Ahad, Oktober 30, 2016

Pengalaman melahirkan anak kedua..yang overdue

Assalam...

Aduh berjanggut nak update pasal pengalaman melahirkan putera keduaku, Ammar. Alhamdulillah dia selamat dilahirkan pada 21 mac 2016 yang lalu. Ada yang bisik-bisik dengan aku "oii..kau ni plan memang nak anak kedua pun lahir date dekat dengan yang pertama ke?" Eh tak la gitu beb. Rezeki tak dijangka kan? Anak pertama aku lahir 25 mac 2012. Beza date 4 hari. Huhu.

Ok jalan cerita kali ni begini.......

15/3/16 (selasa)
Estimate due date 11/3/16. Tapi sampai ke last check-up kat klinik kesihatan ampang 15/3/16 masih tak ada nampak tanda nak keluar. Nurse pun dok tegur..aii baby tak keluar lagi? Huhu..mampu senyum je la. So sebab dah overdue , doktor bagi surat untuk admit ward dan kena induce. Wuwuwu tidaaakk!! Dia bagi date 20/3/16 (ahad) untuk serah diri ke hospital ampang. Kali ni aku pilih hospital ampang jugaklah sebab pengalaman pertama baik-baik aja. Sebab jatuh hari ahad, punyalah aku pujuk doktor tu, i pergi isnin la doktor. Eh cannot cannot..bla bla bla. Alaaa.... :(

20/3/16 (ahad)
Hari-hari berharap dan berdoa supaya anak keluar cepat sebelum nak kena induce tapi kuasa Allah lebih hebat. Masih macam tu tak ada apa tanda. Punyalah aku tonyoh lantai dinding toilet, lantai dapur tapi hampa. Tak masuk lagi aku buat tips lain untuk cepatkan bukaan dan ada rasa sakit tu. Hmm semua tak menjadi. Takut beb. Pengalaman pertama induce 2 hari dengan masuk ubat 3 kali baru si anak bertuah ni keluar. Sakit woo.
Seawal 7 pagi gitu aku dah ada kat hospital ampang. Siap drive sorang pagi tu dan bawak barang apa yang patut, suami gerak dari rumah sewa kami (area ampang jugakla) dengan menaiki motor. 2 malam sebelum tu bermalam rumah mak sebab suami kerja malam dan takut aku sakit time dia takde ke kan naya. Beberapa hari tu jugak hari-hari ingatkan Asif anak sulungku yang aku nak kena pergi hospital dan lahirkan adik dia. Syahdu ooo...
Terus ke PAC dept, kat bawah hospital tu. Tunggu giliran and so on, doktor pasangkan ctg dalam 15 minit kot. Dia check apa yang patut. Then jeng jeng jeng..check bukaan dah 2cm. alhamdulillah. Then scan baby. Semua ok. Doktor lain pulak pasangkan jarum yang untuk masuk ubat kat tangan tu. Aduh pakai jarum bagai ni yang lemah. Lepas tu proceed admit ward, sebab tak rasa sakit apa pun so aku cakap tak nak naik wheelchair, aku nak jalan sendiri. So berlenggang aku dengan nurse naik atas. Suami naik kemudian dengan bawak beg bagai.

