Sabtu, Januari 18, 2014

Tempat penginapan murah dan best di Port Dickson

Assalam..

Selamat tahunn baru. Lambat tapi tetap nak wish. Hihi. Rutin hidup macam biasa, pergi kerja balik rumah layan anak. Hal kerja semakin rumit. Staf bahagian kami macam chipsmore. Tahan hanya beberapa minggu atau bulan sahaja. Haha. Tapi pejam celik rupanya aku dah bertahan setahun rupanya. Uh.. hebat dan rasa tak percaya.

Okey ini cerita sekitar bulan disember 2013 yang lalu. Kami sekeluarga pergi bercuti... hihi bercuti la sangat... ke Port Dickson. Ini pertama kali okey aku berpijak di tanah Port Dickson setelah berumur dot dot dot. :) Pada mula bercadang pergi 3 hari 2 malam tapi di saat akhir, just untuk percubaan katanya maka sepakat pergi 2 hari 1 malam sahaja.

Walaupun PD ni dari KL hanya 1 jam lebih kan?? Yang pergi adalah 7 dewasa dan 5 kanak-kanak termasuk anakku. Kami pergi tu time cuti sekolah u so memang susah nak cari penginapan. Banyak penuh. Dan aku yang di tugaskan mencari penginapan, pastilah nak yang murah dan worth it untuk di sewa.

Kriteria yang di ingini, boleh memasak dan hall besar supaya kami selesa melepak. Kami pun memang nak ambik satu unit sahaja. Yang lelaki boleh tidur kat hall tu. Kesimpulannya, yang terbaik kena pilih apartment untuk di sewa.

Mula-mula jumpa dan dapat satu apartment di Blue Lagoon. Lupa pulak apa nama apartment tu. Tapi rate dia tu.. betul-betul ambik untung. Hampir 300 satu malam untuk tingkat 2 ke atas. Masa ni kosong hanya tingkat 3. Lif tak ada. Oh.. minta maaf la memang tolak awal-awal. Kesian kat mak nak panjat sampai tingkat 3 tu. Kalau ground floor 300 lebih dekat 400. Tapi penuh... katanya.

Cari dan cari lagi.. jumpalah PD World Marina Resort. Dan semestinya lah kita akan google dulu untuk review mereka yang pernah menginap di sana kan?? Ternyata tak banyak info yang aku dapat. Yang dapat pun hanyalah pasal... Hotel Marina yang berhantu. Huhu. Sebut Marina je, semua cakap berhantu oii. Tapi yang ni bukan Hotel Marina apa.. rileks la beb (haha..padahal dalam hati ada rasa takut lerr).

Berurusan dengan owner dia pun sangat smooth. Aku prefer sms je. Kalau nak call nanti bising pulak satu ofis tu mendengar. Ofis aku ni time orang khusyuk buat kerja, memang sunyi gile. Bunyi pssstttt kentut pun boleh dengar dengan jelas. Kihkihkih.

Rate dia?? RM 250 sahaja 1 malam >>boleh nego lagi tau. Hihi. Dan di sebabkan sepatut kami cadang nak menginap 2 malam, encik owner bagi harga diskaun. Murah lagi dari ni. Walaupun selepas tu aku cakap tak jadi tapi tetap dia bagi harga diskaun tersebut. Baik hati dan tidak berkira. 

Gambar yang sempat di snap..


 Pemandangan dari beranda

 Bawah apartment ada kolam. Ramai bila dah petang..

 Dapur. Semua ada kecuali peralatan tajam.

Master bed room

Apartment ni di tingkat 12. Best nampak view yang menarik. 2 bilik dan 2 bilik air. Satu bilik air dalam master bed room. Selesa sangat la senang cerita. Ni dekat Teluk Kemang ye. Senang je nak cari. Tapi aku tak pandai nak bagi instruction la. Yang aku ingat, lepas je dari highway PD tu ada simpang belok kiri dan belah kanan Marina View Villas ni. Dia ada banyak apartment dalam tu. Salah satu, PD World Marina Resort ni la. 

Siap adik aku pi tanya betul ke bang tempat ni berhantu?? Haha. Dia kata apartment belah belakang yang agak keras, lagipun sebab tidak terjaga. Apartment yang ni guard ada je yang menjaga siang malam. Huh lega dengar. Dah la time kami (adik aku dan aku naik dulu tengok unit tu bersama dengan encik owner) naik lif tu, boleh pulak dia berhenti setiap floor. Aii.. ni macam suspen je. Rupanya lif tu rosak so tukar ke lif sebelah. Bila sampai depan unit tu, wow.. unit tu rupanya macam open air view dia. Camana ye nak cakap. Kiranya pintu depan dia bila buka je mengadap jalan raya dan sliding door kat beranda dia mengadap open view jugak. Maknanya tidaklah terlindung oleh unit apartment lain gitu. 

Review selepas menginap.. kira sangat puas hatilah.
- Senang deal.Owner unit ni, bukan agen tau.Segala persoalan di jawap cepat walau hanya dengan sms.
- Apartment kemas, bersih. Tidaklah menyeramkan
- Ada bantal dan toto extra
- Dapur yang cukup alat (kecuali pisau bagai)
- Bilik air pun bersih dan selesa

Hah.. ni contact dia kalau uol berminat;
Encik Khairul - 019-3715217 

Apartment ni dekat dengan Dataran Seri Kemang PD. 5 minit je gitu. Kalau nak shopping boleh la ke sini. Tapi tak sure memang selalu ada atau tengok pada event tertentu yang mereka rancangkan. Ada banyak khemah dan menjual macam-macam. Baju, makanan, pelampung dsb.



Petang selepas kami makan dsb kami sempat lah ke dataran ni dan belakang dia tu pantai. Ingat nak mandi tapi orang ramai sangat. Kami malu. Jadi mereka bertiga ni la yang sibuk.


Ini percutian pertama bagi dia dan jejak ke pantai. Baju kotor sebab muntah. Apakah mabuk laut?? Huhu.

Esok paginya kami ke pantai lagi tapi ke depan sikit lagi untuk mandi-manda laut. Yang rasa agak tak ramai orang tapi kan sebab musim cuti sekolah so takde makna orang tak ramai kan?? Tapi... Teluk Kemang ni pantai dia memang kurenglah. Air agak dah kotor dan berbau. Atau hidung aku yang sensitif. Erm.. mungkin jugak asif muntah sebab bau air laut tu busuk kot. Anak aku sejak dah besar ni, dia sangat peka dan sensitif dengan bau busuk. Bau ikan mentah, bau durian, bau sampah boleh buat dia muntah.

Ahah.. bawah pada apartment ni ada kawasan makan. So senang kalau nak cari makan jugak. Kami sempat merasa ayam bakar kat satu kedai ni. Fuh.. memang sedap. Kami tapau je dan makan kat atas. Dia cuma nasi putih, sepotong timun, ayam bakar dan pencicah. Memang menjilat jari. RM 5 je satu. Sedap beb, korang try lah. Pencicah dia tu yang mahal (sedappp). Hihi.

Okey tu je. Selamat berhujung minggu ye kawan-kawan.