Wanita dan kelembutan memang sinonim kan? Walaupun ramai jugak yang taklah lembut sangat. Termasuklah aku. Huhu.
Aku tulis entri ni bersangkutan dengan 2 insiden yang baru-baru ni aku alami. Kejadian yang hampir melibatkan kemalangan antara 2 wanita yang kurang sabar. Tiada sifat kelembutan, lembut pada hati. Dua hari berturut insiden ni.
Hari khamis, aku merempit dengan suami. Seronok bila ada suami yang hantar dan jemput kita. Hihi. Peluang ni aku ambik bila suami cuti atau ada masa yang kena. Almaklum, suamiku ni kerja shift. Tak tentu.
Semasa perjalanan balik ke rumah, dan biasalah pasti jalan jem. Di satu simpang yang memang sesak dan jem, seorang wanita ni bertudung naik kereta. Ku namakan wanita A. Yang seorang wanita lagi, tidak bertudung dan naik motor. Ku namakan wanita B la ye. Semua bersesak nak cepat. Apa lagi yang bermotor. Yelah naik motor senang nak selit-selit kan? Wanita bermotor ni nak selitlah lalu depan kereta wanita A, tapi wanita A ni menghimpit ke depan. Aku pun ada terfikir, apa la salahnya bagi gap lebih sikit dengan kereta depan dia, supaya wanita B tu boleh lalu. Sampailah bila wanita B dapat lalu depan kereta wanita A, dapat aku dengar 'sabarlah' sambil pandang ke wanita A.
Tetapi berapa saat lepas tu, bila wanita B hampir lepas, dia buat isyarat tak elok dekat wanita A tu. Faham-faham je lah, isyarat jari tengah tu. Huhu. Wah wanita A tak puas hati, siap hon balik tu. Lepas dapat je ke depan dan lepas dari simpang sesak tu, bukan main laju tekan minyak. Macam nak kejar wanita B tapi aku tak pasti pulak ke mana dah wanita B tadi. Macam gengster kan. Kesimpulannya, salah besar pada wanita A sebab tak punya hati untuk beri sikit laluan. Dah la pakai kereta, berbanding wanita B pakai motor yang risiko kemalangan lebih besar dan teruk kesannya pada dia. Salah wanita B sebab tunjuk isyarat yang tak elok. Kalau tak boleh angkat tangan sebagai tanda terima kasih atau hormat, jalan saja lah. Tak payah toleh lagi. So dua-dua salah.
Insiden kedua pulak. Hari keesokannya, aku drive pergi kerja. Balik kerja jugak. Seorang wanita yang bertudung dan berkereta. Wanita A la aku namakan. Seorang wanita berkereta hijau dan tidak bertudung, wanita B. Masa tu aku nak keluar dari parking. Buka je pintu dan nak masuk kereta, dengar bunyi hon. Bila aku toleh, wanita B hon wanita A sebab wanita A macam nak masuk parking sedangkan dia nak jalan terus. Kira menghalang laluan dia lah kot. Wow tengok-tengok, kereta wanita B bahagian depan ranap. Keadaan lepas kemalangan lah. Entah baru jadi atau dah memang begitu keadaannya. Laju jugak dia bawa. Padahal situ depan pasaraya, tak kena tempat untuk dia racing. Huhu. So yang salah wanita B la kot. Sebab bawa laju tak pasal. Kalau wanita A nak masuk dulu kotak park pun apa salah. Apa yang di kejarnya tu wahai wanita B.
Entahlah zaman sekarang ni, wanita semakin tiada rasa sabar. Dekat jalanraya dah macam lelaki je caranya. Janganlah jadi gengster jalanraya. Bawa berhemah. Lambat sikit pun apa salah, asalkan selamat. Nak cepat, keluar awal la. Tau bulan puasa ni perut lapar, dan badan lemah sikit dari hari biasa tapi itu bukan alasan. Bulan ramadhan kan memupuk kita untuk banyak buat baik? Ambik banyak kesempatan buat pahala. Tak gitu?
Ok la ini untuk peringatan kita bersama, untuk aku jugak. Wanita perlu lembut, tak luaran biarlah dalaman lembut. Punya hati lembut, tapi tak bermakna lemah. Pernah dengar tak, selembut-lembut wanita bisa menggoncang dunia. Hebat tak hebat la seorang wanita ni. ok la wassalam..
Ahad, Julai 21, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan