Rabu, Jun 26, 2013

Favorite putu bambu tersedap menjilat jari!

Siapa suka kuih putu? Angkat tangan! Tak kisahlah putu piring atau bambu. Yang bambu bila bentuk dia yang panjang macam gula melaka seketul tu. Atau kata lain bambu=buluh. Kalau yang piring, bentuk leper tu. Bukan putu mayam ye, itu jenis lain punya. Hihi. Kuih putu bambu/piring ni salah satu kuih kesukaan aku dari dulu lagi.

Tapi bukan semua aku sebat je. Aku try dulu, dan kalau tak best aku takkan pernah beli lagi. Huhu. Setakat ni dari dulu sampai sekarang, putu paling sedapppp dan marvelessss ada di pasar malam taman melawati (see betapa sedap sampai aku taip berlebih p dan s...). Hihi.

 

Yang ada rasa pandan, warna hijau tah apa brand nama dia tah, aku tak berapa kena pulak. Still ni the best. Tepung dia cair di mulut, kelapa dia lemak je dan gula dia sedap. Atas ni gambar dia, pembungkus dia guna kertas putih. Tempat lain aku try ada je tak kena, gula terlebih manis la, kelapa kering dan tua la, lepas tu tepung rasa macam kesat (susah nak di jelaskan).

Tempat yang jual ni kat pasar malam taman melawati, yang dekat area-area kfc tu. Bukan yang dekat-dekat bawah jambatan tu. Korang cuba la. Cuba sekali, mesti nak lagi. Kalau taste kita sama la kot. Hehe.

Ahad, Jun 23, 2013

Jangkitan kuman paru-paru (part 2)

Wah... siap berpart-part lagi ye. Bukan apa, kesinambungannya aku nak ceritalah sikit keadaan anak aku selepas dia alami jangkitan kuman paru-paru tu. Dari info yang aku baca, sakit ni boleh melibatkan keadaan yang tak serius sampailah keadaan yang membahayakan nyawa.

Sejak dari tu, kalau dia demam dan batuk dia dah datang, itulah yang kami risau. Baru-baru ni, jumaat lepas baru pergi Hospital ampang. Minggu ni, badan dia rasa panas. Berjangkit dari kakak zara dia tu, dia selsema dan batuk. Badan dah mula rasa panas, selsema dia pun datang. Di ikuti dengan batuk. Nampak awal-awal macam tak teruk sangat. Hari rabu dah surut, batuk pun kurang.

Walaupun anak aku ni demam, tapi selera dia masih ok. Kecuali dia memang tak nak makan nasi. Tah macam mana, lepas dia minum nutrigen (tak sejuk), hari khamis tu batuk dia menjadi-jadi pulak. Malam tidur tak lena. Batuk-batuk dan muntah 2-3 kali jugak lah satu malam. Dah lah suami banyak kerja malam, aku lah bersengkang mata seorang. Kalau dia ada, bergilirlah kami.

Pagi jumaat tu dari subuh, lepas bagi dia minum susu (lepas tu terus muntah) dia tak nak tidur dah. Kadang ni peel dia, sebab batuk teruk dia tak nak baring/tidur. Dia fikir bila baring dan tidur, dia akan batuk dan muntah. Batuk dia pulak berterusan pagi tu, aku mula tak sedap hati. Makin teruk ni. Terus sms suami ajak pergi hospital terus lepas dia balik kerja pagi tu. Di sebabkan aku bekerja, so ambil time-off.

Dalam pukul 9 lebih, kami gerak. Wah parking macam biasalah susah yang amat. Aku suruh suami aku bawa anak masuk dulu ambil numbor, aku pergi parking kat luar. Fuh nasib baiklah tak lama. Kena tunggu 2 nombor je. Padahal dalam tu ramai tunggu giliran. Entah la bahagian apa pulak. Tunggu 10-15 minit je macam tu. Terus ke bilik 17, jumpa pegawai bertugas. Ambil berat anak. Hish time ni dia dah start, Dia tarik baju ayah dia. Hihi. Pegawai dah pening. Ya Allah baru ku tahu si anak makin banyak akal. Start pegawai tu nak check guna stetoskop tu, dia dah menangis. Dia suruh pujuk jangan nangis, dah puas juga kami pujuk tapi tak jalan. So tak dapat check. Terus dia tolak kami, masuk ke dalam bahagian ASMA. Kerusi bersusun kat situ untuk dapatkan rawatan Nebulizer tu. 

Doktor kaitkan jangkitan kuman paru-paru ni dengan asma. Pernah sebelum ni doktor tanya kami, ibu bapa ada asma tak? Kami jawab takde, famili pun takde. Soalan kedua, ayah merokok? Cepat aje aku jawab iye. Jadi di sini, jawapannya walaupun latar belakang famili ibu bapa takde asma, ibu atau bapa yang merokok juga punca anak kena asma. Dalam kes ni, ayah dia la yang merokok. Walaupun ayah dia merokok kat luar rumah tapi asap rokok tu melekat dekat baju+seluar+badan, maka bila si ayah mendukung anak, anak tu akan sedut asap rokok tu. Anda fahamkan? Info ni aku dapat dari rancangan WHI yang pernah aku tonton dulu. Bukan rekaan aku.

Ok bersambung, semasa nak bagi nebulizer tu kat si anak, astaga dia punya menangis rasa 1 hospital bergegar. Huhu. Sedih. Kami tak pernah dengar dia nangis sampai macam tu sekali. Mula kami pujuk secara lembut. Tapi dia still menangis tak nak. So doktor suruh paksa. Hati mak bapak mana nak buat ank secara kasar kan? Tapi kami kuatkan hati jugaklah. Masa ni kami berjumpa 2 doktor, mula doktor melayu then indian. Yang indian ni lah melayan kami. Sebab doktor yang mula macam tak boleh handle. Nak check hearbeat tak dapat, guna mesin nak read hearbeat pun tak dapat. Anak kami menangis je sepanjang kat sini. Dia dah pandai. Pada hari tu asif dapat rawatan sedut nebulizer tu saje la. Balik tu ubat bawah ni yang di bekalkan pada kami, ubat demam (paracetamol) dan antibiotik.

 
Ubat demam aku tak bagi langsung, memandangkan dari pemerhatian si anak dah tak demam lagi. Pegawai tu amik read 36. Jadi aku rasa tak perlu. Antibiotik ayah dia bagi sekali hari yang sama. Aku tengok dia dah makin baik, so aku tak bagi dah antibiotik. Maknanya cuma bagi sekali je. Bukan apa, aku tak naklah anak kami ni makan ubat banyak-banyak. Dia kecik lagi. Sebenarnya ubatan ni pun tak boleh untuk dia, tapi untuk tengok dia sihat, redha je la. Berdoa tak jadi apa-apa yang melarat. Semua kuasa Allah.


Ni hah bukan gambar terbaru asif, tapi ni gambar dia yang dekat dan tak berbaju. Motif aku tunjuk gambar ni? Supaya boleh tengok dada dia tu. Kata besfren kakak aku merangkap seperti kakak kami, dada jenis macam ni iaitu 'dada burung' biasa memang ada asma. Sebab? Anak saudara dia 2 orang alami asma yang teruk. Sampai beli ubat dan mesin beratus. Kira dah tahap teruk. Dada dia orang berbentuk macam ni katanya. Wallahualam. Keadaan mereka agak teruk sebab ayah mereka memang ada asma.

Ok antara tanda/gejala jangkitan kuman paru-paru/asma ni (yang asif alami) :
- demam
- batuk teruk
- muntah-muntah
- nafas berbunyi
- nafas laju

Kalau ada tanda ni, janganlah di lengahkan ye. Cepat bawa pergi jumpa doktor. Ada kes yang berat, sampai dia kehilangan anak dia yang masih kecik lagi. Pada mak/bapak yang merokok, berhentilah demi anak. Tak kasihan ke anak agaknya. Hmmm. Termasuklah untuk suamiku. Berkorbanlah untuk anak, tak boleh ke?? Ya Allah semoga asma asif tak teruk la. Semoga sakit dia ni akan sembuh seiring dengan peningkatan umurnya. Amin.

Rabu, Jun 19, 2013

Akhirnya yuna dan aizat serius

Rentetan dari coretan aku di SINI maka dengan gembiranya mewar-warkan akhirnya mereka serius sudah! Wow aku pulak yang over excited kan. Haha sesekali jadi 'gila' tak salah. Bukan serius bercinta tau cuma berduet (tapi kalau betul secara diam-diam apa salah juga kan. Hihi). Masing-masing masih single dan belum berpunya. Jodoh di tangan tuhan. Psssttt.. tajuk bukan main macam paparazi kan?? Boleh mengundang kontroversi.. :P

Korang try la dengar lagu baru mereka ni. Best tau. Lagu dia sempoi dan rileks je dengar. Meh aku bagi link. Dwihati tajuk lagu dia.


 
Sweetnya............ toing toing........ ^_^
 
 
Macam mana dah dengar? Best tak. Haha masing-masing punya pendapat lah kan. Apapun good job untuk mereka berdua ni.
 
Sejak kebelakangan ni, aizat macam more tu lagu atau muzik zaman dulu-dulu kan. Evergreen. Yang jeripah, dan terbaru dengan Noh Hujan tu. Tapi bila orang dah berbakat, best jadinya.
 
Pssssstttttt... yuna pulak sekarang ni hari-hari tengok kat iklan Kakaotalk tu. Ada Top jugak kau. Korang dah try pakai Kakaotalk? Aku baru merasa Wechat je. Itupun tumpang husband punya je. Hehe. Membe aku yang 'penggila setia' Top tu siap up status di mukabuku, "kalau pakai kakaotalk ni, boleh call free dengan Top ke??"...... Aiyakkk.... sabo je la.... Hahaha..
 
Ok adios.. mengambil masa up entri di tengah pagi buta ni (2 lebih tu), terjaga dari tidur melihatkan si anak yang tak berapa sihat. Demam. :(
 


Rabu, Jun 12, 2013

Mula berjalan pada umur berapa??

Pertama kali anak berjalan.. ni salah satu perkembangan yang dah tentunya para parents tak sabar tunggu kan?? Termasuklah aku dan suami. Lagi-lagi untuk anak pertama macam kami. Segala-gala tentang anak buat kami excited.

Di perhatikan perkembangan asif memang agak lambat sedikit seperti contoh dia mula pandai meniarap pada umur 5 bulan. Tapi aktif dia seperti biasa. Malah sekarang aktif sungguh sampaikan kami yang tengok ni naik letih. Hihi.

Yang betul-betul boleh di ambil kira anak kami mula pandai berjalan tanpa sokongan masa umur dia dah menginjak 1 tahun dan 2 bulan++ iaitu jatuh pada 29 mei lepas. Tarikh ni jatuh hari rabu, hari bekerja lah kan. Balik pada kerja aku tengok anak ni berjalan je, lama dari biasa. Sebelum-sebelum memang dia dah boleh berjalan atau erti kata lain bertatih. Paling lama dalam 10 tapak macam tu. Dan dia agak malas, bila dah jatuh dia tak nak atau tak reti bangun balik. Kalau nak bangun, kena bergantung pada something seperti dia akan pegang badan aku then dia bangun untuk jalan.

Tapi pada hari tu aku tengok, dia syok je berjalan. Lepas tu dah kuat angkat badan sendiri tanpa bantuan untuk bangun balik bila jatuh. Berjalan dari depan ke dapur, dari dapur ke depan. Dah stabil. Kuda-kuda dia dah kuat la kiranya. Hehe. Nampak dia seronok dengan kebolehan baru dia tu. And now, sangatlah tak reti duduk diam. Berjalan je. Duduk pun tah berapa minit je. Letih aku yang tengok ni. Terlebih tenaga.

Bab jatuh tu banyak kali jugak. Masih belajar la katakan. Lagi-lagi baru belajar pakai kasut untuk berjalan kat luar rumah. Aku yang excited, belikan la dia kasut tit tit tu. Ala kasut budak yang berbunyi tu bila berjalan. Ni untuk buat dia lagi seronok untuk jalan. Bila dia pakai kasut jadinya makin kerap jatuh. Kadang terpijak kaki sendiri. Kelakar jugak tengok, tapi selalu bagi semangat la suruh dia bangun balik. Yang tak boleh blah, bila dia macam nak berlari. Ada hati tu. Padahal baru pandai berjalan.

Sekarang hari-hari minta untuk bawa dia keluar rumah untuk dia main koman-koman kat ruang park kereta depan rumah. Still dalam pagar luar tu la. Main kejar-kejar, cak cak dan pusing keliling kereta. Bijak anak ni, di sebabkan dia nak keluar main sebelum aku masuk rumah bila balik dari kerja tu, dia dah standby tunggu. Di tahan aku dari masuk rumah. Dia yang keluar dulu. Aduhai. Makin penat la bila dia dah dapat kaki ni.

Tapi yang agak menyenangkan, bila nak tukar pampers atau nak mandikan dia. Aku cakap jom kita mandi/tukar pampers. So aku jalan dulu menuju ke dapur. Dia ikut belakang. Dah tak payah nak dukung. Tapi kalau dia tengah leka tengok tv atau bermain, lambat betul nak mengikut. Tengok belakang, aik takde pulak. Dah aku ke depan panggil lagi.

Lain-lain perkembangan dia sekarang (all in one la ye). Al maklum jarang buat entri sekarang. Hihi. Bukan sebab malas tapi takde masa dan ruang. Alasan..
- Hmmm... pandai suap. Bila minta dan cakap 'ibu nak, suap ibu..aaaaaaa' so nanti dia suap la tu. Tak kedekut.
- Gigi udah 5 batang, 3 atas dan 2 bawah.
- Bila nak ambik gambar dan cakap senyum... dia senyum lebar dan tunjuk segala gigi dia. Sambil jugak kerutkan mata dia.
- Pandai sebut kakak, nenek, mama. Ibu dan ayah belum pandai sebut. Huhu sedih.
- Boleh suai padan binatang dan bunyi. Contoh bunyi anjing macam mana?? gong gong gong. ayam?? kokoko. kambing?? bekkk. Tapi kadang ke laut jugak la atau pun dia buat tak tau je. Takde mood kononnya. Haha.
- Pandai merajuk! Kalau dia merajuk, dia terus baring meniarap sambil hentak kaki. Eh sapa la ajar. Ikut sapa agaknya?? Ayahnya kot. Hikhik.
- Pandai mengarah. Kalau dia tak suka cerita apa kita tengok, dia ambik remote control dan di baling kat kita. Maknanya suruh tukar kat cerita yang dia suka. Sekarang ni habit dia sangatlah suka movie kartun rio. Hari-hari ngadap. Tah sehari berapa kali. Kadang yang paling kelakar, dia ambik remote dan hala ke tv. Nak tukar sendiri la tu kononnya!! Gelak sakan aku tengok gelagat dia ni.
- Tak suka makan nasi. Alahai susahnya nak bagi dia makan sekarang ni. Bagi nestum pun langsung tak bersentuh. Dulu semua bila kita nak suap, dia nganga je. Sekarang ni dia macam tau je. Nak suap nasi je dia geleng. Lepas tu lari pergi jauh-jauh. Tapi kalau kami makan coklat atau keropok nak aje minta.

Ok la takat ni je celoteh. Buat tatapan diri sendiri jugak perkembangan anak bila dah setahun ni. Hihi.

Sabtu, Jun 08, 2013

Pertama kali ke Ikea

Hahhhh...ni cerita masa cuti umum Wesak day hari tu. Dah 2 minggu lepas kau. Baru ada masa nak buat entri ini. Percaya tak ini pertama kali aku pergi Ikea? Yang kat damansara tu. Setelah lama ada kat Malaysia ni dan setelah sekian lama jadi bualan sahabat dan saudara di sekeling aku, barulah kali ni ada peluang jejak ke Ikea ni. Itu pun secara tak sengaja.

Sebelum hari tu kami rancang kononlah nak pergi Jeram, port dickson, dan macam-macam lagi dan at last semua tak jadi. Apara. Kita orang memang biasa macam ni. Kalau di rancang tu mesti la tak jadi. Kena secara spontan orang kata.

Dapat pergi Ikea ni pun sebab adik aku ada appoinment nak jumpa customer dia. Dia ada la buat bisnes kecil-kecilan secara sambilan kan. Pergi time cuti, dapat agaklah mesti ramai orang. Sampai sana je, wow.. besar jugak ye Ikea ni. Sebelah dia Ikano eh. Tapi nampak memang syok la. Besar tempat dia. Anak buah aku dah kecoh la nak pergi main dekat kidszania tu. Nasib la anak aku belum reti lagi. Kalau tak, mereka berdua dah pakat merajuk la kalau tak dapat masuk situ.

Satu je aku taknak lepas peluang bila datang sini. Nak rasa meatball dia!! Hahaha. Yela memang kecoh pasal meatball dia ni. Pernah bekas kawan sekerja cakap 'hmmm..kalau ikea depan ni je, hari-hari aku makan meatball dia je!' See. Kau boleh agak kan macam mana sedap agaknya meatball ikea yang di sebut-sebut ni. Telan liur jugaklah aku dengar. Dan at last dapat merasa. Haha memang sedapla. Tapi kalau kau tengah kebulur, kena sabar lebih la. Peh orang beratur ramai gile. Aku just tunggu meja kami. Nak cari meja pun leceh la ramai sangat orang.

Aku ni memang boleh drive. Pergi kerja pun drive. Tapi tempat kerja sekarang ni beberapa langkah je pun. Dalam 10 minit je la. Dan aku memang sangat malas nak drive jauh. Kalau keluar dengan adik aku, pasti dia yang kena drive. Haha. That's why kenapa aku tak pernah sampai ikea yang femes ni ha. Teringin tapi malas membatasi. Ikea tak nak buka dekat Ampang ke?? Hihi.

Ok kat sana borong jugak lah kami. Time tu yang pergi, kami 4 beradik, anak buah, my son dan emak kami. So dewasa 5 orang dan budak 2 orang. Ngam satu kereta. Aku sempat la grab lampu comel tu. Yang bentuk bunga dan kumbang. Cantik. Time pergi ni hujung bulan la so duit tu dah nipis. Next time pergi nak kena standby duit lebih sikit. Geram dengan kabinet almari dia tu. Save ruang tau.

Sepanjang perjalanan kami dalam Ikea tu, si zara tak puas hati. Mama jom la pergi main-main. Dia nak masuk kidszania tu. Eh kidszona ke kidszania ke. Lupa sudah. Mama dia kata mahal, so tak masuklah. Aku pun tak tau berapa caj dia. Dan nak balik tu baru perasan ada tempat untuk permainan kanak-kanak kan?? Free pulak tu. Tapi kena capai ketinggian minimum dia. Tak sure berapa. Jawap pun macam mulut dia ada emas. Berat mulut.

Yang aku tak suka, staf-staf sini agak tak ramah la. Masa kat kaunter, aku tanya beg kena beli ke. Apa la salah kau jawab. Jangan la ingat semua orang hari-hari datang ikea ni. Aku siap mention ni pertama kali saya datang. Tapi dia buat macam pekak je. Kami beli kot, bukan free barang tu!

Minta maaf la, kat mana-mana kedai/kedai makan, pada aku la dia orang kena di beri latihan mesra pelanggan la. Dah la susah nak senyum. Bila tanya, buat pekak. Kena ingat, pelanggan yang bayar gaji korang. Kalau takde pelanggan, dah lingkup tempat kerja kau tu.

Hah lagi satu, korang jangan lupa singgah kat area sebelah kaunter ada tempat barang second hand. Mana la tau ada yang ok dan korang boleh grab. Adik aku kebetulan jumpa lampu meja. Still ok. Dari harga ratus turun ke puluh-puluh je. Dah saving kat situ. Nampak barang situ masih ok cuma mungkin sedikit calar, patah dsb.

Ok itu je nak cerita. Bye bye........ wassalam....