Jumaat, Januari 11, 2013

Aizat amdan di anugerah juara lagu 27

Ahad lepas baru je berlangsung anugerah juara lagu yang ke 27 kan. Korang tengok tak? Rugi tak tengok, best! Mesti tak habis-habis lagi orang sok sek sok sek pasal kemenangan aizat kan? Katanya tak layak sebab hanya menggantikan ketiadaan yuna. Hai.. dah rezeki dia. Lagipun dia bawa lagu tu memang best ape! Dia arrange lain sikit dari yang asal yuna bawakan lagu tu.

Hmmmm... ada satu komen kat youtube tu, katanya lepas aizat nyanyi lagu 'terukir di bintang' ni dia jadi minat gilerrrrr dengan lagu ni. Hah tu lah penangan si aizat amdan yang kelihatan low-profile ni.

Aku 'cair' bila aizat nyanyi sampai part....
"hati ini bukan milikku lagi..seribu tahun pun akan ku nantikan KA...MU"
(hah yang aku bold dan besarkan ni..cuba korang dengar.hihi)

Sebenarnya sebelum ni aku takdelah hard fan aizat ni. Masa dia kat akademi fantasia pun aku tak tengok (yelah masa tu aku tak pasang astro kot) cuma apa yang aku tengoklah, suara dia memang sedap dan cute bila dia senyum. Hihi.

Dan korang perasan tak memang susah nak tengok dia pakai smart bila buat persembahan? Selalu je pakai t-shirt/jaket dan jeans sahaja. Bersama gitar dia. Tapi malam tu dia smart sangat seh.. yang menarik perhatian misai kontot dia tu. Kelakar tapi masih comel. Lagi yang kelakar bila dia menari. Kihkih. Keras, kaku, kayu. Selamba je aku kutuk. Tapi tu takpe, dia tetap kelihatan macho dan gentle. Pada awal persembahan tu je macam pelik sikit, apehal la si aizat ni bawa cawan ke hulu ke hilir???? Hahaha.

Ohhh... dan sukanya aku kalau aizat betul bercinta dengan yuna. Dorang macam serasi. Nampak low-profile dan matang masing-masing. Dulu dengan liyana jasmay macam tak sesuwei sebab liyana nampak kebudak-budakan dan 'kecoh'.

Apapun tahniah untuk aizat sebab membawa tuah pada lagu ni hingga boleh menang. Dan dah tentulah dia kerja keras jugak untuk jayakan lagu ni kan?? Juga pada yunalis zarai (yuna) pencipta lagu ni. Mungkin jugak aizat dan yuna boleh buat lagu dan nyanyi duet kan?? Hmmm.. gabungan yang best!

Sekian. Tata.

(kalau nak terus membebel panjang lagi ni)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan