Isnin, Julai 31, 2017

Doa untuk mencari barang yang hilang

Assalamualaikum.

Dah 5 bulan tak update blog rupanya. Busy sangat mengalahkan menteri gamaknya. Pejam celik dah setahun menjadi WAHM. Apa tu? Work at home mother. Ala buat bisnes online jer. Ya ya boleh je goyang kaki tak buat bisnes online tapi bosan la. Haha. Lagipun ada komitmen perlu diselesaikan.

Ala macam biasa.. terpanjang bebel pulak. Sebelum aku terlupa, nak simpan dan share kat blog ni satu doa atau ayat yang in sha Allah (dengan izin Allah) lepas baca akan terjumpa barang yang hilang. Alkisah terbaca kisah seseorang ni hilang dompet dan minta bantuan seorang ustaz, tak silap ustaz luthfi namanya. Dan ayat ni lah yang dicadangkan.

Dan kebetulan beberapa hari lepas tu seorang saudaraku hilang gelang emas kesayangannya, pemberian neneknya. Dia up status di facebook. So aku cadangkan baca ayat ni. Alhamdulillah aku terfikir nak skrinshot dan simpan dalam galeri henfon aku ni.

Doa atau ayat tu adalah SURAH AL-IMRAN, AYAT 9, DI BACA SEBANYAK 41 KALI. Selepas selesai baca, berdoalah mintak pada Allah dibuka pintu hati & dibuka hijab supaya terjumpa balik barang yang hilang tersebut.

Dan alhamdulillah saudara aku tu baca dan jumpa balik gelang dia. Dicelah-celah fail tempat dia bekerja. Dan lagi salah seorang kawan facebook dia pun ada hilang subang telinga anak dia dan lepas baca doa tu jumpa balik subang tersebut. Dia mengaku yang dia baca doa tu dari komen yang aku tinggalkan tentang doa atau ayat atas ni.

Semoga bermanfaat buat semua. Aminn.