Assalamualaikum..
Sebelum memulakan coretan, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina ya pada yang meraikannya. Kitakan 1 Malaysia? ^_^ Hurmmm... ya kita dah masuk tahun 2017. Dan ini entri pertama saya. Azam? Pasti la ada tapi biar la saya simpan sendiri. Tahun ni mesti kerja keras. Double work hard!
Sekarang sedang counting days untuk sambut hari lahir anak-anak bertuah saya iaitu bulan 3 nanti. Nampak macam lama, tapi saya pasti ia akan datang dengan cepat. Putera sulung 25 Mac dan putera kedua 21 Mac. Beza 4 hari kalau hitung pada hari la.
Hampir nak masuk setahun da anak kedua tu. Jadi ni nak kongsi petua atau makanan yang boleh bantu banyakkan susu badan ibu-ibu:
1- lobak putih - mak saya just masakkan berkuah jernih je masa dalam pantang hari tu
2- pegaga - makan mentah atau fresh gitu je masa makan nasi
3- daun pokok cili - ni perkongsian dari makcik saudara. pernah try masa pantang yang pertama. masak berkuah jernih je
4- kurma - buat kudapan
Actually atas ni saya more amalkan masa dalam pantang. Dalam pantang kan kena jaga makan semua. Tak boleh sebarang nanti bentan. Lepas pantang, bantai la makan apa pun yang tak effect ke badan kita. Try and error sebenarnya nak tengok makanan mana sesuai dengan badan kita dalam hal banyakkan susu. Ada menjadi, tapi tidak pada orang lain.
Tapi please set dalam minda, nak banyak susu kena kerap bagi bayi/anak susu, sama ada straight nyusu dari badan. Atau bagi ibu yang dah start kerja kena pam ikut jadual. Setiap 2-3 jam. Maybe lain kali boleh kongsi pasal cara pam dan sebagainya ya.
Dan alhamdulillah, saya berjaya menyusukan anak kedua ni hingga saat ni. Juga berjaya selesaikan penyusuan eksklusif 6 bulan pada dia. Syukur tercapai jua. Sebab dulu anak pertama, awal-awal dah campur susu formula. Sebab? Kurang ilmu dan mudah mengalah dengan tekanan sekeliling.
Okey sampai sini dulu. Wassalam. ^_^
Sabtu, Januari 28, 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan