Isnin, Mac 24, 2014

Happy birthday...nuffnang

Assalamualaikum......

Hari ni tiba-tiba rasa nak tengok akaun nuffnang aku. Alhamdulillah beberapa iklan bertempek di blog. 



Anyway.. 

Happy birthday to Nuffnang!! Yeayyyy.. Happy 7th years!!! Wish nuffnang and the team will develop more and more in future. 



Dan esok adalah birhday anak yang ke-2 tahun. Hmmm... tak tahu nak bagi hadiah apa untuk dia. Mungkin takde apa kot. Cuma on weekend nak spend time dengan famili dan buat makan-makan sikit. Ok tata. Wassalam.

Sabtu, Mac 22, 2014

Kami....cinta MIRC

Assalamualaikum...

Bukan.. bukan nak cerita betapa aku cinta pada MIRC. Eh korang tau ke apa tu MIRC? Zaman la ni mesti tak tau apa tu MIRC. Haha. Sekarang dah canggih. Orang guna Whatsapp, Wechat, KakaoTalk, LINE and what so ever lah yang dikaitkan dengan chatting. Guna henfon ja. Budak sekolah zaman sekarang guna henfon ja kalau nak browse internet ke, chit chat ke.

Ok berbalik pada tajuk (susahnya nak cerita straight to the point kan? Mesti ada kona-kona. Haha). Yang buat aku teringat nak imbas memori kisah cinta aku ni adalah sebab hari ni baca paper Metro ada kisah pasal 'cinta facebook'. Berkenalan di facebook dan berakhir ke jinjang pelamin. Tapi tempoh perkenalan tak lah lama macam aku. Liku-liku cerita aku ni dah macam cerita hindustan. Huhu. Panjang sangat kalau nak cerita details. Hihi.

Zaman aku di kolej (aku start masuk kolej dari pertengahan tahun 2001) dan sekitar tu tengah hot dengan laman chatting iaitu MIRC. Aku ni agak lembap la bab internet. Start nak pakai internet lepas habis SPM dalam tahun 2000-2001. Pergilah cyber cafe, kalau tak silap sebab nak check result dapat masuk universiti kot. Tanya abang hensem kaunter tu macam mana nak pakai internet. Memang tak reti langsung. Huhu kesian. 

Then masa di kolej tu biasalah ramai penghasut. Haha. Mula-mula takdelah sibuk sangat internet-internet ni. Call parents pun guna public fon je. Aku tak pernah ada special boyfren ye dari sekolah dulu-dulu. Aku admirer orang or orang admirer aku ada la. Tapi senyap-senyap gitu je la.

Tahun 2002 terjebak aku dengan MIRC. Ala hilangkan bosan dan stress belajar la katakan. Berkawan je la dengan sape pun kat laman tu. Suami aku ni bukan special boyfren yang pertama tapi dia adalah cinta pertama aku. Cewahhh. Suka dan cinta ni perasaannya lain. Betul tak tipu! Ok sebelum bercinta dengan encik suami, aku dah pernah ada special boyfren. Kira aku mula bercinta umur tu 22 tahun rasanya. Berkenalan melalui MIRC ni jugak. Tapi tu la kan bila perasaan tu tak ikhlas, maybe Allah nak tunjuk dan juga sebab dah takde jodoh.

Budak lelaki yang sekolej dulu ada juga yang aku minat dan yang aku rasa minat kat aku. Ye ke?? Perasan. :) Tapi entahlah takde yang berani confess dan mengaku depan-depan. Dan aku rasa salah satu sebab besar jugak, aku tak berapa suka ada hubungan istimewa dengan kawan sekelas ke, sekolej ke. Rasa macam janggal kot. Macam nak berkepit-kepit je aku nengok. Entah. Ini apa yang aku tengok dari pasangan sekolej la. Haha. Bukan cara aku kot. 

Dan bermula lah di tahun 2002 kami berkenalan menerusi MIRC dan terus berkawan. Tak lama kami berkawan aku ada boyfren dah. Time aku kawan dengan suami, dia tau aku ada boyfren. Dan aku tegaskan kami hanya boleh berkawan walaupun masa tu dia cakap ada perasaan kat aku. Jumpa? Bila ye kami jumpa? Blind date kami tak silap lepas beberapa bulan berkenalan. Cukup setahun berkawan, dia pulak dah ada girlfren then tup-tup ada sedikit kes, dia menghilang selama setahun. Lost contact at all. 

Setahun berlalu dan entah kenapa hati aku tergerak nak cari dia. Pada mula, macam buntu macam mana nak cari dia. Mungkin dah takdir namanya, aku try email dia. Time ni aku dah single. Lepas tu dia balas email tu. Dan berhubunglah kami kembali. Saling tukar nombor balik. Dan kebetulan time tu mereka ada masalah. Aku tak naklah kacau hubungan orang kan. So aku nak tarik diri, tak nak di kata perampas, better konsep berkawan pun tak nak ada antara kami. Siap pakej, sebelum tu si perempuan tu call dan maki aku. Hoi.. aku memang pantang nak gaduh-gaduh pasal lelaki ni (tau apa yang aku buat bila dia tunjuk bagus dan maki aku? aku letak je henfon tu kat atas katil tanpa matikan line,bebel la kau sorang.haha). Serius! Aku takkan berebut. No way man..! Kalau dia suka atau sayang aku, dia yang akan datang pada aku. Buat apa nak sakitkan hati sendiri kan. So aku memang jauhkan diri dari dia tapi dia datang pujuk. Dia kata sebelum aku datang balik pun dia orang memang ada masalah. Masalah yang membawa pada keretakan hubungan dia orang. Aku tau apa masalah tu tapi biarlah jadi kenangan je.

Pum pam pum pam kami bercintalah, tahun 2004 gitu. Dan kebetulan tahun yang sama, pemergian arwah ayah yang di sayangi. Ibarat atau seolah-olahnya arwah pergi setelah aku ada seseorang yang boleh jaga aku selepas dia tiada. Walaupun masa tu tak tahu lagi mana arah hubungan kami. Macam-macam jugaklah yang kami hadapi sepanjang hubungan kami tu. Tahun 2010 kami akhiri dengan pertunangan. 2011 dengan pernikahan yang indah. So bila di kira-kira berkawan 2 tahun, bercinta 6 tahun. Dari 2002 hinggalah sekarang kami dah bersama lebih kurang selama 12 tahun. Alhamdulillah. Perjalanan hubungan kami jauh. Dan kalau dah jodoh tak ke mana.. kan?? Hampir jugaklah aku nak di jodohkan dengan orang lain. Hihi.

Jadi di sini, aku menyokong hubungan menerusi internet ni. Tak kisahlah facebook ke, wechat ke, line ke, kakaotalk ke. Asal tak di salah guna. Jangan nak mempermainkan perasaan orang. Jugak berhati-hati selalu. Terutama untuk kali pertama berjumpa atau blind date. Oh... pertama kali aku dan suami berjumpa, di bandar yang sibuk di Melaka. Ye aku datang seorang dan dia pun datang seorang. Masa tu masing-masing menaiki bas. 

Sedikit tips kalau adik-adik nak blind date yang selamat;
1-jumpa di tempat terbuka, yang ramai orang (jangan sesekali berduaan!)
2-bawa kawan sebagai teman (sebagai langkah keselamatan jugak la)
3-jangan ikut bila dia pelawa naik motor ke, kereta ke. NO NO NO! better naik bas atau tren. kalau dia berkeras suruh ikut dia jugak, memang dia bukan gentleman. so say bye-bye je la. terus blah jangan pandang belakang lagi. oh kalau pertama kali jumpa dah nak paksa orang, sorry to say just get lost.
4-minum bila rasa selamat. time jumpa then nak pi minum ok. tapi hati-hati jangan di tinggal minuman tu. takut di masuk tah apa-apa je kan.
5-jangan jumpa waktu malam dan jumpa lama-lama. macam tak ada masa lain nak jumpa lagi kot. jumpa untuk sejam cukuplah kot. sekadar nak tahu si empunya diri dan personaliti dia. lain kali boleh sambung sembang tak gitu?
6-kalau nak jumpa tu,biarlah dah rasa selesa. dah tau banyak hal tentang dia. bukanlah baru sehari, seminggu dah terus jumpa. rileks je, biar pun dia hensem gila bagai nak mampos. (oopsss..kalau facebook dah boleh tengok si empunya badan kan?)
7-sebagai tambahan..bagi no fon si lelaki pada besfren yang tahu korang nak jumpa. ala mestilah besfren tau kan korang tengah berkawan dengan siapa.

Ok i think it's enough. Huh. Berjela. Sebenarnya nak cerita perjalanan cinta kami yang bermula dengan laman hot mirc satu ketika dulu tapi tersasar ke blind date tips bagai pulak. Blind date tips ni aku punya idea ya. Takde copy cat ke hape. Pandangan dan tips peribadi dari aku. Wassalam..     

Ahad, Mac 16, 2014

Perihal di sebalik kehilangan MH370



Assalamualaikum....

Hari ni dah masuk lebih dari seminggu kehilangan kapal terbang mas MH370. Masih tidak di temui. Sedangkan kita yang tiada pertalian kekeluargaan dengan mangsa terbabit merasa risau dan asyik terfikir akan hal ni apatah lagi keluarga mereka kan?

Sedih dan tertanya-tanya di manakah mereka, bagaimana keadaan mereka.

Kebetulan hari Sabtu 8Mac2014 yang sama, pagi tu dalam pukul 9.30 pagi, aku dan sebahagian keluarga aku menaiki feri ke Tanjung Pinang, Indonesia. Terdengar berita ni secara online, buat kami agak risau dan banyak berdoa semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang. Hal ni nanti in sha Allah aku akan cerita lanjut di lain entri.

Aku tak nak sentuh berita terkini tentang kejadian kehilangan MH370 ni sebab aku yakin semua media massa update semua berita yang terbaru. Sebab aku risau akan tertulis cerita yang tidak sahih. Cumanya nak sentuh tentang kisah yang terjadi di sebaliknya. 

1- Rakyat malaysia di lihat bersatu-padu. Umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa akan keselamatan dan kepulangan mereka. Meskipun penumpang lebih ramai berbangsa Cina (seperti yang di infokan), tetapi semua tu tidak di lihat. Bangsa lain jugak di lihat melakukan cara mereka tersendiri, mengikut kepercayaan agama mereka. Syabas. 

2- Yang menjadi heboh serta memalukan bila timbulnya kumpulan yang katanya boleh meramal di mana kedudukan kapal terbang tersebut dengan guna teropong 'ajaib' dan juga tikar terbang. Hah kan sekarang dah banyak gambar/video parody tentang tikar terbang tu. Haru sungguh. Jika di lakukan oleh agama lain tu mungkin jadi perkara kedua. Mengarut sungguh!! Bila menggunakan 'sesuatu' menjadi perantaraan tu namanya khurafat/syirik (menduakan Allah Taala yang hanya Satu). Yang sepatutnya solat dan berdoa pada Allah. Tak perlu pakai tikar terbang la, kelapa la, teropong la. Sebab bila tiba masanya Allah akan beri petunjuk.

3- Tak kurang juga mereka yang boleh memecahkan perpaduan bila mana bergaduh sesama sendiri di sebabkan berbeza pendapat. Tak salah beri pendapat dan pandangan tapi tak perlu sampai bertegang leher. Takkan nampak jalan penyelesaian pun. Yang suka hebah cerita palsu pulak tu hentikanlah dari nak mendapat perhatian atau erti kata lain publisiti murahan. Ada juga yang kaitkan dengan politik. Entahlah bila masuk hal politik memang aku kurang suka. Dunia politik penuh dengan bla bla bla. Korang nilai la sendiri. Ya Allah, seandainya kehilangan kapal terbang MH370 ini adalah perbuatan pihak tertentu yang bertujuan untuk politik, maka berilah pembalasan kepada mereka sahaja. Kerana mangsa yang terlibat ini tidak berdosa. Kasihani mereka.

Setakat ni sahaja apa yang aku boleh ulas dan pandangan yang tidak seberapa. Aku cuma mampu berdoa supaya mereka di jumpai secepat mungkin. Amin ya rabbal alamin. Allah sesungguhnya kami hamba yang kerdil, ampunilah segala dosa-dosa kami.