Memaparkan catatan dengan label Buah hati pertama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buah hati pertama. Papar semua catatan

Rabu, Jun 20, 2012

Demi anak...........

Sebelum ni... sebelum aku ada anak, aku agak takut nak ambik satu keputusan yang drastik dalam hidup aku tapi kali ni di sebabkan ketidakwajaran bos lama aku so aku say bye-bye!!

Kisahnya... ngam-ngam lepas 2 bulan dan sepatutnya aku kena masuk kerja (28 mei), anak aku di serang batuk dan tanda-tanda nak demam. aku sangat tak sedap hati. memangla anak aku akan di jaga mak sendiri, jadi mesti orang fikir ala takde apa-apa la mak sendiri kan ada jaga. tapi aku tetap risau sebab anak buah aku sorang lagi pun ada (masuk 3 tahun). anak buah aku ni sangat manja dengan mak aku so adakala bila nampak mak aku dukung atau pegang anak aku, time tu la dia nak susu la, minta tukar pampers la. mana mak aku lagi nak buat kerja-kerja rumah, takut mak aku terlepas pandang anak aku kan. dah la time tu mak aku pun selsema.

Jadinya tanpa buang masa aku minta extend panjangkan cuti untuk 2 minggu lagi, unpaid leave ok. aku dapat instinct mesti akan ada ketidakpuasan hati dia, my ex-boss. sms punya sms cakap nak extend, pergghhhhh tiba-tiba kena sembur. saja cuba nak cari salah aku. ah sapa tak hangin. hal aku tak pick-up call pun ungkit. hello ingat hidup aku ni 24 jam kena fikir kerja ke? aku baru je bersalin dan ada anak kecil so faham je la yang aku sibuk uruskan anak aku!padahal dah ada pengganti tempat aku time aku cuti tu. dan dia ambik staf baru tu 2 bulan sebelum aku cuti so aku cuma dapat ajar apa yang rutin je la. push dia kang jadi gila sebab nak kena masuk input cepat-cepat dalam otak. dahla budak ni dari bidang lain so agak slow la nak biasakan dengan kerja-kerja ni. bila ada masalah nak letak kat bahu aku pulak, tak dapat apa dia nak kutuk cara kerja aku. tu la kedekut sangat duit company tu untuk kau makan, ambik staf dah dekat aku nak bersalin.

So tanpa fikir lagi, aku reply fine aku resign 24 jam. memang dia hangin gila la ibarat aku mencabar dia. puas hati aku. lantak la dia nak fikir apa pun. sakit hati betul padahal ex-bos aku tu perempuan ko tau. mesti boleh faham apa aku rasa bila anak demam. risau nak tinggal. tak tau kalau dia tak kisah, kan ada orang gaji jaga anak dia pastu duit adalah segalanya. but not me! demi anak, aku sanggup korbankan kerjaya aku. sebelum ni aku takkan resign selagi belum ada kerja baru menunggu tapi tak kali ni. selamba gila aku kan??haha.

Aku tak menyesal langsung dengan keputusan ni dan memang ada hikmah di sebalik semua tu. Minggu lepas pulak anak aku kena admit sebab jangkitan kuman pada paru-paru. So aku pun kena 'di admit' sekali la. ko bayangkan kalau aku still keja? boleh ke nak cuti lagi? ikut hati memang ingin sekali berada di rumah menjaga anakku sepenuhnya. tak mahu bekerja. tapi ini kena di fikirkan lagi. aku nak sangat bekerja sendiri dari rumah. insyallah. apa pun sekarang ni kita enjoy dulu...............hehehe......

Sabtu, Mei 12, 2012

Bersalin first time di hospital ampang. Pandangan aku.

Assalam dan salam berhujung minggu..

Banyak topik nak di sharekan dengan pengalaman baru-baru ni. Pengalaman bersalin dah settle cerita, pengalaman pantang yang ala-ala tapi banyak pengajaran yang aku dapat tambah lagi dengan pelbagai masalah di hadapi semasa awal bersalin ie anakku demam kuning/jaundis, susu badan yang tak ada, ruam-ruam pada anakku dsb. Kekangan masa buat aku tak sempat share kat sini.

Bila dah dekat nak bersalin mesti kita dah merangka-rangka tempat nak melahirkan anak kita tu kan? lagi anak pertama, tak ada pengalaman dan nak terbaik for the first time. either go to swasta atau kerajaan. teringat pulak pada salah seorang saudaraku yang bakal melahirkan jugak minggu ni. dia agak bertuah sebab company dia nak tanggung kos dia bersalin. erm kalau fikir mestilah nak pilih swasta kan? bukan kita keluar satu sen pun. tapi bila dia tanya pada aku, aku memang awal-awal dah fikir dan pilih nak bersalin kat hospital ampang. sebabnya? senang je.. dekat dengan rumah. senang untuk suami dan famili aku ulang-alik if ada kes atau masalah. yang lain aku redha.

Pros dan cons SWASTA :
- layanan istimewa, servis lebih (toiletries+tuala tak perlu bawa kot), selesa
- ada kata : mereka ni laju je kalau nak operate, tak boleh tunggu lama untuk normal deliver-untung kot. (tapi tak tahu kebenarannya ye)
- if ada masalah berat, tetap juga tolak ke hospital kerajaan.

Pros dan cons KERAJAAN :
- share katil dengan ramai pesakit. (time aku bernasib baik, sebelum dan selepas lahir anak dapat duduk dalam wad yang bilik tu, 4 orang 1 wad)
- tunggu giliran untuk masuk labor room (ini kenyataan kena pada aku, ada kes emergency so pesakit walk-in tu di dahulukan memandangkan aku pun masa tu baru 3 cm kan. dalam 3 jam kot)
- doktor dan nurse layan ko bermacam-macam. aku kene induce 3 kali pun sume doktor berbeza,belum yang dalam labor room lagi. huhu. (paling segan bila kena seluk tapi mereka sopan je, say sorry sebelum seluk. redha je la).

Bab hospital swasta aku tak boleh komen lebih sebab aku tak tahu sangat. Tapi hospital kerajaan tak lah seteruk mana.

Hospital ampang BEST ; takde la nurse atau doktor yang kurang ajar atau sombong (ada doktor tu siap explain lanjut bila aku tanya, so tak la dia fikir pesakit mereka bodoh-bodoh kan??), tempat selesa, murah pun murah.

Hospital ampang TAK BEST : aku tak di ajar detail cara menyusu (aku tau time tu 4 am tapi aku adalah first timer dan zero bab ni, sampai baby aku nangis-nangis haus.kesian.), suami tak boleh tunggu (aku rasa lah kan pihak sepatutnya kena pertimbang supaya suami boleh tunggu bagi yang first timer ni.dah la sakit bawah dengan baby pulak asik nangis je.aku nak nangis rasa, da la tak rehat dan tidur langsung sampai la suami dapat masuk melawat).

Ni je lah kesimpulan pandangan aku tentang hospital ampang. Kalau bagi rate, erm 8 out 10. Bersyukur dengan apa yang di terima.

Oh ye kos aku selama 4 malam dan 3 hari = RM 41.

Jadi sapa-sapa yang masih was-was nak bersalin kat hospital ampang, jangan di fikir lagi. Just carry-on. Nanti banyak fikir jadi tekanan darah tinggi pulak lagi bahaya jadinya kan? :P Tawakal aje.

Isnin, April 23, 2012

Rentetan pengalaman melahirkan buah hati pertama

Assalam.. hari ni baru berkesempatan nak cerita detail pengalaman aku melahirkan hari tu (asik draf simpan je keje :P).. dah 30 hari.. posting ni agak panjang ye.. :)

22 mac 2012 (khamis)
- ada weekly checkup kat klinik kesihatan ampang dan pukul 2 appoinment dengan doktor pakar untuk detail scan kandungan
- masa scan ni la baru detect air ketuban kurang / placenta calcified (kalau tak silapku). doktor advise admit hari yang sama kat hospital ampang. actually memang plan nak beranak kat sini sebab dekat dengan rumah. so far pengalaman akak aku beranak kat sini pun ok je semua. then akan di induce dengan kata sama di paksa keluar. :( kalau tak anak boleh lemas!
- sebelum balik dari klinik sempat la lepak makan dengan husband, melantak mi goreng mamak dan teh ais. teringin kau. sambil tu mencari aura positif memandangkan dapat kabar yang terlalu shock. nak kena admit dan induce. bercampur baur perasaan. time ni cakap dalam diri "aku tawakal segalanye padamu Ya Allah.asal ni terbaik untuk anakku"
- around 7 lebih gerak ke hospital di temani suamiku, kakakku, abang iparku dan anak buahku. tapi berat betul hati aku nak pegi hospital tu. boleh tak, lepas daftar tu aku ajak pegi makan dulu. melantak mcDonald kau. hihi.
- baru la naik ke wad. sebelum tu dorang buat test kat Pac dept. kena buat ctg, masuk drip kat tangan tu, check bukaan-baru 1 cm.huhu. ambik masa dalam sejam lebih jugak la then di bawa ke wad 4d (wad untuk ibu mengandung). yang best dapat duduk dalam bilik yang 4 orang tu. bukan duduk luar. hehe. aku tak request apa pun.

23 mac 2012 (jumaat)
- seawal 7.30 pagi, check bukaan dan ubat induce 1st di masukkan kat 'tut'. kene baring sejam untuk larutkan ubat. pastu bekpes.
- lepas sejam setengah dah terasa kontraksi.makin lama, makin sekerap 10 minit then 5 minit sekali. bawa jalan-jalan kat wad slow-slow.
- 1 tengahari lebih kurang, check bukaan baru 2 cm. adoi la!!masuk pulak ubat induce ke-2.
- sakit lebih kerap melanda. 1-2 minit sekali.
- yang frust sangat, petang tu check bukaan pun still 2 cm. Ya Allah tabahkan la aku. da la sakitnya yang teramat-amat.
- petang pukul 7 aku mandi air panas, tah macam mana sakit tu berkurangan. aku tidur awal dan lena sangat-sangat. memandangkan malam sebelum tu aku tak lena tidur kat hospital tu. mungkin juga sebab penat tahan sakit seharian so tak dapat la nak tidur dengan tenang. lama-lama sakit tu hilang. (tidur malam pun selalu di ganggu oleh nurse, nak buat ctg la, amik bacaan bp la. sabar je la.ngantok gile kau.) 


24 mac 2012 (sabtu)

- pagi pukul 7.30 masuk ubat induce ke-3, kali ni lebih besar ubat dia. dalam hati da cuak, adakah akan lebih sakit dan mencabar? fuhhh...
- sakit yang datang agak lambat, masa tengahari sakit sikit-sikit je. boleh di tahan. then it's time untuk check bukaan dalam pukul 2. doc cakap da 3 cm. yeay da boleh tolak labor room doc tu cakap. doc tu comel kau. macam student / budak-budak je, da la dengan pakai t-shirt dan jeans. orangnya pun kecik. so cute! lepas tu dia cucuk ubat untuk eyak. huhu. so tunggu la giliran untuk di bawa ke labor room.
- petang tiba-tiba terasa sakit kontraksi yang teramat. tiap 1 minit. time berborak dengan famili dan kawan yang datang, aku terpaksa stop-stop sebab menahan sakit tu. tak terdaya nak bercakap tau.
- 9 malam, di tolak ke labor room dengan wheelchair. laju kau nurse tu tolak, da macam nak berlumba. haha. padahal aku tak la emergency sangat.
- dup dap dup dap bila da masuk labor room (tapi mati-mati ingat kena tunggu turn lagi sebab tak nampak macam tempat untuk beranak la. haha. dulu aku penah operate so dapat agak bilik operate macam mana, tu yang ingat labor room is bilik operate tu tapi idak la. hanya bilik yang di pisah oleh langsir). dengar orang jerit tu, naik bulu roma aku. makin menggigil. tapi bila dengar tangisan baby, ohh syoknye terharu aku....
- drip tangan di masuk air, pastu tah mesin ape di cucuk kat tangan. if tak silap untuk percepatkan sakit dan merangsang bukaan supaya lebih cepat. selain di pasang alat ctg kat perut. bermula episod menahan kesakitan dengan macam-macam doc, nurse, bidan, student lalu-lalang tempat aku tu. sempat curi-curi pejam mata dan tidur time sakit tu masih boleh di tahan. air ketuban di pecah guna batang pencucuk yang panjang. time ni gigil lutut aku. takut + tahan sakit. rasa ngilu pun ada. lepas aku cakap rasa nak kencing, di pasang la salur kencing tu. tak selesa gile.


25 mac 2012 (ahad)

- 4 jam lebih berlalu. pukul 1.30 pagi doc dan kumpulannya datang check bukaan, da 6 cm katanya.
- masa ni memang sakit macam da tak sempat bernafas la rasanya. aku selamba tanya doc,
aku : lama lagi ke doc? (dalam hati macam da nak give-up dan nak minta caesar je.wuwuwu.)
doc : depends. sume orang tak sama. takpe kita tengok dalam pukul 4-5 nanti k. then kite decide ape nak buat.
aku : aduh doc......(lamanya lagi dalam hati aku cakap)
- sebelum tu, nurse yang baik hati yang pantau aku dari mula sampai last ada bagi ubat tahan sakit yang di cucuk kat bawah tu tapi tetap sakit teramatttttt!!!aku siap cakap boleh minta lagi ke?? ahaha. tak boleh, awak sedut gas kat kepala awak tu. tapi sedut gas tu pun sama je pada aku. so takdela kerap sangat sedut pun.
- ngam pukul 2 pagi, aku terasa nak berak sangat dan dapat rasa ada benda nak keluar. aku dapat agak masa da sampai tapi aku teragak-agak takut terkeluar ta** je. aku jerit la "nurse saya nak berakkkk!!!".."takpe awak berak je, jangan tahan-tahan.teran je"..
- aku push ajela sesuka hati aku. hehe. mana taknya aku tak di ajar pun. lagi la kau tengah sakit kan, mana la nak ingat kalau orang tak cakap time tu!tetiba ramai pulak orang, ibarat pasukan sorak memberi semangat kat aku.nak gelak pun ada.tapi tu la dorang bagi motivate jugak tu.erm da half way baru la nurse/doc laki tu ajar dan cakap,awak pegang kaki awak tu dan dagu letak dada.tau tak, time ni suami aku masih luar bilik bersalin?aku memang tak ingat nak minta panggil dia!sebab da sakit + cuak.aku teran da berapa kali baru la nurse yang pantau aku tu suruh panggil suami aku.adoi ape la..."mana suami dia, panggil dia!bagi semangat kat isteri dia ni!". aku tak terkira berapa kali aku teran, berpuluh kali kot. ape lagi, zass di gunting. memang la terasa. tapi takde hal sangat, sebab kontraksi la sakit yang lebih dahsyat tau. 2.15 pagi..alhamdulillah selamat semuanya.

Jumaat, Mac 30, 2012

Alhamdulillah.....selamat melahirkan sudah....

Assalamualaikum......
Dengan tak di jangka-jangka buah hatiku telah selamat di lahirkan pada 25.3.2012 @ 2.15 pagi.
Berat 2.6 kg pada minggu 37 minggu 6 hari.
Lahir secara normal dengan induce. Sebabnya air ketuban kurang. Pengalaman yang sangat menyakitkan tapi berbaloi dan berharga.
Ni lah dia.........
P/s : nanti ada masa ku cite detail ye