Siapa suka kuih putu? Angkat tangan! Tak kisahlah putu piring atau bambu. Yang bambu bila bentuk dia yang panjang macam gula melaka seketul tu. Atau kata lain bambu=buluh. Kalau yang piring, bentuk leper tu. Bukan putu mayam ye, itu jenis lain punya. Hihi. Kuih putu bambu/piring ni salah satu kuih kesukaan aku dari dulu lagi.
Tapi bukan semua aku sebat je. Aku try dulu, dan kalau tak best aku takkan pernah beli lagi. Huhu. Setakat ni dari dulu sampai sekarang, putu paling sedapppp dan marvelessss ada di pasar malam taman melawati (see betapa sedap sampai aku taip berlebih p dan s...). Hihi.
Yang ada rasa pandan, warna hijau tah apa brand nama dia tah, aku tak berapa kena pulak. Still ni the best. Tepung dia cair di mulut, kelapa dia lemak je dan gula dia sedap. Atas ni gambar dia, pembungkus dia guna kertas putih. Tempat lain aku try ada je tak kena, gula terlebih manis la, kelapa kering dan tua la, lepas tu tepung rasa macam kesat (susah nak di jelaskan).
Tempat yang jual ni kat pasar malam taman melawati, yang dekat area-area kfc tu. Bukan yang dekat-dekat bawah jambatan tu. Korang cuba la. Cuba sekali, mesti nak lagi. Kalau taste kita sama la kot. Hehe.
Rabu, Jun 26, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
suke jugak putu bambu nie
BalasPadamtp nak ke taman melawati ntah bile