Sabtu, Disember 18, 2010

1st time d jom heboh 2010

Salam n slmt tengahari...

Aku bukanla nk cite psl 1st time aku g jom heboh. ikutkan da byk kali jom heboh d adakan kan kan?? merata tmpt tak gitu? 1st time aku g sbg peng'usha' (lg2 usha artis ler kan), erm ms aku studi kt melaka dlu. g dgn housemate2. best le dpt g jmp n bergambo dgn artis n org tv3. tp tu ms 'bdk hingusan' dlu, skang da tuo, so takde le nk kejo2 artis kan. hehe.

2nd lak aku g yg shah alam, dgn makcik 'kecik' aku. tu pn jln2 n beli la jajan2 yg murah.

Kali ni, thn 2010 aku g sbg peniaga (11-12dis,bkt jalil). syok wooo...walau penat. xterbayang nk join as peniaga. dr dlu mmg aku slalu pk in mind, erm yg berniaga kt jom heboh (dlu sure heboh kan..) n sure untung crazy2 la..

Tp aku silap kot, sbb meniaga mna2 pn takkan sume untung walau event tuh hot n grand la kan! ade mcm2 skil yg d perlukn utk untung crazy2 nih. n aku tak malu nk kta yg aku msh blm dpt keuntungan yg memuaskan ht aku. sng cite untung skit tp msh tak dpt cover sewa. n fyi lg, ni kali ke-3 event/karnival yg aku join. mmg kali ni aku over confident sampai aku amik booth yg agak bsr walau pn produk aku seciput je. takpe2 aku blaja dr kesilapan.

Dr event2 yg aku join ni, aku selidik mna silap2 aku n sambil tgk mcm mna dorg2 (peniaga lain) yg da berjaya n crowd dia fuhhh!!...ramai siot...bab persaingan takleh kta la, mmg kene sedia mental n fizikal lg2 kalau ade customer yg tnya "eh2 nape harga awk lg mahal dr kedai td tuh?padahal sma je baju nih?"..ohh klu nk explain, pjg jela makcik oii...sng kta la, kami amik pembekal yg berlainan..byk sgt sbb klu nk story mory nih...takpela g la beli kt sna klu dorg offer lbh baik, takde rezki la tuh kan...

Kesimpulannya, untuk meniaga kalau takmo bersaing..kne la sediakan produk yg 'rare' (ssh or jarang d lihat)..harga mst murah (kalau jenis tak pntgkan kualiti just go on la)..mulut mst manis (yg ni aku msh blaja tau..haha)...tp paling pntg pd aku servis...kalau hampeh takde sape nk beli la oii....bia la produk ko tu hebat or murah camna pn..lg2 klu peniaga kuajaq...g campak lombong la, jgn meniaga!!...hehe..ni pengalaman aku la as pembeli n penjual, klu kuajaq mmg aku blah je (as pembeli la..kah kah kah)..klu as penjual, kne sopan santun, customer always right bak kta customer membe aku..suami istri membebel2 berjam2 tp beli 1 item je, adoi tolong la....

Khamis, Disember 16, 2010

10 Tanda Si Dia Jodoh Kita

Sape nak tau tanda2 seseorg tu jodoh kite, angkat tangan? hehe.. artikel ni aku amik dr blog org but aku edit n cut supaya tak la pjg lebar sgt (aku pn malas mau baca!).. hihi.. erm meh selidik betul ke artikel nih??..


1. Bersahaja
Si dia bersikap bersahaja dan xberlakon. Tengok cara dia berpakaian, cara cakap, cara ketawa serta cara makan n minum. spontan x?? takde la cover2 kan. Kalau nampak kurang selesa, sah dia berlakon.


2. Senang dan selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya.


3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita. <<---sgt2 stuju!! hehe


8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati
Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Mimpi
Mimpi mmg mainan tidur, tapi bila kita melakukan solat Istikharah n memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.


Berdoa la selalu smoga kite mendapat pasangan yg baik2.. amin..

it's time to update azam n wishlist weihh..

Salam...n morning...

Pejam celik pejam celik da nak abis tahun 2010 kan.. da kene update azam n wishlist 4 next year pulak... jom share ape yg korang nak dapatkan/buat tahun depan...

erm aku??

1) nak ade keje baru dgn pangkat+gaji lbh dr skang

2) nak bisnes lbh maju.. (smpai skang msh blm capai target yg puaskan hati aku..sehingga tu aku akan rs geram n sgt berapi2 nk capai..hihi..so skang msh dlm proses blaja n amik pengalaman berbisnes..).. kalau ade rezki, dapat buka 1 kedai sendiri lg best! insyallah..

3) nak ubah status..jd puan la kan..hehe..sume dlm perancangan, insyallah jika tiada aral n halangan yg ni pasti tercapai next year...

4) nak ade rumah sebiji bersama bakal suami (next year suami la kan..)... tp kalau berbiji2 rumah pn takpe..lg bagus.. amin.... :)

5) nak ubah peel/perangai yg krg elok.. erm nk krgkn panas baran (mudah mrh..erm mudah sejuk gak.. :) hehe taknak kalah)

6) taknak kedekut utk sedekah.. yg ni aku lemah skit.. bkn ape, aku ni suke syak pd org yg mnta sedekah terutama org yg buta. lepas tu bdk2 yg jual sticker yasin or ayat2 Quran. berbelah bg nk sedekah tau.. adeh.. byk sgt kes tipu skang ni. tp kalau da bg tu aku pasrah je la, kalau tipu dorg yg dosa..... wallahualam..

nih je la kot azam next year... insyallah aku akan update n gtau sama ade azam aku tercapai atau tidak.. hehe...

take care frens..... bye..

Khamis, Disember 02, 2010

Corat ~ coret

Ya Allah.. berabuk sudah my blog.. huhu
ape nk buat bz ngan keje+bz ngan partime biz+malas n malas n malas.. hehe

ohhh.. ape yg nk share ye.. erm ya.. i'm engaged!! (xsure penah cite kt u'ols ke x sblm nih)... insyallah next year mendirikan umahtangga..
doakan ku ye..
so sape2 yg nak bg servis FREE ke sempena majlis aku nati leh gak..
contohnye jd fotografer ke, nk sedekah cupcakes ke, nak buatkan hantaran marveles ke... hehe
besar tapak tangan, nyiru ku tadahkan... ekeke...
sape nak suggest something pn bole...pakej kahwin ke, pakej bln madu ke.. hehe.. sgt d alu2kn utk sharing...

tak krg jugak skang ni bersepah majlis kawin sana sini...
majlis sedara mara, kawan2, jiran2 etc

tak ketinggalan bersepah sales sana sini.. so sape2 yg nak berjimat utk dpt item d ingini better time nih la nk grab.. tak rugi u'ols... dpt murah & jimat...

erm byk la nak cite tp nti2 la ye.. hehe.. utk kamu sume... layannn...


Khamis, Mei 13, 2010

Jom.. jom.. jom.. jom...

Eh2 korang nyanyi lagu jom heboh eh?? ekeke.. aku bkn nak ajak korang g jom heboh pun... ahaha tipah tertipuuu...

Erm camni... insyallah esok aku akan berada d stadium nasional bukit jalil.. bkn nak g dating tau.. aku terlibat n join buka booth d Karnival 1Kasih tu... date dia 14-16 mei nih.. korang senang2 jom la dtg.. lagi2 untuk sape2 yg tengah cari
kain ela ke, baju kurung ke...

Ade byk acara best gak... nak tau ape acara yang ado??
meh klik sini. nak cite pn panjang lebar.


** Nota kaki yg lari tajuk : Hoorayyyy... shahir masuk balik akademi... 1st time aku siap vote tau.. hihi... berbaloiiiiii...

Jumaat, Mei 07, 2010

Kesiannya adira....

Semalam diari hari ke-4 minggu 8..cik adik adira sakit mata pulak.. aku kurang pasti nama sakit dia..tp katanye ade infection n leh jangkit kat org lain..n dia tunjuk bawah mata dia macam bengkak kot... hopefully takkan jejaskan persembahan dia this week @ esok..yey tak sabar nengok adira ber'rock' esok...

Adira akan bawa lagu Ella..lupa lak tajuk dia...time kelas kelmarin pn nengok dia nyanyi da best..hehe...~kalau da minat, gitu la ye~.......ngeh.....

Di sbbkan dia skt mata, kene tahan kat asrama lak 2 ari ni ~kamis n jumaat~...tah dr sape agaknye dia berjangkit yek...musykil2... so bosan skit nk tgk diari, coz adira takde sebagai penyeri...heeee lagik....

Erm yg kelmarin, production jemput Ella dtg akademi...ajar adira pn jap jek..erm maybe adira da terer n tak perlu tunjuk ajar lebih2 sgt kot...hmmm......hiiii..

But si farina suke lak sbb dapat kasut free dr si ella.. patutnye bg adira la.. sbg tanda sokongan n bg semangat...nih bg gelang jek...haha...maybe rezki si farina...yek la puji2, untung2 dapat kasut free lak....ye tak..

Bukan tak puas ati or dengki yek...haha...takde untungnye kat aku pun...adeh tapi si farina perangai dia cam budak2 la, terlompat2.... terkinja2..... dia kan mak org daaaa...dush3......

Kat youtube ade terbaca..kes semalam si ain kutuk mau... ala dia gurau jek tu.. nape ade yg marah sbb ain kutuk dia... sbbnye si mau da banyak kutuk n down kan org lain ape... fair arr tuh.....adioss......

Isnin, Mei 03, 2010

Sajer cerita pasal af8

Korang minat ke?? aku boleh la kata minat. ari2 nengok diari..hehehe..aku adore dgn adira.she is so cute n sore dia power. but masih perlu di asah la. sometimes show dia macam artis lebih berpengalaman dari yg kau luar tuh.. yg sore cam hampeh pun ade. tepuk dada tanya diri sendiri kenyataannye..haha.

Semalam nengok diari eksklusif selepas penyingkiran...huhu shahir terkuar..he is quite good.tp maybe bukan rezeki dia..aku bajet si maulana kuar. aku tak suke dia.hehe.~sori to maulana fans~ n mata meliar gak baca mesej2 kat tepi bahagian tv tu...erm upenye ramai tak suke maulana ye..n frust shahir kuar..apo nak buek..trime jo la..

Memang agak memeningkan ar semalam...bkn pening ape..nak pilih chanel nk nengok punye pasal..time yg sama ade debaran af, pehtu ade mentor..tup2 ade lak aim ke 17...so bertukar2 chanel la last tuh....berpinau ar sape yg join nengok dgn aku... aku yg pegang remote..so ikut aku mna nak nengok...haha best...~aku bkn queen control ya~............ :P

So utk af kali ni..sangat la berharap adira menang...vote??erm rahsia.....aku ade vote ke ehh??hehehe........aku minat takla sampai ber'afundi'2.......sowriiii bak kata edlin...ekeke....

Selasa, April 27, 2010

Melangkah setapak lagi...

Salam kawan2 smua...hehe..cam ramai lak yg baca blog aku nih..yana da lama sepikan diri...erm takde ape nak di tulis..lagi pun tengah merangka masa depan n terlalu banyak plan nak di buat....(cam besh jek dengar..haha)....... ^_^

Neway..skang aku da melangkah dunia baru...aku telah menjadi tunangan orang...yey..alhamdulillah...dgn bf or buah hati yg sedia ade...ceh tak reti nak letak ayat ape...erm almost 2 bulan lebih gitu...

N 21hb last week is my birhday...ke??...erm korang guess sndr la ek??ape pn aku msh muda...hahaha......amik cuti hampir seminggu, saje nk release tension n spend time dgn famili n encik tunang tercinta....tak lupa nk say thanks pd kwn2 tersayang yg wish my birthday ya...thanks utk ingatan dan doa kalian...encik tunang org pertama yg wish...hikhik....

Dalam masa melangkah ke hari baru selepas birhday thn ni..aku merenung balik hal2 thn lepas..ape yg aku da capai??...ape yg da berubah,yg semakin baik dlm hdp aku??..sume ni penting supaya kite tak lalai utk merangka ms depan...insyallah.

Seiring dengan tiada tulisan dlm blogku ini,menyepi tp tak la mendiamkan diri pn..aku telah menjalankan bisnes sparuh masa aku...ni kerana minat n juge utk side income..lain org lain caranye utk dptkan side income masing2...ade sorg kawan ni, dia buat partime kat tempat keje lama...but aku krg minat utk menambah tension keje yg ade...actually tak suke nk keje bawah org but what to do takdir belum izinkan aku utk keje dgn kompeni sndr...cewah...insyallah sedang berusaha ke arah itu.......

Selain menjual teddy bear or hadiah2 secara online ... aku juge baru saje tubuhkan perniagaan atas nama aku FME...khusus dalam menjual pakaian n aksesori...bertepatan dgn yana le..as a woman memang suke kpd hal yg cantik, indah.....kalau u'all berminat bleh tgk,pilih ekk...nak diskaun just pm me..hehe...sempat pomot lg tu.....

Minat bisnes ni da ade lama dlm diri..cume banyak sgt kekangan....dr segi modal, masa n mcm2 lagi le...so skang ni da takde alasan...kene jugek mulakan...takkan nk tunggu tua?? tunggu da pencen?? erm da buang masa yg ade tau....skang bab masa da kene agihkan dgn bisnes yg ade plus keje rutin nih...tensen tu kadang kala ade la..tp kene kuat....chaiyok2......

Oh ye...skang ni masa yana banyak di habiskan ngan baby tomey..hihi..baby girl,anak sedara @ anak pada akak sulung yana...24 jam mmg ade kat umah...mak yana yg jaga...so dr lahir mmg yana da pegang dia gak la skit...sometimes tlg2 mak jg kejap..letih woo jg baby or budak ni...takleh slh skit...merengek je...skang da masuk 8 bulan...da aktif berjalan gune wheel chair dia tu....kami syg dia sgt2...sbb anak sedara 1st kami yg kami jg dr lahir...kesayangan sluruh famili...

K la tu je wat ms ni...byk lak membebel kali ni...u'all take care ya...