Jumaat, September 28, 2012

Cemburu. Baik atau buruk? Macam mana nak atasi.

Assalam...

Malam ni nak cerita yang lebih santai sikit. Jeles aka cemburu - rasa marah, sakit hati bila orang di sayang/di cintai di dekati orang lain.

Lagi satu makna - sakit hati bila orang lain lebih dari kita tak kira dari sudut pangkat, kekayaan, pelajaran atau apa sahaja. Yang ni taknak di amalkan ok. Kalau dari sudut positif sebagai pembakar semangat tak apa la.
Contoh," aku cemburu dengan si polan tu, muda-muda dah jadi manager. Ye la orang ada degree dan rezeki sebelahi dia. Aku pun nak jadi macam dia la. Aku nak sambung belajar dan  target 2 tahun lagi nak jadi manager jugak!". Hah kan tu dah jadi aura positif pada diri kita.

Cemburu pada orang kita sayang memang sinonim la. Lagi-lagi pakwe/makwe, suami/isteri dsb.
Baik
- kata orang cemburu tanda sayang. memang betul la tu. kalau takde rasa cemburu tu, petanda kita takde rasa sayang/cinta pada dia. tak banyak, sikit tu mesti ada la.
- eratkan hubungan. kan ke bila cemburu, akan jadi la gaduh-gaduh manja. lepas tu ada la adegan pujuk-memujuk. hihi.
- bagi hint pada seseorang yang kita sayang/cinta pada dia. ni bagi kes cinta dalam diam la kan. :)
Buruk
- boleh jadi perbalahan besar la. silap-silap boleh naik kaki dan tangan. bagi yang panas-baran, control la ye cemburu anda tu.
- boleh sebabkan terputus hubungan. bila pasangan dah fed-up so blah la dia.

Cara nak atasi cemburu
1- Percaya dan yakin pada pasangan
2- Berhenti syak/berkhayal yang dia ada orang lain
3- Berfikir positif. Berzikir bagus jugak untuk tenangkan diri.
4- Buat perkara lain - sibukkan la dengah facebook ke, blog ke. hihi
5- Siasat - hmmm kalau dah tak dapat elak lagi rasa cemburu tu, siasat la apa yang patut.

Cerita aku pasal cemburu
Cemburu dengan suami tu dah pasti. dulu masa bercinta pun banyak kali gaduh pasal cemburu. hehe. yang penting jangan cemburu buta dan keterlaluan.

Yang aku nak cerita ni pasal cemburu dengan kawan. huhu. korang mesti ada alami kan bila kawan yang kita rapat tiba-tiba rapat dengan orang lain. masa aku tingkatan 2, aku rapat dengan girl ni, indian. dia sweet orangnya. aku panggil dia (S) la ye. budak lelaki sebangsa dia, memang ramai la yang minat. haha. tapi dia je yang tak layan. orangnya dah la pemurah, tak berkira dengan aku. selalu belanja tak kira masa. dia kira orang senang la, pernah datang sekali rumah dia dulu.

Masa kitorang syok buat aktiviti sama-sama, rehat sama. kadang balik lambat, study sama, ada la sorang girl india ni (panggil A ok) jugak berkawan dengan kawan aku ni. Tapi kawan aku ni rapat lebih dengan aku. Satu hari si A siap bagi surat dekat S. Aiii...macam orang bercinta. hehe. rupanya isi dalam dia pasal dia jeles S rapat dengan aku dan tak peduli dia. Aku rasa macam....eh2 kenapa pulak dia cemburu? Sampai la satu masa, kawan aku S tu rapat dengan kawan lain (tak ingat pulak sape). Tiba-tiba aku rasa marah dan benci dia. Pelikkan? So sampai habis sekolah menengah aku tak pernah nak tegur dia lagi da. Saling tak bertegur. Dia ada cuba tegur aku, tapi ego aku tinggi masa tu. Sekarang fikir aku macam menyesal pulak. Tapi tu la, cerita masa budak mentah kan. Rindu dengan dia. So berkawan biarlah berpada-pada ye. Tak perlu la cemburu bila dia rapat dengan orang lain. Lebih baik lagi kita pun join la dorang tu kan.

P/s : Cemburu itu boleh, tapi please control dan jangan keterlaluan sampai hilang kewarasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan