Baru-baru ni ada terbaca kat satu ruangan page untuk ibu-ibu dan ada satu ibu ni tak pasti hukum sunat untuk anak perempuan dia yang baru lahir dan mengikutnya, dia kesian nak sunatkan anak dia yang masih kecil tu.
Dulu, dari pengalaman aku.. aku sendiri pergi ikut famili untuk sunatkan si zara. Tak ingat masa dia umur berapa, if tak silap sekitar 2-3 bulan kot. Yang penting time tu dia masih bayi lagi la. Tak reti meniarap or ape pun. Khatan cara kampung je, pergi jumpa sorang makcik ni (mungkin bidan kampung la kot). Makcik tu ambik pisau kecik dia dan sikit kunyit hidup. Yang aku nampak dia toreh sikit kat area kemaluan anak buah aku ni. Aku tengok dari jauh so tak pasti apa yang dia toreh tu (ngeriiii nak tengok jarak dekat). Then dia toreh kunyit tu, maybe kan supaya darah tu tak lekat kat pisau (agak jela.hehe). Memang zara menangis meraung la lepas tu tapi sekejap je. Isk hati mak pak mana tak kesian, aku ni makcik dia pun jatuh kesian dengar dia menangis. Tapi ni untuk kebaikan dia la kan. Selepas tu, kena jaga elok-elok la luka tu, jangan sampai bernanah or apa-apa.
Pendapat aku, better sunat bayi perempuan ni masa dia baby lagi. Bukan apa, time ni dia behave. Tak reti gerak aktif sangat. Kalau la nak tunggu dia pandai meniarap or duduk, masak la dia lari sana sini kot. huhu. Kang nak potong sikit area tu, jadi toreh tempat lain pulak. Minta simpang.
Okey sekarang kita ambik tahu hukum dan sejarah khatan @ sunat ni serba sedikit ye. Info ni aku petik dari 'Soal jawab wanita dan keluarga' (web ni bagus, banyak permasalahan yang korang boleh refer).
APAKAH “KHITAN“ ITU?:
Bersunat = Berkhatan = Khitan ( ختان ) = Circumcision
Khitan ertinya memotong . Mengikut istilah Ilmu Fiqh , khitan ialah memotong kulit ( Qulfah @ Qalafah / قلفة )yang menutupi kepala zakar ( Hasyafah / حشفة) seseorang lelaki . Manakala bagi seorang wanita pula , khitan ialah dengan cara memotong sedikit daging di hujung kelintit (نواة @ بظر / Clitoris ) , yang berada di sebelah atas lubang farajnya ( vagina). Proses khitan bagi seseorang wanita dikenali di dalam istilah Fiqh sebagai “ Al-Khifadh : الخفاض “.
SEJARAH RINGKAS MENGENAI KHITAN:
Ianya merupakan tradisi yang telah lama dilaksanakan semenjak sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w lagi. Menurut beberapa catatan sejarah dunia, ada pendapat yag mengatakan ianya berlaku semenjak zaman Baginda Nabi Ibrahim a.s lagi. Dan ada pula yang mengatakan ianya merupakan tradisi masyarakat Arab sebelum Islam lagi, dan tok mudim yang terkenal di era-sebelum Islam itu bernama “Ummu Anmar“ ~ sebagaimana menurut catatan Imam Al-Bukhari (rh) di dalam sahihnya. Tradisi ini terus terlaksana apabila datangnya Baginda Rasulullah s.a.w dan diakui pula oleh Islam sebagai salah-satu tuntutan agama.
HUKUM MENGENAI KHITAN:
Tuntutan mengenai khitan ini jelas disebutkan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w melalui hadisnya:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْإِبِطِ وَقَصُّ الشَّارِبِ
Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a tatkala beliau meriwayatkan hadis mengenai 5 tuntutan fitrah iaitu: (1)- Bersunat (khitan), (2)- Menucukur @ Membuang bulu-bulu di sekitar kemaluan, (3)- Mengerat kuku, (4)- Mencabut @ Membuang bulu-bulu ketiak, dan (5) – Mengerat @ Mengemaskan misai ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh & Imam Muslim rh.
Khitan ini merupakan salah-satu daripada “Sunan Al-Fitrah“ (Tuntutan Fitrah Semulajadi Seseorang Manusia), samalah dengan tuntutan bersugi (memberus gigi), memotong kuku, memotong bulu di bahagian kemaluan dan ketiak, mengemaskan misai, memelihara janggut, beristinjak (membersihkan kemaluan daripada kekotoran najis) , anggota-anggota pelipat di tubuh badan kita (sendi-sendi) dan memelihara rambut. ~ Lihat: USUL MU’ASYARAH AZ-ZAUJIYAH, ms207, oleh Syeikh Muhd Ahmad Kan’an. Terbitan: Darul Basyair Al-Islamiah, Beirut.
Akan tetapi ulama’ telah berbeza pendapat mengenai TUNTUTAN itu , adakah ianya bermakna wajib ataupun sunat?. Dan berikut ini adalah beberapa pandangan ulama’ dan dalil-dalil bagi setiap pandangan mereka:
MAZHAB IMAM ASY-SYAFI’E (RH) dan MAJORITI ULAMA‘:
- Ianya adalah wajib bagi lelaki, mahupun perempuan yang beragama Islam.
- Dalilnya ialah Firman Allah Ta’ala yang mewajibkan umat Islam mengikuti contoh-teladan daripada Datuk Para Nabi a.s., iaitu Baginda Nabi Ibrahim a.s:
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Ertinya: “Kemudian Kami wahyukan kepada engkau (hendaklah) engkau mengikuti agama Ibrahim yang lurus, dan tidaklah dia (Ibrahim) itu daripada golongan musyrikin“ ~ Surah An-Nahl, Ayat 127 .
- Dalil daripada Hadis Rasulullah s.a.w pula ialah perintahnya kepada mereka yang baru memeluk Islam dengan sabdanya:
أَلْقِ عَنْكَ شَعْرَ الْكُفْرِ وَاخْتَتِنْ
Ertinya: “Buangkanlah rambutmu (yang menjadi tanda kekafiranmu sebelum ini) dan berkhitanlah (bersunatlah)“ ~ Hadis Sahih riwayat Imam Abu Daud rh di dalam sanadnya: Kitab At-Toharah: 352 dan Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal rh: Musnad Al-Makkiyin: 15, 370.
Aku hanya ambik dan copy pendapat hukum mazhab Imam As-Syafi'e sahaja. Yang lain-lain dan lebih lanjut boleh refer webpage yang aku bagi kat atas tu ek.
"Pakar perubatan pula, kebanyakan mereka bersetuju bahawa salah-satu cara untuk mengurangkan kecenderungan seks yang melampaui batas ( gejala seks bebas ) ialah dengan melakukan khitan iaitu dengan memotong kulit zakar yang menutupi kepala zakar seseorang lelaki dan dengan mengguris sedikit/menoreh sedikit di bahagian hujung kelintit seseorang wanita."
ekin sunatkan zara ms zara 6 hari lg
BalasPadammemg kesian
tp dah wajib