Isnin, Disember 31, 2012

Selamat tinggal 2012


assalammualaikum n pagi..utk 2013 takde azam baru,.azam yg lama pun tak selesai..huhu..SelAmaT tAhuN BaRu 2013 korang semua...


Hari ini hari terakhir untuk tahun 2012. Macam-macam terjadi di tahun ni. Dan semestinya ada manis dan pahit. Yang manis perlu di simpan sebagai kenangan dan yang pahit biar aje ia berlalu dan jadikan sebagai pengajaran serta iktibar. Belajar dari pengalaman itu yang penting.

Antara yang paling manis, bila mana putera sulung kami di lahirkan pada tahun ni.

Azam untuk tahun 2013 pulak takde apa sangat. Entahlah tak seperti tahun-tahun yang lepas. Seolahnya banyak sangat azam dan target. Bila dah berkahwin dan ada anak ni, seolah hidup aku dah lengkap. Bab kerjaya aku pun dah tak letak target over sangat. Yang penting tidak abaikan masa bersama anak.

Alhamdulillah aku dah dapat kerja di tempat baru. Dan in shaa Allah akan mula kerja minggu depan.  Haraplah tempat baru ni okey. Okey dari segi persekitaran dan tugas. Kalau di ikut niat hati, aku pernah cakap yang aku dah taknak kerja bawah orang lagi. Tapi apakan daya, buat masa ni masih perlu bekerja keras untuk orang. Huhu. Moga Allah tunjuk jalan jika aku sesuai untuk ada bisnes sendiri yang lebih kukuh dan besar. Amin.

Apapun azam dan target aku selepas ini akan melibatkan anak dan keluarga yang sedang kami bina ni. Aku nak perbaiki diri dari segi apapun terutama untuk menjadi isteri solehah pada suami aku dan ibu terbaik bagi anak-anak kami. 

Selamat tahun 2013 ye kawan-kawan. Semoga tahun hadapan akan lebih baik dari tahun ini.

P/s : Yeayyyyy....berjaya jugak capai target nak buat entry untuk cecah 150 untuk tahun ni.. Ni dah entry ke 151 so dah reach target... Syabas yana!! Haha. gagah tau aku nak kena update entry untuk capai target!! Lalalalala..... ^_^

Ahad, Disember 30, 2012

Sepetang bersiar-siar di taman ampang hilir

Rabu yang lepas pada 19hb, aku berkesempatan bawa anakku ke taman ampang hilir nun. Ini kali pertama aku bawa dia ke taman. Pergi sekali dengan suami, zara, anak buah (ika) dan makcik kecik (yuna). Hihi.

Pergi dengan tak di rancang, time tu pun dah petang sangat. Dapat spend satu jam je kot. Nak masuk maghrib gerak balik. Kononnya si makcik kecik tu nak berjoging tapi dia tak bawa kasut joging dari rumah dia. Apa kes..... So zara dan anak buah sorang lagi tu la yang seronok bermain.

Kita layan gambar la ye...

 
Hah.... kau tengoklah gelagat dia tu. Mula-mula makcik kecik tolong pegang dia untuk main benda alah ni tapi dia takmo. Menangis pulak. So aku willing lah nak bawa dia main tu. Wah bukan main kau. Sila refer gambar dari kiri atas tu ke kanan dan ke bawah ye. Huhu.
1-Mula-mula behave je duduk (so aku berani lepas tangan kejap-kejap)
2-Dah start nak berdiri sendiri
3-Muka berlagak (hoyeee..ibu..asif dah boleh berdiri atas kuda ni tau) 
4-Hoh..badan dah senget-senget tunjuk terer la tu
5-Lepas tangan pulak..Ok fine stop main dah.. terus aku angkat dia dari kuda tu...

 
 

Hah... gegirl yang gambar atas ni suka datang dekat anak aku. Mak dia tengah kejar dia sambil suap makan bubur mcD. Nyam2. Kami sampai-sampai, kami duduklah dulu ambik angin tetiba gegirl ni datang dekat anak aku dan pegang-pegang. Anak aku tengok je. Nasiblah tak di terkamnya. Setakat ni anak aku ni behave kalau dengan orang. Tapi dengan kak yaya dia nak rapat je then tarik rambut kak yaya. Ada sekali try panjat belakang kak yaya, then dua-dua terjatuh baring. Haha. Kak yaya dia tak kuat nak sokong badan asif. Tapi ada hati nak dukung adik asif dia. Kihkihkih.

Sabtu, Disember 29, 2012

Kasut oh kasut...........

Semua berkaitan anak sulung memang buat para mommies excited kan?? So do i. Haha hal kasut pun mau cerita. Apa salahnya, ni sebagai memori dan kenangan kan?? Lalalalala....

Anakku asif ada kasut favorite dia (actually kasut favorite yang ibu dan nenek gemar sarungkan.dia mana reti nak memilih lagi.hahaha). Dan baru-baru ni dah hancus pulak. So kena cari yang baru. Nenek dia la yang tak sabar nak suruh belikan. Ok fine mak... so tadi pergilah berjalan ke ampang point. Saja jalan-jalan buang masa kami. Aku bersama nenek, zara dan asif.

Kasut yang di beli murah je. Hanya RM 19 sepasang. Bawah ampang point tu ada jual baju-baju baby dan kanak-kanak semurah RM 10. Aku tak belek sangat sebab tak rasa nak shopping baju. Motif cuma nak beli kasut sahaja.

