Sabtu, Mei 12, 2012

Bersalin first time di hospital ampang. Pandangan aku.

Assalam dan salam berhujung minggu..

Banyak topik nak di sharekan dengan pengalaman baru-baru ni. Pengalaman bersalin dah settle cerita, pengalaman pantang yang ala-ala tapi banyak pengajaran yang aku dapat tambah lagi dengan pelbagai masalah di hadapi semasa awal bersalin ie anakku demam kuning/jaundis, susu badan yang tak ada, ruam-ruam pada anakku dsb. Kekangan masa buat aku tak sempat share kat sini.

Bila dah dekat nak bersalin mesti kita dah merangka-rangka tempat nak melahirkan anak kita tu kan? lagi anak pertama, tak ada pengalaman dan nak terbaik for the first time. either go to swasta atau kerajaan. teringat pulak pada salah seorang saudaraku yang bakal melahirkan jugak minggu ni. dia agak bertuah sebab company dia nak tanggung kos dia bersalin. erm kalau fikir mestilah nak pilih swasta kan? bukan kita keluar satu sen pun. tapi bila dia tanya pada aku, aku memang awal-awal dah fikir dan pilih nak bersalin kat hospital ampang. sebabnya? senang je.. dekat dengan rumah. senang untuk suami dan famili aku ulang-alik if ada kes atau masalah. yang lain aku redha.

Pros dan cons SWASTA :
- layanan istimewa, servis lebih (toiletries+tuala tak perlu bawa kot), selesa
- ada kata : mereka ni laju je kalau nak operate, tak boleh tunggu lama untuk normal deliver-untung kot. (tapi tak tahu kebenarannya ye)
- if ada masalah berat, tetap juga tolak ke hospital kerajaan.

Pros dan cons KERAJAAN :
- share katil dengan ramai pesakit. (time aku bernasib baik, sebelum dan selepas lahir anak dapat duduk dalam wad yang bilik tu, 4 orang 1 wad)
- tunggu giliran untuk masuk labor room (ini kenyataan kena pada aku, ada kes emergency so pesakit walk-in tu di dahulukan memandangkan aku pun masa tu baru 3 cm kan. dalam 3 jam kot)
- doktor dan nurse layan ko bermacam-macam. aku kene induce 3 kali pun sume doktor berbeza,belum yang dalam labor room lagi. huhu. (paling segan bila kena seluk tapi mereka sopan je, say sorry sebelum seluk. redha je la).

Bab hospital swasta aku tak boleh komen lebih sebab aku tak tahu sangat. Tapi hospital kerajaan tak lah seteruk mana.

Hospital ampang BEST ; takde la nurse atau doktor yang kurang ajar atau sombong (ada doktor tu siap explain lanjut bila aku tanya, so tak la dia fikir pesakit mereka bodoh-bodoh kan??), tempat selesa, murah pun murah.

Hospital ampang TAK BEST : aku tak di ajar detail cara menyusu (aku tau time tu 4 am tapi aku adalah first timer dan zero bab ni, sampai baby aku nangis-nangis haus.kesian.), suami tak boleh tunggu (aku rasa lah kan pihak sepatutnya kena pertimbang supaya suami boleh tunggu bagi yang first timer ni.dah la sakit bawah dengan baby pulak asik nangis je.aku nak nangis rasa, da la tak rehat dan tidur langsung sampai la suami dapat masuk melawat).

Ni je lah kesimpulan pandangan aku tentang hospital ampang. Kalau bagi rate, erm 8 out 10. Bersyukur dengan apa yang di terima.

Oh ye kos aku selama 4 malam dan 3 hari = RM 41.

Jadi sapa-sapa yang masih was-was nak bersalin kat hospital ampang, jangan di fikir lagi. Just carry-on. Nanti banyak fikir jadi tekanan darah tinggi pulak lagi bahaya jadinya kan? :P Tawakal aje.

15 ulasan:

  1. Agree tentang pendapat suami dibenarkan tunggu kat hospital untuk 1st timer. Saya pun mengalami situasi yg sama.da la 1st timer.suami takley tunggu lak. Apa lg, menangis2 call suami masa kt hospital.dgn susu tak keluar,baby lak nangis lapa.kita jd meroyan sensorang.huhu

    BalasPadam
  2. yela bile ade suami di sisi, boleh la dia jaga baby dan tlg2 kite yg sakit ni. isk2 memang la tak patut.. :(

    BalasPadam
  3. Stuju sgt2.. Suami boleh teman lagi bgus, kita ni dah le sakit tak berdaya leps bersalin, pastu kene tgl sorang2 ngn baby, kalau baby tu tak meragam takpe, ni kalau dok asek nanges je... Ibu pun jd tak tentu arah. Ni ada pengalaman mase bersalin dlu ada sampai ibu tu terkncing atas katil sbb anak dia nanges je sampai tak sempat nak gi toilet.. Kesian tgk

    BalasPadam
  4. Thanks for sharing. I msh blur2 lg nk bersalin hospital kerajaan ke hospital swasta. Huu. 1st timer gak.

    BalasPadam
  5. hospital ampang mmg best,sy sndri dh 3thn buat follow up kat sana...

    BalasPadam
  6. salam,pada saya setiap hospital ada y best ada jugak y x best ye...saya pun lahirkan ank pertama kt hospital ampang,alhamdullilah la okey je...masa nk bersalin tu xdela plak nurse or doc nk marah2 kite..layan je kita myb dorg pn tahu rasa sakit bersalin tu mcm ne kn..anak sy lahir2 je terus mask NICU,mmg sedih xdpt nk susu kn ank onthe sport,tp staff nurse ada ajar saya cara nk perah susu utk bg kt anak saya...insyallah bulan nie ank ke-2 pn di hospital ampang..

    BalasPadam
  7. salam,ingin sy kongsikan pglman sy bersalin d hospital ampang,bg saya doc n nurse layan kite ok jer,xd marah2..ank sy msk NICU nurse ajar sy cara nk perah susu secara menual n mgunakn pam perahan susu..

    BalasPadam
  8. salam,pada saya setiap hospital ada y best ada jugak y x best ye...saya pun lahirkan ank pertama kt hospital ampang,alhamdullilah la okey je...masa nk bersalin tu xdela plak nurse or doc nk marah2 kite..layan je kita myb dorg pn tahu rasa sakit bersalin tu mcm ne kn..anak sy lahir2 je terus mask NICU,mmg sedih xdpt nk susu kn ank onthe sport,tp staff nurse ada ajar saya cara nk perah susu utk bg kt anak saya...insyallah bulan nie ank ke-2 pn di hospital ampang..

    BalasPadam
  9. salam...nsb baik tbukak ruangan ni..sbb tggu mase je nk bsalin.makcik memg syorkan bsalin kt hspital ampg coz selesa.mulanya cadang nk bsalin kt hosptl sgai buloh tp bile de artikel yg tulis doc pelatih kt sane ramai,kite jd bahan ujikaji,cancel trus..tp memg de kebenaran pun..sbb kt sg buloh time saye operate kaki,penuh 1 bilik bedah ngn pelatih.really hope spya bsalin kt ampang ni ok...risau lak bile suami xdpt teman saya nanti..

    BalasPadam
  10. tanpa nama: suami boleh teman bila baby betul2 nak keluar.time sakit kontraksi berjam2 tu suami kena duduk luar tunggu.

    masa ni pun ada gak doktor pelatih sekumpulan tp dorang tak kacau, tgh studi mesin2 bagai tu kot. mau dia kacau sy yg tgh sakit time tu?? silap2 kena tendang ler.hahaha.

    BalasPadam
  11. apa pun pada semua, memang kita harap yg terbaik kan. tapi kena redha la, kdg pilih hospital terbaik tp kehendak Allah nak bagi ujian tetap jadi ape2 masalah kan??

    yg pntg doa, doa dan doa...sy jugak doakan semua kawan2 bersalin dengan selamat. sakit tu memang la (yg 1st timer mst takut sgt kan??sbb tak tau sakit dia mcm mana kan.)

    tp redha dan hadapi la, smoga di beri kekuatan dan ketabahan. sakit tu kan penghapus dosa kita.

    selepas hadapi rintangan+kesakitan, di pengakhirannya sure mommies akan rs sangat lega dan terharu+gembira nampak anak depan mata selamat di lahirkan (atas sedaya-upaya kita.bangga!).

    lagi2 baby yg kita lahirkan tu comel yg amat.Allahuakbar!perasaan yg sgt indah, sukar di gambarkan (buat sy teringin mengandung n bersalin lg.huhu)

    BalasPadam
  12. thanks atas perkongsian ni.Saya baru je mengandung.tapi nak survey hospital mana yg ok.kalau swasta kenalah menabung drp sekarang.tp kalau kerajaan-hospital ampang yg dekat sgt dgn rumah ok,apa salahnya try sn kan...thank you

    BalasPadam
  13. thanks share. memang pening nak pergi spital mana lagi-lagi semua kos sendirian berhad kan T_T masing masing baru kerja. tapi memang spital ampang dekat lah mana lah tahu tengah2 malam ke apa ke. risaunya =( i dah lah jenis takleh kena marah. uwaa makkkk

    BalasPadam
  14. insha Allah selamat.. kite berdoa je banyak2.

    tapi satu ja la, jgn terlalu harap kesempurnaan dari segi layanan bila kat hospital kerajaan ni.

    kalau bab kemudahan peralatan, rasanya kerajaan lebih bagus. sebab kata orang bila swasta tak dapat setel kes yg bermasalah, depa bawa ke hospital kerajaan jugak.

    BalasPadam
  15. Salam...sy dh 10 thn x prgnnt. Bln 5 2014 due date...hubby sruh g HUKM sbb ank 1 dan 2 kt situ, tp yg ke 3 ni ingat nk kt ampang je...moga2 dipermudahkan segalanya...Doakan sy ye kawan2..

    BalasPadam