Isnin, Disember 31, 2012
Selamat tinggal 2012
Hari ini hari terakhir untuk tahun 2012. Macam-macam terjadi di tahun ni. Dan semestinya ada manis dan pahit. Yang manis perlu di simpan sebagai kenangan dan yang pahit biar aje ia berlalu dan jadikan sebagai pengajaran serta iktibar. Belajar dari pengalaman itu yang penting.
Antara yang paling manis, bila mana putera sulung kami di lahirkan pada tahun ni.
Azam untuk tahun 2013 pulak takde apa sangat. Entahlah tak seperti tahun-tahun yang lepas. Seolahnya banyak sangat azam dan target. Bila dah berkahwin dan ada anak ni, seolah hidup aku dah lengkap. Bab kerjaya aku pun dah tak letak target over sangat. Yang penting tidak abaikan masa bersama anak.
Alhamdulillah aku dah dapat kerja di tempat baru. Dan in shaa Allah akan mula kerja minggu depan. Haraplah tempat baru ni okey. Okey dari segi persekitaran dan tugas. Kalau di ikut niat hati, aku pernah cakap yang aku dah taknak kerja bawah orang lagi. Tapi apakan daya, buat masa ni masih perlu bekerja keras untuk orang. Huhu. Moga Allah tunjuk jalan jika aku sesuai untuk ada bisnes sendiri yang lebih kukuh dan besar. Amin.
Apapun azam dan target aku selepas ini akan melibatkan anak dan keluarga yang sedang kami bina ni. Aku nak perbaiki diri dari segi apapun terutama untuk menjadi isteri solehah pada suami aku dan ibu terbaik bagi anak-anak kami.
Selamat tahun 2013 ye kawan-kawan. Semoga tahun hadapan akan lebih baik dari tahun ini.
P/s : Yeayyyyy....berjaya jugak capai target nak buat entry untuk cecah 150 untuk tahun ni.. Ni dah entry ke 151 so dah reach target... Syabas yana!! Haha. gagah tau aku nak kena update entry untuk capai target!! Lalalalala..... ^_^
Labels:
Coretanku
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan