Raya hari tu semasa di kampung suami, aku sakit kepala..
" i sakit kepala la, tolong urut kejap.. " (aku kalau sakit kepala suka di urut kepala berbeza dengan suamiku. huhu.
" ada isi ni
" i kuat makan la sekarang. baru lepas makan tadi, ni dah lapar lagi! "
" biasa la tu, makan untuk yang dalam tu sekali "
Isk2... kenapa ye suamiku ni? dah tak sabar nak anak ke-2 ke??
Tapi memang aku missed time aku mengandung, rasa sweet je. usap-usap perut. rasa benda gerak-gerak dalam perut. rasa comellllll.... hahaha..
Dulu sebelum aku di sahkan mengandung, suamiku selalu berulang cakap dah ada baby dalam perut (walhal masa tu buat test kit tu pun -ve belum dapat detect), usap perut aku.. pelik gile aku masa tu, ape ke buang tabiat orang tua ni..
Bila dah sah mengandung... dia suka tapi macam rileks je, ibarat orang dah tau awal-awal..
Dan suamiku nak anak lelaki... aku cakap dia, jangan mengharap sangat ye, nanti frust... tapi dengan confident dia cakap "anak lelaki ni percaya la.."
Aku suka untuk dapat anak ke-2 tapi bukan buat masa ni. yang ni pun masih kecil. banyak segi belum stabil. penat tu jaga baby. hehe. alamak anakku dah bangun..ok tata...wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan