Jumaat, Ogos 31, 2012
Perlu ke sampai dua kali??
Straight to the point.... awal minggu ni aku ada attend 2 interview dengan 2 syarikat berbeza...
Company 1 - situasinya...
Aku setel interview dengan orang bahagian HR dia, siap ada test bagai tup-tup dia cakap kena interview dengan manager akaun dia pulak tapi kena tunggu after dia masuk lunch pukul 2. alahai....lagi sejam setengah kena tunggu...test tu pulak sebenarnya tak perlu untuk post aku...macam mana la kau arrange ni.....serius aku rasa berat hati nak tunggu, so aku blah... pandai-pandai la bagi alasan.....then dia offer aku untuk buat interview kali ke-2 tapi aku tolak.
Company 2 - situasinya...
Dapat invitation interview melalui agen kerja, semua berjalan lancar so fikir just tunggu jawapan dapat atau tak. tup-tup dapat call dari agen tu yang interview tadi bukan person sepatut interview aku, orang tu (manager akaun) ada hal. so agen tu tanya nak ke aku attend interview lagi kali ke-2 dengan manager akaun tu pulak. arggghhhhh!!!!....kalau dia ada hal kenapa tak tunggu dia free dan boleh interview aku terus!!!!buang masa aku la. kalau depan rumah je boleh la aku nak ulang-alik 100 kali pun. adooiiiii la.......jadi aku tolak jugak jemputan dia ni....tensen aku.
Kesimpulannya....
Aku faham kalau kerja kerajaan maybe la ada banyak step kena attend interview dan test tapi ni kerja swasta. ni kali pertama aku kena situasi gini. kalau la mereka nak bahagian HR dan akaun interview, apa salah mereka set time dan combine meng'interview aku kan. dan aku faham la maybe maganer-manager tu sibuk tapi takkan la orang biasa macam aku ni perlu terhegeh-hegeh nak kena datang sampai berkali-kali kan. aku pun ada hal dan komitmen lain.
Tak apa la, aku cuma fikir takde rezeki dan mungkin Allah nak tunjuk aku sesuatu. Rasa cam ada halangan nak dapatkan kedua-dua kerja ni...wallahualam..
Jumaat, Ogos 17, 2012
Kisah ramadhan yang lalu.....saat bercinta...
Pejam celik, masa terus berlalu cepat je. insyallah esok ramadhan terakhir untuk tahun ni. tengah duduk-duduk teringat kisah silam, kisah manis saat aku bercinta dulu. dengan suami aku sekarang ni la. erm kira-kira 8 tahun dulu la rasanya. kalau ikut perkiraan perkenalan kami dari berkawan dah 10 tahun since 2002. bercinta since 2004. cewaaahhhh.... :")
Waktu belajar kan sengkek, time remaja bercinta jarak jauh sweet sangat kau. haha. dia orang melaka, study kl. aku orang kl, study melaka. macam mana kenal? dari MIRC. fuh time tu MIRC glamer gile. laman chatting la. nak gayut-gayut bajet terhad, ada henfon tapi kredit limit aje. nak gayut lama pun guna public fon.
Hah dulu-dulu kan maxis boleh buat call without tolak kredit. ala takat berapa saat je la bercakap.bila ramadhan, ceh masing-masing akan call untuk kejut sahur. call then berapa saat letak. best tu. :P
Tapi sekarang takde lagi. pantang call out je kena caj kan?? erm kalau nak cerita semua saat bercinta, banyak sangat. tak habis sampai sebulan pun. haha.
Ok la kesempatan ni aku nak ucap "Selamat hari raya aidilfitri pada semua. Maaf kalau ada silap kata dan terkasar bahasa semasa menulis kat blog ni. Berhati-hati memandu untuk balik ke kampung."
Tak sabar nak makan rendang. aku just beraya kat kl dulu dengan anakku dan famili aku. then raya ke4 macam tu baru balik melaka. suamiku kena bekerja di hari raya. huhu. takpela demi keluarga kan. apa nak buat kena take turn, last year dia dah cuti raya.
Sabtu, Ogos 11, 2012
Due date EDD bersalin....peningkan??
Walaupun aku dah selamat melahirkan putera sulung aku 4 bulan lepas, masih terngiang-ngiang di fikiran aku time aku pening pasal due date ni dulu. lagi lah ibu bekerja kan? so nak fikir bila nak start cuti bersalin tu. nak cuti awal, takut bersalin lewat dan membazir cuti pulak. nak cuti lambat, takut terberanak tepi jalan. ekekeke. aku dulu drive kereta sorang-sorang pergi balik kerja. sampai hari terakhir aku nak bersalin. huhu. pergi klinik untuk check-up bulan-bulan pun drive sendiri, kadang pergi seorang. suami belum ada lesen drive dan waktu kerja tak menentu. aku memang dah biasa buat hal aku sendiri-sendiri sejak muda remaja, jenis independent kata orang.
Ok berbalik cerita due date....
1st scan (masa konfirm yang aku mengandung) : 9/4/2012
Kiraan manual based on period : 25/3/2012
Beza lebih kurang 2 minggu. masih boleh di terima kata doktor. Kalau based pada scan, due date (EDD) ni akan berubah-ubah. sebabnya due date dia ikut pada besar baby dalam kandungan kita. macam mana dia ukur kandungan kita tu?? doktor akan ukur panjang dan lebar janin kita dari skrin scan tu. apa yang aku lihat dari doktor tu buat. so dapat la berat dia semua dan dua date tu.
Sebab tu di ikutkan dua date tak boleh 100% ikut pada scan je. tak tepat sangat pun. kalau janin kita kecil, maka dua date jadi makin lambat la. if janin kita besar, dua date jadi cepat. lebih kurang macam tu la.
Tapi dulu time aku dorang prefer ikut period mula-mula tapi bila dah 26 minggu dorang tukar ikut due date scan pulak. depends. ikut ukuran tinggi perut aku memang betul la dah 26 minggu. if ikut period, dah 28 minggu la kan?? aishhhh.... pening pulak da...haha..
Macam mana nak menimbangkan mana satu date yang lebih tepat? ni cara aku :
1- tinggi perut bersamaan berapa minggu kandungan (based pada rekod check-up bulanan)
contoh : nurse akan ukur tinggi perut (cm), dan ukuran tu sepatutnya sama dengan kandungan dah berapa bulan. kalau 37minggu=37cm
2- mengetahui berat bayi dalam kandungan setara dengan berapa minggu kandungan kita (based pada scan)
contoh : untuk kandungan 37minggu berat bayi dalam kandungan adalah mesti dalam anggaran dari 2.5kg hingga 3.5kg
REFER SINI UNTUK TAHU ANGGARAN BERAT BAYI DAN USIA KANDUNGAN
3- instinct si ibu
walaupun doktor tetapkan ikut date scan dan ikut pembesaran perut semua memang cenderung ikut date scan tapi instinct aku, aku akan bersalin awal. makna tidak akan sampai pada bulan 4 (kadang doa nak jugak anak aku lahir bulan 4, sama dengan ibunya..hehe) tapi kuasa Allah, anakku lahir tepat ikut date period aku, 25/3/2012. walaupun di induce lebih awal pada 23/3/2012
Yang lain-lain mungkin boleh di tambah oleh pengalaman ibu lain atau secara logik akal. apa pun nasihat dan pandangan aku, lebih baik la ambil cuti awal dua minggu dari dua date untuk standby. ala apply aje la, cakap bos kalau lambat, so ikut start cuti tu la. atas kertas je pun. kalau salah, conteng la.. :)
Di sebabkan aku time tu takde tanda apa-apa, takde sakit sikit pun so aku apply cuti 2 minggu dari dua date scan aje. means start 26/3/2012 tapi beranak awal. tak pasal dapat mc jumaat (23/3/2012) tu. hakhakhak.
Apapun aku bersyukur sebab sampai saat akhir aku still tak susahkan orang, boleh drive ke tempat kerja sendiri. alhamdulillah. bangga woooooo.... :D
Rabu, Ogos 08, 2012
Eh eh patut ke??
Erm baru balik berjalan keluar sekejap tadi. ada sedikit rasa serba salah dalam hati ni. tidak ada kene mengena dengan family. suami dah izinkan aku keluar seorang pun tadi sebab ada urusan penting. Gini la ceritanya..
Selesai urusan aku so singgah la maxvalu ampang (niat hati nak beli pampers anakku)
P : dik dik... assalamualaikum... (seorang pakcik dengan anak lelakinya anggaran umur 7 tahun kot naik motor mendekati aku)
A : (dalam hati) alamak nak apa pulak pakcik ni-takut jugak nak dekat dia
P : nak minta tolong sikit, motor pakcik rosak dan nak repair. pakcik nak minta la sikit rm7, ikutkan nak rm50. ni anak pakcik (sambil tunjuk anak dia). minta tolong ye..
A : apa yang rosak? ni motor siapa pulak?
P : motor pakcik rosak, ni pinjam motor cina. (maksud pertanyaan aku, part motor mana yang rosak?)
A : (aku diam, ada rasa was-was) minta maaf la pakcik, saya nak beli pampers anak ni pun cukup-cukup je. maaf sangat-sangat ye pakcik..
P : Takpe-takpe
Aku pergi tinggalkan dia. ada rasa kesian. ada rasa was-was. entah la. aku seluk-seluk poket ingat nak bagi rm5 je tapi bila toleh belakang dia tengah cakap dengan seorang pakcik lain. tak jadi la aku nak patah balik. niat hati bila dah keluar kalau dia still ada situ aku nak bagi duit tu. tapi dah takde.
Ya Allah maafkan lah aku seandainya pakcik tu memang tengah susah dan aku tak menolong. Ampuniku Ya Allah. Maafkan saya ye pakcik...
Isnin, Julai 30, 2012
Diana danielle... in person...
Rabu, Jun 20, 2012
Demi anak...........
Kisahnya... ngam-ngam lepas 2 bulan dan sepatutnya aku kena masuk kerja (28 mei), anak aku di serang batuk dan tanda-tanda nak demam. aku sangat tak sedap hati. memangla anak aku akan di jaga mak sendiri, jadi mesti orang fikir ala takde apa-apa la mak sendiri kan ada jaga. tapi aku tetap risau sebab anak buah aku sorang lagi pun ada (masuk 3 tahun). anak buah aku ni sangat manja dengan mak aku so adakala bila nampak mak aku dukung atau pegang anak aku, time tu la dia nak susu la, minta tukar pampers la. mana mak aku lagi nak buat kerja-kerja rumah, takut mak aku terlepas pandang anak aku kan. dah la time tu mak aku pun selsema.
Jadinya tanpa buang masa aku minta extend panjangkan cuti untuk 2 minggu lagi, unpaid leave ok. aku dapat instinct mesti akan ada ketidakpuasan hati dia, my ex-boss. sms punya sms cakap nak extend, pergghhhhh tiba-tiba kena sembur. saja cuba nak cari salah aku. ah sapa tak hangin. hal aku tak pick-up call pun ungkit. hello ingat hidup aku ni 24 jam kena fikir kerja ke? aku baru je bersalin dan ada anak kecil so faham je la yang aku sibuk uruskan anak aku!padahal dah ada pengganti tempat aku time aku cuti tu. dan dia ambik staf baru tu 2 bulan sebelum aku cuti so aku cuma dapat ajar apa yang rutin je la. push dia kang jadi gila sebab nak kena masuk input cepat-cepat dalam otak. dahla budak ni dari bidang lain so agak slow la nak biasakan dengan kerja-kerja ni. bila ada masalah nak letak kat bahu aku pulak, tak dapat apa dia nak kutuk cara kerja aku. tu la kedekut sangat duit company tu untuk kau makan, ambik staf dah dekat aku nak bersalin.
