Syukur alhamdulillah.......
Hari ni genap dah anak aku 9 bulan. Terasa sangat cepat masa berlalu. Namun masih banyak perlu belajar untuk jadi ibu yang terbaik buat anakku ni. Pejam celik nanti dia dah 9 tahun then 19 tahun then 29 tahun and so on.. Entah masa tu aku masih hidup atau tidak.
Dah macam-macam di lalui oleh kami anak-beranak. Dia pernah sakit demam kuning, jangkitan paru-paru, ruam gatal (sampai la ni on off je.huhu). Sekarang memang tengah melasak, hari-hari mesti ada je yang dia nangis sebab tersembam atau terhantuk. Dia masih belum pandai merangkak tapi sangat aktif ke sana sini jika di biarkan meniarap then terus dia mengesot.
Tipu kalau aku tak pernah marah dia. Walau anak aku ni masih kecil, kadang dia jugak di marahi aku. Kata orang dia belum faham. Maafkan ibu yang kadang rasa tak logik apa yang di lakukan. Marah dia sebab penat dan mengantuk sangat-sangat. Bukankah itu perkara biasa bagi mereka yang ada anak kecil? Penat dan tak cukup tidur? Tapi entah kenapa, aku rasa dia faham bila aku marah. Dia akan tenung je muka aku (kadang boleh pulak dia sengih selepas tu.hihi.). Bila aku marah, aku akan cakap "bap" kat dia. Hah sekarang dia dah pandai mengikut. Kang tetiba dia cakap "bap". Tak tahulah sebab marah atau apa. Dan kena sindir dengan suami, hah tu la ajar anak bap bap lagi. Hehe.
Aku benci diri aku bila aku termarah anak aku. Bila aku lost control kemarahan aku. Aku nak jadi macam emak aku. Dia sangat sabar. Dari aku kecil, tak pernah dengar mak tinggikan suara. Tak pernah marah hanya sebab penat. Dan sejak dulu, bila aku makin meningkat dewasa dan semasa remaja mak takde nak marah-marah bila aku tak tolong dia masak. Serius! Dia tak pernah paksa anak-anak perempuan dia buat kerja. Kalau dulu, hari-hari aku dengar jiran aku (sebaya aku) kena bebel dengan mak dia sebab tak tolong masak, kemas rumah, even bangun lambat sikit semasa cuti sekolah. Dulu kami rumah setinggan, suara orang sebelah boleh dengar kalau jerit sikit. Mak adalah idola aku. Aku nak jadi macam dia dari segi mendidik anak. Yang sabar dengan kerenah anak-anaknya. Paling habis pun dia bebel cara lembut, sekadar nasihat. Bila anak tak solat, mengaji atau baca yasin di malam jumaat time tu la dia nasihat. Hal lain dia tak ambil port sangat. Bab bf dulu-dulu mak takde tanya kecuali aku buka mulut. Bab kerja, gaji dsb (sedangkan makcik aku je pun sibuk tanya gaji aku.ada ke patut??) tak pernah menyoal. Ya Allah banyak sangat aku nak cerita tentang emak aku bila soal mendidik ni. Dia sangat penyabar dan positif. Nanti la aku buat entri tentang emak aku yang sangat istimewa dalam hidup aku ni.
Aku sedang sedang dan sedang perbaiki diri menjadi ibu yang terbaik. Semoga hari mendatang, aku menjadi lebih baik dari hari ini. Dapat menjadikan anak-anak aku seorang yang soleh dan solehah. Amin.
Selasa, Disember 25, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan