Sabtu, Oktober 20, 2012

Minyak ikan.........dan kisah aku

Assalam..... Korang mesti selalu atau pernah dengar 'Minyak ikan/fish oil' kan?? Khasiatnya banyak sangat, kalau nak tahu lebih lanjut tanya pakcik google saje la ye (bawah ni aku cuma senarai yang ringkas je). hihi.

Ok antara khasiat dia yang aku tahu dan baca ;
- tingkat kesihatan jantung
- tingkat kesihatan sistem imun / ketahanan badan
- tingkat kesihatan pinggang
- tingkat kekuatan dan stamina
- tingkatkan IQ (so bakal mommies dan mommies sekalian silalah amalkan ye. apa pun dapatkan nasihat doktor dulu for the best advice and suggestion

Apa yang aku ingat minyak ikan ni fungsinya tingkat ketahanan badan terhadap penyakit. Dulu kan aku pernah kerja farmasi, so sikit banyak aku tahu dan ingat sikit-sikit apa fungsi dan kebaikan vitamin-vitamin.

Opppssss... aku takde la amalkan sangat makan vitamin ni sebab aku ni agak pelupa dan ada sakit 'M' nak makan vitamin. hehe. Tapi aku ada terbaca satu artikel kisah ni di facebook, anak-anak pada seorang makcik ni semua berjaya. So dia cakap dia tak amalkan makan apa pun cuma suami dia selalu suruh dan sediakan susu untuk di minum dan minyak ikan untuk di telan semasa dia mengandung if tak silap. Tapi aku ni kan dah selamat melahirkan buah hati kesayanganku tapi still menyusukan anakku so tak salah nak start sekarang kan? Maknanya apa yang aku makan, anakku pun akan dapat rasa dan khasiatnya. Usaha je la, untuk diri sendiri jugak. Siapa taknak anak yang bijak dan sihat. Tapi ni pun dengan kuasa dan keizinan Allah kan.

Vitamin ni dah lama aku beli tapi terperap dan lama je start nak makan. Sebelum puasa hari tu kalau tak silap. hehe.

Brand Naturalle. 1000mg. 18% EPA dan 12% DHA. Dalam sebotol ni ada 60 biji softgel. Aku beli yang value pack. Ada 2 kotak harga dalam RM 35 lebih macam tu.

 
 

Ok kisahnya..... mula-mula setiap hari aku telan sebiji. Dan seperti biasa, bila dah beberapa hari amalkan, tup-tup dah lupa nak makan. alasaaannn. hihi.

Sampaila bulan lepas, badan anakku terasa panas. Mula la kami risau, tepek cool fever pada anak. Yang emak dah suruh bagi ubat demam sebelum dia melarat. Aku dan suami buat lengah je la. Ikut hati tak suka nak bagi ubat sangat ni. Kalau terdesak dan takde cara je baru la bagi. Then malam tu aku telan vitamin minyak ikan tu, dan aku breastfeed je dia time malam waktu tidur tu walau susu takla meriah. Dan alhamdulillah esok paginya dah kurang panas badan dia. Petang memang dah kebah dan keluar peluh. Dia dah aktif seperti biasa.

Dan kejadian kedua pada bulan ni, hari yang sama anak aku kena cucuk untuk 6 bulan dan petang tu badan dia start rasa panas nak demam. Tepek cool fever dan lapkan badan dia dengan tuala basah untuk kurangkan panas. Aku ihktiar lagi dengan telan vitamin ni dan paksa dia breastfeed dengan kerap. Dan alhamdulillah esoknya dah kebah. Syukur sangat.

Kejadian ketiga pada bulan ni jugak, anak aku batuk-batuk (berjangkit dari aku kot) sampaikan beberapa kali tukar baju sebab muntah. Susu yang dia minum muntah keluar balik semua di sebabkan batuk. Aku ikhtiar cara yang sama. Alhamdulillah malam yang sama time tidur dan esoknya dah tak batuk lagi. Syukur Allah.

Kalau betul la sebab vitamin ni demam dan batuk anak aku ni kebah cepat, nampaknya memang berkesan untuk aku dan anak. Juga dengan keizinan-Nya. That's why aku nak share. Hopefully ada yang terbuka hati nak cuba/amalkan dan boleh share betul ke apa yang aku alami ni. Tak salah kan? Tak membawa keburukan pun kan. Insyallah.

Selasa, Oktober 16, 2012

Gaya baru......

Hah ni bukan gaya baru stylo-mylo tu...haha...tapi gaya tidur anakku setelah menginjak 6 bulan lebih ni...sejak dia dah pandai meniarap dan menelentang balik ni...aiiisyyy memang penat okey....masa mula-mula tidur letak cantik je sebelah aku... aiii tak sampai berapa minit dah dia pusing-pusing (sekarang dah pandai tidur meniarap), tengok-tengok bila bangun malam dia nak menyusu takdenya kedudukan dia elok macam baru start tidur tadi. paling syok, dia ada kat kaki aku..hai la anak....katil memang kena kepung dengan bantal la sekarang ni.

Sampaikan ibu dia ni nak jatuh katil sebabkan dia menghimpit ke arah aku.hahaha.kalau aku jenis tidur mati, memang dah tergolek pun. si ayahnya dah lama mengalah tidur bawah. kesian. demi keselesaan anak. habis satu katil dia kongker.

** lebih kurang gini la keadaanya. buahahahaha..

Okey tu baru pasal cara dia tidur sekarang ni.. lain-lain perkembangan;
- naik walker bukan main laju..kalau ke dapur tu mak aiii...lajuuu...kalau aku pergi dapur, dengar dia datang dengan walker dia dan tengok-tengok dah ada belakang aku..
- check-up untuk 6 bulan hari tu tak banyak naik berat badan dia..dari 7.3 ke 7.6.. sikit kan?? mana tak, sekarang memang dia dah lasak/aktif. bila bagi baring, sibuk meniarap dan menelentang. bila bagi duduk, nak sekejap je then minta berdiri, sibuk pulak melompat. letih. bagi naik walker, habis satu rumah dia terjah. aduhai..
- aku dah bagi dia makan nasi+sayur yang di blender. berselera dia.alhamdulillah.susu pun kuat minum jugak.
- suka kalau orang gelak sebab kerenah dia. konon dia pegang la kaki dia masa baring, aku saja gelak macam suka+kelakar dengan kerenah dia tu, wah bukan main galak dia buat lagi sambil gelak-gelak.
- nak tidur kena ikut kemahuan dia. kadang nak di dukung sambil enjut-enjut (macam buai tu). kalau taknak, dia marah-marah dan kejungkan badan dia. so cuba pulak baringkan dia mengiring dan melekap untuk menyusu. kalau dah senyap ok la tu, dah kena. so dia akan senyap dan tidur. huhu.
- orang kata, bayi ni bila dah besar sikit so dah tak bangun malam. erm takdenye la. anak aku ni mesti 2-3 kali bangun malam untuk menyusu.
- aiyo dah pandai nak ikut bila nampak orang pakai tudung. pernah akak aku nyakat dia, buat-buat pakai tudung nak keluar dan-dan tu jugak nak dukung kat akak aku. haha. bijak-bijak kata akak aku.
- mulutnya bising.. bababababa... mamamamama...

Khamis, Oktober 04, 2012

Confirm dapat anak lelaki bila....

Salah satu cara nak tau jantina anak masa dalam perut ialah melalui scan tapi bukanlah 100% betul. Banyak kes salah jugak.

Dulu masa aku hamil, hanya beberapa kali aku scan :-

1st : 18/8/2011 - 6 minggu (klinik swasta)
Masa ni nak konfirm yang aku mengandung atau tak.cuma nampak bayangan macam seketul biji buah epal.sah mengandung.

2nd : 20/12/2011 - 26 minggu (klinik ampang)
Time ni la detect anak lelaki sebab nampak 'buah' tut dia dengan jelas.hehe.ni pun secara tak sengaja buat scan.masa buat ultrasound kira denyutan jantung baby dengan nurse, dorang tak dapat detect so kena refer to doktor la.masa ni pun cuma fikir keselamatan baby, bila nurse cakap tak dengar denyutan jantung baby aku dah takut dan risau sangat.tengah scan,
doc : nampak tak jantung baby awak tu?? (nampak berdegup, alhamdulillah)
aku : so semua selamat kan doktor?
doc : ye selamat. erm awak nak tau tak jantina anak awak ni?? (eh2 ye la.bagai pucuk di cita ulam mendatang)
aku : boleh jugak doktor. anak ape ye?? (hehe saja taknak tunjuk excited)
doc : anak lelaki, insyallah. nampak tak ni?? (sambil cursor dia tunjuk skrin tu, nampak la terapung 'buah' tut anakku. :P) Insyallah kemungkinan besar memang baby boy la ni.tunjuk terang.aku senyum je.
Tapi takdela gambar di print bagai kan.

3rd : 17/2/2012 - 32 minggu (klinik ampang)
Di sebabkan masa pertama dan last scan masa kat klinik ni tunjuk baby dalam keadaan breech, dia kata nanti akan buat scan lagi untuk tengok keadaan baby, dah pusing atau belum.so minggu 32 ni buat scan kali kedua kat klinik ampang ni.alhamdulillah dah dalam kedudukan 'dalam lorong' (cephalic).ni pun takde gambar, tapi aku suruh suami aku rekod guna henfon.hihi.ade la kenangan tu.

4th : 22/3/2012 - 36 minggu (doktor pakar @ klinik ampang)
Yang kali ni memang prosedur dorang kot.untuk buat scan bila dah dekat nak bersalin.time ni la doktor pakar yang turun dari hospital ampang detect air ketuban aku kurang dan akan di induce.dan admit la aku pada petang yang sama. huhu.

Jadi kesimpulannya, aku hanya buat scan bila perlu. ye, aku teringin jugak buat 3d 4d scan bagai tapi suami aku kata tak perlu. 'nanti dah lahir, u tengok la puas-puas hari-hari'. huhu. baiklah suamiku.

** ni hanya contoh gambar tau. macam ni la yang masa scan detect anak lelaki tu. bulat merah tu nampak la terapung. hehe.

Selasa, Oktober 02, 2012

Jantina anak dalam kandungan : anak lelaki

Bersambungan dari coretan aku tentang 'Petua meramal jantina anak dalam kandungan' semasa mengandung dulu, skarang nak imbas balik apa yang aku alami semasa pembawaan anak lelaki pertamaku.

Jom selidik satu-persatu :

1- perut melebar ke tepi, girl. perut memuncung ke depan, boy.
Komen aku : Setuju. perut aku membuncit/memuncung ke depan belah bawah, bayangkan macam buah pear tu. kan dia membulat bahagian bawah je (lebih kurang la tu)

2- tidur selalu mengiring ke kiri, girl. mengiring ke kanan, boy.

Komen aku : Setuju. time tu aku memang suka sangat tidur mengadap kanan. Padahal suami belah kiri aku, awal-awal minta maaf takut tersinggung pulak kan.hehe.

3- pergerakan dalam perut selalu rasa belah kiri, girl. belah kanan, boy.

Komen aku : Setuju. Yang ni di rasa masa kandungan dah 8 bulan macam tu. bila baby dah pusing kepala ke bawah. masa 7 bulan ke bawah kandunganku dalam kedudukan 'breech' - bahagian kepala belah kanan perutku dan bahagian kaki belah kiri. Ini berdasarkan bila buat monthly check-up nurse check dan denyutan jantung di detect belah kanan perutku. (bila si dia dah membesar 8 bulan selalu terasa bahagian tulang dia yang tajam macam lutut kat bahagian atas perutku.pegang2.comel.so sweet)

4- suka makan manis-manis, girl. suka makan masam-masam, boy.

Komen aku : Yang ni tak pasti. awal-awal aku suka nak makan asam sebab terasa mulut payau, pahit dan air liur banyak. loya kan. tapi suami larang, tak baik untuk kesihatan dan minda si baby nanti. tapi bila dah cecah 6-7 bulan aku suka pulak manis-manis. choc ais blended macam ketagih kau. sedap gila rasanya. lagi-lagi yang secret recipe punye. slurrppp...hihi.

5- alahan biasa-biasa/takde, girl. kalau alahan teruk sampai minum pun nak muntah balik, boy.

Komen aku : Tak setuju. syukur aku takde alahan apa. cuma masa awal kehamilan, loya di pagi hari. dah la masa tu bulan puasa. ponteng gak la 2-3 hari. huhu. makan minum semua sedap.

6- suka mekap dan melawa, girl. tak suka mekap dan selekeh semacam, boy.

Komen aku : Tak pasti sebab aku memang jenis tak suka bermekap. just pakai bedak dan pelembap bibir je. :) (tapi takla selekeh kot.kikiki)

7- malas buat segala kerja, girl. rajin buat segala kerja, boy.

Komen aku : Tak setuju. aku rajin dan malas ikut mood. huhu. tapi tak selalu tidur sangat la sebab takde alahan apa kan. kalau bermalasan sangat, mak aku ada nak sound. :P nanti susah nak bersalin katanya. of coz la takut kan. tapi syukur larat kerja sampai 9 bulan dan saat akhir melahirkan.

8- muka berseri, girl. muka tak semenggah/tak berseri, boy.

Komen aku : Tak pasti. tapi pada aku takde yang lain kot. orang pun takde komen apa pasal raut wajah aku. kawan-kawan pun tak cakap apa. (tapi seorang saudara aku, dapat anak lelaki dan masa mengandung nampak sangat muka dia berubah sikit 'tak cantik' dan nampak pucat. tak
tau jugak kalau sebab kurang darah/hb rendah masa hamil)

Tambahan aku :
9- Sepanjang hamil, check-up bulanan denyutan jantung bayi dalam perut selalu 140/seminit. paling rendah 138. ada terbaca, denyutan jantung bayi lelaki lebih tinggi berbanding perempuan.

10- Anak buah perempuan (belah suami), yang jarang sangat jumpa dan bila kami berjumpa masa balik kampung, dia rapat dengan aku. siap nak duduk riba aku. maknya kata dia selalu tak macam tu. susah nak mesra dengan orang yang dia jarang jumpa. jadi depa teka-teka aku hamil baby lelaki dan tekaan tu betul. :D

11- Dengan tiba-tiba aku suka tengok perlawanan bola. tak pasal aku memberikan sokongan pada pasukan bola malaysia. haha. gigih tengok perlawanan kat tv dari awal sampai akhir. seumur hidup tak pernah macam tu.

Erm ini je kot hal besar yang aku alami masa kehamilan yang lepas. apa pun lain orang, lain yang di alami dan pengalaman mereka ye. :)