So tanpa fikir lagi, aku reply fine aku resign 24 jam. memang dia hangin gila la ibarat aku mencabar dia. puas hati aku. lantak la dia nak fikir apa pun. sakit hati betul padahal ex-bos aku tu perempuan ko tau. mesti boleh faham apa aku rasa bila anak demam. risau nak tinggal. tak tau kalau dia tak kisah, kan ada orang gaji jaga anak dia pastu duit adalah segalanya. but not me! demi anak, aku sanggup korbankan kerjaya aku. sebelum ni aku takkan resign selagi belum ada kerja baru menunggu tapi tak kali ni. selamba gila aku kan??haha.
Aku tak menyesal langsung dengan keputusan ni dan memang ada hikmah di sebalik semua tu. Minggu lepas pulak anak aku kena admit sebab jangkitan kuman pada paru-paru. So aku pun kena 'di admit' sekali la. ko bayangkan kalau aku still keja? boleh ke nak cuti lagi? ikut hati memang ingin sekali berada di rumah menjaga anakku sepenuhnya. tak mahu bekerja. tapi ini kena di fikirkan lagi. aku nak sangat bekerja sendiri dari rumah. insyallah. apa pun sekarang ni kita enjoy dulu...............hehehe......
Selasa, Ogos 23, 2011
Nikmatnya menjadi isteri
Tinggal seminggu lagi kita berpuasa then akan sambut raya, mesti semua dah tak sabarkan? aku pun. hehe. badan di ofis tapi otak dan jiwa dah fikir nak raya. ekeke.
Puasa tahun ni agak mencabar bagi aku. alhamdulillah aku dah ada 'isi'. 1 bulan ++. pagi2 rasa loya, adoi macam tak tahan. but cuba gak tahan sedaya mungkin. huh menguji betul. Ya allah kuatkan hamba-Mu ini. maka tahun ni aku beraya 1st time bergelar isteri dan bersama baby dalam perut. Ya Allah semoga sume selamat. amin.
Oh ye, lepas raya nanti mesti ramai yang akan ke jinjang pelamin kan. buat mereka yang membaca blog ni dan akan ke jinjang pelamin bulan depan dan seterus2nya, aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. smoga majlis berjalan lancar dan meriah. takmo stress2 k. dont put too high expection, buat apa yang termampu and the best je! insyallah sume ok. amin.
Menjadi isteri memang punya banyak kenikmatan. bukan je dr segi tidur berteman, paling penting hubungan dah halal jadi nak ke mana-mana sangat bebas! seronok woooo!! hihi.
Kelebihan dan kenikmatan lain bila menjadi isteri :-
1- buatkan air dapat pahala
2- suami balik rumah dan penat, isteri layan dapat pahala jihad
3- isteri tengok suami dan suami tengok isteri dengan kasih sayang, Allah pandang kedua2nya dengan penuh rahmat
4- isteri yang jaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah izinkan masuk syurga dari mana2 pintu ikut suka
5- berpegang tangan, gugur dosa2 kecil
6- picit kepala suami tanpa di suruh, pahala 7 tola emas. picit kepala suami dengan di suruh dapat pahala 7 tola perak
Banyak sangat kelebihan dan kenikmatan jadi isteri ni. aku pun sedang belajar memperbaiki diri. yang aku sebut kat atas ni kira hal kecil yang kita buat tapi dengan senang dapat pahala. marilah sama2 menjadi isteri yang menyejukkan hati suami dan menjadi isteri yang solehah. amin.
Pesanan terakhir dari aku "Selamat Hari Raya Aidilfitri". Maaf zahir dan batin.
P/s : kalau balik kampung tu hati2 ye. tak kira drive sendiri or naik transport awam.
Selasa, Jun 07, 2011
Alhamdulillah...selesai sudah!
Takde apa nak di cakap selain bersyukur sebab dah selesai satu episod untuk majlis di pihak aku. alhamdulillah.. semua berjalan lancar walau ada gak la sikit-sikit masalah di luar jangkaan.
Buat masa ni takde mood nak buat review lagi. banyak benda boleh di pelajari dari majlis aku ni kot, nanti aku share ye bila mood sudah mari... hihi..
Buat blogger2 lain yang langsungkan majlis pada hari sama dengan aku iaitu 5 jun 2011, tahniah di ucapkan ye. semoga berbahagia ke akhir hayat n selamat pengantin baru serta melayari alam baru..
Jumaat, Mei 27, 2011
Tabahlah kamu......
Hubungan yang di harap bahagia, tapi permulaan je da di duga dengan kehambaran. aku doakan kau tabah ye. banyak-banyak la solat dan doa smoga rumahtangga kau bertahan dan bahagia selamanye. pada wanita-wanita lain di luar sana, kalau sorang laki dah jadi hak milik wanita lain, jangan la cuba nak bermain api ye. cari la lelaki lain yang lebih elok. tak perlu la nak guna ilmu-ilmu hitam untuk rampas hak orang. aku sedih sangat, baru tau hal ni. sebelum ni kau sembunyi dari aku kan ape kau alami ni........ :( sedihnye laaaaaaaa!!..........
Selasa, Mei 24, 2011
Idea pemakaian tudung untuk pengantin
isk3 cantiknya dia.. comel dan sweet. yang bunga-bunga tepi kepala tu headband rasanye kan?? ala sape yang pandai diy macam ni bole la buat kan.. huhu..
Gaya ni agak tipikal tapi yang lainnya.. veil bahagian belakang dia just ikat dan tak di biar kembang. if tak salah la. hihi. baju dia pun sangat cantik ok. jeles.Isnin, Mei 23, 2011
Kerja gila. tukar warna tema di saat akhir!
Jumaat, Mei 20, 2011
Nak buat apa lepas kahwin?
Khamis, Mei 19, 2011
Sedang 'siapkan diri'
Rabu, Mei 11, 2011
Kami alami accident! wuwuwu...
cermin kete yang di hentam oleh si buta bengap! geram! smoga ko dapat la balasan wahai penganiaya! dah salah kau cabut!! berhati binatang!
But but aku masih bersyukur.. ni kire sikit je kot.. aku lagi takut kalau keta tak guna tu hentam betul2 belakang keta kitorang. ade kemungkinan kami akan jatuh ke gaung tepi kiri atau tercampak ke tengah jalan kanan tu.. alhamdulillah kami masih d beri kesempatan untuk hidup..
Prasaan masih takut tapi perlu terus jalan untuk balik jugak.so tunang la yang bawa cume aku pesan takmo bawa laju. bia la lambat yang penting selamat. padahal accident ni pun keta kami dok diam je. tapi orang yang melanggar kami. dugaanaaannnnn.... aku tak terus call emak bercerita, aku taknak mak risau. sampai rumah baru aku cerita.
P/s : to all b2b yang lain jugak berhati2 la selalu ye. memang malang tu tak berbau tapi kene jugak ambik langkah berjaga2. termasuk la sume penunggang n pemandu, berhati2. jangan pk diri sendiri je, tolerate la dengan pengguna jalanraya yang lain.
Rabu, Mei 04, 2011
Salji di Malaysia? Bestnye!!
Kenape?? tak pecaye aaa???... haha.. syoknye skang malaysia pun ade salji tau... jom pegi serbu ramai2!!...
Salji ni ade kat i-City, Shah Alam.. di kenali sebagai Snowalk.. hihi dekat je dengan kl.. bole la pegi bile2.. sape2 yang belum terfikir nak honeymoon ke mana2 macam aku ni ha bole gak pegi tempat ni dulu... :D
Serba sikit pasal snowalk @ i-city ni... merupakan yang pertama di south Asia gunakan teknologi Korea (terer kan dorang ni!).. air beku yang menjadi salji n selamat utk di rasa... haha jangan korang pegi pulun buat ABC pulak... nyam2...
Eh teringinnye nak pegi, harus suggest bakal suami utk ke sana.. ape2 hal tunggu kawin dulu baru bebas sikit nak berkepit (gatai!!).. lalalalalala...
Untuk berita penuh tengok sini ye, salji di malaysia
Selasa, Mei 03, 2011
Cuti yang tak cuti
Macam ni la aku skang.. setelkan sume hal seperti bermarathon... caiyok2...
Bab kad kahwin setel sebelum date line yang aku tentukan. kamis lepas habis keje terus rushing jumpa si vendor untuk amik kad. luck me sebab yang tukang deliver sanggup drop kat area dekat2 rumah. so that janji dengan dia sekian2 masa n tempat.. kalau nak aku datang kedai dorang mst sesat! wajib le dengan hidup aku ni.. haha..
Jumpa, check2 n bayar balance terus cabut balik. but pukul 7 lebih gak la aku sampai rumah. tah nape jem gile pulak! baru lepas hujan kot.. huh dugaan.. sampai rumah je dorang excited betul tengok my kad siap dalam diam2.. aku ni jenis tak kecoh lebih2.. seminggu sebelum my mom da sibuk tanya2 kad bile nak siap?? aku just cakap dalam proses (dalam nada malas2..haha saje nak bikin dia panik). so dia pk mungkin lagi 2-3 minggu siap tapi tup2 da ade kat tangan..hehe... n betapa dorang dia excited, kad nak siapkan lipat malam tu jugak..500 keping tau.. adoii.. aku ingat nak la buat sok lusa, penat beb tak rehat.. tapi terpaksa le da dorang beriya so me kene tolong buat jugak.. takkan ko nak melangok tengok je tak tolong padahal ko yang nak kawin kan?? :P
Syukur la pasal kad kahwin aku takde hadapi ape2 masalah.. tak silap aku by 15hb mcm tu aku da start email my vendor pasal design, kaler etc2.. serius aku tak tengok finalise contoh kad pun tau, just draf n proceed dr email je.. so nak ammend ke ape ke sume email je termasuk la brape kene bayar sume.. alhamdulillah sume lancar, 28hb dah dapat.. but sepatutnye dia suruh aku konfirm kad dah siap by 29hb tp aku cuba nasib so aku call awal sehari 28hb tu la n tup2 dah siap.. syukur.. insyallah nanti aku akan cite pasal kad kahwin aku yg berkos 37 sen sekeping termasuk envelope.. murah pada aku, under my bajet yang telah d tetapkan.. :)
So soal kad kahwin tolak tepi... hihi
But weekend lepas baru start buat doorgift.. memasukkan doorgift ke dalam kotak yang ready-made.. aku tak rajin n tak pandai diy.. sehari buat 1 kotak sebab letih la nk siapkan sume ye tak?? mau kejang kaki bersila buat menda alah tu... n dah siap half la.. buat slow2 je sebab ade masa lagi kan.. takmo stress n rushing2... ahad lak berjalan ke melaka hadiri kenduri majlis membe.. tema maroon tu.. hehe.. tak ku sangka ye ko minat kaler merah.. :D
Huh n now dah masuk bulan 5... huargghhh masa cepat betul ko bergerak la.. bagi la aku bernafas skit... blurp blurp blurp.... 33 days to go.... weeehuuuuuu......
Khamis, April 28, 2011
Tempias rezeki orang yang nak kahwin
Sebelum ni aku da berkira2 nak suruh adik aku je tukang capture pics time kahwin nanti if bajet memang takde. dia bukan le pro but just bole tahan la.. aku pun tak kisah as long ade pic sebagai kenangan. stiap momen yang penting.. n aku da berkire2 jugak nak saving untuk beli kamera best maybe dslr. dari pemikiran logik aku, untuk jangkamasa panjang dari aku amik OP better aku beli kamera baru.. no no no aku bukan perkecikkan yg OP ni tak penting.. memang sangat penting!!! cume situasi aku lain. bole d kata aku gile bergambar, jadinye tu yang plan beli kamera je.. hehe..so next time bole pakai lagi sampai lebam...
