Selasa, Ogos 23, 2011

Nikmatnya menjadi isteri

Salam ramadan...

Tinggal seminggu lagi kita berpuasa then akan sambut raya, mesti semua dah tak sabarkan? aku pun. hehe. badan di ofis tapi otak dan jiwa dah fikir nak raya. ekeke.

Puasa tahun ni agak mencabar bagi aku. alhamdulillah aku dah ada 'isi'. 1 bulan ++. pagi2 rasa loya, adoi macam tak tahan. but cuba gak tahan sedaya mungkin. huh menguji betul. Ya allah kuatkan hamba-Mu ini. maka tahun ni aku beraya 1st time bergelar isteri dan bersama baby dalam perut. Ya Allah semoga sume selamat. amin.

Oh ye, lepas raya nanti mesti ramai yang akan ke jinjang pelamin kan. buat mereka yang membaca blog ni dan akan ke jinjang pelamin bulan depan dan seterus2nya, aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. smoga majlis berjalan lancar dan meriah. takmo stress2 k. dont put too high expection, buat apa yang termampu and the best je! insyallah sume ok. amin.

Menjadi isteri memang punya banyak kenikmatan. bukan je dr segi tidur berteman, paling penting hubungan dah halal jadi nak ke mana-mana sangat bebas! seronok woooo!! hihi.

Kelebihan dan kenikmatan lain bila menjadi isteri :-
1- buatkan air dapat pahala
2- suami balik rumah dan penat, isteri layan dapat pahala jihad
3- isteri tengok suami dan suami tengok isteri dengan kasih sayang, Allah pandang kedua2nya dengan penuh rahmat
4- isteri yang jaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah izinkan masuk syurga dari mana2 pintu ikut suka
5- berpegang tangan, gugur dosa2 kecil
6- picit kepala suami tanpa di suruh, pahala 7 tola emas. picit kepala suami dengan di suruh dapat pahala 7 tola perak

Banyak sangat kelebihan dan kenikmatan jadi isteri ni. aku pun sedang belajar memperbaiki diri. yang aku sebut kat atas ni kira hal kecil yang kita buat tapi dengan senang dapat pahala. marilah sama2 menjadi isteri yang menyejukkan hati suami dan menjadi isteri yang solehah. amin.

Pesanan terakhir dari aku "Selamat Hari Raya Aidilfitri". Maaf zahir dan batin.

P/s : kalau balik kampung tu hati2 ye. tak kira drive sendiri or naik transport awam.