Ahad, Mei 18, 2014

Macam mana nak pikat hati crush?

Assalamualaikum...

Tajuk betul-betul hot. Dah macam kite ni di alam remaja je. Hahaha. Bukan apa, ni salah satu keyword yang pernah singgah di blogku ni. Entah 'anda' jumpa artikel menarik atau tak di blog ku ni. Huhu. Tapi macam malas nak cari balik untuk print screen keyword berkenaan di nuffnang.

Jadi aku andaikan mesti si pencari ni seorang remaja. Boy atau girl tu aku tak tahu. Aku tak banyak pengalaman sangat nak memikat-mikat ni. Aku seorang perempuan kan, so tunggu di pikat je la. Erkk. Tapi pernah la nakal-nakal sikit dulu masa kat kolej, yang tidak keterlaluan. Yang jadi masalah, aku tak pernah dapat surat cinta (apasal entah, lelaki takut dengan aku kot.haha). Sejak dari sekolah pulak tu, hampeh. 

Pernah la yang meminati aku masa seawal tingkatan 1. Aku tidak la seorang minah yang perasan, yang tak gentleman nye lelaki tu suruh kawan sekelas aku kirim salam dekat aku dan masa tu depan-depan aku. Ape kes?? Cakap straight la bang. Dia senior. Haha. Tapi aku pemalu. Aku tak pernah ada kawan lelaki, dah kat kolej baru hilang sikit gugup nak bercakap dan berkawan dengan kaum berlawanan. Tapi kawan ramai-ramai gitu la, depa berkawan dengan kawan-kawan perempuan aku sekali. Aku tak suka rapat dengan lelaki yang sekelas/ sekolej.

Dan lepas-lepas tingkatan 1 pun, ada jugak kes lelaki-lelaki yang meminati aku. Tapi tak ada yang macho, yang cakap terus. Paling berani pun kenyit mata kat aku. Lepas tu kirim salam je memanjang. Haha mungkin dia orang takut kot, aku nampak sombong. Last, aku rasa lelaki paling aku admire kawan lelaki sekelas aku. Tapi aku tak pernah bercakap dengan dia. Percaya tak?? Sebab rasa gementar dan gugup kot tu yang buat aku tak dapat nak bercakap dengan dia. Yang sedih, dia ada rapat dengan satu girl ni, sekelas dengan kami jugak. Kata yang lain, mereka bercinta. Entah la. Tapi sebelum tu aku pernah test dia. Hahaha.

Hide and seek through eyes. Ceh ni peribahasa aku sendiri. Okey macam ni, bila si dia ada di sekeliling cuba pandang dia je. Pandang sampai dia perasan. Then, bila dia dah perasan dan pandang kita, cepat-cepat alih pandangan kita ke tempat lain. Dan raut wajah kita biarlah senyum sedikit. Bila agak-agak dia dah pandang tempat lain, kita buat lagi macam tadi. Buat bila ada kesempatan di kemudian hari, mesti dia akan rasa yang kita suka kat dia. Masa tu, aku dapat respon yang baik dan dapat rasa dia pun ada perasaan kat aku. Tapi entah la, takut aku terperasan dan kabar angin yang tersebar, so tak nak la kacau boyfriend orang.

Haha tu cerita lama, menjadi kenangan dalam hidup. Tak ada maksud lain ok. 

Haish dah melalut nampaknya aku ni. Mungkin sedikit cara macam mana nak pikat hati crush:
1- biarlah si dia perasan kewujudan anda
contoh boleh buat tanya nak pinjam pen ke, pukul berapa ke, perpustakaan kat mana ke? 
2- tunjuk korang minat kat si dia
contoh yang macam aku bagi kat atas. hide and seek through eyes.     
3- cuba berkawan dengan kawan si dia
yang ni korang jangan over pulak, kejap lagi sangkut dengan kawan si dia. Parah. Haha. Mungkin bila korang berkawan dengan kawan dia, so boleh korek sedikit pasal dia dan boleh studi sama maybe.
4- tak kedekut masa, bila dia tengah susah
contoh bagi dia no fon korang dan pesan kalau ada apa boleh contact terus especially time kesusahan.
5- kalau hati dan instinct kata dia ada perasaan kat korang jugak, terus luahkan la
jangan buang masa la, be gentleman. Luah pada masa sesuai.

Apa pun ini semua hanya akan berjaya kalau anda tak bertepuk sebelah tangan. Kalau tak dapat respon baik. just leave it. Nama pun crush/ admire, meminati dalam diam. Meminati tak semesti memiliki. Semua ni ketentuan tuhan. Hanya perasaan, perasaan manis yang di rasa semua semasa zaman remaja. Percaya la satu masa korang akan temui yang sesuai. Ok?? Dan lagi satu, tips atas ni bagi aku hanya sesuai untuk lelaki. Walaupun aku seorang perempuan yang memberi tips dan cara di atas, bagi aku sebagai kakak pada adik-adik ni, molek tak payah nak di kejar lelaki. Biar mereka kejar kita. Hihihi. Oh ya lagi, yang di buat antara lelaki dan perempuan biar ada batasan. Untuk adik atau tak kisah sebaya aku atau kakak asalkan perempuan, jaga mahkota berharga yang satu itu sebelum menikah. Bila ia hilang, tiada istimewa lagi kita di mata lelaki dan sekeliling kita. Apa pun keampunan itu dari Allah, mohon padaNya.

Arghhhh ngantuk...... wassalam......

30 ulasan:

  1. Pm saya ade soalan yg nk ditanye kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Crush aku mcam suka kt aku la,cara die memandang aku tu lain mcm je.aku rase die pon ade perasan kt aku kott.so ape yg harus aku lakukan eh??

      Padam
  2. Em...kalau kite da terconfess at die, tp die x blas tu mcm mne? Kne reject ke? 😯

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai ayin..
      Maaf la lmbt reply. ;-)
      Senyum ada 2 makna, dia pn suka awak atau dia nk jg hati awk.
      Skrg mcm mna?

      Padam
  3. Tanpa Nama8/3/17 9:53 PTG

    Kalau kite da terconfess at dia...tp die xreply? Die syum je. Kne reject ke?

    BalasPadam
  4. aku dia tersuka kawan dia ...hahaha

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama2/8/17 9:38 PG

    Penah ade crush tapi dah kena ambil orang sbb lambat bertindak 😭😭😭

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rileks la..dia bkn utk awak..'kalau dia mahal xkan mudah diambil org'. ;-)

      Padam
  6. nk tanya ....contoh la..saya whatsapp dia kat whatsapp saya ckp la saya suka dia...pastu bla bla bla dia block ..kita orang kelas sama...kadang saya rasa dia mcm pandang saya..and when we face to face dia selalu senyum to me..nk tanya itu maksub nye reject ke ape eh????

    BalasPadam
  7. Saya minat dekat member saya ni dri form 1 lagi dia stu kelas dia buatkan perangai annoying dia tu sya x thu mcm mna saya boleh jatuh cinta dengan lelaki mcm tu sis boleh bgi tips x mcm ambil hti dia tpi dia x pernah chat or rapat dengan sya tpi sebaliknye

    BalasPadam
  8. akak boleh tolong pm saya kejap

    BalasPadam
  9. macam mana kalau si dia ni selalu usya kita ..tapi yang peliknya selalu mengelak bila ada yg berkaitan dengan kita contoh macam bila nk tanya si dia soalan ker atau minta si dia tolong ambilkan sesatu ker tapi si dia selalu mengelak ..macam mana pulak tu??

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama4/2/18 4:30 PTG

    Kalau dia lebih tua dari kita dan sama umur dng abang kita yg paling x rapat canne ehh??..
    Tp..pernahla..chat ngan dia ..tu pun atas dasar kerja

    BalasPadam
  11. Aku ada crush ,cara die tengok aku tu mcam die pon ada perasan jga kt aku.so apa yg harus aku buat?

    BalasPadam
  12. Nak tanya. Saya on crush ngan sorang laki ni and saya rasa lah dia pun mcm suka saya. Tapi x tahu benar ke x. Tapi dia ada ckp yg mak dia kata lebih baik jgn terikat dgn hubungan waktu nk belajar tunggu bila dh kerja. Saya pun mmg x nk couple2 bagai tapi saya nk tahu jugak yg dia ni mmg suka saya atau saya ni bertepuk sblh tngn. Patut tak saya confess atau move on?

    BalasPadam
  13. Nak tanya. saya on crush ngan laki ni pastu saya mcm dpt rasa yg dia suka sye balik. Tapi dia pernah ckp yg mak dia pesan lebih baik tidak terikat dgn seseorang masa tngh belajar. Kalau dh kerja nnti baru lah boleh. Saya sbnrnya x nk couple2 ni tapi saya mmg betul2 nk tahu yg dia ni suka saya atau tak. Patut tak saya move on atau teruskan?

    BalasPadam
  14. ade satu haritu sye ade tnye dgn dia yang dia mrjuk dgn aq ke sbb trcubit dia sbb trlalu geram dgn dia yang slalu kacau sye..pastu dia kate x sye pon pelik ar sbb reation muke dia mcm mrjuk..sye cube lh tnye dia skli lg yg dia mrjuk ke dgn sye dia kate x lh sje je buat reation muke gitu.nk tnye ape motif diaa???

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama7/6/18 6:29 PG

    sy ade crush sy confess kat dia , sy ajak dia jd kawan dia nak . dia okay about everything , sy x nk cpl tpi nak dekat je ngn dia . ade tak any suggestion min ? 😭

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama29/6/18 3:48 PG

    Humm smpai skarang tk dpt confess lg.. Manenye nk confess klau brcakp pun tk prnah. Sy kenal dia drpd tadika smpai skarang, but tk prnah nk brcakap dgn dia.. Tp skarang keinginan tu kuat, mayb sbb hormon. Yelah remaja.. Tkpelah kalau ade jodoh, bertemu jua. Moga impian sy trcapai.. InsyaAllah..

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama4/7/18 10:04 PG

    Kalau ada laki tu saya pandang dia N then dia pandang saya (eye tidak eye / face to face) dia asyik pandang saya masa tu sy pun pandang ah dia,dia senyum ah sikit, tetiba suka pula kat dia tetapi sy tk balas senyuman dia sebab masa tu saya stress.Pastu esok,
    Sy tersempak dgn dia lagi , dia sorng2 masa tu nk pergi tandas, masa tu saya mrh sngt kat budak2 yg nakal, saya tersilap buat muka mrh kat dia . N then , esok , saya tersempak lagi , dia tengah makan Ngan kawan2 , abang dia pandang sy tetapi dia nampak sy pun x pedulikan sy, dia teruskan makan. kecewa masa tu... Esok lagi dia tengah berborak dengan kawan, tersempak lagi , kali ni dia betul2 x nk pandang sy pun, abang dia je yg asyik pandang sy😭 Macam mana ni? Slh sy x balas senyuman diaπŸ˜• Macam mana ni? Help, sy cinta sngt kat dia...

    BalasPadam
  18. Kalau kite dah terconfess and dia famous banyak peminat.... Kawan ex gf dia pun ejek kite Camne Eh? Dan Dia Malu nak berdepan dengan kite?

    BalasPadam
  19. Kalau kita terconfess Dan Dia famous banyak peminat..... Kawan ex gf die ejek kite and dia elak pandangan dari kita or tak senyum Kat kite camne Eh? And dia senior?

    BalasPadam
  20. Kalau dia tiba tiba ajak balik sama ² kat sekolah , lepastu pandang pandang semasa jalan sama sama , lepastu tiba tiba dia pegang tangan kita , that means what ?

    BalasPadam
  21. Hide and see through eyes tu saye biase buat tapi sye x boleh lupekan dia.xtau la knape tpi rindu tk terkata.harap ada sinar nanti

    BalasPadam
  22. Hide and see through eyes tu saye biase buat tapi sye x boleh lupekan dia.xtau la knape tpi rindu tk terkata.harap ada sinar nanti

    BalasPadam