Ahad, November 16, 2014

Kamera yang best dan cool

Assalamualaikum........

Tiba-tiba terfikir nak up entri pasal kamera aku yang di pakai sejak tahun 2011 ni. Dah berumur 3 tahun la kat tangan aku. Di jadikan sebagai salah satu hantaran masa aku kahwin. Kami berdua yang pilih kamera ni.

Pada mulanya aku bincang dengan tunang (suamiku sekarang ini), nak beli kamera ala-ala pro untuk rakam saat kami nikah dan sanding semua tu. Then minta tolong adik yang capture momen-momen indah kami tu. Ini kerana kami nak jimat duit upah jurugambar. Konon nak beli yang macam pro punya kamera la. Brand nikon yang glamer tu la. At least kami boleh pakai kamera tu selepas selesai di pakai untuk shoot hari indah kami. Sebab bila di kira-kira harga pakej jurugambar dan kamera pro yang baru adalah lebih kurang. Ala.. orang kata sekali seumur hidup, apa nak berkira sangat..!! Yes!! Memang aku berkira. Berhabis hanya untuk 1-2hari tu je? Oh no no jawab aku. Dan kalau tak bernasib baik, gambar kau tu berbulan tukang jurugambar perap hokey. Kes macam ni aku pernah dengar.

Satu hari kat klcc ada buat pc fair kalau tak silap. Selain pc dan laptop, ada jugak gajet lain. Masa tu kami survey dan tersinggah satu kedai ni. Tak ingat pulak memang kedai barang nikon sahaja atau kedai campur-campur brand. Sorang mamat chinese ni yang layan kami. Dia tanya aku cari apa, yang macam mana, untuk apa? Buntu jugak la masa tu kan. Bajet of coz dah fikir awal-awal. Aku sebenarnya nak utamakan yang boleh ambik gambar dan video cantik! Mesti dua option ni cantik. Then dia suggest kamera ni. Brand NIKON, COOLPIX S8100. Gambar bawah ni. Warna gold. 





Aku sangat tertarik dengan kamera ni sebab video dia cantik tu! Dan patutla cantik sebab dia FULLHD. Boleh fokus sampai 10 kali. Harga? Toksah cakap la. Jauh rendah dari bajet aku. Masa tu tahun 2011 aku beli dalam RM 800 plus gitu. Murah dan sangat berbaloi. Hasil yang dapat sampai ke hari ni tak pernah mengecewakan. Aku boleh fokus ambik video dari jarak jauh. "Rileks arr beb...gua rakam dari belakang je,tak payah berhimpit-himpit dengan korang". Hahahaha. Tapi tak la sampai sejauh 1km kan. Bohong nau tu. Kihkihkih.

Tapi kan... semasa majlis aku tu, kamera ni jadi second back-up je. Dapat la ambik gambar banyak ye tak. Rupanya adik aku beli kamera baru dah dekat-dekat tu. Terharu aku siot. Sanggup dia beli kamera baru jenis jurugambar pro pakai untuk ambik gambar di majlis indah aku tu. Rezeki aku la kan. Tapi start situ gak aku rasa dia dah mula makin pro ambik gambar (ada ambik upah job photographer jugak kalau tak silap) dan start bisnes kamera terpakai. Alhamdulillah.. kalau jadi permulaan baik untuk dia.   

Ah..kecoh la kau yana, orang sekarang mana pakai kamera da. Henfon canggih, snap la pakai kamera. Hmmmm....aku selesa pakai berasingan. Henfon is henfon, kamera is kamera. So tak risau pasal bateri. Lagi-lagi kalau ada special function. Semalam baru je rakam detik indah anak buahku zara, hari konsert dan graduation pra-sekolah dia. Umur dia tahun ni da 5 tahun. Cepat masa berlalu. Dia menari lagu Arjuna Beta. Hahaha. Tersentuh hati aku, macam tengok anak sendiri pulak. Dah besar my sweet baby girl ni. :) 

So pada yang tengah consider nak beli kamera aku suggest yang ini. Sangat best! Entri ni tidak berbayar ye. Best sebab boleh zoom jauh dan video dia cantik. Bateri pun ok. Before pakai tu kena cas penuh la kan, then jangan la lepas snap satu nak tengok. Kalau gitu memang la makan bateri tak gitu. Banding sebelum ni pernah pakai kamera brand apa tah, kaler hitam. Gila makan bateri.

Banyak jasa kamera ni pada aku. Dari start aku kahwin sampai la asif da umur 2 tahun lebih ni. Banyak sangat gambar dan video yang di rakam sewaktu melalui detik-detik indah hidup aku. Sayang kamera cool...be with me for a long time okey... Hihihi.

Ok tu je. adios. Wassalam... :)

Sabtu, November 15, 2014

Port dickson lagi......

Assalamualaikum.......

Ini cerita awal bulan hari tu. Kami ikut sertai hari keluarga tempat kerja suami. Pergi hari sabtu dan balik ahad. Seronok sebab pergi free je. Hehe. Ramai yang berkeluarga decide pergi naik kereta. Tapi aku awal-awal dah minta suami cakap nak naik bas ikut rombongan beramai-ramai. Entah la, aku rasa nak asif merasai naik bas. Aku pun malas jugak nak drive kereta sebab tengah musim hujan tak menentu kan. Aku ni rabun dan silau tinggi. Jadi memandu waktu malam dan waktu hujan sangat tidak selesa dan tak konfiden. Boleh jimat jugak. Ye ada masa aku ni sangat berkira-kira dan penjimat orangnya. Minyak kan dah mahal sekarang beb. Lain la aku kerja c.e.o ke hape! Gaji berpuluh ribu (ke ratus ribu kot.huhu) lepas tu semua boleh claim, anak sekolah yuran 17k pun apa kisah. Company yang bayar, macam tempat aku kerja lerr...sewa rumah pulak 9k. Ape ade hal. Hehe.

Tempat berkumpul kat ofis suami. Tengahari sabtu bertolak. Konon janjinya pukul 11. Hehe. Sampai port dickson dalam pukul 3 lebih. Lepas register semua, terus naik bilik. Wow....syokkkkk...!! Almaklum la tak pernah menginap tempat mahal camni. Haha. Best. Kira complete la. Takde peralatan untuk memasak je la. Jadi di sini tak sesuai buat yang nak penginapan sekali untuk memasak. Tapi yang lain memang complete. Peti ais mini, tv dengan astro, sabun+syampu+berus gigi+pad+ubat gigi, kettle, iron+iron board semua la. Dengar-dengar satu malam harga rm400 lebih kurang, sebab tu best. Tak gitu? Hihi. Tempat penginapan best tersebut adalah avillion admiral cove.




Bagi aku tempat penginapan ni sesuai bagi yang betul-betul nak bercuti hilangkan stress dengan bilik yang agak mewah. Sesuai jugak untuk buat aktiviti, ada macam-macam aktiviti di sekelilingnya. Ada tempat untuk sewa basikal, tempat memanah dan lain-lain.




Ada swimming pool best jugak. Untuk dewasa dan kanak-kanak. Tapi kena pakai swim suit @ baju renang ya. No t-shirt. Nasib baik aku dah ingat awal-awal untuk bawa baju mandi asif. Di sebabkan dia budak lagi, so ayahnya kena la jaga. Dapat la rendam kaki si ayahnya kan. Ayahnya takde baju renang. Hahaha. Kalau nak pergi pantai port dickson dia pun dekat je. Turun dari hotel tu then keluar sikit dari pagar then terus sampai ke pantai. Kami pun sempat la bermain di tepi pantai pada petang sabtu tu, Sepatutnya ayah dia join main paintball tapi sebab lambat turun, dorang pilih nama balik dan buat kumpulan baru yang lain. Tak dapat la join. Kesian.

