Ahad, Ogos 27, 2017

Nuffnang oh nuffnang

Assalamualaikum..

Apa kabar uols? Hmmm... nak up entri pun makin ke laut bila dapat tahu nuffnang dah lama tak menempel kat blog i ni. Nak merajukla!!

Sampai hati u tau nuffnang. I setia dengan u dari tahun 2008 lagi. Dari i time muda remaja sampai la ni dah anak dua. Tup tup since Februari 2017 takde satu pun iklan. Tau la i dan blog i ni tak femes. Tetiba ber i dan u pulak. Emosi ok. Haha.



Tengok la tu. Last iklan 10 februari 2017. Memang la tak berkepuk pun tapi ada masa income ciput ni membantu jugak. Pernah la merasa dua kali cash out. Thanks nuffnang. Kalau dulu sebulan sampai berbelas iklan masuk. Tapi sekarang hampa. Huhu. Kalau nak stop masuk iklan kat blog i ni pun at least bagitahu maybe prosedur da tukar, kena blogview 10k contoh la. Kena up entri tiap hari ka. 

Dah hantar tiket dan komplen. Katanya sedang ada masalah. Hmmmmm... takpa la. Semoga ada jalan penyelesaian dan ada lagi rezeki dengan nuffnang ni nah. 

Selamat hari kemerdekaan & raya aidiladha.

Isnin, Ogos 14, 2017

Resepi cucur viral

Assalamualaikum... 

Selamat hari isnin yang mendung. Saja nak kongsi resepi cucur yang tengah viral hot sekarang ni. Resepi asal tak pasti siapa punya. 

Resepi yang ringkas dan mudah. Buat minum pagi atau petang memang syok woo.

Jom kita cekidaut bahan dia;

2 cawan tepung gandum
2 cawan air panas..betul2 panas tau
3 sudu besar gula
Garam secubit

Campur tepung gandum, gula, garam...kacau. Then bubuh air panas dan kacau...dah elok kejadiannya tunggu sejuk baru gentel bulat2 ye dengan tangan. Ikut besar yang korang nak la. Biar sedap mata memandang gitu.

Masa gentel tu, tangan kena basahkan dengan air. If not dia melekat-lekat. Lepas tu goreng la. Goreng biar cucur tenggelam separuh ok.

Tadaaa... siap untuk di makan.



Selasa, Ogos 01, 2017

Perkembangan anak

"SETIAP PERKEMBANGAN ANAK BERBEZA" 

Memang setiap perkembangan anak berbeza, tapi kalau 24 jam buka tv dirumah.
Setiap kali anak menangis disuakan handphone.
Handphone dah jadi macam "bantal busuk" atau puting anak.
Dikurungnya pula di dalam baby cot 24 jam sambil tengok tv. 
Makan bubur hingga umur 6 tahun. 
Tiada komunikasi dengan anak dan sebagainya. 
Tidak pernah bawa anak keluar berjumpa orang lain sebab takut berjangkit penyakit. 

Nak atau taknak percaya saya cakap terpulang pada mak ayah. Tapi sini saya kongsikan kesan jangka panjang yang selalu saya jumpa: 

1. Anak menangis ➡ Bagi handphone ➡ Anggap handphone sebagai ubat penenang ➡ Setiap kali menangis akan expect dapat handphone ➡ Tak dapat handphone ➡ Tantrum ➡ Speech delayed ➡ Tiada eye contact dan masalah sosial  ➡ Masalah tingkah laku dan masalah mengurus emosi

2. Letak dalam baby cot 24 jam ➡ Kurang merangkak atau berjalan, duduk setempat ➡ Tak pandai melompat di umur 3 tahun ➡ Tak pandai naik turun tangga di umur 4 tahun ➡ Gross motor delay ➡ Speech delay ➡ Lenguh bila duduk lama di kerusi ➡ Masalah pembelajaran

3. Makan bubur hingga umur 6 tahun ➡ Kurang rangsangan oral motor ➡ Speech delay and picky eater

5. Gadget ➡ Tidak berminat main bola atau main permainan normal kanak-kanak ➡ Kurang rangsangan deria sentuhan ➡ Delayed fine motor ➡ Susah untuk menulis ➡ Masalah pembelajaran

6. Gadget atau tv ➡ Tidak dengar apabila nama dipanggil ➡ Masalah terhadap Auditory Filtering ➡ Tidak pandai menapis bunyi mana yang penting dan tidak penting ➡ Speech Delay dan masalah fokus ➡ Masalah potty train ➡ Masalah pembelajaran

7. Overprotective ➡ Semua tak boleh main ➡ Kurang rangsangan deria sentuhan ➡ Geli nak makan sendiri ➡ Tak pandai butang baju sendiri ➡ Geli nak cuci berak sendiri ➡ Fine motor delay ➡ Masalah potty training ➡ Masalah skil urus diri ➡ Kurang keyakinan diri 

8. Terlebih rangsangan bunyi dari gadget atau tv ➡ Tak pandai bezakan bunyi kuat dan bunyi perlahan ➡ Takut bunyi blender atau vacuum ➡ Speech delay 

9. Semua mak buat sampai umur 6 tahun ➡ Makan bersuap ➡ Baju seluar dipakaikan ➡ Tidak pandai menulis ➡ Tak pandai makan sendiri ➡ Tak pandai baju seluar sendiri ➡ Pakai diaper ➡ "Tangan keras" tak pandai kutip benda halus ➡ Delayed fine motor

Bila setiap kali jumpa kes-kes diatas, saya jadi sedih. Sebab bagi saya kebanyakan berpunca dari kesilapan parenting, tapi lagi sedih ada mak ayah yang "denial" tak nak sedar kesilapan diri sendiri. Dibiarkan berlarutan tanpa belajar rawatan yang bersesuaian untuk anak. Bila dah umur 7 tahun baru kelam kabut, masa itu "tangan dah keras", "lidah pun keras" nak belajar. Progress jadi lambat berbanding anak yang dirawat seawal umur 2-3 tahun. 

Ingat ya, anak dibawah umur 2 tahun belajar apa apa melalui rangsangan sensori. Ini bukan saya cakap, tapi Jean Piaget yang cakap melalui  Teori Perkembangan Kognitif. Saya bukanlah teori person yang pegang pada semua teori tanpa amali. Ini semua berdasarkan pengalaman dah pemerhatian saya. 

Saya pun bukanlah ibu yang perfect, ada juga tengok tv dengan anak. Tapi kalau dah Allah jadikan anak kita istimewa, lambat perkembangan redhalah. Tapi sebelum redha, banyakkan usaha untuk merangsang perkembangan dia. Letakkan tawakal selepas usaha. Jangan terlampau selesa dengan "setiap perkembangan anak berbeza" tapi di rumah tidak pernah merangsang perkembangan anak dan tidak membantu anak.

Kalau tidak tahu macam mana nak merangsang perkembangan anak, belajar dari orang yang sepatutnya bukannya dari Encik Google semata-mata.

Credit:Maryam Jamadi 

Isnin, Julai 31, 2017

Doa untuk mencari barang yang hilang

Assalamualaikum.

Dah 5 bulan tak update blog rupanya. Busy sangat mengalahkan menteri gamaknya. Pejam celik dah setahun menjadi WAHM. Apa tu? Work at home mother. Ala buat bisnes online jer. Ya ya boleh je goyang kaki tak buat bisnes online tapi bosan la. Haha. Lagipun ada komitmen perlu diselesaikan.

Ala macam biasa.. terpanjang bebel pulak. Sebelum aku terlupa, nak simpan dan share kat blog ni satu doa atau ayat yang in sha Allah (dengan izin Allah) lepas baca akan terjumpa barang yang hilang. Alkisah terbaca kisah seseorang ni hilang dompet dan minta bantuan seorang ustaz, tak silap ustaz luthfi namanya. Dan ayat ni lah yang dicadangkan.

Dan kebetulan beberapa hari lepas tu seorang saudaraku hilang gelang emas kesayangannya, pemberian neneknya. Dia up status di facebook. So aku cadangkan baca ayat ni. Alhamdulillah aku terfikir nak skrinshot dan simpan dalam galeri henfon aku ni.

Doa atau ayat tu adalah SURAH AL-IMRAN, AYAT 9, DI BACA SEBANYAK 41 KALI. Selepas selesai baca, berdoalah mintak pada Allah dibuka pintu hati & dibuka hijab supaya terjumpa balik barang yang hilang tersebut.

Dan alhamdulillah saudara aku tu baca dan jumpa balik gelang dia. Dicelah-celah fail tempat dia bekerja. Dan lagi salah seorang kawan facebook dia pun ada hilang subang telinga anak dia dan lepas baca doa tu jumpa balik subang tersebut. Dia mengaku yang dia baca doa tu dari komen yang aku tinggalkan tentang doa atau ayat atas ni.

Semoga bermanfaat buat semua. Aminn.

Selasa, Januari 31, 2017

Susu badan tak ada? Bohong tu.

Assalam..

Tajuk lain macam je kan? Faham itu apa yang ibu baru melahirkan fikirkan atau rasakan. Mommy please jangan set dalam minda macam tu tau. Susu ada! Dan cukup untuk bayi anda! Jangan sesekali ragui itu. Tak payah stok beribu dalam peti ais tu mommy.

Pengalamanku, anak kedua jugak alami kesusahan atau kesukaran pasal susu badan masa awal melahirkan. Korang ingat bila anak kedua terus susu badan banyak? Tidak sama sekali! Ni nak kongsi supaya mak2, mommy2, ibu2 atau apa panggilan je la untuk tidak putus asa. Sabar don't ever give up!

Sejurus lahirkan Ammar putera keduaku, masuk ke wad aku cuba susukan dia. Setitik dua je keluar. Memang susah hati la. Lepas tu datang nurse yang nasihat pasal susu, macam mana mak boleh susukan anak? Dia tanya. Boleh tapi tak banyak. Ada setitik dua je. Eh okey la tu! Kata nurse tu. Tak apa meh kita tengok macam mana mak bagi susu. Walau anak kedua tetap la kekok tau. Nurse tu tolong betul kan posisi dan lekapan yang betul. Thanks so much nurse berkenaan. Mak..mak jangan risau tau, sua je kat baby. Banyak la ni susu.

Masa tu anakku memang tak pandai hisap lagi. Maka kena tolong picit sekitar kawasan hitam buah dada untuk keluarkan susu badan. Sebab tak ada apa masalah esoknya dah boleh balik. Dah bawak balik rumah mak aku, anak aku nangis-nangis masa tu. Ada mak mertua aku sekali dan keluarga yang lain. Kenapa la orang tua ni bila bayi nangis je fikir tak cukup susu? Kolot sangat! Semua nak paksa bagi air masak. Mak mertua aku siap willing pergi ambil kat dapur. Masa tu aku dah stress.

Tapi aku masih bertahan nak bagi susu badan. Tak beli susu formula langsung. Lusanya mak aku urut part tertentu. Termasuk dada untuk bagi lancar pengeluaran susu. Mak aku tau aku bengang. Mak kita je la kan faham perangai kita ni. Masa ni mak mertua dah balik. Tapi tak la terus memancut susu tu after urut tu. Still keluar 2-3 titik je. Bila si anak selalu nangis, mak aku pun terfikir dia tak cukup susu. Hmmm mula da. Tapi seorang mak tetap la aku risau tentang anak aku ni. Betul ke tak cukup susu?

Esoknya iaitu bersamaan hari ke-3 kat rumah, aku macam hampir give up. Aku sms suami suruh beli susu formula untuk standby. Dalam hati masih berharap nak bagi susu badan je. Da la dengan anak aku tu tak pandai hisap puting badan. Tah macam mana tengahari tu, aku try buat marmet (keluarkan susu cara manual guna tangan), susu banyak keluar. Bukan setitik2 lagi. Memancut bila di tekan. Alhamdulillah. Aku suruh suami bagi susu tu. Susu formula yang dah standby memang saja aku lengahkan nak bagi. Susu formula tu terus aku perap je. Lama2 anak aku pun dah pandai menghisap dari badan atas bantuan emakku. Terima kasih mak.

Jadi aku nak tekan kan kat sini apa yang perlu buat (berdasar pengalamanku) untuk banyakkan susu masa awal melahirkan. Jadi info pada aku jugak untuk anak kemudian nanti ^_^
1- kentalkan hati+pekakkan telinga kalau ada yang cakap susu tak ada/tak cukup
2- buat urutan sekitar dada. ini aku tak pakar,mak aku yang buat. urutan tu just ibarat nak bagi urat atau 'jalan' susu tu lancar. Urut sekeliling dada, urutan dari luar ke dalam. atau boleh cuba google ya.
3- petua lain lancarkan susu badan: sikat sekitar buah dada (dari luar ke dalam/puting), masa mandi dan rambut basah, hujung rambut tu usap kat sekeliling puting sambil selawat dan niat lancar serta banyakkan susu
4- makan makanan yang banyakkan susu. mak kerap masak lobak putih. susu melimpah terus :)
5- pastikan ada pam susu.bagiku ni sangat membantu.cepatkan masa ya jugak.kalau mampu beli yang elektrik double.aku sekarang pakai lacte double.best.

Wassalam.. :)

Sabtu, Januari 28, 2017

Makanan yang membantu banyakkan susu badan

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan coretan, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina ya pada yang meraikannya. Kitakan 1 Malaysia? ^_^ Hurmmm... ya kita dah masuk tahun 2017. Dan ini entri pertama saya. Azam? Pasti la ada tapi biar la saya simpan sendiri. Tahun ni mesti kerja keras. Double work hard!

Sekarang sedang counting days untuk sambut hari lahir anak-anak bertuah saya iaitu bulan 3 nanti. Nampak macam lama, tapi saya pasti ia akan datang dengan cepat. Putera sulung 25 Mac dan putera kedua 21 Mac. Beza 4 hari kalau hitung pada hari la.

Hampir nak masuk setahun da anak kedua tu. Jadi ni nak kongsi petua atau makanan yang boleh bantu banyakkan susu badan ibu-ibu:
1- lobak putih - mak saya just masakkan berkuah jernih je masa dalam pantang hari tu
2- pegaga -  makan mentah atau fresh gitu je masa makan nasi
3- daun pokok cili - ni perkongsian dari makcik saudara. pernah try masa pantang yang pertama. masak berkuah jernih je
4- kurma - buat kudapan

Actually atas ni saya more amalkan masa dalam pantang. Dalam pantang kan kena jaga makan semua. Tak boleh sebarang nanti bentan. Lepas pantang, bantai la makan apa pun yang tak effect ke badan kita. Try and error sebenarnya nak tengok makanan mana sesuai dengan badan kita dalam hal banyakkan susu. Ada menjadi, tapi tidak pada orang lain. 

Tapi please set dalam minda, nak banyak susu kena kerap bagi bayi/anak susu, sama ada straight nyusu dari badan. Atau bagi ibu yang dah start kerja kena pam ikut jadual. Setiap 2-3 jam. Maybe lain kali boleh kongsi pasal cara pam dan sebagainya ya. 

Dan alhamdulillah, saya berjaya menyusukan anak kedua ni hingga saat ni. Juga berjaya selesaikan penyusuan eksklusif 6 bulan pada dia. Syukur tercapai jua. Sebab dulu anak pertama, awal-awal dah campur susu formula. Sebab? Kurang ilmu dan mudah mengalah dengan tekanan sekeliling. 

Okey sampai sini dulu. Wassalam. ^_^