik untuk mengajar dan mendidik dia? Dulu masa baby dia tak berapa faham, ajar dia yang basic. Minum susu, mandi, pakai baju. Lepas tu ajar dia bermain, menyanyi.

Baru-baru ni aku ajar 'warning' dia. Apa yang dia buat tu akan buat dia sakit. Bila dia dah start ke tepi katil, aku akan cakap 'asif..nanti jatuh 'pem' (buat bunyi sambil aku tunjuk tangan pegang kepala ibarat kepala sakit terhantuk).sakit.asif nak jatuh?..dan dengan tak semena bila aku ulang beberapa kali, dia buat sign tangan pegang kepala bila aku warning dan cakap bunyi 'pem' tu. so dia faham pem=jatuh=sakit.tapi tetaplah anak yang sihat dan aktif, kadang dia nak ke tepi jugak. Cuma dia jadi berhati-hati. Ni cerita masa dia belum pandai turun naik katil dengan sendiri lah.

Lepas tu ayah dia p ajar cara nak turun dan naik katil. 2-3 kali jugaklah ajar. Sekarang dah laju. Di buatnya cara tu macam dia naik turun gelongsor pulak. Aku biarkan dia bermain cuma aku tengok dan pantau je. So kesimpulannya, di tahap ni dia dah mudah terima ajaran dari orang sekeliling dia. Apa yang berlaku di sekeliling dia, itulah yang dia akan ikut.

P/s : Sekadar membebel.....siapa yang ada pengalaman dan tips mendidik anak cara terbaik bolehla share...... :)