Tapi sempat lah shopping barang ibu sikit dan pampers+susu asif dan zara. Hai di sebabkan cuma aku dan emak then bawa si kecik 2 orang, agak kelam-kabut bagi kami. Bila aku dah bawa segala barang termasuk pampers 2 paket dan susu bagai, so mak la kena dukung asif dan pimpin zara. Kesian mak. Dah kalau yang dewasa cuma aku dengan mak je, memang kami tak boleh shopping banyak barang. Dah tau mesti kelam-kabut.

Oh... kasut yang di beli ni adalah kasut pertama aku beli untuk asif. Kasut lama (yang putih bugs tu) adalah kasut zara masa baby. Dah 9 bulan++ baru belikan kasut. Hihi. Hari tu kakak aku ada belikan kasut untuk asif juga tapi agak besar. Rasanya memang sesuai untuk kalau dah pandai berjalan. Tapi yang tu memang smart la biru+merah brand kiki lala. Layankan aje la gambar kat bawah. Ok tata. Selamat berhujung minggu.

 Ini kasut favorite. Tapak dia dah koyak so dah jadi macam mulut buaya bila di pakai. Ngahahahaha...
 
 
 Ini kasut baru yang di beli
 
 
Ini kasut mak long (kakakku) belikan. Agak besar, nanti dah tahu jalan boleh pakai kot.

Jumaat, Disember 28, 2012

Bila si kakak cemburu dengan adiknya

Dulu... cuma ada seorang yang jadikan hidup aku ceria dan gembira. Kalau dia takde kat rumah memang terasa sunyi dan sepi sangat. Amira zahra.. dia lahir tahun 2009 (sekarang dah 3 tahun 4 bulan) dan dia adalah anak pada kakak sulung aku. Memang aku ada seorang kakak je pun. Hehe. Zara sejak di lahirkan tinggal dengan kami. Di jaga sepenuhnya oleh mak kami. So ko bayangkan lah dari lahir dia depan mata kami dan merupakan anak buah sulung bagi kami adik-beradik.

Lepas dia hadir memang ceria tak terkata rumah kami. Dia di tatang macam minyak yang penuh. Sampai sekarang pun aku mesti tak sampai hati tolak bila dia minta belikan sesuatu. Ibarat anak aku je rasanya. Memang sangat rapat. Kadang rasa dia lebih rapat dengan nenek dan aku berbanding mama dan ayah dia sendiri. Kakak aku duduk dengan suami dia di Subang. Agak jauh dari Ampang, so agak leceh nak ulang-alik. That's why zara duduk dengan nenek je lagi senang. So ada masa kakak aku datang ambil bawa jalan-jalan dan tidur rumah sana. Ayah dia jarang nak datang kalau tak sekali dengan kakak aku. Entahlah kenapa, tu masalah mereka lah. Huhu.

Sampailah aku dah kahwin, masa tu zara nak masuk 2 tahun macam tu. So dia belum mengerti sangat apa berlaku sekeliling dia. Then aku pregnant pulak. Memang aku paling takut kalau dia jeles dengan anak aku yang bakal di lahirkan masa tu. Takutlah kalau dia memberontak dan nak pukul anak aku je.

So start dari mengandung dan bila dia dah nampak perut aku makin besar, aku cakap "dalam perut tetey (makteh) ada baby tau, comel sangat macam yaya (zara), yaya suka baby tak? nak sayang baby tak?".
Lepas tu aku selalu suruh zara cium perut aku, sayang baby sayang baby. Aku pupuk dari awal supaya dia sayang pada bakal adik dia ni. Then bila ada iklan pampers tu "baby baby baby ohhh..." aku nyanyi dengan dia.

Dan alhamdulillah bila asif dah di lahirkan zara sayang sangat kat adik baru dia ni. Yang kelakar dulu masa mengandung selalu main-main, "dalam perut tetey ada ape??" "baby!!" "yey betul..." "perut yaya??" tanya si zara. "ermmm...ada lemak!! yey...hahaha" "perut tatih (pakteh-suami aku)??ada baby!!" gelak besar aku dengar. So bila dah bersalin tentu lah perut tak besar macam mengandungkan?? So dia tanya, "dalam ni ada baby ke??" "eh tak lah. ni baby dah keluar. katanya nak main dengan kak yaya" dia sengih-sengih. Zara memang suka nak dukung asif dari kecil dulu tapi mana nak larat.


Masa berlalu.. dari asif kecik memang zara tak pernah nak marah kecuali kadang-kadang dia macam 'berebut' nenek. Dia melekat je dengan nenek sebab takut nenek ambik dukung asif. Tapi sekarang cemburu dia dah makin nampak. Ye aku jugak kena selalu bagi perhatian pada zara ni. Dia kuat merajuk dah sekarang. Kadang sampai terkeluar ayat ni dari mulut dia "tak nak kawan acip (asif), buang dia". Adeh sedih kalau aku dengar. Marah betul la tu, tah apa silap. Aku tak marah cuma rasa sedih sebab aku tak suka mereka dua ni rasa renggang. Aku taknak zara rasa terpinggir lepas ada asif sebab aku pun sayang sangat kat dia. Tapi marah zara sekejap je, lepas tu dia main-main lagi dengan adiknya ni. Asif pun dah melasak, kadang pergi naik badan kak yaya dia time nak minum susu botol dia. Zara ni dah la kurus. Membesar jadi tinggi je dia, gemuknya tak naik. Hahaha.


