Assalam..
Tajuk lain macam je kan? Faham itu apa yang ibu baru melahirkan fikirkan atau rasakan. Mommy please jangan set dalam minda macam tu tau. Susu ada! Dan cukup untuk bayi anda! Jangan sesekali ragui itu. Tak payah stok beribu dalam peti ais tu mommy.
Pengalamanku, anak kedua jugak alami kesusahan atau kesukaran pasal susu badan masa awal melahirkan. Korang ingat bila anak kedua terus susu badan banyak? Tidak sama sekali! Ni nak kongsi supaya mak2, mommy2, ibu2 atau apa panggilan je la untuk tidak putus asa. Sabar don't ever give up!
Sejurus lahirkan Ammar putera keduaku, masuk ke wad aku cuba susukan dia. Setitik dua je keluar. Memang susah hati la. Lepas tu datang nurse yang nasihat pasal susu, macam mana mak boleh susukan anak? Dia tanya. Boleh tapi tak banyak. Ada setitik dua je. Eh okey la tu! Kata nurse tu. Tak apa meh kita tengok macam mana mak bagi susu. Walau anak kedua tetap la kekok tau. Nurse tu tolong betul kan posisi dan lekapan yang betul. Thanks so much nurse berkenaan. Mak..mak jangan risau tau, sua je kat baby. Banyak la ni susu.
Masa tu anakku memang tak pandai hisap lagi. Maka kena tolong picit sekitar kawasan hitam buah dada untuk keluarkan susu badan. Sebab tak ada apa masalah esoknya dah boleh balik. Dah bawak balik rumah mak aku, anak aku nangis-nangis masa tu. Ada mak mertua aku sekali dan keluarga yang lain. Kenapa la orang tua ni bila bayi nangis je fikir tak cukup susu? Kolot sangat! Semua nak paksa bagi air masak. Mak mertua aku siap willing pergi ambil kat dapur. Masa tu aku dah stress.
Tapi aku masih bertahan nak bagi susu badan. Tak beli susu formula langsung. Lusanya mak aku urut part tertentu. Termasuk dada untuk bagi lancar pengeluaran susu. Mak aku tau aku bengang. Mak kita je la kan faham perangai kita ni. Masa ni mak mertua dah balik. Tapi tak la terus memancut susu tu after urut tu. Still keluar 2-3 titik je. Bila si anak selalu nangis, mak aku pun terfikir dia tak cukup susu. Hmmm mula da. Tapi seorang mak tetap la aku risau tentang anak aku ni. Betul ke tak cukup susu?
Esoknya iaitu bersamaan hari ke-3 kat rumah, aku macam hampir give up. Aku sms suami suruh beli susu formula untuk standby. Dalam hati masih berharap nak bagi susu badan je. Da la dengan anak aku tu tak pandai hisap puting badan. Tah macam mana tengahari tu, aku try buat marmet (keluarkan susu cara manual guna tangan), susu banyak keluar. Bukan setitik2 lagi. Memancut bila di tekan. Alhamdulillah. Aku suruh suami bagi susu tu. Susu formula yang dah standby memang saja aku lengahkan nak bagi. Susu formula tu terus aku perap je. Lama2 anak aku pun dah pandai menghisap dari badan atas bantuan emakku. Terima kasih mak.
Jadi aku nak tekan kan kat sini apa yang perlu buat (berdasar pengalamanku) untuk banyakkan susu masa awal melahirkan. Jadi info pada aku jugak untuk anak kemudian nanti ^_^
1- kentalkan hati+pekakkan telinga kalau ada yang cakap susu tak ada/tak cukup
2- buat urutan sekitar dada. ini aku tak pakar,mak aku yang buat. urutan tu just ibarat nak bagi urat atau 'jalan' susu tu lancar. Urut sekeliling dada, urutan dari luar ke dalam. atau boleh cuba google ya.
3- petua lain lancarkan susu badan: sikat sekitar buah dada (dari luar ke dalam/puting), masa mandi dan rambut basah, hujung rambut tu usap kat sekeliling puting sambil selawat dan niat lancar serta banyakkan susu
4- makan makanan yang banyakkan susu. mak kerap masak lobak putih. susu melimpah terus :)
5- pastikan ada pam susu.bagiku ni sangat membantu.cepatkan masa ya jugak.kalau mampu beli yang elektrik double.aku sekarang pakai lacte double.best.
Wassalam.. :)
Selasa, Januari 31, 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Assalam sis.. Boleh x whatsapp sye di 0129717311 sye Nk tnya ttg Mgtt sis Lps bersalin ank pertama Tue.. Email sye munirah161@gmail.com ..tlg yer
BalasPadamBetul tu sis, pernah alami juga, alhamdulillah berjaya susukan plus ambil set berpantang dan menyusu shaklee as a milk booster :)
BalasPadamSaya Pengedar Berdaftar Shaklee
Salam yana..sy eani.maaf nk ty sgt apa langkah awak masa dapat tau mgtt lepas bersalin tinggi ea..sy pun baru dapat result.maaf.post di tempat lain.ni no sy.nak minta tips.0192722411.thanks ya
BalasPadam