Sabtu, Disember 18, 2010

1st time d jom heboh 2010

Salam n slmt tengahari...

Aku bukanla nk cite psl 1st time aku g jom heboh. ikutkan da byk kali jom heboh d adakan kan kan?? merata tmpt tak gitu? 1st time aku g sbg peng'usha' (lg2 usha artis ler kan), erm ms aku studi kt melaka dlu. g dgn housemate2. best le dpt g jmp n bergambo dgn artis n org tv3. tp tu ms 'bdk hingusan' dlu, skang da tuo, so takde le nk kejo2 artis kan. hehe.

2nd lak aku g yg shah alam, dgn makcik 'kecik' aku. tu pn jln2 n beli la jajan2 yg murah.

Kali ni, thn 2010 aku g sbg peniaga (11-12dis,bkt jalil). syok wooo...walau penat. xterbayang nk join as peniaga. dr dlu mmg aku slalu pk in mind, erm yg berniaga kt jom heboh (dlu sure heboh kan..) n sure untung crazy2 la..

Tp aku silap kot, sbb meniaga mna2 pn takkan sume untung walau event tuh hot n grand la kan! ade mcm2 skil yg d perlukn utk untung crazy2 nih. n aku tak malu nk kta yg aku msh blm dpt keuntungan yg memuaskan ht aku. sng cite untung skit tp msh tak dpt cover sewa. n fyi lg, ni kali ke-3 event/karnival yg aku join. mmg kali ni aku over confident sampai aku amik booth yg agak bsr walau pn produk aku seciput je. takpe2 aku blaja dr kesilapan.

Dr event2 yg aku join ni, aku selidik mna silap2 aku n sambil tgk mcm mna dorg2 (peniaga lain) yg da berjaya n crowd dia fuhhh!!...ramai siot...bab persaingan takleh kta la, mmg kene sedia mental n fizikal lg2 kalau ade customer yg tnya "eh2 nape harga awk lg mahal dr kedai td tuh?padahal sma je baju nih?"..ohh klu nk explain, pjg jela makcik oii...sng kta la, kami amik pembekal yg berlainan..byk sgt sbb klu nk story mory nih...takpela g la beli kt sna klu dorg offer lbh baik, takde rezki la tuh kan...

Kesimpulannya, untuk meniaga kalau takmo bersaing..kne la sediakan produk yg 'rare' (ssh or jarang d lihat)..harga mst murah (kalau jenis tak pntgkan kualiti just go on la)..mulut mst manis (yg ni aku msh blaja tau..haha)...tp paling pntg pd aku servis...kalau hampeh takde sape nk beli la oii....bia la produk ko tu hebat or murah camna pn..lg2 klu peniaga kuajaq...g campak lombong la, jgn meniaga!!...hehe..ni pengalaman aku la as pembeli n penjual, klu kuajaq mmg aku blah je (as pembeli la..kah kah kah)..klu as penjual, kne sopan santun, customer always right bak kta customer membe aku..suami istri membebel2 berjam2 tp beli 1 item je, adoi tolong la....

Khamis, Disember 16, 2010

10 Tanda Si Dia Jodoh Kita

Sape nak tau tanda2 seseorg tu jodoh kite, angkat tangan? hehe.. artikel ni aku amik dr blog org but aku edit n cut supaya tak la pjg lebar sgt (aku pn malas mau baca!).. hihi.. erm meh selidik betul ke artikel nih??..


1. Bersahaja
Si dia bersikap bersahaja dan xberlakon. Tengok cara dia berpakaian, cara cakap, cara ketawa serta cara makan n minum. spontan x?? takde la cover2 kan. Kalau nampak kurang selesa, sah dia berlakon.


2. Senang dan selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.


3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. <<---sgt2 stuju!! hehe


8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati
Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Mimpi
Mimpi mmg mainan tidur, tapi bila kita melakukan solat Istikharah n memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.


Berdoa la selalu smoga kite mendapat pasangan yg baik2.. amin..

it's time to update azam n wishlist weihh..

Salam...n morning...

Pejam celik pejam celik da nak abis tahun 2010 kan.. da kene update azam n wishlist 4 next year pulak... jom share ape yg korang nak dapatkan/buat tahun depan...

erm aku??

1) nak ade keje baru dgn pangkat+gaji lbh dr skang

2) nak bisnes lbh maju.. (smpai skang msh blm capai target yg puaskan hati aku..sehingga tu aku akan rs geram n sgt berapi2 nk capai..hihi..so skang msh dlm proses blaja n amik pengalaman berbisnes..).. kalau ade rezki, dapat buka 1 kedai sendiri lg best! insyallah..

3) nak ubah status..jd puan la kan..hehe..sume dlm perancangan, insyallah jika tiada aral n halangan yg ni pasti tercapai next year...

4) nak ade rumah sebiji bersama bakal suami (next year suami la kan..)... tp kalau berbiji2 rumah pn takpe..lg bagus.. amin.... :)

5) nak ubah peel/perangai yg krg elok.. erm nk krgkn panas baran (mudah mrh..erm mudah sejuk gak.. :) hehe taknak kalah)

6) taknak kedekut utk sedekah.. yg ni aku lemah skit.. bkn ape, aku ni suke syak pd org yg mnta sedekah terutama org yg buta. lepas tu bdk2 yg jual sticker yasin or ayat2 Quran. berbelah bg nk sedekah tau.. adeh.. byk sgt kes tipu skang ni. tp kalau da bg tu aku pasrah je la, kalau tipu dorg yg dosa..... wallahualam..

nih je la kot azam next year... insyallah aku akan update n gtau sama ade azam aku tercapai atau tidak.. hehe...

take care frens..... bye..

Khamis, Disember 02, 2010

Corat ~ coret

Ya Allah.. berabuk sudah my blog.. huhu
ape nk buat bz ngan keje+bz ngan partime biz+malas n malas n malas.. hehe

ohhh.. ape yg nk share ye.. erm ya.. i'm engaged!! (xsure penah cite kt u'ols ke x sblm nih)... insyallah next year mendirikan umahtangga..
doakan ku ye..
so sape2 yg nak bg servis FREE ke sempena majlis aku nati leh gak..
contohnye jd fotografer ke, nk sedekah cupcakes ke, nak buatkan hantaran marveles ke... hehe
besar tapak tangan, nyiru ku tadahkan... ekeke...
sape nak suggest something pn bole...pakej kahwin ke, pakej bln madu ke.. hehe.. sgt d alu2kn utk sharing...

tak krg jugak skang ni bersepah majlis kawin sana sini...
majlis sedara mara, kawan2, jiran2 etc

tak ketinggalan bersepah sales sana sini.. so sape2 yg nak berjimat utk dpt item d ingini better time nih la nk grab.. tak rugi u'ols... dpt murah & jimat...

erm byk la nak cite tp nti2 la ye.. hehe.. utk kamu sume... layannn...