Sabtu, Januari 18, 2014

Tempat penginapan murah dan best di Port Dickson

Assalam..

Selamat tahunn baru. Lambat tapi tetap nak wish. Hihi. Rutin hidup macam biasa, pergi kerja balik rumah layan anak. Hal kerja semakin rumit. Staf bahagian kami macam chipsmore. Tahan hanya beberapa minggu atau bulan sahaja. Haha. Tapi pejam celik rupanya aku dah bertahan setahun rupanya. Uh.. hebat dan rasa tak percaya.

Okey ini cerita sekitar bulan disember 2013 yang lalu. Kami sekeluarga pergi bercuti... hihi bercuti la sangat... ke Port Dickson. Ini pertama kali okey aku berpijak di tanah Port Dickson setelah berumur dot dot dot. :) Pada mula bercadang pergi 3 hari 2 malam tapi di saat akhir, just untuk percubaan katanya maka sepakat pergi 2 hari 1 malam sahaja.

Walaupun PD ni dari KL hanya 1 jam lebih kan?? Yang pergi adalah 7 dewasa dan 5 kanak-kanak termasuk anakku. Kami pergi tu time cuti sekolah u so memang susah nak cari penginapan. Banyak penuh. Dan aku yang di tugaskan mencari penginapan, pastilah nak yang murah dan worth it untuk di sewa.

Kriteria yang di ingini, boleh memasak dan hall besar supaya kami selesa melepak. Kami pun memang nak ambik satu unit sahaja. Yang lelaki boleh tidur kat hall tu. Kesimpulannya, yang terbaik kena pilih apartment untuk di sewa.

Mula-mula jumpa dan dapat satu apartment di Blue Lagoon. Lupa pulak apa nama apartment tu. Tapi rate dia tu.. betul-betul ambik untung. Hampir 300 satu malam untuk tingkat 2 ke atas. Masa ni kosong hanya tingkat 3. Lif tak ada. Oh.. minta maaf la memang tolak awal-awal. Kesian kat mak nak panjat sampai tingkat 3 tu. Kalau ground floor 300 lebih dekat 400. Tapi penuh... katanya.

Cari dan cari lagi.. jumpalah PD World Marina Resort. Dan semestinya lah kita akan google dulu untuk review mereka yang pernah menginap di sana kan?? Ternyata tak banyak info yang aku dapat. Yang dapat pun hanyalah pasal... Hotel Marina yang berhantu. Huhu. Sebut Marina je, semua cakap berhantu oii. Tapi yang ni bukan Hotel Marina apa.. rileks la beb (haha..padahal dalam hati ada rasa takut lerr).

Berurusan dengan owner dia pun sangat smooth. Aku prefer sms je. Kalau nak call nanti bising pulak satu ofis tu mendengar. Ofis aku ni time orang khusyuk buat kerja, memang sunyi gile. Bunyi pssstttt kentut pun boleh dengar dengan jelas. Kihkihkih.

Rate dia?? RM 250 sahaja 1 malam >>boleh nego lagi tau. Hihi. Dan di sebabkan sepatut kami cadang nak menginap 2 malam, encik owner bagi harga diskaun. Murah lagi dari ni. Walaupun selepas tu aku cakap tak jadi tapi tetap dia bagi harga diskaun tersebut. Baik hati dan tidak berkira. 

Gambar yang sempat di snap..


 Pemandangan dari beranda

 Bawah apartment ada kolam. Ramai bila dah petang..

 Dapur. Semua ada kecuali peralatan tajam.

Master bed room

Apartment ni di tingkat 12. Best nampak view yang menarik. 2 bilik dan 2 bilik air. Satu bilik air dalam master bed room. Selesa sangat la senang cerita. Ni dekat Teluk Kemang ye. Senang je nak cari. Tapi aku tak pandai nak bagi instruction la. Yang aku ingat, lepas je dari highway PD tu ada simpang belok kiri dan belah kanan Marina View Villas ni. Dia ada banyak apartment dalam tu. Salah satu, PD World Marina Resort ni la. 

Siap adik aku pi tanya betul ke bang tempat ni berhantu?? Haha. Dia kata apartment belah belakang yang agak keras, lagipun sebab tidak terjaga. Apartment yang ni guard ada je yang menjaga siang malam. Huh lega dengar. Dah la time kami (adik aku dan aku naik dulu tengok unit tu bersama dengan encik owner) naik lif tu, boleh pulak dia berhenti setiap floor. Aii.. ni macam suspen je. Rupanya lif tu rosak so tukar ke lif sebelah. Bila sampai depan unit tu, wow.. unit tu rupanya macam open air view dia. Camana ye nak cakap. Kiranya pintu depan dia bila buka je mengadap jalan raya dan sliding door kat beranda dia mengadap open view jugak. Maknanya tidaklah terlindung oleh unit apartment lain gitu. 

Review selepas menginap.. kira sangat puas hatilah.
- Senang deal.Owner unit ni, bukan agen tau.Segala persoalan di jawap cepat walau hanya dengan sms.
- Apartment kemas, bersih. Tidaklah menyeramkan
- Ada bantal dan toto extra
- Dapur yang cukup alat (kecuali pisau bagai)
- Bilik air pun bersih dan selesa

Hah.. ni contact dia kalau uol berminat;
Encik Khairul - 019-3715217 

Apartment ni dekat dengan Dataran Seri Kemang PD. 5 minit je gitu. Kalau nak shopping boleh la ke sini. Tapi tak sure memang selalu ada atau tengok pada event tertentu yang mereka rancangkan. Ada banyak khemah dan menjual macam-macam. Baju, makanan, pelampung dsb.



Petang selepas kami makan dsb kami sempat lah ke dataran ni dan belakang dia tu pantai. Ingat nak mandi tapi orang ramai sangat. Kami malu. Jadi mereka bertiga ni la yang sibuk.


Ini percutian pertama bagi dia dan jejak ke pantai. Baju kotor sebab muntah. Apakah mabuk laut?? Huhu.

Esok paginya kami ke pantai lagi tapi ke depan sikit lagi untuk mandi-manda laut. Yang rasa agak tak ramai orang tapi kan sebab musim cuti sekolah so takde makna orang tak ramai kan?? Tapi... Teluk Kemang ni pantai dia memang kurenglah. Air agak dah kotor dan berbau. Atau hidung aku yang sensitif. Erm.. mungkin jugak asif muntah sebab bau air laut tu busuk kot. Anak aku sejak dah besar ni, dia sangat peka dan sensitif dengan bau busuk. Bau ikan mentah, bau durian, bau sampah boleh buat dia muntah.

Ahah.. bawah pada apartment ni ada kawasan makan. So senang kalau nak cari makan jugak. Kami sempat merasa ayam bakar kat satu kedai ni. Fuh.. memang sedap. Kami tapau je dan makan kat atas. Dia cuma nasi putih, sepotong timun, ayam bakar dan pencicah. Memang menjilat jari. RM 5 je satu. Sedap beb, korang try lah. Pencicah dia tu yang mahal (sedappp). Hihi.

Okey tu je. Selamat berhujung minggu ye kawan-kawan.

14 ulasan:

  1. ramai yg ckp hotel marina rate dia oke...saya pnh stay kat ancasa resort n suite sbb ada kursus...erm selesa tp kalau telek btl2 blk air dia agak kotor..huhuu

    BalasPadam
  2. Maya Pd Marina Resort ke?

    BalasPadam
  3. Maya Pd Marina Resort & Marina Beach Resort tempat sama ke?

    BalasPadam
  4. Maya apartment ke bro yg berhantu tu?

    BalasPadam
  5. Time cuti skolah, susah betul nk cari tempat...huhu

    BalasPadam
  6. Salam tuan rumah,

    Akak terbaca komen yang telah diberi oleh pengunjung blog ini. Ingin tumpang iklan homestay akak di Telok Kemang Port Dickson. Guarentee tak ada pengalaman yang menyeramkan kerana satu compound dengan rumah emak akak. sila layari http://rumahkecilportdickson.blogspot.com untuk maklumat lanjut. Manalah tahu, tersesat di Port Dickson? Rumah kampung sahaja, bukan setaraf hotel..

    BalasPadam
  7. Selalu duk marina klu g pd..x brhntu pun..malah lebih selesa siap dgn kolam renng bgai..hrga lbh murah brbnding tmpt lain..mmg best la cni

    BalasPadam
  8. Terima kasih cadagan tempat ini. saya sedang cari tempat penginap bajet untuk christmas ini.

    BalasPadam
  9. ade 1 hotel ni dh tk igt la nmenya tpi di telok kemang tpi atas skit la.. mmg berhantu ya allah.. mse tu malm tu sebelum tido pegi la ketandas.. lps tu baring jap.. tertidur.. tersedar pkol 2.30 pgi tk silap nmpk ade pompuan rambut panjang dpt cermin erkk... ya allah.. mmg tkot sgt la allah sje thu.. sy bce doa ayat qursi dan sebagainye.. pastu tutup mate akhirnye tertido.. eskkan harinye cpt2 bersiap tunggu kol 12 utk checkout erkk mmg seram sgt

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama1/6/16 1:20 PTG

    Puteri ke...kt blue lagoon tu...

    BalasPadam
  11. saya dah book maya apartment ni..tuk g bawak anak2 bercuti raya ni...harap2 ok la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama5/8/22 12:08 PG

      Ok ke awak pergi ke Maya apartment Bayview

      Padam
  12. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Che Norijan Binti Jamil
    019-2222777
    Direct owner

    BalasPadam