N rupanye diam2 adik aku da pasang niat nak beli kamera dslr untuk amik pics d majlis aku nanti.. Ya Allah terharunye aku.. tup2 last week dia ade company dinner, tu yang tiba2 rezeki bergolek menang 3rd prize tu. memandangkan dia da ade laptop sendri so dia nak jual untuk beli kamera tu.. see skang dia dapat hadiah free untuk topup2 beli kamera tu.. kuasa Allah. syukur.. takde la rasa susahkan dia.. kesian..
Rezeki bole di samakan macam durian bergolek kan?? hihi..
Selasa, April 26, 2011
Rumitnye nak buat hiv test! Express update!
Since last week aku kol kk area kl untuk buat hiv test, termasuk la kk ampang, kk dato keramat, kk petaling bahagia, kk au2 smua appoinment da penuh bulan nih. paling awal pun pertengahan bulan 5!! arghhhh aku tensen lagi!!!
Tak terjangkau dek pemikiran aku yang appoinment kene buat awal seawal 3 minggu sebelum date d pilih.. kalau tak, jadi ar cam kes aku.... semua full!!!
No choice paling awal is next week (plannye nak buat this week)... so buat kat kk pandan je...baru buat appoinment tadi... walau xtau jalan, main redah la but prepare maps awal2 but still sesat...huhu erk harap2 semua berjalan lancar minggu depan... amin
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Express update
- this week must make sure kad jemputan da siap n collect!
- 1st mei nih bersamaan ahad kene pegi melaka, my besfren nak kawin (wajib pegi!)
- next weekend pegi melaka lagi, teman si dia n pegi tengok butik... boleh tak kitorang still tak pilih butik untuk majlis bertandang kat melaka?? erkkk..........
Toing toing... bulan 5 akan super busy dengan macam2 persiapan n persediaan... oh tak boleh main2 lagi.... must have planning for every single day......huhu... tired... (padan muka aku semua buat last minit)
Isnin, April 25, 2011
Glitterati berubah status! HELP!!!!

Ape solutionnye ye?? ads heartbeat tu kene padam ke?? please help me..!!
![]()
Ahad, April 24, 2011
Dulang hantaran murah!!Barang kahwin murah!!
Jom teka harga pulak...... rm50? rm40? rm30? rm20? sume salah!!!.......
Aku beli dgn rege rm13.50 je!! di ulang rm 13.50 tau!! aku beli 7 dulang.. murah x?? mula2 dia bagi rege rm15 but aku minta kurang lg n d sebabkan aku beli byk brg lg so dpt la rege tu beb. alhamdulillah...
Brg lain yg aku borong bawa balik...doorgift+kotak, paper bag, bunga manggar n bunga telur.. habis la ribu2 lemon gak.. hihi... banyak design lagi utk dulang tu. cuma aku cari yg cantik n murah!! dulang jenis kayu tu aku dapat rm20 tp aku pk better beli yg besi, tahan lama skit. bole la adik lelaki n abg aku pakai nanti bile dorg nk kawin pulak... :)
Kedai ni kat chow kit.. kalau tau pasar chow kit tu, mmg da dekat sgt la.. cume tempat agak tersorok.. 1st time g mmg susah la sbb aku pn mana ade g sana..
Nama kedai dia...
kedai bunga vivian (no 8, jalan haji hussein)
Aku dapat info kedai nih dr sorang b2b yg baik ati. ni link dia kitakesitu. Untuk dapat info details pasal nak ke tempat tu refer link tu ye.
Memang macam2 ade kat kedai tu. korang nak upah buat hantaran pun bole. rege aku xingat, depends pada permintaan n design korang nak rasanye. ade yang kata kedai ni murah lagi dr kedai2 kat nilai tu. wallahualam. aku xpegi nilai sbb jauh n malas. memandangkan kedai ni pn mmg murah sgt dr kedai lain yg aku da survey, so just beli ape yg di perlu kat sini. setel!!
p/s : leh passing info ni pada membe2, famili n sedara yang nak kawin. mana yg bole jimat, jimat le kan...... :)

