Jumaat, Februari 19, 2016

37 minggu sudah...

Assalamualaikum....

Aisey lamanya tak update blog.. sangat sibuk sekarang ni. Dengan stress kerja dan macam masalah lagi. Ni curi masa lunch kejap update blog kesayangan ni. Semalam balik kerja mood rajin masak yang simple so hari ni dapatlah bawa bekal nasi ke ofis.

Rabu lepas kandungan aku dah masuk minggu ke-37. By next week dah kena standby takut bersalin awal. Ikut hati nak baby keluar awal, minggu depan ke atau awal bulan 3. Due aku 11/3/16 bersamaan hari jumaat. Tapi macam dah tak larat nak bawak badan. Huhu.

Alhamdulillah so far semua ok. Cuma masalah kecik macam kencing kotor, HB tak cantik kada-kadang. Minta di jauhkan dari masalah besar. Amin. Hmmm... sampai ke hari ni belum tau jantina anak lagi.Dia betul nak surprise ibu dia ni. Dah berapa kali scan pun takde rezeki nak tau. Lagi la dapat doktor kat klinik kerajaan tu yang kurang mesra alam. Time scan untuk tengok jantina anak (tak ingat pulak minggu ke berapa hari tu), doktor tu check ala kadar je. Jawapan yang aku terima, tak boleh nampak jantina anak la sebab kaki dia tutup. Aku boleh terima kalau dia ada la usaha gerak-gerak or tepuk sikit bagi baby kalih kaki dia. Ni nampak sangat la dia just tengok gitu je. Agak frust sikit la tapi takpelah mungkin dah nasib kali ni. Cuma aku selalu doa anak dalam kandungan sentiasa di lindungi, sihat dan cukup sifatnya. Amin.

Hah ada sekali tu dapat jumpa doktor dan nak scan (ini doktor lain di klinik yang sama), boleh pulak mati lampu/blackout. Ngam-ngam bila doktor letak scan tu kat perut. Hahaha kelakar. Bila aku cerita kat orang, dia orang kata aku buat lawak dan saja tak nak bagitahu orang jantina anak aku ni. Ler pulak. Buat apa la aku nak buat cerita camni. Hahaha. 

Hmm...agak kempunan la nak scan Nampak muka baby semua tu. Ajak suami, dia kata tak perlu. Nanti dia keluar, tatap la puas-puas. Itu kan lain? Ni memandangkan dah hujung-hujung kelahiran takpe la tak scan. Nak sedapkan hati sendiri. Huhu. Dalam minggu lepas dan minggu ni ada rasa tak sedap perut. Macam memulas cirit-birit tu tapi bila eyak macam biasa je. Perut dah agak kerap mengeras dan sakit kat bahagian bawah sebab baby dah menekan ke bawah kan.

Apa pun tolong doakan ya semoga aku mudah melahirkan dan selamat kami berdua hendaknya. Amin. Wassalam.