Khamis, Mei 14, 2015

Kerenah baru

Assalamualaikum....

Lama mak nenek ni tak membebel kan? Haha. Lately.. anak aku ni buat perangai baru. Sejak 2 minggu lepas gitu. Tapi last jumaat hari tu Nampak ok dah, cumanya pagi tadi mungkin sebab dia kurang sihat.. so merengek lagi. Allah.. berat hati bila dia merayu macam tu.

Entah kenapa dan mengapa.. sejak 2 minggu lepas, dia berat nak lepaskan aku tinggal dia untuk pergi kerja. Hari pertama tu aku bagi chance.. so terpaksa EL demi anak tercinta. Kadang tu, dia nampak ok. Menurut je aku keluar rumah dan menuju rumah nenek. Oh ya, sejak bulan 12 tahun lepas, aku dah menyewa duduk rumah kami. Cuma bertiga, anak-beranak. Memandangkan encik suami, gerak pergi kerja seawal 6 pagi so aku lah yang kena bawa anak ke rumah emak aku. Buat masa ni, emak yang masih jaga anak aku. Then petang, aku ambik la bila balik kerja. Jarak ke rumah mak dalam 15 minit je naik kereta. Di lembah jaya, kalau korang tau la, Hehe.

Bila aku cerita perihal ni kat kawan-kawan kerja aku, dorang cakap mungkin sebab dah banyak spend time dengan aku time cuti. Tapi sebelum ni, awal pindah sampai before, dia ok je. Salam dan melambai aku dengan senyuman bila keluar rumah emak aku tu.

As a mum.. mesti korang faham kan apa rasa bila dia peluk kita erat dan cakap 'ibu, tak payah la pergi kerja..asif nak ibu..'.. Tapi aku kuatkan jugak dan tinggal dia dengan cara lari keluar bila dia lalai tengok tv. Bila dia perasan, melalak kat pintu pagar. Aduh... meruntun hati aku. Tapi kerana sesuap bersuap Nasik so terpaksa bekukan hati.

Slow talk berhari-hari tak jalan jugak. Bila Tanya kenapa asif tak nak dengan nenek, dia takde jawapan just cakap 'asif nak ibu je'. Alahai.

Then jumaat hari tu, dia Nampak ok. Dah boleh salam dan say goodbye bila aku nak keluar kerja. Lega hati aku ni. Kalau tak, teringat-ingat dia je sepanjang hari. Harap dia tak buat lagi la macam ni. Susah hati aku sebagai ibu ni. Tinggal dia dalam keadaan sedih. Harap dia faham la. Ini pun untuk dia jugak.

Ok la nak buat kerja dah... tata... wassalam....