Malam hari sabtu tu pulak dorang buat company dinner. Bawah hotel tu jugak. Pasang 2 kemah besar. Ada konsert dan macam-macam persembahan jugak la. Tapi aku tengok separuh jalan je. Dalam pukul 11 anak aku minta susu padahal dalam beg tak standby susu extra pun. Cuma sebotol susu je yang bawa. Aku minta dia sabar, tak jalan jugak. Tetap nak susu, nak susu. Oh anak..kat situ makanan banyak kot. Ada macam-macam, buat style buffet. Semua dia tak nak. So aku bajet dia dah penat dan ngantuk. So berkorban la. Aku cakap kat suami, biar aku naik dulu dengan asif la. Sebab ada cabutan bertuah di umumkan dari semasa ke semasa. Kang kalau suami hantar kami naik atau naik ambik susu, terlepas pulak peluang tu. Sebab ada yang nombor dorang naik, tapi laju je yang lain cakap tak datang join. Haha. Padahal ada je nama tu. Kalau nama yang di cabut tu tak datang join, mean dia tak dapat hadiah tu tau. Buat cabutan balik. Rugi tu!! Lagi pun aku pun rasa penat dan ngantuk jugak. Takde jemputan artis la, so agak kureng. Hehe. Cuba le ada siti nurhaliza ke, ziana zain konfirm aku nak tengok jugak sampai habis. Hikhikhik. Kami naik la berdua, tukar baju bersih-bersih semua dan tidur. Lena anak aku tidur, pakai air-cond la katakan. Hahaha.

Antara koleksi gambar...



Hari ahad takde aktiviti sangat. Ikut rasa hati malas nak turun mana. Fikir suruh ayahnya je bawa asif berjalan atau mandi kat bawah tetapi..perutku lapar minta breakfast daaa. Kalau di fikir mesti la ada include breakfast sekali kan?? Laki aku boleh tak pasti pulak. Takpe la aku ikut turun, nak cari makan. Kalau berbayar pun lantak la. Sekali dia p tanya kawan-kawan dia, ada breakfast. So kami melantak dulu lepas tu bawa asif mandi kolam lagi. Aduh di sebabkan baru nak warm up dan masuk dalam air, boleh pulak dia tergelincir time turun tangga kolam tu. Apa lagi fobia pulak dia. Yang mandi kolam petang sebelum, dia ada jugak tergelincir dan tenggelam sekejap sebelum ayah dia angkat tapi dia masih nak mandi kolam tapi ni maybe sebab baru nak mula dah lemas terus la tak jadi member tu nak mandi. Huhu. Kata dia "tak nak mandi. tak boleh nafas". Asif ulang-ulang je ayat tu. Sampai hari ni kalau cerita balik yang pergi PD hari tu, ayat tu je keluar. Aduhai..jangan la dia fobia mandi berenang ye tak. So kami bertiga berjalan je keliling hotel tu, menikmati pemandangan dan apa yang ada kat situ. Haaaa..panjang entri kali ni. Kesimpulannya, hotel @ tempat penginapan ni adalah choice untuk korang kalau pergi ke port dickson. Sangat selesa dan macam-macam ada. Untuk honeymoon pun ok. Cuma jangan pergi time cuti umum/sekolah and for sure ramai la kan,dah takde privacy. Best la kira tempat ni. Hantu pun takde. Hihihi. Alhamdulillah. Dan tengahari tu kami pun berangkat pulang menaiki bas rombongan...

Sabtu, November 08, 2014

Cinta dalam diam

Assalamualaikum......

Beberapa hari ni sempat membelek akaun nuffnang aku, so baca la keyword atau kata kunci yang masuk dalam blog caca marba ku ini.

Yang menarik perhatian aku, banyak pulak tentang 'crush'. Bukan crush pasal kemalangan atau kecederaan ye. Crush dalam erti kata lain meminati atau menggilai someone. Wow ayat kaaaannn....

Tak salah meminati orang tapi biar berpada ok. Pada adik-adik yang baca ni, perasaan masa muda memang indah tapi semua perkara perlu ada batas. Jangan sampai merosak diri atau masa depan. Jangan terlalu meminati sampai tahap menggila dan diri sendiri 'terkorban'. Tak kisah la korban dalam erti apa pun. Jangan sampai minat gila kat seseorang, result exam fail, putus sahabat sebab rebut si dia, duit habis ke orang tersebut dll.

Nasihatku.. "LETAKKAN RASA SAYANG TU LEBIH PADA DIRI SENDIRI".

Ni nak share satu video menarik ni jugak. Cinta dalam diam, akhirnya berkesudahan yang baik. Memang sweet. Akan jadi memori yang indah dalam hidup semua cerita yang pernah kita lalui...