Rabu, Disember 31, 2008

20 Sebab Dan Alasan Lelaki Tak Kahwin-kahwin


1.”Duit lum cukup lagi”.
Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le hantaran le. Dah tu hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

2. “Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

3. “Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ada duit abangku sayang, takde pitis sayangpun abis!

4.”Tak datang seru lagi kot”.
Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

5.”Banyak sangat halangan”.
Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

6.”Belum bersedia la”.
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

7. “Ilmu tak cukup la”.
Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga?soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri”.
Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

9.”Dah mencubalah tapi telah dikecewakan”.
Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer tak kira ler laki orang ker.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
Memang banyak .. Tanggungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat” .
Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

13. “Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la”.
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

15.”Dia nie suka pasang ramai org sangat”.
Haah? dia banyak kawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.rasanya tak sume pompuan camtu le.

16. “Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak”.
Lelaki pn ape kurangnye...hehe

17. “Nak carik yang solehah lah”.
Dah jumpa tapi dah berpunya.Takkan nak rampas orang punya kot.

18. “Masalah la”.
Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

19. “Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la”.
Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

20. “Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”.
Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Jenis-jenis Lelaki

Anda yang wanita-wanita ini mungkin teringin sangat nak tahu apa jenis-jenis lelaki yang terdapat di dunia ni. Ada yang ok, ada yang tidak. Tapi saya rasa, bukan wanita saja yang ingin tahu jenis-jenis lelaki ini. Yang lelaki pun mesti ingin tahu jugak bukan? So mari kita baca entri kali ini.

1 - Jenis habis madu sepah dibuang
Lelaki kategori ini adalah seorang lelaki yg mementingkan kebersihan. Kerana dia takleh hidup dlm keadaan yg bersepah sepah. Sebab itu la, bila madu dah habis…dia akan membuat pembersihan dan benda benda yg bersepah akan di buang.

2 - Jenis bagi betis nak peha
Lelaki jenis ini mempunyai selera makan yang tinggi. Dan mungkin jugak seorang yang buruk lantak. So, sesiapa yg mempunyai pasangan seperti ini hendaklah sentiasa memastikan ada lebihan makanan setiap kali menjamu selera.

3 - Jenis manis mulut di bibir
Lelaki kategori ini adalah seorang yang hisap rokok secara curi curi. Atau lebih tepat lagi hisap rokok tanpa pengetahuan pasangannya. Dan lelaki ini sentiasa ‘cover’ bau rokok dengan makan gula gula. Sebab tu mulut serta bibir dia manis.

4 - Jenis lembut gigi dari lidah
Lelaki jenis ini seorang yg suka menggosok gigi sampai giginya kelihatan putih bersinar sinar. Dan harus di ingat, giginya yang putih berseri itu adalah senjata utama yang digunakan untuk meng’ayat’ perempuan kerana hanya dengan senyuman yg membariskan giginya yang putih itu dapat melembutkan hati perempuan tanpa menggunakan kata kata.

5 - Jenis tikam dari belakang
Tikam dari belakang? Ada ke kategori macam ni? Anda rasa?


Tersurat & Tersirat Ayat2 Ucapan Wanita

Kepada yang lelaki, kalau perempuan cakap macam ni, so korang kena paham-paham la apa yang dorang maksudkan ye. Perempuan ni penuh dengan ayat yang tersurat dan tersirat. Ye lah, perempuan kan…

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Lelaki Hensem Vs Lelaki Tak Hensem

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Otak Lelaki Dan Otak Perempuan

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…
Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawahdalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THERESULT OF YEARS OF SCIENTIFICSTUDY COMBINED WITH THEEXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!


OK?
berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!
FINISHED FILES ARE THERESULT OF YEARS OF SCIENTIFICSTUDY COMBINED WITH THEEXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…


Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.


Kalaulah Perempuan Tahu..

Apa yang perempuan perlu tahu tentang lelaki..

- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Kalau Si Dia Tak Jawab Call..


Macam mana kita nak buat kalau bila kita call dia je kan, dia tak angkat. Lagi-lagi masa tu dia tengah merajuk dengan kita. Dah berkali-kali ni kita call, dia tak nak angkat jugak. So apa yang perlu kita lakukan.

1. Berikan dia masa untuk bertenang. Selalunya orang yang merajuk ni memang payah nak pujuk. Habis jenuh kita call pun tak guna. So lebih baik berikan dia masa untuk dia rileks dan tenangkan perasaan dia.

2. Hantarkan mesej-mesej pujukan manja supaya hati dia akan lembut semula. Memang dia tidak angkat call kita tetapi dia mesti akan baca mesej-mesej yang kita bagi punya.

3. Ucapkan kata-kata maaf bahawa memang diri kita yang salah. Selalunya dia tak angkat call disebabkan dia merajuk atau tidak suka dengan perbuatan kita. Oleh itu, minta maaf lah dengan dia. Tak salahkan kalau kita nak mohon maaf?
4. Kalau dia tak angkat jugak, maybe dia ada masalah atau ada kerja yang perlu diselesaikan dan tak sempat untuk bagitahu kita. So berikan la dia masa untuk dia menyelesaikan kerja-kerja dia. Kalau boleh, hantar la mesej cakap yang kita nak temankan dia buat kerja sama-sama.

p/s: Tapi kalau dia off telefon, kita janganlah berputus asa. Tunjukkan bahawa kita memang sayang dan cinta pada dia.

Tips Memujuk Pasangan


Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Apa Punca Merajuk?

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk? Selepas ni jgn lupa baca topik macam mana nk pujuk pulak k..

1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

5 Tips Dalam Berpasangan

1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.
3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.
4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.
Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.

9 Perkara Yang Tidak Boleh Di Bincangkan Dengan Lelaki

1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.
2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dantutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.
3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil dia akan mengulanginya.
4. Seiring dengan bertambahnya usia, keperkasaan si dia tentu akan mengalami penurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.
5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkongdiri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda.
6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.
7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.
8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.
9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokan sementara.

Apa Pulak Yang Lelaki Tak Suka?

-Wanita yang suka mengumpat
-Sombong dan bongkak
-Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
-Hisap rokok
-“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
-Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
-Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
-“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
-“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
-Wanita yang hipokrit
-Pembohong dan suka mencari alasan
-Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
-Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
-Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
-Pengotor dan pemalas
-Tak bertanggungjawab langsung
-Tak pandai mengemas
-Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
-Kuat berleter walau hal remeh temeh
-Boros berbelanja
-Tak tahu memasak
-Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
-“Queen Control” atau suka mengarah-arah
-Tak pandai bergaya atau selekeh
-Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
-Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
-Panas baran
-Kuat merajuk dan sukar dipujuk
-Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
-Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Apa Yang Lelaki Suka?

-Sikap kelakar
-Budi pekerti dan kesopanan
-Murah hati
-Senyuman manja
-Pandai memasak
-Pandai dalam mengenakan pakaian
-Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
-Tak mudah naik angin
-Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
-Tak terlalu seksi dalam berpakaian
-“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
-Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
-Berwawasan atau bercita-cita tinggi
-Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
-Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
-Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
-Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
-Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
-Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
-Sikap keibuan
-Sukakan kanak-kanak
-Suara lembut tanpa dibuat-buat
-Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
-Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
-Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
-Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
-Tahu bersyukur
-Pandai berjimat-cermat
-Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal


Beza Antara Perasaan Suka Dan Cinta..


1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akanberdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akantersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita aknturut jua menangis. Bila orang yang kita sukamenangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

50 tips untuk memikat lelaki

Tips menarik kali ni yang nak saya beri adalah tips macam mana anda2 nk mengurat lelaki yg anda admirer.mgkn lelaki pun boleh pakai tips ni tp kene ubah sikit la yek.kang jd lembut semacam lak.hehehe.
Tetapi saya tidak jamin 100% tentang kebenarannye yek!Selamat mancuba!


1-Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2-Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3-Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4-Jujur dan sentiasa merendah diri.
5-Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6-Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7-Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8-Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9-Jangan terlalu mengongkong.
10-Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11-Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12-Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13-Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14-Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15-Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16-Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17-Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18-Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19-Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20-Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21-Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22-Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23-Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24-Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25-Mengetahui bila hari lahirnya.
26-Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27-Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28-Agresif (aku pun tidak faham ape yg di maksudkan dgn yg ini!)
29-Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30-Jangan terlalu bersikap kelelakian (kasar) dan ganas dalam pergaulan.
31-Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.
32-Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33-Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34-Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35-Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36-Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37-Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38-Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39-Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40-Jangan bersikap terlalu kuno.
41-Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42-Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43-Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44-Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45-Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46-Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47-Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48-Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49-Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50-Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Selasa, Disember 30, 2008

Jualan 'Panas' 2009!


Cara buat duit dengan grafik sebenarnya masih belum banyak diketahui oleh kebanyakan usahawan internet.
Percaya atau tidak, terdapat sehingga14 cara untuk buat duit dengan grafik!
Dan jualan panduan lengkap ini semakin panas dan panas selepas semakin ramai yang membeli produk ini.

Produk ini dinamakan sebagai "Video Tulisan Pro".
Walaupun namanya hanya fokus pada grafik tulisan, tapi video ini sangat melengkapi banyak aspek.
Terutamanya dari segi pembelajaran,kemahiran menguasai grafik, teori dan praktikal buat duit dengan grafik, dan banyak lagi yang dibongkar.
Untuk pengetahuan anda juga, akhirnya Mawardee selaku pencipta produk tersebut sudi mendedahkan rahsia'Surat Jualan' beliau yang memberikan hasil RM34,000 hanya dalam sebulan!
Ini rahsia yang jarang dikongsi.
Boleh dapatkan DI SINI


Tips Untuk Kelihatan Tinggi

Saya yakin kaum wanita rasa gembira jika di katakan mempunyai sepasang kaki yang panjang & cantik.Persis seorang model (hehehe!).Tips ini sesuai bagi mereka yang berpakaian moden yek.Now saya bagi beberapa tips utk buat kaki u all lebih panjang dengan pemakaian 'legging' @ sarung kaki.

<> Pastikan warna baju=warna sarung kaki
** e.g : Jika pakai skirt hitam,so sarung kaki panjang kenalah warna hitam jugak ye.

<> Semakin gelap warna sarung kaki yang kamu pilih,kaki kamu akan kelihatan lebih panjang.

<> Sekiranya anda nak pakai sarung kaki yg berbunga/petak-petak/bintik-bintik kecil,pastikan ia sesuai dgn baju yg di kenakan.Yg penting coraknya tidak terlalu bercampur hingga membuat anda kelihatan pelik!

Ahad, Disember 28, 2008

Terima Kasih Cinta

Lagu ni antara kesukaanku & sungguh bermakna.Liriknya begitu bermakna & mendalam termasuk muziknya.Pujian harus di beri pada pencipta lagu ini.Saya dedikasikan lagu ni kepada sesiapa yang pernah menyayangi dan memberi saya cinta.Terima kasih.


Sabtu, Disember 27, 2008

Berjaga-jaga dengan Ucapan anda..

Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM).
Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (Sama jugak xboleh,haram), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?

Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang baik. Wallahualam.

Tahun baru menjelang lagi

Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Bagi tahun baru Islam,waktunya adalah selepas maghrib hari Ahad. Bagi tahun baru ikut kalendar biasa pula adalah jatuh pada hari Khamis ini.
Di kesempatan ni,saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan2 saya tak kira di mana anda berada. Kalau ada salah silap tahun yg dulu2 saya harapkan anda maafkan dan jangan pula di simpan di dalam hati. Sebagai insan biasa saya tak lepas dari membuat kesilapan. Hmmm di harapkan dengan menjelangnya tahun baru 2009, kita semua akan memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

Doa Awal Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Ahad, Disember 21, 2008

Dua Puluh Satu..

Salam semua..

Tanggal 21hb memberi pelbagai memori,pahit & manis dalam hidupku...
21/4 adalah tarikh saya di lahirkan, juga
21/9 adalah tarikh ayahandaku yg tercinta meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya2..
Dan 21/12 juga kebetulan saya membina blog ni..
Semoga selepas ni tanggal 21 akan memberi lebih kebahagiaan & kegembiraan pd ku...amin.