Jiwa yang aku maksudkan bukanlah cinta atau berkenaan seorang lelaki. Tetapi aku maksudkan jiwa - apa yang aku minat, aku suka buat. Berkaitan kerja, masa depan. Selama ni aku rasa aku kerja tak sepenuh jiwa, hanya niat selesaikan tugas dan amanah sebab aku adalah seorang pekerja.
Bidang aku adalah akaun. Studi ambik akaun. Sekolah menengah pun aliran akaun. Dulu... cita-cita aku nak jadi doktor, then akauntan dan pilihan akhir nak jadi cikgu kot kalau tak silap aku. Tapi bila di fikir balik sekarang ni, tiga-tiga pekerjaan ni aku tak minat. Kadang-kadang fikir kenapalah tak di bukakan mata pada banyak bidang kerja sebenarnya ada di Malaysia ni. Terutamanya cikgu-cikgu mungkin boleh terangkan serba ringkas apa kerja ada di Malaysia/dunia ni semasa sekolah menengah.
Memang... bidang kerja tu di ilhamkan bila tengok pada apa yang kita minat. Contoh, suka ilmu-ilmu kimia so alirannya sains la masa sekolah menengah kan? Tapi bidang sains ni bukan sekadar kerja doktor, boleh jadi ahli kimia dsb. Doktor pun ada banyak bidang - doktor haiwan, doktor gigi dsb. Tapi aku tak terfikir masa sekolah dulu. So memang betul lah pengalaman mendewasakan kita. Isk... panjang pulak aku membebel..
Sejak 2-3 tahun lepas aku baru rasa yang sebenarnya aku minat meniaga. Aku suka menjual. Seronok bila ada yang membeli. Puas dan gembira. Aku rasa aku ikut sikit-sikit minat arwah ayah aku. Dulu dia banyak pengalaman meniaga. Tapi tak la yang melibatkan ribu-ribu atau juta-juta kan. hihi. Pernah jual aiskrim, cendol, seluar jeans, kain sutera dsb. Dan ayah aku ni tak suka kerja bawah orang.
Masa arwah ligat meniaga aku tak lah tolong apa pun. Sebab masa tu aku kecik lagi dan tak reti apa-apa sangat. Yang tau datang kedai dan minta cendol kat mak. Haha. Tu je la yang aku ingat. Bila dah sekolah menengah, aku tolong makcik aku meniaga burger waktu malam. Isk.. seronok tak terkata la, mana tak.. dapat duit poket kan. Dapat lah gaji sikit. Ni antara kisah silam aku yang sweet untuk di kenang.
Dan baru ni aku start buat partime kat satu tempat. Bidang FnB (food and beverage). Tapi tak perlu memasak, antara francais terkenal kat Malaysia ni. Penat sikit tapi seronok. Kerja 4 jam rasa macam sekejap je. Mula-mula yang aku fikir ape tau tak. Aku nak belajar cara dia operate, cara dia membuat produk dia then aku nak implement atau ubahsuai untuk buat bisnes FnB, mungkin di masa akan datang. See. Semua yang aku hadapi dalam hidup ni fikir nak buat bisnes je. Tapi apakan daya, modal jadi halangan. Dulu, masa tak cukup sebab kerja ofis hour. Sekarang, masa banyak tapi modal terhad. Oh.. tapi bisnes partime aku still jalan, cuma sekarang nak buat secara offline pulak. Bestnya kalau aku anak orang kaya, tak payah fikir nak kumpul modal. Nak bisnes? Jalan je. Huhu. Sekarang ni, dalam kepala otak aku banyak sangat idea.
Ya Allah... permudahkan lah jalanku dan semoga aku dapat genggam 'jiwa' aku dengan jayanya suatu hari nanti. amin.
Rabu, September 19, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan