Itu ringkasan tentang bronchopneumonia/jangkitan kuman paru-paru. Berbalik kisah anak aku, seawal umur 2 bulan dia dah alami bronchopneumonia ni. Bermula dengan demam, kemudian batuk dan batuk berkahak. Hancur hati bile tengok dia batuk teruk sampai mata merah dan keluar air mata. Minum susu mesti keluar balik di sebabkan batuk. Dalam satu hari tu entah berapa kali kena tukar baju sebab muntah.
Mula-mula kami bawa ke klinik biasa je, doktor bagi ubat demam dan batuk. Seawal dua bulan minum ubat batuk? Aku memang ada baca bayi ni tak boleh makan ubat-ubat ni sebab kecik lagi. Aku siap tanya dengan doktor tu, selamat ke ubat batuk dan demam tu? Dia kata ok. So apa lagi aku nak debat memandangkan dia doktor takkan la suka-suka je kan. Kalau ape-ape jadi pun aku boleh saman dia. huhu. Tengok anak yang sakit, kau takkan sanggup nak biar je. Bila dah keadaan memaksa, apa yang kita tau tak boleh buat pun kita akan cuba buat sebagai ikhtiar. Keadaan nampak takde yang berubah, jadi suami ajak ke hospital swasta pulak. Untuk check lebih lanjut, nak buat x-ray bagai. Aku turut je.
Di hospital swasta..
Mula-mula jumpa doktor yang biasa, dia check guna stetoskop tu bahagian dada anak aku. Di syaki kena jangkitan kuman paru-paru. Dia suruh keluar dan tunggu di panggil lagi. Lepas di panggil, dia kata kena buat x-ray untuk lebih pasti. So pergi bahagian x-ray pulak. Jumpa balik doktor tadi, explain sikit dan dia cakap kena admit. Alamak! ni yang aku tak suke! Sementara nak tunggu nurse tu daftar semua, anak aku di bagi gas. Lupa pulak nama dia. Tapi dia kata untuk buka ruang dada supaya senang bernafas (kalau aku tak silap).
Aku pergi hospital ni pagi dalam pukul 9. So tengahari tu jugak masuk wad dengan anak. HANYA IBU YANG BOLEH TUNGGU OK! Satu bilik ada 2 orang pesakit. Aku dapat 2 katil la, dengan si anak. Tapi tak pakai pun, sebab susah nak nyusu malam-malam. Nak angkat-angkat. So share la kami berkepit-kepit tidur sama sekatil. hehe. Nurse ada yang bising, takut jatuh bila anak berguling. Tak jatuh la, sebab anak aku masa tu belum lasak. Lagipun dah angkat besi hadang tu dan letak bantal. Lepas check-in, seorang doktor pakar muncul, tengok-tengok sikit keadaan anak aku. Aiii...setakat tekap-tekap benda besi tu kat dada anak aku je ke?? lepas tu pot-pet-pot-pet dia dengan nurse dia, suruh bagi ubat ape. Dengan aku takde explain sangat, tu pun aku yang tanya. alahaiiii....
Tup-tup lepas tu nurse datang bawa ubat -
1- ubat cecair oren (untuk demam)
2- ubat cecair putih (antibiotik)
3- ubat cecair masuk hidung macam eye-mo (untuk mudahkan pernafasan)
4- krim melomet (untuk gatal-gatal, sebab masa ni anak aku kena ruam gak)
Berulang, ubat ni la yang di bagi. plus gas masuk hidung tu. Dah lupa la apa nama dan berapa kali kena bagi. Tapi memang kena kacau jugak la time pagi buta untuk masuk gas tu dan bagi ubat. adeh. Hal yang sama berulang untuk 2 hari tu. Bosan yang amat kau. Penat badan tak payah cakap la, tak dapat rehat sangat. Kalau kat rumah, suami dan mak boleh tolong jaga. Bila suami datang melawat je, boleh rehat. Keadaan anak semakin elok. So aku bincang dengan suami cakap nak keluar wad. Memandangkan keadaan anak dah sihat, dah kurang batuk tu aku sendiri minta nurse nak check-out keluar wad. Kalau tunggu dorang tah berapa hari lagi kena stay situ. Untuk 2 hari 2 malam tu, mari kita lihat bilnya ye.. hehe..
*** Yang paling tinggi tu (RM 540) adalah yuran consultation doktor pakar ok. mahal tapi check ala kadar je. tah apa je.
Sebelum dorang benarkan keluar wad, doktor pakar tu check dulu. tekap-tekap lepas tu cakap ok boleh balik. Doktor pakar ni akan cuma datang check sekali je sehari. Yang bestnya dia suruh datang lagi untuk follow-up check-up lepas keluar wad nanti. Uhhh tak la kot nak datang lagi. Aku faham kalau hospital swasta ni caj boleh tahan mahal kan, tapi biarlah berbaloi. Memang layanan nurse dan kakitangan dia sopan. Tapi bab doktor pakar dia ni aku tak berkenan la. Sorry so to say.
So kami balik dengan gembira selepas naik kematu duduk hospital tu...huhu
Selepas 2-3 hari demam dan batuk anak aku datang balik. Tak tau la kalau sebab zara (anak buahku) tengah demam jugak. Huh masa ni memang susah la, habis satu rumah demam tau. Bergilir-gilir. Padahal dah di bekalkan antibiotik. Masa keluar wad, kami di bekalkan dengan ubat supaya anakku continuos makan ubat tu. Tapi entahla, melarat balik.
Kami bincang suami isteri, aku cakap bawa pergi hospital kerajaan-ampang je la. dekat pun dekat. Kami pergi petang. Terus je pergi bahagian kecemasan. Daftar dan bayar RM 1. Tunggu giliran. Bila dah hospital kerajaan, giliran tunggu pun boleh tahan lama la kan. Sabar aje la.
Mula-mula jumpa dia punye officer (baju putih tu). Dia check-check lepas tu tunggu untuk jumpa doktor yang kat bilik tu pulak. Sampai giliran, doktor pun check-check then dia suruh pergi bahagian gas tu dan pakai gas kat hidung. Tak tau masuk ubat apa. Dah setel, dia cakap kalau tak ok lagi nanti datang balik. Sebelum tu pergi ambik ubat untuk di makan. Dapat ubat demam dan batuk. Alhamdulillah demam dan batuk terus kebah dan hilang.
Kesimpulannya, aku tak pasti apa ubat yang di beri oleh dua-dua hospital (selain aku senaraikan) terutamanya yang gas tu, tapi kenapa dua-dua impak berbeza sepertinya ubat oleh hospital swasta tu seperti ubat untuk sementara je, then sakit tu akan datang balik. Aku tak anti dengan hospital swasta dan aku tak mania dengan hospital kerajaan tapi banyak situasi yang buat aku lebih percaya pada hospital kerajaan. Apapun ni hanya pendapat peribadi aku. Tidak melibatkan sesiapa atau mana-mana pihak pun.
P/s : nama hospital swasta better aku tak sebut, kang tak pasal jadi kes saman pulak. hihi. sapa yang nak tau boleh email aku je ye. :)
salam...hi...nk tnya la...bpa lma sembuh dr penyakit ni ek?
BalasPadamtime anak sy kena batuk dia lbh krg seminggu camtu kot. dia start dgn demam then mst la batuk teruk sampai muntah2. tp kahak dia tu agak degil nak keluar.
BalasPadampernah try gak teknik cupping tp tak menjadi.huhu
ank sy tiap2 bln selsema,batuk lps tu trus penat.masuk gas bru ok.bila tiap2 bln kna gas doktor kta asma sdgkn ktrunan xde cmtu.kna jmpa pakar,pakar plk kta selsema,batuk biasalh....bkn asma.tu yg buat lgi feedup...sy pn xtaulh.
BalasPadamanak saya pun,belah suami xda lelah..tp kata dktr pakar,budak2 kalau batuk n berkahak ai mudah mgangu sistem pernafasan dia...tp belah saya cuma mak saudara yg ada..try amalkan minuman air barli..ia bagai mncegah brcho...sya ada bg anak saya minum..tp kalau anak anda kerap berak,itu bagus krn ia juga blh kuar dr najis..
Padamkalau anak kena lagi, baik bawa gi hospital kerajaan.. doktor akan diagnose anak kita sakit ape...
Padamsamala...g klinik bayar pun,saya kata xnak sedut ke anak saya...dia kata xperlu..bagi ubat cair kahak je..tp keadaan haziq ni...mcm dgr kuat je,,,kahak2 dlm dada...aduh risau juga ni..
BalasPadamAnk sy pn btuk slsema nk dkt 2 mggu..bla mlm je kna dmam..dh g 2 klnik tp still x ok.pening,kesian tgk dia..
BalasPadamAnk sy pn dh 2mggu btuk n selsema.bla mlm je demam..dh p 2 klinik tp still x ok.mkn n mnyusu ok je.tp ksian tgk dia..
BalasPadamsaya dgn suami lg suka pegi kerajaan wlau terpaksa tgu lama...saya bersalin pn kt HKL je...alhamdulillah sume doc dgn nurse baik2...terima kasih byk2....tp aku cuba juga rawatan alternatif...homepathy...alhamdulillah berkesan juga....
BalasPadamanak saya baru kuar dari spital swasta kes sama ngan anak awak, until now stil ada batuk ,demam n flu, rasa mlm ni nak trus pg spital serdang tgk cam mana
BalasPadamanak saya pun macam tu..dah 3 kali masuk hospital..misi2 situ dh kenal dengan kami..apa bole buat sekejap ok sekejap tak..sekarang ni doc cadangkan pakai chamber sbb bunyi pernafasan still ada...lepas pakai 2-3 hari, masih sama jugak...huhu..saya pun dah buntu..harap2 anak saya sihat seperti dulu..
BalasPadamSkrg ok sdh?
PadamBoleh tau kebanyakan baby yg kena jangkitan ni masa umur 2blan lebih lepas cucuk tu ke?
BalasPadamXsemestinya lps kne cucuk.tp d awal umur baby mmg sng kena.sbb ms umur ni kn ssh kahak nk kuar.
BalasPadamAssalam. Tuan blog...sy terbaca blog ni semasa cari maklumat brkenaan anak lelah dan hosp swasta atau kerajaan yg sesuai.
BalasPadamPegi klinik swasta semlm dan doktor bg antbiotik dan ubat demam. Dan surat refer utk masuk wad. Dr ckap tkut dh dijangkiti kuman kt paru2. Mmg skg ni dia x nak mkan dan sgt kurang mnyusu. Risau.Sy duduk sekitar ampang juga...
Wslm...awak kena paksa dia minum susu, sy tak pasti umur anak awak brp tp make sure keep on breastfeed ye kalau still bg susu badan. yela org demam kan mst la tak selesa dan takde selera. kita yg dewasa ni pun hilang selera bila demam ni kan pulak anak kecil. takpe pujuk dia minum n makan.
BalasPadamAnak sy baru msk 3 mggu tp dh dgr bunyi air liur yg pekat dkt kerongkong..sy try bg susu botol mmg tak masok maybe susu tu pekat..jd dia nak minum susu bdn je..sy nk check hari ni tp x sempat dh ttp..nak cek esok hari sabtu pulak..poliklinik tak bukak...sy ni side efek plk dgr psl jamgkitan paru-paru..cm mn ehh..perlu refer hosp tak?sbb dia x batok sgt,just bila air liur bekumpol baru dia batok sikit..nnti klu g hosp tiba2 kn admit...aduhh luluhny hati dgr klu anak ada something
BalasPadamYana, bley bg tau hosp mane? Nasib kte lbh kurang serupe je
BalasPadamBiasanya kena admit kalau doktor kesan ada jangkitan kuman dlm darah/badan je.
BalasPadamDulu anak pertama saya pun sama asyik deman dan selsema je(sampai sekarang dah dekat 4tahun pun masih keluar hingus bila bersin pagi2). Tapi berbeza dengan anak kedua yang saya delaykan suntikan vaksin dari umur dari umur 2bulan,alhamdulillah kurang demam dan tak macam abang dia.
Apa2 pun masa anak demam memang kena keep breastfeed dan mak kena mkn makanan sihat dan lawan kuman terutama bawang putih etc.
Semoga anak2 kita semua sihat dan walafiat sentiasa. Amin..
Anak sy dmam 3 hr suhu smpai 40.btuk n x de slera mkn. G hsptl swsta. X de beza pun btuk tu just dmam ade kurang. Deposit msuk je 2k..dktr ckp ade jngktan kuman kt paru2...blh bgtaw hsptl mne elok?
BalasPadamklau g hsptal krajaan memanjang appointment alasan dktr pakar xda...g swasta plak buat ala kadar je byar mahal...eeemmmmm.....
BalasPadamSy pernah kena pneumonia ni masa sy preggy..sy pergi Sime Darby Medical Centre,to be specific dgn Dr.Shyamala..proses dia mmg mcm tu,Dr.akan bg ubat yg sama utk hilangkan kuman..nebuliser tu start sejam sekali sehingga dua kali sehari saja..tp sy mmg recommend Dr.ni..physio pun kena buat bila dh smpai tahap kronik mcm sy
BalasPadamtumpang tanya,setahu saya tiada ubat untuk jangkitan paru2.jadi,setiap kali dia demam,selsema kita kene hantar anak masuk wad hospital ker?
BalasPadamWe are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).
BalasPadamWe are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
Lady doctor
MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
Possess valid Annual Practicing Certificate
Registered with Malaysia Medical Council
Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
Attended an Obstetric Life Saving Skill
Attended A Neonatal Resuscitation Program
Working hours negotiable with minimum on-call
Very attractive salary RM7,000 (starting)
Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com
Clinic information:-
PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
NO. 12 JALAN SL 1/13
BANDAR SUNGAI LONG
43000 KAJANG
SELANGOR
TEL / FAX: 03-90114833
Regards
Ir. Aznial Rahmat
Director
KASIH Group
012 312 9264
aznial@gmail.com
Ubat utk pneumonia xde tp antibiotics utk hilangkan kuman tu ade. Kalau hosp.gov Dr akan try antibiotics dr yg kurang hingga yg kuat sampai mrk puashati & kite pon boleh balik tanpe krisauan. Sbnarnya ikut hosp xkira mane2 pon. Kite perlu sabar ckit kerana dugaan anak yg sakit ni hanya utk yg mampu tempuh & kuat shj akan dberikan pahala oleh Nya
BalasPadamyana boleh bgtau tak hospital swasta 2? sb ank saya pun alami benda yang sama.. xtau nk cari hospital yg sesuai da.. ermmm....
BalasPadamSama la...dh 2 hospital swasta sya pegi...ank sya msih btuk n slsema...nk pegi hospital krjaan mreka ckp lg truk...apa plihan yg ada???
BalasPadamSama la...dh 2 hospital swasta sya pegi...ank sya msih btuk n slsema...nk pegi hospital krjaan mreka ckp lg truk...apa plihan yg ada???
BalasPadamHospital ampang mmg ramai pakar kanak2. So klau anak sakit mmg terbaik hospital ampang
BalasPadamrisau kalau anak-anak sakit ni...tak tidur malam kita di buatnya
BalasPadamSekarang ni anak sye kedua bru kena tahan wad.dah semgu demam n batuk.. Sekali gan akak dye tp dye ok kurg demam mcm nak sihat sbb tu hnye check akak dye kat klink swasta tp ubat share bg ckit. dah dekat semgu xelok n ubat abis terus bawa hospital kecemasan sbb akak dye demam panas tgok2 adik pulk kene tahan wad..satu flmy check sbb x bermaya n penat..
BalasPadam