21/3/16 (isnin)
Ahad tu ber'honeymoon' je la dekat wad. Dan baru ku tahu, rupanya dah start pakai kelas wad (masa nak masuk ada nurse ni tanya wad kelas apa?) Eh tak tau pulak aku gitu eh sekarang ni. Dulu aku main masuk je yang wad 4 orang sebilik tu. Kali ni aku duduk luar yang open. Dia kata kalau yang kelas 2 pun kena bayar rm350. Aku cakap oh tak kot, kelas biasa (ke tah kelas apa lantakla). Dah la tak ada air-cond kau. Panas la, al maklum la pregnan kan rasa panas manjang. Seawal 7 pagi aku di panggil untuk check bukaan. Adoi la kali ni ganas sikit doktor ni. Sakit tu dia masuk jari dia. Tapi aku faham mungkin dia nak tolong besarkan bukaan tu. Ooo...dah 3cm ni..kita masuk labor room terus ya..Yeay ada sinar gembira di situ. Alhamdulillah Ya Allah tak ada rasa sakit apa pun then dah buka 3cm. Mungkin jugak minyak zaitun yang aku amal membantu sedikit sebanyak. Nurse bagi baju untuk tukar sume.
...
Lebih kurang pukul 10 pagi aku dah masuk labor room. Dan suami boleh teman dari mula masuk sampai la bila doktor nak jahit. Awal 2-3 jam tu memang tak ada rasa sakit contraction pun. Hmmm...doktor awal-awal offer nak cucuk epidural. Takpe saya taknak. Aku tolak dengan baik walaupun dia takutkan aku 'sakit sangat'..dan nurse pun galak aku ambik. Takpe ni anak kedua, in sha Allah saya bertahan dengan sakit ni.
...
Rancak berbual dengan suami dan aku suruh dia pergi kantin dan sarapan dulu. Lepas tu doktor check dah buka 4cm. Tak silap setiap 3 jam doktor check bukaan. Yang tak tahan bila tube di masukkan untuk keluarkan kencing setiap 2 jam. Adoi nyilu woo. Dan selepas tu bukaan agak slow, next check still 4cm then dia set air yang masuk kat tangan tu untuk gesaan sakit mungkin. Untuk tahan sakit di beri suntikan kat pinggang dan hidu gas. Graf ctg tak berapa nak cantik, baby tidur kata nurse yang jaga aku. 
...
So aku di suruh tukar posisi mengiring ke kanan la then ke kiri. Adoi sakit pinggang tahu. Tapi ikut je la dia orang lebih tahu. Lepas tu di goncang perut supaya baby bangun. Huhu.
Then sampai saatnya rasa nak teran tu ada. Aku cakap kat nurse tu, boleh pulak dia cakap 'awak nak try teran ke?'. Nurse tu dah sibuk siapkan apa yang patut. Masa tu baru 7cm kot tak silap. Bukan ke kalau belum full open jangan teran dulu?kang banyak koyak. So aku cakap takpe belum lagi,boleh tahan lagi. And bila aku cakap nak teran dah tak tahan sepantas kilat dia tarik kaki aku atas besi tu.huhu.ni pengalaman yang lain dari pertama dulu.dulu just pegang buku lali.tapi yang lain aku rasa pakai besi lagi best kot, sbb ada tali yang di ikat kat besi tu aku tarik sekuat hati masa nak teran.jadi dapat kekuatan tenaga dari situ gak.membantu la kiranya.
...
Tepat jam 4 petang alhamdulillah selamat lahir putera keduaku.kali ni merasa 'bonding time'. Nurse letak baby kat dada.huhu.terkelip-kelip mata dia.bunyi pun hek hek gitu je.Ya Allah mata dia bulat je masa ni.Then nurse buat la apa patut, doktor jahit sume, siapkan baby.Dah selesai, masuk ke wad. Dekat pukul 6 jugak la.

Rabu, April 06, 2016

Kelahiran anak kedua

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...saya dah selamat melahirkan anak kedua pada 21/3/2016 yang lalu. Abang asif ada geng, kali ni dapat putera lagi. Banyak sangat nak cerita nak share untuk kelahiran kali kedua ni. Tapi sekarang masih mood berpantang dan kesakitan.

Tiba masa saya update ye. Pengalaman bersalin kali kedua jugak di hospital ampang. Alhamdulillah segalanya di permudahkan. Kita sambung lagi nanti ye. Wassalam.. :-)

Jumaat, Februari 19, 2016

37 minggu sudah...

Assalamualaikum....

Aisey lamanya tak update blog.. sangat sibuk sekarang ni. Dengan stress kerja dan macam masalah lagi. Ni curi masa lunch kejap update blog kesayangan ni. Semalam balik kerja mood rajin masak yang simple so hari ni dapatlah bawa bekal nasi ke ofis.

Rabu lepas kandungan aku dah masuk minggu ke-37. By next week dah kena standby takut bersalin awal. Ikut hati nak baby keluar awal, minggu depan ke atau awal bulan 3. Due aku 11/3/16 bersamaan hari jumaat. Tapi macam dah tak larat nak bawak badan. Huhu.

Alhamdulillah so far semua ok. Cuma masalah kecik macam kencing kotor, HB tak cantik kada-kadang. Minta di jauhkan dari masalah besar. Amin. Hmmm... sampai ke hari ni belum tau jantina anak lagi.Dia betul nak surprise ibu dia ni. Dah berapa kali scan pun takde rezeki nak tau. Lagi la dapat doktor kat klinik kerajaan tu yang kurang mesra alam. Time scan untuk tengok jantina anak (tak ingat pulak minggu ke berapa hari tu), doktor tu check ala kadar je. Jawapan yang aku terima, tak boleh nampak jantina anak la sebab kaki dia tutup. Aku boleh terima kalau dia ada la usaha gerak-gerak or tepuk sikit bagi baby kalih kaki dia. Ni nampak sangat la dia just tengok gitu je. Agak frust sikit la tapi takpelah mungkin dah nasib kali ni. Cuma aku selalu doa anak dalam kandungan sentiasa di lindungi, sihat dan cukup sifatnya. Amin.

Hah ada sekali tu dapat jumpa doktor dan nak scan (ini doktor lain di klinik yang sama), boleh pulak mati lampu/blackout. Ngam-ngam bila doktor letak scan tu kat perut. Hahaha kelakar. Bila aku cerita kat orang, dia orang kata aku buat lawak dan saja tak nak bagitahu orang jantina anak aku ni. Ler pulak. Buat apa la aku nak buat cerita camni. Hahaha. 

Hmm...agak kempunan la nak scan Nampak muka baby semua tu. Ajak suami, dia kata tak perlu. Nanti dia keluar, tatap la puas-puas. Itu kan lain? Ni memandangkan dah hujung-hujung kelahiran takpe la tak scan. Nak sedapkan hati sendiri. Huhu. Dalam minggu lepas dan minggu ni ada rasa tak sedap perut. Macam memulas cirit-birit tu tapi bila eyak macam biasa je. Perut dah agak kerap mengeras dan sakit kat bahagian bawah sebab baby dah menekan ke bawah kan.

Apa pun tolong doakan ya semoga aku mudah melahirkan dan selamat kami berdua hendaknya. Amin. Wassalam. 

Jumaat, November 27, 2015

Minum air gula..MGTT

Assalam........

Bagi ibu-ibu mengandung ni sangatlah sinonim dengan ujian minum air gula atau di panggil MGTT. Bayangkan minum secawan air dengan ada 10 sudu gula. Sebijik macam minum air gula yang korang buat untuk bancuh air tu la.

Al-kisahnya aku dah kena minum air gula bulan lepas. Sehari selepas check-up pertama mengandung (kandungan dah masuk 4 bulan.hehe) hari tu. Bila dah set appointment untuk minum air gula ni,start 10 malam dah tak boleh makan atau minum langsung tau. So berpuasa la kiranya. Sampai la setel minum air gula keesokannya. Seawal 7.20pagi aku dah terpacak depan klinik kesihatan ampang. Time tu klinik tutup lagi. Bila dah buka, dapat la turn ke-9. Huhu.

Tunggu la nombor giliran di panggil. Lepas tu masuk bilik tertentu. Nurse akan ambil darah dulu, darah sebelum minum air gula tersebut. Lepas tu terus ambil secawan air gula. Mata meliar cari air yang sikit. Tapi hampa. Semua sama je sukatan banyak dia. Haha. Padan muka aku.

Dah minum tu,keluar la tunggu lagi kat kerusi-kerusi luar tu. Oh ye.. air tu takde perisa apa-apa ye. Putih suci semata. Jangan mimpi la nak ada perasa semua ya.Ini klinik kerajaan. Hahaha. Tercongok la 2 jam. Nurse tak bagi pergi mana-mana tau. Dalam hati berdoa je agar tak muntah. Kalau tak,kena ulang ambil lagi next time. Set appointment lain tau.

Lepas 2 jam tu,akan di panggil lagi ikut nombor giliran.Then bilik tadi yang sama,nurse ambil darah lagi.Sakit wooo...dua tangan dah lebam. Apa nak buat kan.

Okey.. ni aku nak cerita. Kandungan aku yang pertama 4 tahun yang lepas aku kena kencing manis. Dan kena buat BSP. Datang klinik beberapa kali untuk ambil darah dan tengok kandungan gula dalam darah aku. Diet control. Tak boleh makan manis-manis,kalau tak habis la reading dia. Huhu. Sokandungan kali ni, bila aku dah di bagi date untuk minum air gula aku dah standby cari info untuk kurangkan/ubati kencing manis. On the way drive balik rumah lepas check-up, aku dah terfikir-fikir apa makanan yang boleh kurangkan bacaan kencing manis ni. Aku guna istilah yang senang je la ye. Kemudian aku cuma terfikir sayur peria dan epal hijau. So singgah la pasaraya Segi beli barang ni dan barang lain.

Yang aku cuma fikir nak masak je peria ni buat sayur tengahari tu. Dan epal tu makan sebagai dessert la. Balik sampai rumah aku sempat belek internet petua untuk pesakit kencing manis. Terjumpa satu blog tapi aku dah lupa nama dia. Petua yang dia bagi satu bijik peria katak blend dengan separuh epalhijau. Lepas tu tapis ambil air dia dan minum.Tapi memandangkan aku dah beli peria yang panjang tu dan bukan peria katak, aku pakai jugak la peria tu. Separuh peria tu aku goreng biasa je.

Ingat nak buat petang jus tu tapi dah tertidur kekenyangan pulak. Haha. Makan biasa dengan Nasik pun terasa pahit peria tu,apa lagi nak buat jus.Tapi paksa diri jugak la. Then aku cuma potong suku (lebih kurang panjang jari telunjuk) dan blend dengan separuh epal hijau. Tapis dan minum. Errkkk...rasa dia memang haru la. Bau epal memang sedap tapi pahit dia mak aiiihh.

Beberapa hari lepas ujian MGTT tu, tak ada dapat call dari nurse.Bermakna ujian tu ok. Jaditerbukti dua bahan ni boleh bantu kurangkan kencing manis atau ubati. Aku berniat nak amalkan mungkin minum sekali sebulan. Baik untuk kesihatan kan. Haha tapi aku ada kena bash dekat group facebook tu pasal aku bagi petua ni dan katanya aku memanipulasi ujian tu. Sebenarnya bukan tu niat aku. Aku share cara tu supaya yang ada kencing manis untuk amalkan. Tapi dia fikir lain pulak. Oh.. isnin baru ni masa check-up kedua, baru dapat tahu bacaan yang dapat sebelum dan selepas ialah 4.0.

Jadi jom kita amalkan ye jus yang baik ni sama-sama. Memang pahit tapi untuk kesihatan diri jugak tau. Okey sampai sini je. Tata... Wassalam. 

Khamis, November 19, 2015

Asma.. semput... lelah

Assalamualaikum....

Istilah yang ada pada tajuk adalah sama. Kalau tak silap perkiraan aku la. Ada pernah aku cerita yang  anak aku ada mengalami jangkitan kuman paru-paru.. kan?? Dari seawal 3 bulan. Ye memang agak meletihkan bila start dari tu, dalam beberapa bulan tu mesti dia di serang batuk dan sesak nafas. Tiap kali check dekat hospital dan tiap kali kena tahan wad, doctor cuma cakap belum di pastikan diaada asma/semput/lelah atau tak. Sebabnya kami suami isteri takde sejarah ahli keluarga yang asma. Agak memeningkan bukan.

Dan tiap kali dia sesak nafas yang teruk, kadang sampai berbunyi kami akan pecut pergi hospital ampang. Yang terdekat dengan rumah kami. Mula akan di beri gas nebulizer beberapa kali setiap beberapa jam. Then kalau doctor check masih tak memuaskan, dia akan minta supaya masuk wad. So redha je la.

Tapi start anak aku berumur 3 tahun hari tu (besday dia Mac 2015), dan last kena tahan wad May 2015. Lepas dari tu doktor baru sahkan anak kena asma. Tapi belum tahap teruk. Dan dalam proses nak sembuhkan dia sebelum dia start sekolah. Jadi keluar je dari hospital, doktor bagi pam ventolin untuk dipakai masa kat rumah. Pam ventolin oren (pencegah) dan biru (pelega).

    Yang pam oren tiap hari kena pakai sebagai pencegah dia dari asma. Dan yang biru dia suruh pakai bila dia dah start batuk. Memang start dah dapat pam ni kami dah tak pergi hospital untuk dapatkan gas bila dia datang sesak nafas tu. Aku kena pantau dia dengan pakai pam ni tiap beberapa jam. Dan yang penting korang ambik tau la camana nak buat Tepukan Percussion tu (air panas dalam mangkuk letak bawah muka anak then tepuk belakang dia). Ini untuk memudahkan kahak keluar cepat (yang tersumbat kat hidung dan dada si anak. Dan Alhamdulillah memang akan mempercepatkan proses sembuh si anak.

Sampai sekarang aku tak pasti apa punca anak aku kena asma. Ayah dia memang merokok. Tapitak tahula nak salahkan dia pulak kan. Redha je la. Dan tak di galakkan kat rumah bela kucing, ada karpet. Anak aku pulak ada eczema,penyumbang asma jugak kata doktor. Tak apala ni dugaan kecil buat aku dan suami.

Sekarang ni bila anak dah start dengan selsema kena cepat ubati. Sebab biasanya start tu dia akan cepat dapat asma. Bila dah selsema, akan batuk. Dan tiba-tiba batuk tu akan teruk dan dia terus jadi sesak nafas. Selain tu, tiap 2 bulan kami kena bawa anak pergi check-up/follow up dengan doktor pakar kat hospital ampang. Harap dapat sembuh sebelum dia sekolah rendah nanti kan. Amin.

Ok tu je la. Wassalam.