Isk cerita dah basi baru nak story mory ek (anak dah masuk 7 bulan tu).. entah tiba-tiba teringat kisah lama ni.. hehe...
Nasib baik sebab mak aku masih ada so berpantang dengan mak aku la. Tapi mak aku punya pantang tak la straight sangat. ada benda yang tak di buat macam orang lain.
Pantang yang aku jalani ;
- Pakai stokin 24 jam
- Tidur tinggikan kepala. Bantal letak la 3 dan bersandar ke dinding (selama pantang tidur kat ruang tamu.huhu.sebab leceh nak naik turun katil kalau nak baring dan tidur)
- Makan hanya nasi dan sayur berkuah (spt bayam,betik,pegaga buat ulam).ikan di larang.mula aku membantah kenapa tak boleh makan ikan pulak, bosan tu makan sayur je.rupanya jawapan dia, mak aku tak pasti apa ikan yang boleh dan sesuai aku makan atau tak.di sebabkan nak makan jugak aku try ikan parang (if tak silap.sebab seumur hidup tak pernah makan ikan banyak tulang ni.ibu mertuaku kata ikan ni boleh di makan orang berpantang). tup-tup naik ruam kat badan anakku.kesian dia gatal-gatal.tapi aku tak la salahkan ibu mertuaku tu ye.lama sikit aku dapat makan daging.ikut mak aku memang dia tak galak makan selain nasi dan sayur je.di sebabkan bosan, aku banyak makan biskut jacob dan susu/milo je.sedih.
- Mandi duduk kat kerusi
- Pakai asam+air kapur kat perut then bengkung. yang tradisional kau, bukan siap lilit tu. pakai kain yang panjang yang tah berapa meter then lilit la seluruh perut sampai ke bahagian bawah bontot. yang ni mula mak buat then aku dah pandai sikit so buat je sendiri. yang ni tak lama aku buat, rasa letih dan tak selesa. tah berapa minggu.
- Tak boleh minum ais/sejuk
- Mak urut seluruh badan
Yang orang lain buat tapi aku tak buat ;
- Mandi air panas
- Bertungku dan bertangas, pakai pilis (pakai pilis dan bertungku buat 2-3 kali je, mak mertua ajar dan buatkan semasa datang bermalam rumah kami).
Ini apa yang aku ingat la, lebih kurang ye. Pantang ni masa awal je ikut bukan main. Dah lama jadi bosan dan tensen. hihi. ada ke patut?? lagi-lagi bab bengkung tu. huhu. padan muka sekarang perut buncit.
Ok satu hari tu, ngam-ngam lepas aku pam susu badan aku menggigil gila kau. luar rasa panas tapi dalaman sejuk yang amat. aku pakai selimut pun tak rasa hape. rasa nak nangis. time ni aku selubung dan buat diam. aku tak merengek kat mak aku. sebab aku tau mesti aku kena balik dan mesti la sebab langgar mana pantang. Ya Allah takkan sebab aku pam susu badan kot? sebelum ni ok je. sambil tak sedap badan tu aku fikir-fikir sambil selawat dalam hati. takut jugak la. masa tu anak aku menangis pun aku buat tak dengar, sebab memang tak larat sangat. buat-buat tidur. nasib masa tu suami ada, so dia jaga.
Dah lama sikit baru aku cakap kat suami, aku demam. Suami nak tau apa kan? dia iyakan je. aku minta urut kasi lega. lepas tu aku masuk bilik, tidur sambil selubung tanpa pasang kipas. Beberapa jam lepas tu dah ok. alhamdulillah la.
Aku rasa silap aku di sini, aku ada makan seulas epal sejuk kot. anak buah makan depan aku, so aku rembat seulas buat ubat tekak dah lama tak dapat sejuk-sejuk kan?? Hah kau..amik! Lepas tu tobat aku taknak makan apa saja yang sejuk, walau sejuk-sejuk kuku je (eh ade ke ayat ni??hentam je la). That's y aku berpantang ais dapat la sampai 3 bulan. haha bagi aku lama la tu. then bila try n error dah boleh minum ais, erm selamat tinggal la air suam kuku. ngeh ngeh ngeh.
Tapi tu la nasihat aku, berpantang betul-betul tau. takut bentan je. bentan ni ada macam-macam jenis. cari la info banyak-banyak bila dah dekat bersalin tu. lagi-lagi bagi yang berpantang sendiri. juga peringatan untuk diri aku sendiri maybe untuk anak seterusnya nanti kan.
Ni aku ada terjumpa petua kalau kena bentan, ambil dua ulas bawang putih dan dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki sahaja selalu. (cuba ye kalau korang kena, aku nak simpan dalam diari aku ni, mana tau sejarah berulang.minta simpang la kalau boleh kan.huhu.)
Bakal hero malaya :P
Saya pon tgh dok berpantang ni. Dah 35 hari dah. Hr ni rs mcm.semacam je kat perut ni.. awat tah le.. harap xada apa2..
BalasPadamAlhamdulillah tak pernah alami bentan ni, mak sangat ambil berat jaga anak dia ni,huhu..
BalasPadamSLM..nk Tony sis..sy Bru 2 buln lbih bersalin. Pas 44hari dlu drh dh stop. Xlme pastu sy dtg period. Dh 25hari no. Mk sy ckp kne bentn. Mcmne nk rwt utk drh ni stop ye?
BalasPadamSalam. Tumpang tanye. Saye tengah berpantang. Tapi darah tak banyak keluar. Sampai lah lepas tukang urut datang urut satu badan. Baru dia keluar. Then tak keluar darah dah. Kadang2 je dia keluar. Kenape ye? Mohon pencerahan
BalasPadamwalaupun tak pernah kena (dan harap takkan kena) bentan, takutnya baca kisah orang yang kena bentan nie...
BalasPadam