Yesssss... sememangnya aku adalah salah seorang peminat tegar pada makanan yang ada gula atau manis. Rata-rata rakyat Malaysia kuat minum dan makan yang manis-maniskan?? Aku ni hari-hari nak togok air manis, makan manis-manis. Kalau pagi tu kalau tak pekena nescafe ke, teh o ke, teh tarik ke memang tak sah dan tak lengkaplah rasa hidup aku. Kalau air putih/kosong tu, alahaiiii.. susah betul aku nak telan. huhu. Hmmm... susahnya nak tukar gaya pemakanan kan.
Kesannya semua orang pun tahu, lagi banyak kesan buruk dari kesan baiknya. Kencing manis, diabetis,, sakit jantung dsb. Tahu tak, gula pun boleh sebabkan sindrom sembelit (IBS), tumpuan, kebimbangan dan masalah ingatan (yang ni aku jugak baru tahu dari pembacaan pada paper).
So kali ni nak share 9 cadangan untuk memudahkan kita kawal ketagihan gula ;
1- kita start dari rumah. elak dari simpan dan pakai gula pasir/perang, sirap, sirap buah dsb.
2- Atasi lapar dengan makan makanan sihat seperti lobak, buah, tomato, kurma, salad. Buah sejuk beku boleh di jadikan puri bagi menggantikan aiskrim.
3- Amal 3 makanan harian utama setiap hari dengan gabungkan karbohidrat komplek dan lemak sihat. So ia akan tolong kekalkan paras gula dalam darah sepanjang hari dan kurangkan ketagihan gula.
4- Amal multivitamin dan makanan tambahan galian.
5- Sebelum keluar rumah, jangan berlapar dan itu akan membuatkan kita menuju ke tempat yang menjual makanan manis (ala macam secret recipe ke, aiskrim mcD ke. hehe)
6- Amal senaman dan tidur yang cukup bagi kurangkan keinginan terhadap gula.
7- Belajar mengenali dan mengurus ketagihan yang bukan berpunca dari kelaparan fizikal tatp sebab stress atau bimbang. Buat aktiviti seperti riadah, membaca, tengok wayang atau dengar muzik dapat rehatkan badan sambil kurangkan keinginan terhadap gula.
8- Jika gagal kali pertama, jangan putus asa. Cuba lagi kawal keinginan terhadap gula kerana ketagihan mengambil masa untuk di atasi.
9- Kasihani diri kita. Belajar untuk mengambil makanan berkhasiat dan yang hanya perlu untuk keperluan badan kita.
Kesimpulannya, jomlah kita beramai-ramai amalkan cara hidup dan makan dengan sihat sebelum masa tua menjenguk kita. Time muda ni semua sedap, kesan akan nampak time tua nanti (pesan mak aku). ^_^
Jumaat, November 16, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan