Assalam dan selamat hari jumaat! hooreyyy..(bila da hari jumaat senyum melebor je.haha)
Insyallah lagi dalam 4 bulan lebih nak menjalani hidup sebagai seorang ibu. perasaan takyah cakapla. excited. tapi takmau keterlaluan, selagi belum tiba masanya kita hanya boleh bersikap sederhana. apa situasi pun. kalau over excited takut jadi lain, kite hanya merancang tapi tuhan yg menentukan. hanya mampu berdoa selalu.
Macam tertarik bile ada yang tanya dah scan ke?baby boy or girl? honestly tak tau pun lagi. tah macam nak scan, macam tak nak. leh tak camtu? hihi.
Orang dulu-dulu mana ada scan-scan ni kan? dorang main teka je. apa yang aku dapat info dari pembacaan dan cakap-cakap orang, petua nak tau baby boy or girl dalam kandungan ialah;
1- perut melebar ke tepi, girl. perut memuncung ke depan, boy.
2- tidur selalu mengiring ke kiri, girl. mengiring ke kanan, boy.
3- pergerakan dalam perut selalu rasa belah kiri, girl. belah kanan, boy.
4- suka makan manis-manis, girl. suka makan masam-masam, boy.
5- alahan biasa-biasa/takde, girl. kalau alahan teruk sampai minum pun nak muntah balik, boy.
(ni sangat tak pasti, if tak silap alahan kan ikut ketahanan badan. tapi ikut pemerhatian masa akak aku memamg takde alahan apa langsung, so dapat anak buah girl.hihi)
6- suka mekap dan melawa, girl. tak suka mekap dan selekeh semacam, boy.
7- malas buat segala kerja, girl. rajin buat segala kerja, boy.
8- muka berseri, girl. muka tak semenggah/tak berseri, boy.
(yang part ni aku ada baca sebaliknya, iaitu muka tak berseri dapat girl sebab seri si ibu dah di ambik/di tarik oleh anak dalam kandungan..wallahualam)
Ini je la antara yang aku ingat. banyak lagi sebenarnya petua-petua tu. antara betul atau tak, apa pun jangan letak percaya 100% takut kang harap lain, yang keluar lain. sedangkan kalau buat scan pun tak tentu kesahihannya lagi.
p/s : lusa dah raya haji/aidiladha, aku nak ucap selamat hari raya aidiladha pada semua. tak sabar nak makan rendang. walau raya haji je, rumah aku tetap buat rendang macam raya aidilfitri. yeyyy. raya rumah sini pulak tu. hikhik. lalalalalala........(sng hati betul!)....
Jumaat, November 04, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betul3..selalu dengar gak ni..tp ade org ckp kl malas boy, rajin girl..sebab die selalu ikut perwatakan kan..apa2 pun girl or boy tetap anugerah terindahkan..take care mom to be!
BalasPadammy lil baby..insyaAllah a boy...so i approved tips 1, 2, 3, 4 .. so same like me..hehe
BalasPadamkina : btl tu awak.hmmm.. kadang2 agak konfius dgn komen2 org sekeliling kite, ade yg ckp gini tp org lain ckp sebaliknye.hehe.
BalasPadammissrhana:anyway congrats, xkisah boy or girl yg pntg baby sihat kan?sy belum pun scan lagi.nk agak sendiri tak reti la.:)