Jumaat, November 30, 2012

Berat badan naik macam di pam-pam yo...!!

Huhu... kawan-kawan... berat badan aku naik mendadak ler... baru ni pergi la timbang (secara kebetulan jalan-jalan ke shopping mall) then erkkk...... Apakah sebabnya??

Aku ada la telan vitamin minyak ikan/fish oil ni tapi takla selalu.... huwwaaaa... minyak ikan memang banyak baiknya tapi effect buruknya paling aku tak suke dan mesti mommies lain pun tak suke punye...

Jeng jeng jeng.... berat badan aku naik mendadak okey....!!! Lepas habis pantang boleh di katakan berat badan turun mendadak dan banyak. Lebih slim berbanding masa majlis kahwin dulu. huhu. Seronok bukan kepalang. Maintain sampai anak sekitar umur 6 bulan (bulan 9 gitu), tup-tup bulan 10 hari tu start naik. Dan now berat dah bertambah 3-4 kg tau!!!! ah tidakkk!!!

Ye...apa yang aku tau vitamin minyak ikan ni boleh sebabkan pertambahan berat badan/gemuk. Tapi awal hari tu tak nampak apa-apa kesan buruk pun but now... huhuhuhuu.... ~eh nak kena stop makan langsung ke vitamin ni??

Okey kalau nak kata aku kuat makan... mungkin.. tapi tak selalu sebab aku kawal jugak selera makan aku ni dengan kawal dari bertambah-tambah nasi.

Senaman?? Memang aku malas bersenam tapi aku rasa aku lebih aktif banyak buat kerja dari kerja ofis sebelum ni.

Atau adakah......??? aku pregnant lagi...??? Eh biar betul kot... Erm dah la bulan ni miss period... 2-3 minggu ada rasa tak sedap perut tapi cik bulan merah still tak menampakkan batang hidungnya. Hadeiii... yang ni tak tau nak cakap ape la... kena tunggu lagi beberapa hari/minggu.

Haha... hari ni saje entry merapu... tak gumbira la katakan... :(

Khamis, November 29, 2012

Khatan @ sunat bagi bayi perempuan

Assalamualaikum..

Baru-baru ni ada terbaca kat satu ruangan page untuk ibu-ibu dan ada satu ibu ni tak pasti hukum sunat untuk anak perempuan dia yang baru lahir dan mengikutnya, dia kesian nak sunatkan anak dia yang masih kecil tu.

Dulu, dari pengalaman aku.. aku sendiri pergi ikut famili untuk sunatkan si zara. Tak ingat masa dia umur berapa, if tak silap sekitar 2-3 bulan kot. Yang penting time tu dia masih bayi lagi la. Tak reti meniarap or ape pun. Khatan cara kampung je, pergi jumpa sorang makcik ni (mungkin bidan kampung la kot). Makcik tu ambik pisau kecik dia dan sikit kunyit hidup. Yang aku nampak dia toreh sikit kat area kemaluan anak buah aku ni. Aku tengok dari jauh so tak pasti apa yang dia toreh tu (ngeriiii nak tengok jarak dekat). Then dia toreh kunyit tu, maybe kan supaya darah tu tak lekat kat pisau (agak jela.hehe). Memang zara menangis meraung la lepas tu tapi sekejap je. Isk hati mak pak mana tak kesian, aku ni makcik dia pun jatuh kesian dengar dia menangis. Tapi ni untuk kebaikan dia la kan. Selepas tu, kena jaga elok-elok la luka tu, jangan sampai bernanah or apa-apa.

Pendapat aku, better sunat bayi perempuan ni masa dia baby lagi. Bukan apa, time ni dia behave. Tak reti gerak aktif sangat. Kalau la nak tunggu dia pandai meniarap or duduk, masak la dia lari sana sini kot. huhu. Kang nak potong sikit area tu, jadi toreh tempat lain pulak. Minta simpang.

Okey sekarang kita ambik tahu hukum dan sejarah khatan @ sunat ni serba sedikit ye. Info ni aku petik dari 'Soal jawab wanita dan keluarga' (web ni bagus, banyak permasalahan yang korang boleh refer).

APAKAH “KHITAN“ ITU?:

Bersunat = Berkhatan = Khitan ( ختان ) = Circumcision

Khitan ertinya memotong . Mengikut istilah Ilmu Fiqh , khitan ialah memotong kulit ( Qulfah @ Qalafah / قلفة )yang menutupi kepala zakar ( Hasyafah / حشفة) seseorang lelaki . Manakala bagi seorang wanita pula , khitan ialah dengan cara memotong sedikit daging di hujung kelintit (نواة @ بظر / Clitoris ) , yang berada di sebelah atas lubang farajnya ( vagina). Proses khitan bagi seseorang wanita dikenali di dalam istilah Fiqh sebagai “ Al-Khifadh : الخفاض “.
SEJARAH RINGKAS MENGENAI KHITAN:

Ianya merupakan tradisi yang telah lama dilaksanakan semenjak sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w lagi. Menurut beberapa catatan sejarah dunia, ada pendapat yag mengatakan ianya berlaku semenjak zaman Baginda Nabi Ibrahim a.s lagi. Dan ada pula yang mengatakan ianya merupakan tradisi masyarakat Arab sebelum Islam lagi, dan tok mudim yang terkenal di era-sebelum Islam itu bernama “Ummu Anmar“ ~ sebagaimana menurut catatan Imam Al-Bukhari (rh) di dalam sahihnya. Tradisi ini terus terlaksana apabila datangnya Baginda Rasulullah s.a.w dan diakui pula oleh Islam sebagai salah-satu tuntutan agama.

HUKUM MENGENAI KHITAN:

Tuntutan mengenai khitan ini jelas disebutkan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w melalui hadisnya:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْإِبِطِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a tatkala beliau meriwayatkan hadis mengenai 5 tuntutan fitrah iaitu: (1)- Bersunat (khitan), (2)- Menucukur @ Membuang bulu-bulu di sekitar kemaluan, (3)- Mengerat kuku, (4)- Mencabut @ Membuang bulu-bulu ketiak, dan (5) – Mengerat @ Mengemaskan misai ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh & Imam Muslim rh.

Khitan ini merupakan salah-satu daripada “Sunan Al-Fitrah“ (Tuntutan Fitrah Semulajadi Seseorang Manusia), samalah dengan tuntutan bersugi (memberus gigi), memotong kuku, memotong bulu di bahagian kemaluan dan ketiak, mengemaskan misai, memelihara janggut, beristinjak (membersihkan kemaluan daripada kekotoran najis) , anggota-anggota pelipat di tubuh badan kita (sendi-sendi) dan memelihara rambut. ~ Lihat: USUL MU’ASYARAH AZ-ZAUJIYAH, ms207, oleh Syeikh Muhd Ahmad Kan’an. Terbitan: Darul Basyair Al-Islamiah, Beirut.

Akan tetapi ulama’ telah berbeza pendapat mengenai TUNTUTAN itu , adakah ianya bermakna wajib ataupun sunat?. Dan berikut ini adalah beberapa pandangan ulama’ dan dalil-dalil bagi setiap pandangan mereka:

MAZHAB IMAM ASY-SYAFI’E (RH) dan MAJORITI ULAMA‘:

- Ianya adalah wajib bagi lelaki, mahupun perempuan yang beragama Islam.

- Dalilnya ialah Firman Allah Ta’ala yang mewajibkan umat Islam mengikuti contoh-teladan daripada Datuk Para Nabi a.s., iaitu Baginda Nabi Ibrahim a.s:

ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Ertinya: “Kemudian Kami wahyukan kepada engkau (hendaklah) engkau mengikuti agama Ibrahim yang lurus, dan tidaklah dia (Ibrahim) itu daripada golongan musyrikin“ ~ Surah An-Nahl, Ayat 127 .

- Dalil daripada Hadis Rasulullah s.a.w pula ialah perintahnya kepada mereka yang baru memeluk Islam dengan sabdanya:

أَلْقِ عَنْكَ شَعْرَ الْكُفْرِ وَاخْتَتِنْ

Ertinya: “Buangkanlah rambutmu (yang menjadi tanda kekafiranmu sebelum ini) dan berkhitanlah (bersunatlah)“ ~ Hadis Sahih riwayat Imam Abu Daud rh di dalam sanadnya: Kitab At-Toharah: 352 dan Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal rh: Musnad Al-Makkiyin: 15, 370.

Aku hanya ambik dan copy pendapat hukum mazhab Imam As-Syafi'e sahaja. Yang lain-lain dan lebih lanjut boleh refer webpage yang aku bagi kat atas tu ek.

"Pakar perubatan pula, kebanyakan mereka bersetuju bahawa salah-satu cara untuk mengurangkan kecenderungan seks yang melampaui batas ( gejala seks bebas ) ialah dengan melakukan khitan iaitu dengan memotong kulit zakar yang menutupi kepala zakar seseorang lelaki dan dengan mengguris sedikit/menoreh sedikit di bahagian hujung kelintit seseorang wanita."

Isnin, November 26, 2012

Anmum materna. Buy 1 free 1!

Assalamualaikum..
 
Okey straight to the point, sabtu baru ni kat Giant store (Ampang point), aku ada nampak ni, so bakal mommies+mommies boleh grab ye.
 
Murah tu! Beli 1 free 1= RM 36.89!! Mana nak dapat tu! Yang nampak tinggal 2 set, kotak dia kemek-kemek sikit tapi ape de hal kan setakat kotak tu. Expired next year tak silap. Anmum materna - coklat (kalau yang taktau ni susu untuk ibu mengandung).
 
Tu je. Tata.
 

Jumaat, November 23, 2012

Tabung nuffnang aku setelah 4 tahun berblogging

Yiiiiiihhaaaaa.... duit kat tabung nuffnang aku dah ada peningkatan. Ada satu tu dapat rm 5 lebih. hehe best. Tak pernah tau aku dapat setinggi ni. Okey-okey janganlah di bandingkan dengan korang punye nuffnang yang dah beratus dan beribu tu ye.

Masa awal-awal berblog time tu aku masih belum di punyai, cuma bercinta aje la ye. Masih kepunyaan famili ku. So rasa macam tak banyak cerita nak di share. Bila nak kahwin ada la rajin sikit update blog tentang persediaan perkahwinan aku yang serba sederhana tu. Tapi tak banyak la. Then pasal review kahwin aku pun tak banyak, sebab aku taknak rekemen yang pada aku bukan yang terbaik. Ada spoil sikit tapi sepatutnya kau sebagai perunding majlis kahwin dah aware pasal masalah-masalah ni. So tu aku taknak kondem atau rekemen. Full stop. Apapun alhamdulillah majlis tetaplah meriah dengan masalah kecil ni.

  
Bila dah mengandung dan bersalin, banyaklah cerita dari pengalaman aku. Seronok untuk aku cerita dan share. Lepas tu cerita pasal anak. hehe. So skarang tabung aku adalah rm 30 lebih. Rm 10 dah tolak dari akaun sebab aku dermakan hari tu. Syukur. Harap bertambah lagi (korang rajinlah klik iklan nuffnang aku ye sebagai tanda support.hihi). Dulu dapat sen-sen je. Nak dapat rm 1 pun susah. Dah diri sendiri malas update blog ye dak. Tu je la nak cerita hari ni. Gembira. ^_^

P/s : Dari semalam anak batuk-batuk dan hari ni panas sikit badan dia. Tanda-tanda demam. Dah nak pandai merangkak dan berjalan agaknya.

Rabu, November 21, 2012

Cerita bulan madu kami : Cameron Highland

Assalam......................
 
Ngahahaha... cerita dah berkurun, kata orang dah basi. Kebelakangan ni tetiba teringin nak pergi ke Cameron Highland lagi. Barula teringat yang aku belum share kisah bulan madu kami yang berlaku last year (sekarang dah ada permata hati pun :P ). Kami telah di ijabkabulkan awal bulan 6, dan besday asben jatuh 14 julai so aku letak date 13 julai (rabu) untuk pergi berbulan madu 'cara rambo dan sempoi'. hahaha. Sementara belum ada anak kan, boleh la me'rambo'.
 
Ye, kenapa cara rambo pulak?? hehe. Mana tak, kami pergi dengan terjah terus dan tak book untuk transport atau hotel. Syokkk wooo. Ala-ala pengembara la. Kami pergi menaiki bas, walaupun ada kereta sendiri tapi tetap nak merasa percutian sempoi.
 
Cari bas kat puduraya (sekarang lebih di kenali dengan pudu sentral), sebenarnya tak pasti kat mana ada bas pergi cameron ni tapi cuba je la. Alhamdulillah ada. Bas yang kami dapat ialah Unititi Express. Harga tiket RM 35 seorang. Perjalanan lebih kurang 4 jam lebih kot. Kami turun di Tanah Rata.
 
 
 
Perjalanan ada berhenti sekali, kat tempat ala-ala kedai makan. Besar jugak tempat dia (lupa nama tempat tu). So sesapa nak berhenti makan, buang air atau solat boleh turun. Tak silap berhenti setengah jam. ~cerita tahun sudah, semua dah lupo. ni baru cerita separuh jalan. huhu~
 
Sesampainya di stesen Tanah Rata, hujan tengah turun. Sebelum pergi, aku ada la surf internet survey-survey sikit apa yang patut. Aku ingat nak bermalam di Brinchang, sebabnya ada pasar malam kat situ. Malangnya kami pergi weekdays so takdela pasar malamnya. Pasar malam hari sabtu kot. Takpelah takde rezeki nak pergi. Tanya teksi untuk pergi Brinchang tapi semua macam keberatan. Apasal eh?? Kitorang nak bayar what?? Rupanya gaya dorang, kena penuhkan satu teksi baru boleh pergi tempat nak di tuju. Then takde pulak orang nak pergi Brinchang time tu. Hmmm...setelah di fikir-fikir kami cari je la hotel-hotel area Tanah Rata tu. So berjalan la kami dua sejoli cari hotel yang murah. Aku tak nak perabis duit sebab nak duduk hotel gempak sebabnya kami datang nak berjalan bukan duduk tidur je kat situ. Hahaha kedekut! Yang pasti tempat tu selesa di tiduri dan boleh mandi segala, udah la. Sambil jalan, then lepak makan kat deret-deret kedai situ. Banyak pilihan. Bab makan, tak payah risau la.
 
Pening jugakla nak cari tempat untuk kami menginap ni. Sesapa yang tak suka nak pening dan trick-trick macam ni better planning la elok-elok atau cari je van yang boleh bawa dan guide korang ke cameron tu. Ada satu hotel tu 1 malam RM 120 (dia kata bagi diskaun dah ni sebab kami time tu pun dah masuk senja). Kat Tanah Rata tu pn banyakla penginapan, cuma antara kau nak murah, nak cantik, nak ada pakej-pakej bagai semua ada. Puas jugakla kami ke hulu hilir cari penginapan. Sampai kasut aku tercabut tapaknya. hahaha. so cari selipar, senang nak menapak. ~Memori semua ni tau.
 
Akhirnya kini pasti...ku merasai...awwwww... haha ternyanyi lagu kak nita pulak.... Ok at last jumpa la kami 'Alina holiday apartment and budget rooms'.. Hah memang sesuai untuk aku memang suka nak bajet-bajet.. hikhik.. Tuan dia ni memang baik, di sebabkan kami check-in dah malam so tak kira.. kami duduk 2 hari 2 malam (rabu datang dan balik pagi jumaat).. Tak silap dia caj RM 50 untuk satu malam, so kena RM 50 ja.. Dia macam rumah kedai, atas tempat penginapan tu dan di bawah ada macam-macam kedai. Tempat ni betul-betul belakang bas stesen yang tempat kami turun. Gambar bilik aku tak amik, just biasa-biasa la. Jangan expect yang lebih la bila murah ni. But aircond ada, tv ada, mandi pun ada ayaq hangat, so takda masalah la. Walau sekangkang kera je, tetap la selesa bagi kami berdua yang biasa hidup susah ni. hehe. Ada bilik solat lagi, kami sempat la berjemaah kat bilik solat tu. Tak muat nak berjemaah kat bilik kami tu.
 
Habis aktiviti untuk hari tersebut, penat oii. Apalagi pi tidoq. Masukla hari Khamis pulak. Aktiviti apa kami nak buat untuk hari tu?? hehe. Kebetulan malam sebelumnya kami ada ternampak iklan satu agensi tourist (TJ tourist) ni (sila tengok gambaq yang ada teksi kuning tu-belakang aku tu TJ tourist). Dorang ada buat macam-macam aktiviti. Jungle tracking pun ada. So ada macam-macam pakej untuk di sertai. Ok selain tu, untuk sewa moto adalah RM 20 sejam (kedai dia ada sederet kedai sebelah bus stesen tadi. Naik teksi pulak RM 25 sejam sekepala (ni info dari uncle teksi yang kami naik).  Tengok-tengok pakej, kami tertarik pakej RM 35 (4 jam) pergi ke tempat menarik seperti boh tea centre, bee farm, flower farm, cactus farm, strawberry farm dll. Ni sepatutnya ikut van. So kami booking untuk pakej ni.
 
Tiba pagi di janjikan, kami tak naik van beramai-ramai. Kami di beri naik teksi. huhu. Kami berdua sahaja. Mungkin sebab tak ramai atau takde orang so kami berdua ajela yang pergi. Hehe best, tiada gangguan. Tapi agak rushing la sebab nak pergi semua tempat tu kau ingat cukup ke. Kami cuma pergi ke kebun teh (ambik gambar je), boh tea centre (ni best, lepak minum teh panas sambil nikmati pemandangan kebun teh dari atas tu)..sejukkkk...nyaman....then pergi bee farm, flower farm dan strawberry farm. Sempat la kami menikmati straberry waffle dan aiskrim strawberry yang fresh.. nyam3... Mana lagi kami pergi ye, hmmm...ni je kot... ni pun dah masuk tengahari.. Boh tea centre Sungei Palas tu harus korang singgah.. besttt...ni bagi aku la.. santai sangat, lepak-lepak kat cuaca dingin... hehe.. oh sempat la beli teh kat situ, kata mereka harga tak murah sangat pun cuma fresh la.. kalau kat pasaran tu maybe dah perap sikit kan...
 
Dah lepas tu takde aktiviti apa-apa. Just lepak santai berbulan madu di bilik kami. Huhu. Sebenarnya time ni kami bukan berbulan madu berdua tapi bertiga. Kalau kira-kira time ni aku baru mengandung 1 atau 2 minggu. Patutla aku kuat makan, ada baby dah rupanya.. (ye kerrrrr??).. Malam kedua tu sempat la pekena steambot.. kedai makan tu dekat je, Sebelah hotel tu jugak. Macam-macam menu dia. Quite famous kot sebab ramai la jugak orang, lagi time malam. Sebelah dia ada kedai souvenir dan baju-baju if nak buat hadiah ke kan??
 
Pagi jumaat kami gerak balik KL. Sebelum balik bekpes dulu then terus pergi bus stand. Perut kenyang kau, apa lagi muntah dalam bas la. Dahnya jalan macam ular berbelit. Nasib la aku standby plastik siap-siap. Amoi sebelah kami muntah kat tapak tangan dia. Huhu. Aku ada extra plastik so kasi kat dia. Kesian. Pengajaran ** sila bawa plastik (in case driver bas tak sediakan) dan jangan makan terlalu kenyang **. ^_^
 
 
 Nasib baik ada gambar ni, buat kenangan beb.
 
 
Sedap gile sejuk-sejuk makan steambot ni.. laki aku tukang rebus-rebus, aku tukang pelahap.. tengok la tangan aku tu, super bz... haha... ni malam sebelum kami nak balik tu...
 
 
 Sekilas gambar-gambar kebun teh
 
 
 Boh tea centre Sungei Palas... yang syyooookkkk...!! Harus korang singgah hokeyy..
 
 
Macam-macam gambar. 1-gambar kunci bilik 2-steamboat kami 3-kedai di mana korang boleh beli souvenir 4-TJ tourist belakang aku tu

Jumaat, November 16, 2012

Ketagihan gula. Macam mana cara nak atasi?

Yesssss... sememangnya aku adalah salah seorang peminat tegar pada makanan yang ada gula atau manis. Rata-rata rakyat Malaysia kuat minum dan makan yang manis-maniskan?? Aku ni hari-hari nak togok air manis, makan manis-manis. Kalau pagi tu kalau tak pekena nescafe ke, teh o ke, teh tarik ke memang tak sah dan tak lengkaplah rasa hidup aku. Kalau air putih/kosong tu, alahaiiii.. susah betul aku nak telan. huhu. Hmmm... susahnya nak tukar gaya pemakanan kan.



Kesannya semua orang pun tahu, lagi banyak kesan buruk dari kesan baiknya. Kencing manis, diabetis,, sakit jantung dsb. Tahu tak, gula pun boleh sebabkan sindrom sembelit (IBS), tumpuan, kebimbangan dan masalah ingatan (yang ni aku jugak baru tahu dari pembacaan pada paper).

So kali ni nak share 9 cadangan untuk memudahkan kita kawal ketagihan gula ;
1- kita start dari rumah. elak dari simpan dan pakai gula pasir/perang, sirap, sirap buah dsb.
2- Atasi lapar dengan makan makanan sihat seperti lobak, buah, tomato, kurma, salad. Buah sejuk beku boleh di jadikan puri bagi menggantikan aiskrim. 
3- Amal 3 makanan harian utama setiap hari dengan gabungkan karbohidrat komplek dan lemak sihat. So ia akan tolong kekalkan paras gula dalam darah sepanjang hari dan kurangkan ketagihan gula.
4- Amal multivitamin dan makanan tambahan galian.
5- Sebelum keluar rumah, jangan berlapar dan itu akan membuatkan kita menuju ke tempat yang menjual makanan manis (ala macam secret recipe ke, aiskrim mcD ke. hehe)
6- Amal senaman dan tidur yang cukup bagi kurangkan keinginan terhadap gula.
7- Belajar mengenali dan mengurus ketagihan yang bukan berpunca dari kelaparan fizikal tatp sebab stress atau bimbang. Buat aktiviti seperti riadah, membaca, tengok wayang atau dengar muzik dapat rehatkan badan sambil kurangkan keinginan terhadap gula.
8- Jika gagal kali pertama, jangan putus asa. Cuba lagi kawal keinginan terhadap gula kerana ketagihan mengambil masa untuk di atasi.
9- Kasihani diri kita. Belajar untuk mengambil makanan berkhasiat dan yang hanya perlu untuk keperluan badan kita.

Kesimpulannya, jomlah kita beramai-ramai amalkan cara hidup dan makan dengan sihat sebelum masa tua menjenguk kita. Time muda ni semua sedap, kesan akan nampak time tua nanti (pesan mak aku).  ^_^

Rabu, November 14, 2012

Perjalanan penyusuan anakku

Alhamdulillah... kini anakku dah 7 bulan lebih... almost 8 bulan dalam kurang dari 2 minggu lagi... Seawal dia lahir, dia tak full breastfeed means dah campur susu formula pun.

Selepas dia di lahirkan timbul masalah kurang susu, so topup dengan susu formula. Tapi jarang-jarang la. Mula-mula memang try minum susu Anmum dan dia boleh telan dan takde masalah ruam atau sembelit. So carry-on je topup dengan susu tu. Tapi selepas tu dalam sebulan hingga 3 bulan, susu kira banyak. Boleh di buat stok susu sikit-sikit. Susu formula cuma bagi bila keluar tempat ramai atau bila aku tak sihat dan makan ubat. Kira 1 tin susu tu bertahan 4 bulan.

Sampailah masuk bulan ke-4 kalau tak silap, jatuh bulan ramadhan. Mungkin di sebabkan kurang minum air dan banyak minum ais, susu merudum teruk. Tapi still aku usaha jaga pemakanan sebab nak nyusukan anak aku kan? Time ni susu formula dah mula nak 'menguasai', dah makin kerap di beri pada anak. Yela sapa yang sampai hati nak biar anak lapar kan?? Tin kedua still minum susu Anmum. Yang ni cepat la habis, dalam 2 bulan dan ngam-ngam bila asif dah 6 bulan macam tu. Tup-tup susu aku makin merudum, dah kurang demand kan. Plus rupanya aku nak period. 6 bulan umur anakku, aku pun keluar period kali pertama after bersalin. Kecewa jugak sebab susu makin nan hado, aku kalau boleh nak dia minum susu badan lebih dari susu formula. Kulit dia pun jadi agak sensitif bila makin besar ni. Oh ye, susu anmum ni hanya untuk bayi sehingga 6 bulan sahaja, so kena tukar after that.  

Then kami try susu dutch lady pulak, isk tak serasi, Habis naik ruam. Lagi-lagi muka dia. Ruam merah-merah. Tak buang masa, kami beli susu Isomil (susu soya) tu. Maybe kami fikir dia alah dengan susu lembu. Mula-mula minum ok. Habis la 2 tin jugak kot. Start dari puasa tu memang aku banyak bagi susu formula je kat anak. Susu badan pun still bagi tapi majoriti is susu formula. Masa tin ke-2 tu, dia alami berak keras. Kesian. Meneran sekuat hati sampai merah muka dia. Dah mula kami fikir nak tukar susu apa lagi. Adoi kesiannya anak kami.

Lepas anmum, dutch lady, isomil then kami pilih dulac (dumex). Yang ni aku pilih sendiri. huhu. Sambil berdoa, moga serasi dengan asif. Sekarang dah masuk tin ke-2, sekarang di sebabkan dia dah besar dan kerap nyusu so dalam 2 minggu dah habis setin. huhu.

Yang membuat aku buntu sekarang ni.. muka dia naik ruam dan gatal-gatal. Dia dah pandai menggaru so kalau dia start menggaru habis sampai luka-luka. Ni yang buat aku risau. Kalau gatal kat telinga, habis dia tarik telinga dia tu. Gatal kepala pulak, dia tarik rambut dia. Isk3 ngeri aku tengok tau. Habis berdarah bila dia menggaru. Termasuk muka dia tu. Tak pasti muka dia tu gatal pasal susu or ada pakai apa-apa lotion. Tengah di selidik. Ingat kalau tak ok, nak bawa jumpa doktor pakar kulit. Kulit dia tersangatlah sensitif.

Besar harapan aku, nak bagi dia minum susu badan balik. Sekarang ni kalau dia hisap pun sekejap je. Time malam lama sikit maybe sebab dia lalok kan. Maybe anakku ni memang tak sesuai dengan sebarang susu formula. Rindu time dia gebu dulu 2-3 bulan, masa dia banyak minum susu badan. Dia sangat 'semangat' dan kulit pun licin je.   

Nasihat aku untuk bakal mommies, carilah banyak info tentang penyusuan supaya anda tak hadapi masalah dan tidak menyesal jika anda terpaksa bagi anak minum susu formula di mana susu ibu adalah paling terbaik antara semua susu. Antara masalah bila minum susu formula ni adalah sembelit, gatal-gatal/ruam, cirit-birit dan macam-macam lagilah.

Selasa, November 13, 2012

Sekitar karnival Upin dan Ipin 2012

Hari ahad baru ni 11-11-12, kami sempatlah memeriahkan karnival upin dan ipin kat stadium titiwangsa. Karnival ni berlangsung 3 hari bermula 9, 10 dan 11 nov 2012. Bernasib baiklah sebab adik aku yang nak bawa kami. Ini pun sebab aku pujuk dia. Nasib jugaklah dia tak busy. Kalau tak, takdelah aku yang nak drive dan bawa dorang-dorang ni kan. hehe. Suami aku tak ikut sebab bekerja. So aku pergi dengan adik, mak, abang, anak buah dan anakku (ni yang untung bila duduk dengan famili kita :P). Excited nak bawa anak buahku. Dia memang minat betul dengan upin ipin ni. Tiap hari tengok pun dia tak bosan. Isk3.

Meriahlah dengan budak-budak. Tapi mereka ni bijak sebab buat kat dalam stadium so takdelah berpanas. Ramai budak kan?? Kalau tak, kesian jugak kat anak aku yang kecik ni. Sampai sana je, kami tengok booth-booth dia dulu. Ada jual barang original upin dan ipin macam patung, bantal, payung dsb. Ada jugak booth Hong Leong bank, KPJ healthcare, TM dsd. Masa ni atas pentas, persembahan kreatif anak-anak kecik. Ada yang menyanyi dan ada yang ikut karakter upin dan ipin. Bijak-bijak anak kecik ni. Berani depan orang ramai. huhu. Kami takde beli apa-apapun. Tengok-tengok je. Niat memang cuma nak tengok karakter upin dan ipin.

Penat jugaklah nak berdiri kan. So kitaorang duduk kat tepi seat-seat tu. Duduk je kejap, kartun-kartun ni keluar. Mula-mula aku suruh adik aku bawa anak buahku, zara pergi dekat dengan pentas. Puas dia tengok.  Aku fikir mesti adik nak ambik gambar kan. Kang susah pulak dia nak ambik gambar sambil pegang zara. So aku pun turun padang. Tinggalkan anakku dengan mak dan abangku kat seat tu. hehe. Biar dorang rileks sikit. Dengan kepakaran yang ada, aku pun menyelit-nyelit la. haha. So dapat tempat tepi pentas, tempat berdirinya adik aku dan zara. Suka je tengok muka zara tu, tapi dia ni depan orang jadi pendiam dan pemalu. Diam je dia. Good girl, behave. So aku kli-klik gambar depa. Hmmm...tak dapat upload gambar kat sini, banyak kat henpon adik aku la. Semua karakter ada, upin dan ipin, opah, ehsan, mail, fizi, mei mei. Tu yang excited.

Habis timing mereka, keluar orang-orang KPJ ceramah dan bagi kuiz cara nak bersihkan tangan then di ikuti pulak karakter pada zaman dahulu, si arif dan ara. Kalau tak silap ye, aku tak ikut sangat kartun yang ni. Time ni dah dapat betul-betul depan pentas. Zara siap duduk tepi bahagian pentas tu. huhu. Lepas tu pulak, sambung finalis idola kecil. Hai la comel-comel mereka ni. Yang best, suara mantap-mantap. Tak silap idola kecil 5 dah kan?? Ada sorang bukan main lincah, Ben kot. Mak aiii... siap gaya menari tu macam justin bieber. Kelasssss kau.. aku ingat dia baru 7-8 tahun. Kecik. huhu. Rupanya dah 11 tahun. Gaya tu yang tak tahan. hihi.

Separuh jalan aku ajak si zara pergi duduk kat nenek dia. Penat kau berdiri. Aku cakap kat dia jom pergi minum dulu, haus la. Mula-mula takmo, nak tunggu upin ipin lagi. Aku cakap dorang pergi makan la. Nanti petang baru la keluar lagi. Huuu susah betul nak pujuk. So pergi la duduk dan minum. Nasib baik bawa air siap-siap. Tunggu punya tunggu, tak keluar pulak. Masa dah menjejak 3 petang. Ajak dorang balik. Tapi si zara takmo, so kena lah pujuk dia. Lama baru nak. Aku cakap jom nak pergi mama. After that, geraklah kami ke Damansara. Pergi makan pizza San Francisco. Yeyyy.. and pukul 6 lebih gerak balik. Habislah aktiviti seharian kami untuk hari ahad tu.

Jom layan sedikit gambar sekitar Karnival upin dan ipin 2012 ye (ada sikit je, if ada masa insyallah akan upload gambar yang selebihnya)



 Dari tepi pentas aje lerr
 
 
 Ni dari pandangan seat kami. Jauh kan?? huhu.


 


 "kakak yang baik". huhu. ni dua bestfren bangat.


Sempat pose si zara ni (berangan konon dah sekolah la tu.tak sabar-sabar). huhu. Di pizza san francisco, damansara.

Sabtu, November 10, 2012

Anugerah skrin 2012. Pendapat aku.

Bahang anugerah skrin 2012 dah surut gamaknya. Tak tipu, aku pun memang tertunggu-tunggu anugerah ni berlangsung. Niat hati nak tengok kalau-kalau ada persembahan siti nurhaliza dan hafiz bawa lagu muara hati. Sememangnya aku sangat meminati siti nurhaliza. Dari segi persembahan, dari dulu sampai sekarang dia tak pernah menghampakan tau. huhu.

Pasti ramai buat entri pasal anugerah skrin 2012 yang berlangsung semalam kan. Ahh...aku tak kira nak buat entri untuk pendapat dan pandangan aku jugak. haha.

Persembahan nyanyian semalam takde yang menusuk di jiwa la. Memang la penyampaian adalah lain dari yang lain. Tema best, fantasi. Tapi macam tak sesuai. Dengan over run la, ramai sangat yang naik pentas dengan dialog masing-masing. Slow je rasa. Tak campur dengan salah sana-sini. Yela siaran langsung, so tak boleh cut if ada kesilapan.

Pengacara Awal dan Neelofa macam tak menjadi. Neelofa memang cantik sangat tapi seksi. I don't like. Aku minat neelofa sebab comel. Awak tu dah comel dan cantik, so tak perlu seksi-seksi la mek. Tetap jadi perhatian orang. Dalam ramai-ramai tu, paling mencuit Zizan walau la dia cuma keluar berapa saat je. Erm kalau boleh la, after this nak buat pengacara majlis tu biarlah yang single (belum kahwin), ni sikit-sikit nak cemburu kan. Lagi satu, depa ni tak serasi mengacara bersama sebab masing-masing macam 'cover' la. Pada aku, nak jadi pengacara takmo yang cover macho or cun. Baru la hidup acara tu. Neelofa dengan Zizan ke. huhu.

Bab pentas dan background dia memang cun. Baju artis yang naik pentas pun cantik-cantik dan ok la takde yang over sangat kecuali didie alias. Tapi over yang masih boleh di terima akal. hihi.

Apa pun tahniah pada mereka lagi-lagi yang buat jalan cerita atas pentas tu, sebab kreatif cuma maybe tak sesuai la kalau untuk acara anugerah-anugerah ni. Dah macam teater pulak. Next year buat lagi best ye. Tahniah pada pemenang-pemenang setiap kategori, kumpul trofi lagi la ye. I give 4 out of 10.

 
 

Rabu, November 07, 2012

Friend finder. Soal tak percaya ke?

Siapa yang memang pakai friend finder (ff) memang tau la ape menatang tu kan?? hehe. Aku ni boleh kata pengguna tegar atau pengguna setia ff ni. Almaklum lah kan ke aku dan suami dulu bercinta jarak jauh. Dan aku pengguna setia maxis sejak dulu lagi, aku tak pasti kalau line lain ada ff ni.

Aku berkawan dengan suami masa 2002 dulu selama dua tahun. pernah lost contact then jumpa balik tercouple lah kami sampai 2010 terus bertunang dan kini dia suamiku. Dia di shah alam dan aku di melaka. Masa belajar dulu tak la berkecimpung sangat dengan ff ni. But bila dah kerja dan ada duit masing-masing bolehlah nak habiskan duit sikit kat hal-hal macam ni. haha.

Sejujurnya aku tidak meletakkan 100% kepercayaan dan takla takde kepercayaan langsung pada suamiku. 50-50 la. Padaku ni yang terbaik. Masa kami bercinta selalu la gaduh, biasa la setan banyak menggoda. Selalunya kes cemburu. Duduk jauh gini la jadinya. So ff la penyelesaiannya. Kadang bila gaduh, masing-masing ego dan buat diam je. Aku pun nak tau dia kat mana ofcoz la guna ff ni, so aku tau dia kat mana dan dapat agak tengah buat apa.

Tapi sekarang tak guna sangat la, dia selalu depan mata kan. Cuma kalau dia balik lambat tu, aku buat la ff ni. saja taknak sms tanya dia kat mana. As long still tunjuk add dia kat ofis ok la tu. hehe.

Itu belum masuk buat 3g dulu-dulu. Aduhai, zaman bercinta kan. nak tergelak bila ingat balik. Bab dugaan tu tak payah cerita la. Banyak sangat dugaan, gaduh-gaduh, putus tipu-tipu. Kalah filem hindustan kau. Alhamdulillah sekarang tak gaduh hal remeh-remeh lagi. Masa mendewasakan kita kan?

Ff ni ada baik dan buruk. Bagi aku;
Baik
- tau lokasi (kalau dia kena culik ke??haha.alasan)
- kurangkan sikit rasa syak
Buruk
- habis kredit la oii

Tapi serius la, kalau (minta di simpangkan la ye) suami/isteri di culik.. bukan ke salah satu cara buat ff so boleh tau kedudukan dia kat mana. So kesimpulannya, sila lah buat ff ye. Kalau suami taknak accept tu, ada la tu tersembunyi. hihi gurau je.

** Sambil buat entry makan kek batik. nyam nyam. hasil air tangan sendiri. nak resepi sila google. hikhik. erm... sedapnyeee....

Ahad, November 04, 2012

Kelahiran songsang ceritanya...

Semalam saja borak santai dengan kakak dan mak aku. Biasalah bila perempuan berkumpul macam-macam ceritalah keluar. Bukan selalu dapat berkumpul tau. Paling koman pun seminggu sekali je. Tu pun kalau dapat lepak sama lama-lama sikit.

Then terkeluarlah cerita pengalaman bersalin. Ceh. Kalau nak di bandingkan pengalaman kesulitan bersalin antara aku dan kakak, aku lebih terduga sikit la. Kakak masa bersalinkan zahra tu, dia memang dah rasa sakit. Takde la induce bagai macam aku.Aku sakitnya 2 hari di sebabkan induce. Tetapi...... kakak siap menangis sebab sakit. But aku takde setitis air mata pun nak menangis. Sama ada menangis sebab tahan sakit atau menangis gembira terharu lepas melahirkan. Ceh bukan nak berlagak ye. Tapi kalau nak di bandingkan beza kakak aku dan aku, erm kakak aku ni luaran nampak kasar dan aku ni luaran nampak lembut. Tapi segi dalaman tak dapat agak kan?? huhu. Sememangnya aku bukan jenis senang menangis apalagi di depan orang.

Ok dah lari tajuk sangat ni. hehe. Untuk pengetahuan, kakak aku ni adalah yang sulung dari kami semua 4 beradik. Dan dia di lahirkan songsang. Anak pertama lahir songsang?? Omg. Dugaan untuk mak aku. Time ni la keluar ayat dia, "kamu dua ni beranak sekarang senang. Semua ada. Mak dulu dah la beranak kat rumah. Takde mesin canggih tu semua. Takde doktor,takde nak gunting untuk senangkan keluar dan jahit-jahit. Yang sambut keluarga je. Kakak ni pulak songsang. Macam mana tu??" Aiii....dengar dan bayangkan memanglah ngeri kau.

Betul la tu. Kelahiran songsang bukan mudah, walau zaman sekarang ni. Yang mudahnya sebab bila dapat detect awal contoh through scan, boleh di perbaiki atau di pusing kedudukannya sebelum nak beranak. Boleh di urut pusing dan sebagainya. Masa tu mak aku kata memanglah ada bidan kampung, tapi memang tawakal je la. Bidan kampung boleh buat apa je kan tanpa bantuan lain seperti alatan, mesin, dan ubat.

Tapi hikmahnya, antara kami kakak la paling menonjol. Paling pandai. Dulu studi kat Uitm selalu dapat anugerah dekan. Dengan orang senang 'masuk' means peramah dan di senangi la. Kami yang lain pemalu kecuali dengan yang rapat sahaja. hehe. Kakak aku seorang yang tegas tapi tak garang kat kami adik-adik.

Kelebihan satu lagi, kalau kami tercekik tulang ke.. kami akan minta kakak bacakan doa pada air dan kami minum. Lepas tu insyallah mesti sembuh dari tercekik tu. Ini kelebihan anak yang lahir songsang. Selama ni memang mujarab la. Wallahualam.

Khamis, November 01, 2012

Berpantang dan bentan yang aku alami

Assalam.........

Isk cerita dah basi baru nak story mory ek (anak dah masuk 7 bulan tu).. entah tiba-tiba teringat kisah lama ni.. hehe...

Nasib baik sebab mak aku masih ada so berpantang dengan mak aku la. Tapi mak aku punya pantang tak la straight sangat. ada benda yang tak di buat macam orang lain.

Pantang yang aku jalani ;
- Pakai stokin 24 jam
- Tidur tinggikan kepala. Bantal letak la 3 dan bersandar ke dinding (selama pantang tidur kat ruang tamu.huhu.sebab leceh nak naik turun katil kalau nak baring dan tidur)
- Makan hanya nasi dan sayur berkuah (spt bayam,betik,pegaga buat ulam).ikan di larang.mula aku membantah kenapa tak boleh makan ikan pulak, bosan tu makan sayur je.rupanya jawapan dia, mak aku tak pasti apa ikan yang boleh dan sesuai aku makan atau tak.di sebabkan nak makan jugak aku try ikan parang (if tak silap.sebab seumur hidup tak pernah makan ikan banyak tulang ni.ibu mertuaku kata ikan ni boleh di makan orang berpantang). tup-tup naik ruam kat badan anakku.kesian dia gatal-gatal.tapi aku tak la salahkan ibu mertuaku tu ye.lama sikit aku dapat makan daging.ikut mak aku memang dia tak galak makan selain nasi dan sayur je.di sebabkan bosan, aku banyak makan biskut jacob dan susu/milo je.sedih.
- Mandi duduk kat kerusi
- Pakai asam+air kapur kat perut then bengkung. yang tradisional kau, bukan siap lilit tu. pakai kain yang panjang yang tah berapa meter then lilit la seluruh perut sampai ke bahagian bawah bontot. yang ni mula mak buat then aku dah pandai sikit so buat je sendiri. yang ni tak lama aku buat, rasa letih dan tak selesa. tah berapa minggu.
- Tak boleh minum ais/sejuk
- Mak urut seluruh badan

Yang orang lain buat tapi aku tak buat ;
- Mandi air panas
- Bertungku dan bertangas, pakai pilis (pakai pilis dan bertungku buat 2-3 kali je, mak mertua ajar dan buatkan semasa datang bermalam rumah kami).

Ini apa yang aku ingat la, lebih kurang ye. Pantang ni masa awal je ikut bukan main. Dah lama jadi bosan dan tensen. hihi. ada ke patut?? lagi-lagi bab bengkung tu. huhu. padan muka sekarang perut buncit.

Ok satu hari tu, ngam-ngam lepas aku pam susu badan aku menggigil gila kau. luar rasa panas tapi dalaman sejuk yang amat. aku pakai selimut pun tak rasa hape. rasa nak nangis. time ni aku selubung dan buat diam. aku tak merengek kat mak aku. sebab aku tau mesti aku kena balik dan mesti la sebab langgar mana pantang. Ya Allah takkan sebab aku pam susu badan kot? sebelum ni ok je. sambil tak sedap badan tu aku fikir-fikir sambil selawat dalam hati. takut jugak la. masa tu anak aku menangis pun aku buat tak dengar, sebab memang tak larat sangat. buat-buat tidur. nasib masa tu suami ada, so dia jaga.

Dah lama sikit baru aku cakap kat suami, aku demam. Suami nak tau apa kan? dia iyakan je. aku minta urut kasi lega. lepas tu aku masuk bilik, tidur sambil selubung tanpa pasang kipas. Beberapa jam lepas tu dah ok. alhamdulillah la.

Aku rasa silap aku di sini, aku ada makan seulas epal sejuk kot. anak buah makan depan aku, so aku rembat seulas buat ubat tekak dah lama tak dapat sejuk-sejuk kan?? Hah kau..amik! Lepas tu tobat aku taknak makan apa saja yang sejuk, walau sejuk-sejuk kuku je (eh ade ke ayat ni??hentam je la). That's y aku berpantang ais dapat la sampai 3 bulan. haha bagi aku lama la tu. then bila try n error dah boleh minum ais, erm selamat tinggal la air suam kuku. ngeh ngeh ngeh.

Tapi tu la nasihat aku, berpantang betul-betul tau. takut bentan je. bentan ni ada macam-macam jenis. cari la info banyak-banyak bila dah dekat bersalin tu. lagi-lagi bagi yang berpantang sendiri. juga peringatan untuk diri aku sendiri maybe untuk anak seterusnya nanti kan.

Ni aku ada terjumpa petua kalau kena bentan, ambil dua ulas bawang putih dan dititik bersama kulit. Sapu bawang putih tersebut pada kuku jari tangan dan jari kaki sahaja selalu. (cuba ye kalau korang kena, aku nak simpan dalam diari aku ni, mana tau sejarah berulang.minta simpang la kalau boleh kan.huhu.)


Bakal hero malaya :P