Tapi aku tau zara sayang kat asif ni. Hari tu pergi kenduri cukur jambul baby kat rumah saudara, nenek dia cerita "tadi yaya ni berkali-kali cakap yaya pun ada adik tapi yaya punya adik lelaki" (memang aku selalu jugak ajar dia apa beza lelaki dan perempuan, dia dengan asif berbeza jantina semua).

Kalau keluar lama je, balik-balik dia cium-cium asif tu. Rindu katanya. Hari tu dia pergi johor dengan nenek dan mama dia, sampai sana je dia ajak balik rindu asif. Aduhai.. haha comel je. Alhamdulillah kalau dia sayang asif macam adik dia. Selalu jugak dia cemburu bila aku cakap kat asif "yey pandai anak ibu.. (bila dia berjaya buat sesuatu yang best)" "yaya pun anak ibu" "oh ok ok.... pandai anak-anak ibu ni ye.."

Begitulah hidup aku sekarang.. kasih sayang pada dua si kecil yang tak boleh berbeza....

Khamis, Disember 27, 2012

Review : Putri binari lulur scrub susu beras

Assalam..... salam hari khamis...
 
Dah lama sebenarnya nak cerita atau review produk bawah ni, Putri Binari Lulur Scrub Susu Beras. Aku dah lama pakai since last year. Satu bekas ni pun tak habis-habis lagi sebab jarang pakai dah sekarang ni. Hehe.
 
Niat nak try sebab time tu nak kahwin, so nak bersihkan badan le konon kan. Aku takde pergi spa bagai sebelum kahwin sebab nak jimat fulus dan malu nak tayang badan kat orang lain walaupun perempuan. So better buat lulur sendiri aje kat rumah.
 
Ini pun orang kata try and error je la. Takde survey apa-apa produk atau jenama untuk lulurkan badan ni. Nasib-nasib je. Kebetulan satu hari tu, aku jalan-jalan dengan famili dan tersinggah kat kiosk kalau tak silap aku either wangsa walk atau jusco wangsa (alpha angle) dan terlintas untuk cari produk untuk lulur. So akak penjual tu suggest produk ni. Aku fikir-fikir Putri Binari kan jenama yang femes dan di percayai ramai. Tanpa fikir lagi terus je beli. Dia suggest dengan mandian susu kalau tak silap. Di sebabkan mahu membajet dan takut tak ok, try lulur ni je dulu.
 
Apa yang best tentang Putri Binari lulur scrub susu beras ni - kulit jadi lembut gila, wangi dan memang hilang daki-daki serta cerahkan kulit. Mula-mula aku pakai seminggu sekali lebih kurang, sekarang dah jarang. Haha. Isi dia ni memang ala-ala scrub la, ada ketul-ketul kecik tu. Kalau badan gatal memang best sental dengan produk ni. Hehe. Lepas tu jadi segar.
 
Harga pulak aku dah tak ingat (erk maaf ye) tapi dalam belas-belas RM rasanya. Memang aku rekemen la untuk bakal pengantin yang nak buat lulur tapi nak bajet (macam aku.huahua). Bagus jugak if korang try sekali satu set dengan mandian susu tu sekali. Mesti lagi mantap! Apa lagi ya??.. Oh tadi sempatlah tanya pakcik google kejap tentang produk ni, dan kebanyakan bagi feedback baik dan positif je. Jadi memang tak rugi la pakai lulur ni. Ok tu je... tata.... (kat bawah ni ada ringkasan sikit tentang putri binari lulur scrub susu beras ni ye).....
 
 
Sedikit keterangan produk :
 
Putri Binari Lulur Scrub Susu Beras diadun dengan susu kambing dan susu beras untuk memelihara kelembapan kulit dan menyegarkan kulit. Susu kambing dan susu beras adalah gabungan yang hebat untuk mencerahkan kulit, jadikan kulit selembut sutera dan cerah seperti mutiara.

Cara Penggunaan : Sapukan dan urutkan lulur ke seluruh badan, biarkan selama 5 minit, kemudiannya bilaskan dengan air.
 
Kandungan : Aqua, Mineral Oil, Glyceryl Stearate, Polyethylene, Glycerin, Ceteareth-20, Dimethicone, Cetearyl Alcohol, Propylene Glycol, Theobroma Cacao (Cocoa) Seed Butter, Cetearyl Glucoside, Isopropyl Myristate, Fragrance, Phenoxyethanol, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Titanium Dioxide, Licorice Extract, Mulberry Extract, Rice Milk Extract, Goat Milk Extract, Propyl Paraben, Methyl Paraben.

Rabu, Disember 26, 2012

Buku dan mainan pertama anakku

Assalam....

Percaya tak kalau aku cakap selepas anak aku dah masuk 8 bulan baru aku belikan anak aku barang mainan dan buku untuk dia?? Sila lah percaya k. Hehe.

Barang mainan pertama dia ialah lamaze inchworm tu (ala sekarang ni memang tengah femes le).

Buku pertama dia pulak ialah soft book 4 in 1 (dalam dia ada - animals, colours, farms, words). Malas nak translate la so tulis aje dalam english ye. Asal korang faham. Hihi.


Buku di gantung kat dinding tepi katil supaya senang di capai... huhu 
 

Ikut aku memang macam-macamlah nak beli untuk anak tapi suami aku seorang yang jenis jimat-cermat. beginilah biasa dalam setiap hal kami adalah kontras. Itu yang melengkapkan kami.

Sebenarnya kalau ikut suami, dah tak perlu beli barang mainan untuk si anak sebab barang mainan zara kat rumah tu dah banyak sangat. Bersepah. Kalau tak di kemas memang macam kapal pecah lah rumah kami tu. Pening kepala nenek kalau bertambah barang mainan lagi. Tapi semua tu barang mainan yang keras - contoh macam perkakas memasak, barbie doll, kapal terbang, robot-robot, helikopter dan banyak lagi lah. Tapi aku cakap kat suami semua tu ikutkan tak sesuai untuk asif, keras. Dia dah la suka masuk semua barang kat mulut.

Pot pet pot pet barulah suami kata ok, dengan syarat tak perlu membazir-membazir. So aku just pilih 2 ni je. Lamaze inchworm ni memang aku dah gila dari dulu nak dapatkan. Haha. Sejak asif belum lahir dah nak beli. Tapi hold dulu memandangkan dia bukan pandai main lagi.

Yang buku pulak aku saja belikan untuk dia kenal sikit-sikit huruf dan gambar. Setiap malam sebelum tidur (if aku tak penat dan mood asif ok) aku akan suruh belajar dan baca buku tu. Dengan zara (anak buah) sekali join. Kadang zara yang ajak belajar. Zara yang jawap pun. Tapi sekurang-kurangnya dia tertarik dan seronok belajar ada teman. Dia selalu nak ikut apa yang zara buat, so aku pun kena pantau zara jugak supaya jadi kakak yang baik pada asif. Dua anak comel ni lah yang mewarnakan hidup aku.


Jom kite naik motor... wuuuuhuuuuuu......


Masa untuk belajar ibu....

Selasa, Disember 25, 2012

9 bulan yang indah bersamamu...

Syukur alhamdulillah.......

Hari ni genap dah anak aku 9 bulan. Terasa sangat cepat masa berlalu. Namun masih banyak perlu belajar untuk jadi ibu yang terbaik buat anakku ni. Pejam celik nanti dia dah 9 tahun then 19 tahun then 29 tahun and so on.. Entah masa tu aku masih hidup atau tidak.

Dah macam-macam di lalui oleh kami anak-beranak. Dia pernah sakit demam kuning, jangkitan paru-paru, ruam gatal (sampai la ni on off je.huhu). Sekarang memang tengah melasak, hari-hari mesti ada je yang dia nangis sebab tersembam atau terhantuk. Dia masih belum pandai merangkak tapi sangat aktif ke sana sini jika di biarkan meniarap then terus dia mengesot.

Tipu kalau aku tak pernah marah dia. Walau anak aku ni masih kecil, kadang dia jugak di marahi aku. Kata orang dia belum faham. Maafkan ibu yang kadang rasa tak logik apa yang di lakukan. Marah dia sebab penat dan mengantuk sangat-sangat. Bukankah itu perkara biasa bagi mereka yang ada anak kecil? Penat dan tak cukup tidur? Tapi entah kenapa, aku rasa dia faham bila aku marah. Dia akan tenung je muka aku (kadang boleh pulak dia sengih selepas tu.hihi.). Bila aku marah, aku akan cakap "bap" kat dia. Hah sekarang dia dah pandai mengikut. Kang tetiba dia cakap "bap". Tak tahulah sebab marah atau apa. Dan kena sindir dengan suami, hah tu la ajar anak bap bap lagi. Hehe.

Aku benci diri aku bila aku termarah anak aku. Bila aku lost control kemarahan aku. Aku nak jadi macam emak aku. Dia sangat sabar. Dari aku kecil, tak pernah dengar mak tinggikan suara. Tak pernah marah hanya sebab penat. Dan sejak dulu, bila aku makin meningkat dewasa dan semasa remaja mak takde nak marah-marah bila aku tak tolong dia masak. Serius! Dia tak pernah paksa anak-anak perempuan dia buat kerja. Kalau dulu, hari-hari aku dengar jiran aku (sebaya aku) kena bebel dengan mak dia sebab tak tolong masak, kemas rumah, even bangun lambat sikit semasa cuti sekolah. Dulu kami rumah setinggan, suara orang sebelah boleh dengar kalau jerit sikit. Mak adalah idola aku. Aku nak jadi macam dia dari segi mendidik anak. Yang sabar dengan kerenah anak-anaknya. Paling habis pun dia bebel cara lembut, sekadar nasihat. Bila anak tak solat, mengaji atau baca yasin di malam jumaat time tu la dia nasihat. Hal lain dia tak ambil port sangat. Bab bf dulu-dulu mak takde tanya kecuali aku buka mulut. Bab kerja, gaji dsb (sedangkan makcik aku je pun sibuk tanya gaji aku.ada ke patut??) tak pernah menyoal. Ya Allah banyak sangat aku nak cerita tentang emak aku bila soal mendidik ni. Dia sangat penyabar dan positif. Nanti la aku buat entri tentang emak aku yang sangat istimewa dalam hidup aku ni.

Aku sedang sedang dan sedang perbaiki diri menjadi ibu yang terbaik. Semoga hari mendatang, aku menjadi lebih baik dari hari ini. Dapat menjadikan anak-anak aku seorang yang soleh dan solehah. Amin.

Isnin, Disember 24, 2012

Tips dan petua banyakkan susu ibu

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
8. Petua masyarakat kita:
o    Cekur Manis ----Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
o    Kacang Tanah ----- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
o    Air Longan ---- Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.) or longan segar yang jual kat pasar.
o    Halba dan Jintan Hitam ---- Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
o    Bunga Melur ---- Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara.
o    Lobak Putih ---- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
o    Pucuk Betik ---- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
o    Tuaman Daun Sirih ---- Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
o    Jantung Pisang ---- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan… Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
o    Makanan Tinggi CLA ---- Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput – bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
o    Kurma --- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
o    Antara makanan  lain yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
13. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
14. Jambu batu – makan begitu sahaja.
15. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
16. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
17. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
18. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
19. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
20. Barli – air atau bubur barli.
21. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
22. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
23. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
24. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
25. Air horlicks
26. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. – Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
27. Teh hijau jepun
28. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
29. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
30. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
31. Ubat homeopati.
    32. Durian

Ahad, Disember 23, 2012

Breastfeeding @ menyusu badan. Apa yang boleh dan tak boleh?

Sebelum ni aku selalu tertanya-tanya boleh ke menyusukan anak aku bila aku demam?? Bila aku selsema?? Lagi-lagi bila aku makan ubat. Dan aku baru terjumpa info tentang penyusuan badan ni.
 
Ketahuilah bila kita boleh dan tak boleh menyusukan anak kita. Sangat penting ok!!

i. TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda (BOLEH):
• Mengalami demam selsema, selsema atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi!
• Sedang mengambil ubat-ubatan, suplemen p
emakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.

ii. Ubat-ubatan yang SELAMAT untuk diambil dalam tempoh penyusuan
• Analgesik (seperti parasetamol, ibuprofen, aspirin dan sebagainya)
• Kebanyakan antibiotik
• Antihistamin
• Antasid
• Ubat-ubatan asma
• Ubat-ubatan berasaskan steroid (seperti krim kulit)
• Suplemen pemakanan

iii. BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda (TAK BOLEH):
• Mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
• Menjalani pembedahan yang besar atau mengalami jangkitan yang serius.
• Mengalami tuberkulosis – tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
• Mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.

iv. JANGAN menyusukan bayi jika anda (TAK BOLEH):
• Mempunyai hepatitis C.
• Positif HIV.
• Sedang mengambil ubat anti-barah.
• Sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin).
 
 
 
Be alert ye!! Penting untuk kesihatan anak kita. Takut akan beri kesan buruk pada masa depan jika terjadi sesuatu.

Jumaat, Disember 21, 2012

Happy anniversary.... blogku sayang..

Haha saja ngada nak wish happy anniversary to blog kesayanganku ni.. blog aku kan mesti la sayang.. banyak memori tersimpan di sini.. hikhikhik..

HAPPY ANNIVERSARY KE-4 TAHUN YE WAHAI BLOG SAYANG
"Semoga kamu memberi manfaat kepada pengunjung yang datang ke sini"

Walaupun dah 4 tahun berkecimpung dalam blogging tapi masih banyak perlu di pelajari teknik yang boleh menaikkan ranking blog. Bukanlah sebab gila glamor atau nak kejar duniawi sahaja. Ceh3. Harap-harap entri aku ada yang boleh korang manfaat sampai ke akhir hayat. Sikit ilmu yang ada harap dapat share da di pergunakan sebaiknya.

Blog ni aku buat semasa masih single. Single but not available. Hihi. Mula cerita tips percintaan bagai. Hidup aku adalah biasa, so nak cerita yang personel pun takde apa yang menarik. Sampailah sekarang ni dah ada buah hati kami barulah syok nak cerita.

Terima kasih lah pada yang masih sudi baca cerita aku yang kadang tah apa-apa kan?? Hihi.

Bawah ni pulak pencapaian nuffnang aku setakat ni. Tak hebat macam kamu-kamu tapi rezeki dari Allah, aku bersyukur walau berapa pun. Alhamdulillah.

Selasa, Disember 18, 2012

Di sebalik....saat selepas melahirkan..

Kisah dah lama baru teringat untuk berborak kosong dengan suami.

Beberapa detik lepas saat aku selamat melahirkan buah hati pertama kami.. tiba-tiba aku terdengar nurse lain cakap...
" eh encik.. ok tak ni?? dia nak pengsan ni. duduk sini dulu. "

Aik ape kes dengan suami aku ni?? Saat tu memang aku tak ada daya langsung, nak gerak jari-jemari pun tak ada tenaga. Habis langsung tenaga selepas meneran. Tapi dalam hati memang nak tergelak (jahatkan??ade pulak nak gelakkan suami sendiri.haha). Baby kami masa ni sedang di bersihkan dan di timbang berat dll oleh nurse.

Hmmmm... agaknya dia ngeri tengok aku bersalin tadi banyak darah (getus hati aku.ceh.)

So dah lama kisah tu berlalu then aku teringat nak tanya ape jadi dia masa tu. Pusing? Nak pitam? Sebab tengok darah banyak ke?? Kihkihkih.

Dan suamiku membalas ;
"eh tak lah. i pun tak tau lah. tiba-tiba lutut i macam lemah. tapi kepala takde pening atau rasa nak pitam pun" huhu pelik.
"ada rasa mual ke nak muntah sebab tengok darah?"
"takde jugak"
"perut kosong?lapar?"
"tak lah"
"sebab tengok baby 'meloncat'?"
"hmmm tak jugak lah" (dia cerita bila dah last tu, time bahu baby kami dah lepas dia tengok anak kami keluar macam meloncat.laju keluar.hihi)
"ke u rasa lemah lutut sebab gembira terharu tengok baby?"
"memang gembira tapi bukan sebab tu rasanya" ... ok pelik bin ajaib!!

Takde kesimpulan yang dapat di buat cuma mungkin dia penat dan tak cukup rehat. Aku selamat melahirkan pukul 2 pagi lebih. Ye aku akui dia selalu ada teman aku bila time melawat start. Kalau dia takde teman, dia akan selalu sms tanya keadaan dan progres aku. Dah makin dekat kesakitan aku tu, dah makin dekat kelahiran lagilah dia pun tak dapat tidur.

Aku tau jugak dia terlalu risau. Sampaikan kena saman dengan polis trafik sebab tak ikat topi keledar dia tu. Aduhai.. suamiku. Dia kata nak cepat sebab belikan aku air kotak dan roti. Semua itu memori..........

Isnin, Disember 17, 2012

Nak berkepit aje

Assalam,

Alhamdulillah semalam selesai satu hal, merisik untuk adik lelaki aku. Semua berjalan lancar. So in sha Allah, bulan feb next year dorang bertunang dan kahwin dalam setahun.

Sekarang tak nak bercerita pasal hal ni tapi anak aku yang dah pandai memilih orang. Time kami di jemput untuk makan malam yang serba ringkas, anak aku di ambil dengan bakal adik iparku tu. Bagi peluang untuk aku bersantap. Hehe. Dia memang nak pada mulanya. Dan seperti yang aku jangka dia nak sekejap je. Then dia merengek. Alamak tak dapek den nak menikmati makanan dalam pingganku. Huhu. Kena tunggu yang lain selesailah nampaknya.

Sebenarnya kes yang anak aku memilih orang ni aku perasan baru ni. Aku fikir dia cuma takde mood. Tapi aku salah. Kalau kakak aku dah lama tak datang rumah pun, dia takkan lama nak dengan kakak aku. Kalau kami keluar mana-mana, orang yang dia nak cuma aku, ayah dia dan nenek dia. Lain dia akan meraung.

Siang semalam pulak, ada saudara datang ke rumah dengan isteri dan anak dia 3 orang yang berumur 10yr, 7yr dan 2yr. Kebetulan masa mereka baru datang, anakku tidur. Then dia dah bangun tu, aku bagi dia duduk walker dia dan nak bagi dia main dengan anak-anak saudaraku ni. Mungkin dia tak perasan, awal-awal bukan main laju dia meluncur pergi kat mereka ni. Lepas tu tiba-tiba dia menangis, alahai sedih betul muka dia. Haha. Mungkin dia takut dan terkejut, tak pernah ada wajah-wajah tu. Ahaiii... so lepas ni tak dapek la aku nak berjimba-jimba gosip time kenduri ke, dah nye dia tak mau dengan orang lain.Padan muka ibunye. Hahahaha.

 

Rabu, Disember 12, 2012

Anak ayah....??? atau anak ibu...???

Kata orang.. kalau anak perempuan akan rapat dengan bapak dia dan jika anak lelaki akan rapat dengan emak dia. Betul ke?? Atau mitos je. Ke tengok keserasian bintang kelahiran?? Huhu.

Aku tengok anak aku ni (boy ye) agak rapat dengan ayah dia. Pantang nampak ayah dia, mesti nangis minta berdukung. Kalau tak amik, nangis kuat dan merajuklah dia. Hehe. Dengan aku, kadang menangis kadang tak heran. Mungkin aku dah biasa buat dia berdikari. Aku tak suke kalau terlalu manja lagi-lagi anak lelaki. Dia mesti strong dan tabah!

Berbanding dengan aku ni yang kadang tegas dan garang, suami aku agak lembut. Bukan lembut awww ye. Suami aku susah nak tengok dia marah dan suara keras. Aku je yang macam tu. Huhu. Sebab tu kami ada jodoh kot, macam bumi dan langit. Ada hikmahlah, semoga suami terus macam tu, bersabar dengan aku dan kerenah aku. :)

Tetapi walaupun nampak anak macam rapat dengan ayah dia, tapi kalau tidur malam mesti tidur dengan aku, tidur kat ketiak aku. Kadang dia sengaja nak aku dodoi dulu baru nak tidur walaupun dia dah ngantuk sangat. Aku tak pernah lagi berjauhan dan tak tidur dengan anak, tak tahulah kalau dia okey je dan jenis berdikari. Bagus jugak macam tu.

Ada rasa jeles jugak bila ayah dia selalu sebut 'anak ayah..anak ayah'. Hihi tah ape je aku ni. Tapi takpelah rapat dengan ayah dia pun. Rapat dengan orang lain, baru lain ceritanya. So kesimpulannya tak semesti anak lelaki rapat dengan emak dan anak perempuan rapat dengan ayah ye. Mungkin ada 'sesuatu' pada si emak atau ayah yang buat depa lebih rapat dengan salah seorang. Apapun no heart feeling lah, kata anak 'buat' sama-sama kan?? Hehe.

Pssssstttttt.... aku teringin nak anak perempuan pulak... tengok orang pregnant dan tunggu waktu bersalin, ada rasa jeles lagilah kalau kandung anak perempuan. Sabar yana... sabar... Kihkihkih.... Rindu sangat-sangat waktu mengandung... lalalalalala...

Selasa, Disember 11, 2012

Nutritionists' Choice Cookbook

Assalam...

Aku ada menyimpan softcopy dalam format pdf untuk buku seperti tajuk atas ni, Nutritionists' choice cookbook/ Buku masakan pilihan pakar pemakanan. Ada 164 mukasurat. Dalam bahasa melayu dan english. Siapa yang nak?? Oh tak tahu ni buku untuk ape??

Ni sebenarnya buku panduan serta resepi  sihat untuk pemakanan awal bayi. Bagi makan bermula 6 bulan ok. Lebih awal pun ada tapi tengok kondisi dan syarat pada bayi tu dulu. Best buku ni. Boleh kata complete dan banyak sangat membantu bagi ibu baru macam aku. Yang tengah pregnant tu pun bagus untuk baca buku ni sebagai persediaan. Nanti takdelah terkapai-kapai. Aiyak.. panjang pulak mukadimah aku kan.

So aku dengan senang hati nak bagi FREE kat anda-anda semua. Tapi dengan syarat.. senang je.. jadi FOLLOWER aku.. then boleh email aku inform di yana_comel2104@yahoo.com lepas korang dah jadi kawan/follower aku. Kalau ada blog, maybe boleh mention sekali. Yelah tambah kenalan kan. Untuk lebih menyenangkan letak tajuk "Nak softcopy NCC"  kat email tu ye. So takdelah aku terlepas pandang nanti. Then aku akan reply kat email tu jugak linknya. Mudahkan? Kalau korang nak lah.

Yang takde blog?? Takpe aku boleh bagi jugak tapi tolonglah ajak kawan korang yang ada blog tu untuk jadi kawan/follower aku. Cuma ada 65 je kawan aku kat blog ni. Tak kesian ke?? Huhu. :P

Yang dah kawan-kawan aku ni just email kalau nak ye. Takde syarat untuk anda. Huhu.

Ni rupa depan dia. Kalau nak puas tengok dan baca, print color, warna-warni syok nak baca. Nampak macam buku ori punye. Huhu. Aku ni jenis sempoi je. Sikit-sikit je buat panduan. Masak main campak je. Hakhak. Jangan percaya ye.

Ahad, Disember 09, 2012

Nak let go setem

Assalam..
 
Aku nak let go setem Malaysia yang berbaki masa aku pakai untuk send kad majlis kahwin aku dulu.
 
Ni gara-gara weekend baru sempat mengemas bilik dan terjumpa pulak menda alah ni. Dan aku fikir takde pulak nak pakai setem untuk send apa-apa lagi. Sekarang kan semua pakai sms dan mukabuku je. Express. Huhu.
 
Setem ni bernilai 70sen sekeping. Tapi sure lah aku akan bagi diskaun. Apa-apa kita cerita dalam email okey.
 
Siapa berminat email aku ye, yana_comel2104@yahoo.com
 
 

Henfon pertama aku

Tetiba teringat henfon pertama yang aku pernah pakai dulu. Hmmm... kali pertama pakai masa belajar kat kolej dulu ambik diploma, antara tahun 2001 sampai 2004 gitulah. Itu pun atas ehsan kakak aku.Dia bagi henfon yang lama dan dia beli baru. Kalau tak, tak merasalah. Hihi.

Budak-budak sekarang beruntung sangatkan? Mak bapak baik hati bagi pakai henfon, sekolah rendah dah pakai. Dulu-dulu mana ada time sekolah dah pakai henfon. Lagi pun masa tu harga henfon masih mahal, sebab gadget baru. Tak tahulah kalau ada yang pakai senyap-senyap (keluarga berada lah, aku orang susah). Tapi seingat aku, memang kawan-kawan aku takde seorang pun yang pakai henfon ke sekolah. Huhu.

Paling best, aku suka sangat main game 'ular' kat henfon ni. Buat mengisi masa lapang kan. Wah rasa hebat masa tu bila ada henfon ko tau?? Walaupun henfon aku tu buat baling anjing boleh mati. Hahaha.

Banyak kenangan sebenarnya dengan henfon ni, ia merakam mesej-mesej cintan-cintun aku. Hah baru belajar bercintakan?? Kahkahkah geli pulak aku dengar. So sweetttt memori dulu. Yang pahit taknak lah kenang ye. Tapi nombor dulu tu dah tukar, tak sama yang sekarang aku pakai. Ini untuk keselamatan. Kang ada pulak yang gila talak cari aku. Hahaha. Joking. :P

Nak tengok henfon aku tu?? Jangan gelak okey.. Ngehngehngeh...


Sebijik macam ni lah henfon tu. Jenama Nokia.
 

Tadaaaaa.... bila dah tukar baju kelasss jugak kan?? Hahaha.

** Gambar ehsan pakcik google

Rabu, Disember 05, 2012

Confident level dah up

Haha..  tajuk macam serius je.. Macam ni just about my cutie son lah pa lagi.. Apa yang aku perasan sebelum ni, anak aku ada sedikit rasa takut untuk cuba benda baru.

Contoh dia takut kalau semasa dia duduk, belakang dia takde orang. Bila aku undur sedikit dan jauhkan diri aku dari dia, dia akan pusing belakang dan tangan dia nak capai tangan atau badan aku. Mean dia takut terjatuh dan tak berani duduk without sokongan orang di sekeliling dia.

Lagi.. kalau dia duduk dan campak apa barang dalam tangan dia dan aku tolong capai tapi aku just letak jauh sikit dari dia supaya dia capai, tangan dia ada cuba nak capai tapi mana yang terdaya jek la. Dia tak berani angkat sikit bontot dia untuk gerak.

Tetapi semalam ada perubahan, malam tadi tah apa angin dia sangatlah aktif. Tak duduk diam. Taknak duduk walau seminit pun. Bagi duduk, dia terus meniarap dan mengesot pergi kacau kak yaya (zara) dia yang tengah baring tengok tv dengan nenek dia. Kak yaya dia dah lah tengah sakit. Cari penyakit, pergi letak seterika yang baru di matikan kat tapak tangan dia (kena kelmarin), habis menjerit la kak yaya tu. Kesian. Bila aku angkat, dia buat lagi. Aiyooo. Aku yang tengok dia aktif ni, penat kau tau. Lepas tu aku tak larat dah, so bawa masuk bilik ajak tidur. Tapi aku fikir dia mesti nak main dulu sebab tengok keaktifan dia tu.

So biarlah dia main kat atas katil. Astaga dia pergi main tepi katil pulak!! Aku tak taulah apa kena anak ku ni. Sebelum ni dia just main tengah-tengah katil dan takkan naik atas bantal keliling dia tu. Tapi semalam selamba je dia naik atas bantal dan nak pi kat kipas. Belah bawah tu ada plug-plug. Aku tarik, dia ke depan lagi. Haiiii sabar jek la.

 

Tengoklah tangan aku yang menarik tu. makin aku tarik, makin kuat dia ke depan tu. Ini belum tau merangkak lagi, tak taulah nanti macam mana pulak. Isk3. Apa lah yang dia nak capai bawah tu. Takda apa pun cuma plug je la. Nampaknya kena ubahsuai bilik dah ni. Katil aku ni tidaklah tinggi sangat, tapi kalau jatuh, lebam jugaklah kepala tu. Ingat nak buang katil tu, just pakai tilam then letak karpet/playmat bawah tu nanti. Bilik aku sekangkang kera je so tak dapat lah nak ubahsuai sangat apa pun. Cuma fikir nak minimize barang untuk luaskan ruang anak aku bermain dan remove mana barang yang boleh membahayakan dia.

Tapi the best part bila dia penat,dia akan senang tidur. Hehe. Yelah dah penat main dan teroka tah apa-apa. Aku cakap kat dia "ibu penat, ibu nak tidur dulu ye. asif main sorang-sorang tau. kalau nak tidur, meh dengan ibu." then aku baring (kalau dia tengok aku, aku tutup mata buat konon dah tidur) dan biarkan dia bergolek-golek. Aku dengar dia nyanyi-nyanyi, then senyap. Hmmm...dah tidur la tu. Yeyyy memang betul.   

Selasa, Disember 04, 2012

Dah genap 8 bulan..

Assalam...

Hari-hari tengok perkembangan anak, sangatlah menyeronokkan. Biarlah perkembangan anak kita lambat sikit dari anak orang lain pun tak kisah. Dia pasti boleh buat nanti, bila dia dah sedia. Hah ni serba sikit perkembangan anakku (apa yang ingat je le ye)

- Setakat ni belum pandai merangkak lagi. Tapi mengesot sangat laju. Bila dia dah penat, dia menangis minta di angkat. Aku ibu yang tegas, aku suruh dia datang dekat aku dulu then baru aku angkat. Huhu. Sian dia. Tapi kalau dengan ayah dan nenek, memang la dia manja. Menangis sikit, dorang angkat terus.

- Gigi macam nak tumbuh, ada rasa kesat dekat gusi bawah dia. Semua benda nak masuk mulut untuk dia buat eksperimen merasa.

- Eh dia dah pandai tepuk tangan, since 7 bulan hari tu if tak silap. Aku suka nyanyi dan angkat tangan dia untuk bertepuk sejak dia baby. Tiba-tiba satu hari, dia tepuk tangan sendiri tanpa aku angkat. Haha ibu kagum nak oii. Mula tepuk tu, tangan macam tertutup sikit dan takde bunyi. Kira tak dapat bajet lagi, nak tepuk kan tengah tangan tu. eh korang paham ke?? haha. Lepas tu, improve. Sekarang tepuk siap bunyi kelepek-kelepek lagik. Suka dia tepuk tangan sekarang ni. Mama (kakak aku) dia, kalau datang jumpa kat rumah mesti kata "asif..tepuk tangan sayang..mama nak tengok"(ni sejak-sejak dia dapat tengok asif tepuk tangan tiba-tiba) dan kalau mood dia baik, dia tepuklah. "eh pandainya dia"...comel ok tengok budak kecik tepuk tangan.

- Duduk dah kuat. Tak pangku pun boleh. Tapi still kena jaga-jaga sebab dia kadang tumbang sendiri tanpa ada angin yang meniup. Haha.

- Dah boleh panjat naik atas perut aku. Bukanlah berdiri, tapi just macam meniarap. Sebelum ni dia tak berjaya naik atas badan aku. hehe.

** Haha mata besau sebab nak lawan flash kamera. Isk sekarang susah nau nak amik gambar dia, gerak-gerak tak dok diam anak terunaku ni..