1. Susukan bayi
bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih
banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi
pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan
puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan
susu.
3. Jarak antara
penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan
bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa
untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan
tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga
boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan
tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan
tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan,
kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini
sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu
juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan
betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan
seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum
air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil
suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai
jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah
Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil
menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat
kita:
o
Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain
pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu.
Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu,
dibasuh selepas kering.
o
Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi
protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan
fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi
dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi.
Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan
mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang
alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
o
Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh
dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang
telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam
perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan
segar yang jual kat pasar.
o
Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat
beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu
badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak
atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas
bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan
appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama
15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga
boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
o
Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama
saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam
perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara
kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur
digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum
mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang
berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan
ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.
o
Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh
dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris
boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan
bawang beserta garam. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
o
Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda
boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka
dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air
rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
o
Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa
pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam,
tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
o
Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja
sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang
mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan,
dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
o
Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu
yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh
meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak
ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti
kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit
jantung.
Dalam kajian yang
didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang
makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih
46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai
tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang
tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur,
minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang
makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya
terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
o
Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang
terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk
susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan
memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
o
Antara makanan lain yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
13. Makanan mengandungi
vitamin B seperti kekacang, dal.
14. Jambu batu – makan
begitu sahaja.
15. Sawi, kacang
panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
16. Daun atau pucuk
meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
17. Oat – dijadikan
minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
18. Madu – gunakan
sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu
beroat
19. Red raspberry leaves
– suplemen dari farmasi
20. Barli – air atau
bubur barli.
21. Pucuk manis – masak
lemak bersama ubi keledek.
22. Pucuk pegaga –
dijadikan ulam atau jus.
23. Daun kucai – goreng
bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
24. Air soya dan produk
soya seperti tauhu, taufufa, tempe
25. Air horlicks
26. Susu, produk tenusu
dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang
disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang
reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
27. Teh hijau jepun
28. Makanan mengandung
yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
29. Bawang putih
mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
30. Kacang merah :
rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
31. Ubat homeopati.
32. Durian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan