Assalam..
Dua puluh lima ni iaitu rabu depan, genap anakku asif berumur 1 tahun dan 6 bulan. Pejam celik dah setahun umurnya. Tak sangka. So sekarang dah tiba masa untuk fikir tentang merancang anak kedua pulak. Tetiba. Huhu.
Sekarang ni dia teramat sihat @ lasak. Dan alhamdulillah mula dari awal bulan hari tu kelihatan dia lebih berisi sedikit. Ramai tegur. Semoga anakku bertambah sihat ye sayang.
Susu badan memang dah lama stop since dia 9 bulan gitu sebab die refuse @ menolak. Memang kata orang itu bukan alasan, maybe boleh perah dalam botol then bagi dia minum. Hmm.. tak apalah mungkin setakat tu je rezeki dapat menyusukan dia. Aku tak nak bahas pasal ni.
Gigi geraham dia sedang menyusul dan berlumba untuk tumbuh. Hihi. Seronok. Lepas ni senang la dia nak makan. Sebelum ni kesian asyik tercekik dan tersedak je bila makan makanan agak keras atau susah nak halus macam roti tu. Bila dah tersedak atau tercekik maka muntah pulak segala isi perut dia. Kalau bab menyusu, ya Allah memang kuat nyusu. Seminggu habis 2 peket yang 1kg tu. Rabak poket mak apak kamu sayang. Hihi. Tapi tak apalah demi tumbesaran kamu. Sebab makan nasi memang dia takmo sekarang ni. Bila sua nasi, dia cakap "tak..tak (sambil geleng)" mean tak nak la tu. Lepas tu terus lari jauh takut kena paksa makan. Haha.
Bercakap memang macam-macam. Tapi bila dia membebel yang panjang-panjang memanglah tak paham sepatah haram la kan. 1 perkataan antaranya yang dia dah pandai sebut walaupun ada yang agak tak clear... buang, kit(sakit), atang(gatal), ayang(ayah), kuk(takut), baby, kak(bukak), tutup, pik(sepit), pin(upinipin), shu(susu).
Tapi kan... anak aku ni suka baling barang lah, mesti ada je nak baling. Kena alert. Takut terbaling dekat tv atau mereka yang sedang tidur kat ruang tamu. Huhu. Since dia dah pandai pegang barang dulu. Memang hari-hari akan kena marah dan warning la tapi macam tu juga. Harap-harap nanti dia boleh stop peel ni. Adakah normal anak lelaki begini? Anak pada saudara aku pun peel macam ni. Anak dia tu tua setahun dari anak aku, lelaki jugak. Aku tengah fikir macam mana nak warning dia cara psikologi. Aku tau cara kasar tak membantu. Tapi kadang hilang sabar jugak so pengajarannya aku pukul manja tangan mana yang baling tu. Hai tetaplah dia buat, siap boleh senyum kadang tu.
Isk nak kena belajar ilmu psikologi banyak lagi ni. Mendidik anak tak senang, makin besar makin banyak dugaannya. Dah la dengan kami suami isteri bekerja cari rezeki, jadi masa dengan anak terhad. Nak kena ada kualiti time untuk mengajar dan mendidik depa. Favorite permainan dia still la bola. Boleh pulak, pergi amik botol susu letak bawah dia then dia sepak. Sabar je la.
Kak zara pulak selalu jadi mangsa. Suka betul dia kacau kakak dia tu. Kalau zara baring sedang tengok tv atau main game kat tab pak ngah dia, boleh pulak asif main jalan pijak atau naik atas zara tu. Kesian. Kadang di tepuk tamparnya zara tu. Zara tu dah la kurus. Nasib la zara tak melawan. Kadang marah gak zara tu so di tolak badan asif, aku tegur jangan buat macam tu. Aku explain kenapa "adik asif kecik lagi, dia tak faham dan tak sengaja tolak kak yaya (nama manja).kalau adik asif buat lagi,kak yaya maafkan ye.jangan balas.kesian.kalau jatuh luka, macam mana?". Tak nak di salah sangka yang aku lebih sayangkan asif, kadang kena peluk dan pujuk dua-dua "ibu sayang anak ibu 2 orang ni.kalau dengar cakap ibu mestila ibu sayang.kalau cuti ibu bawa jalan-jalan k.yang penting kena ikut cakap dan jadi anak baik".. huh letih. Meskipun zara hanya anak buah, tetap sayang dia sama macam anak aku sendiri.
Begitulah rutin harianku. Penat. Tapi aku gembira ada yang tersayang di sisi. Nak up entri pun susah. Sebab bila dah petang terus 'kong', dah penat dan takde mood update story. Hihi. Ok la hepi weekend ye........ ^_^
Ahad, September 22, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan