Assalam..... Korang mesti selalu atau pernah dengar 'Minyak ikan/fish oil' kan?? Khasiatnya banyak sangat, kalau nak tahu lebih lanjut tanya pakcik google saje la ye (bawah ni aku cuma senarai yang ringkas je). hihi.
Ok antara khasiat dia yang aku tahu dan baca ;
- tingkat kesihatan jantung
- tingkat kesihatan sistem imun / ketahanan badan
- tingkat kesihatan pinggang
- tingkat kekuatan dan stamina
- tingkatkan IQ (so bakal mommies dan mommies sekalian silalah amalkan ye. apa pun dapatkan nasihat doktor dulu for the best advice and suggestion)
Apa yang aku ingat minyak ikan ni fungsinya tingkat ketahanan badan terhadap penyakit. Dulu kan aku pernah kerja farmasi, so sikit banyak aku tahu dan ingat sikit-sikit apa fungsi dan kebaikan vitamin-vitamin.
Opppssss... aku takde la amalkan sangat makan vitamin ni sebab aku ni agak pelupa dan ada sakit 'M' nak makan vitamin. hehe. Tapi aku ada terbaca satu artikel kisah ni di facebook, anak-anak pada seorang makcik ni semua berjaya. So dia cakap dia tak amalkan makan apa pun cuma suami dia selalu suruh dan sediakan susu untuk di minum dan minyak ikan untuk di telan semasa dia mengandung if tak silap. Tapi aku ni kan dah selamat melahirkan buah hati kesayanganku tapi still menyusukan anakku so tak salah nak start sekarang kan? Maknanya apa yang aku makan, anakku pun akan dapat rasa dan khasiatnya. Usaha je la, untuk diri sendiri jugak. Siapa taknak anak yang bijak dan sihat. Tapi ni pun dengan kuasa dan keizinan Allah kan.
Vitamin ni dah lama aku beli tapi terperap dan lama je start nak makan. Sebelum puasa hari tu kalau tak silap. hehe.
Brand Naturalle. 1000mg. 18% EPA dan 12% DHA. Dalam sebotol ni ada 60 biji softgel. Aku beli yang value pack. Ada 2 kotak harga dalam RM 35 lebih macam tu.
Ok kisahnya..... mula-mula setiap hari aku telan sebiji. Dan seperti biasa, bila dah beberapa hari amalkan, tup-tup dah lupa nak makan. alasaaannn. hihi.
Sampaila bulan lepas, badan anakku terasa panas. Mula la kami risau, tepek cool fever pada anak. Yang emak dah suruh bagi ubat demam sebelum dia melarat. Aku dan suami buat lengah je la. Ikut hati tak suka nak bagi ubat sangat ni. Kalau terdesak dan takde cara je baru la bagi. Then malam tu aku telan vitamin minyak ikan tu, dan aku breastfeed je dia time malam waktu tidur tu walau susu takla meriah. Dan alhamdulillah esok paginya dah kurang panas badan dia. Petang memang dah kebah dan keluar peluh. Dia dah aktif seperti biasa.
Dan kejadian kedua pada bulan ni, hari yang sama anak aku kena cucuk untuk 6 bulan dan petang tu badan dia start rasa panas nak demam. Tepek cool fever dan lapkan badan dia dengan tuala basah untuk kurangkan panas. Aku ihktiar lagi dengan telan vitamin ni dan paksa dia breastfeed dengan kerap. Dan alhamdulillah esoknya dah kebah. Syukur sangat.
Kejadian ketiga pada bulan ni jugak, anak aku batuk-batuk (berjangkit dari aku kot) sampaikan beberapa kali tukar baju sebab muntah. Susu yang dia minum muntah keluar balik semua di sebabkan batuk. Aku ikhtiar cara yang sama. Alhamdulillah malam yang sama time tidur dan esoknya dah tak batuk lagi. Syukur Allah.
Kalau betul la sebab vitamin ni demam dan batuk anak aku ni kebah cepat, nampaknya memang berkesan untuk aku dan anak. Juga dengan keizinan-Nya. That's why aku nak share. Hopefully ada yang terbuka hati nak cuba/amalkan dan boleh share betul ke apa yang aku alami ni. Tak salah kan? Tak membawa keburukan pun kan. Insyallah.
Sabtu, Oktober 20, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Memang betul minyak ikan memang bagus untuk tingkatkan sistem imun anak² saya amalkan minyak ikan jenama Shaklee.
BalasPadamBetul sis minyak ikan memang membantu kuatkan imun, saya sendiri pun amal minyak ikan juga :)
BalasPadam