Pertama kali anak berjalan.. ni salah satu perkembangan yang dah tentunya para parents tak sabar tunggu kan?? Termasuklah aku dan suami. Lagi-lagi untuk anak pertama macam kami. Segala-gala tentang anak buat kami excited.
Di perhatikan perkembangan asif memang agak lambat sedikit seperti contoh dia mula pandai meniarap pada umur 5 bulan. Tapi aktif dia seperti biasa. Malah sekarang aktif sungguh sampaikan kami yang tengok ni naik letih. Hihi.
Yang betul-betul boleh di ambil kira anak kami mula pandai berjalan tanpa sokongan masa umur dia dah menginjak 1 tahun dan 2 bulan++ iaitu jatuh pada 29 mei lepas. Tarikh ni jatuh hari rabu, hari bekerja lah kan. Balik pada kerja aku tengok anak ni berjalan je, lama dari biasa. Sebelum-sebelum memang dia dah boleh berjalan atau erti kata lain bertatih. Paling lama dalam 10 tapak macam tu. Dan dia agak malas, bila dah jatuh dia tak nak atau tak reti bangun balik. Kalau nak bangun, kena bergantung pada something seperti dia akan pegang badan aku then dia bangun untuk jalan.
Tapi pada hari tu aku tengok, dia syok je berjalan. Lepas tu dah kuat angkat badan sendiri tanpa bantuan untuk bangun balik bila jatuh. Berjalan dari depan ke dapur, dari dapur ke depan. Dah stabil. Kuda-kuda dia dah kuat la kiranya. Hehe. Nampak dia seronok dengan kebolehan baru dia tu. And now, sangatlah tak reti duduk diam. Berjalan je. Duduk pun tah berapa minit je. Letih aku yang tengok ni. Terlebih tenaga.
Bab jatuh tu banyak kali jugak. Masih belajar la katakan. Lagi-lagi baru belajar pakai kasut untuk berjalan kat luar rumah. Aku yang excited, belikan la dia kasut tit tit tu. Ala kasut budak yang berbunyi tu bila berjalan. Ni untuk buat dia lagi seronok untuk jalan. Bila dia pakai kasut jadinya makin kerap jatuh. Kadang terpijak kaki sendiri. Kelakar jugak tengok, tapi selalu bagi semangat la suruh dia bangun balik. Yang tak boleh blah, bila dia macam nak berlari. Ada hati tu. Padahal baru pandai berjalan.
Sekarang hari-hari minta untuk bawa dia keluar rumah untuk dia main koman-koman kat ruang park kereta depan rumah. Still dalam pagar luar tu la. Main kejar-kejar, cak cak dan pusing keliling kereta. Bijak anak ni, di sebabkan dia nak keluar main sebelum aku masuk rumah bila balik dari kerja tu, dia dah standby tunggu. Di tahan aku dari masuk rumah. Dia yang keluar dulu. Aduhai. Makin penat la bila dia dah dapat kaki ni.
Tapi yang agak menyenangkan, bila nak tukar pampers atau nak mandikan dia. Aku cakap jom kita mandi/tukar pampers. So aku jalan dulu menuju ke dapur. Dia ikut belakang. Dah tak payah nak dukung. Tapi kalau dia tengah leka tengok tv atau bermain, lambat betul nak mengikut. Tengok belakang, aik takde pulak. Dah aku ke depan panggil lagi.
Lain-lain perkembangan dia sekarang (all in one la ye). Al maklum jarang buat entri sekarang. Hihi. Bukan sebab malas tapi takde masa dan ruang. Alasan..
- Hmmm... pandai suap. Bila minta dan cakap 'ibu nak, suap ibu..aaaaaaa' so nanti dia suap la tu. Tak kedekut.
- Gigi udah 5 batang, 3 atas dan 2 bawah.
- Bila nak ambik gambar dan cakap senyum... dia senyum lebar dan tunjuk segala gigi dia. Sambil jugak kerutkan mata dia.
- Pandai sebut kakak, nenek, mama. Ibu dan ayah belum pandai sebut. Huhu sedih.
- Boleh suai padan binatang dan bunyi. Contoh bunyi anjing macam mana?? gong gong gong. ayam?? kokoko. kambing?? bekkk. Tapi kadang ke laut jugak la atau pun dia buat tak tau je. Takde mood kononnya. Haha.
- Pandai merajuk! Kalau dia merajuk, dia terus baring meniarap sambil hentak kaki. Eh sapa la ajar. Ikut sapa agaknya?? Ayahnya kot. Hikhik.
- Pandai mengarah. Kalau dia tak suka cerita apa kita tengok, dia ambik remote control dan di baling kat kita. Maknanya suruh tukar kat cerita yang dia suka. Sekarang ni habit dia sangatlah suka movie kartun rio. Hari-hari ngadap. Tah sehari berapa kali. Kadang yang paling kelakar, dia ambik remote dan hala ke tv. Nak tukar sendiri la tu kononnya!! Gelak sakan aku tengok gelagat dia ni.
- Tak suka makan nasi. Alahai susahnya nak bagi dia makan sekarang ni. Bagi nestum pun langsung tak bersentuh. Dulu semua bila kita nak suap, dia nganga je. Sekarang ni dia macam tau je. Nak suap nasi je dia geleng. Lepas tu lari pergi jauh-jauh. Tapi kalau kami makan coklat atau keropok nak aje minta.
Ok la takat ni je celoteh. Buat tatapan diri sendiri jugak perkembangan anak bila dah setahun ni. Hihi.
Rabu, Jun 12, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan