Ahad, Januari 20, 2013

Siapa nak order dulang hantaran??

Assalam...

Aku ada terima banyak pertanyaan tak ada ke ambil order untuk belikan dulang hantaran?? Sebelum ni serius tak boleh sebab bawa perut. Sekarang dah rileks sikit cuma sibuk dengan kerja waktu weekdays la.

Dan sekarang tengah berfikir dan mempertimbangkan untuk ambil order dulang hantaran bagi siapa-siapa yang berminat. Tapi untuk majlis bulan 3 (mac 2013) dan selepas la ye. Sebab kemungkinan caranya, aku open order dulu untuk masa tertentu, bila dah closed baru aku pergi ambil barang.

Tapi sebelum tu nak tengok sambutan la, kalau setakat 1-2 order mungkin aku tak buatlah. Sebab tak berbaloi dengan kos minyak dan parking (tempat tu agak jauh dari rumah aku ok!). Plus dengan jem lagi. Huhu.

So start hari ni aku minta siapa yang berminat sila emailkan aku ye yana_comel2104@yahoo.com

Apa yang aku nak tahu??
- Jenis dulang : kayu/besi,bulat/4segi,putih/hitam? (apa-apa jela korang nak explain.ada gambar boleh attach)
- Bajet : 1 dulang berapa bajet korang?
- Cara penghantaran : by hand/pos ke mana? cth kuantan, pahang.

Ini baru nak buat survey ok. Nak tengok sambutan dulu. Then kalau ok, aku pergi tempat tu untuk listing dulang apa yang ada + gambar. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan