Assalamualaikum...
Awal bulan hari tu, 8.6.2014 berkesempatan hadiri majlis sanding kawan ofis suamiku. Tema garden gitu. Best tempat dia. Kawasan di seliputi hutan. Tapi sebab kami datang ngam-ngam pukul 1 lebih time matahari tegak atas kepala, so terasa la kepanasannya.
Ini pertama kali aku dengar pasal tempat ni. Kawasannya di area hulu langat. Kalau dari carrefour ampang (sekarang di kenali sebagai aeon big ampang), terus je masuk ke dalam. Lebih kurang 7km. Fuh berpeluh jugak la naik bukit oiii. Semput kereta aku. Haha. Memang jauh la, dah kata 7km lebih, kan?? Tapi tak terasa sangat sebab jalan ke sana kan lengang. Means tak jem la. Jadi takde banyak halangannya. Kalau bawa laju, dalam setengah jam sampai kot dari aeon big tu. Tapi aku bawa berhemah, slow motion je. Hahaha.
Tempat ni sangat sesuai untuk bakal pengantin yang nak suasana aman, damai, hening di kelilingi hutan. Ala tema taman la. Kalau buat malam mesti seronok. Letak lampu banyak-banyak. Romantik. Hihi. Dan akan terasa kesejukan dek kerana flora di sekelilingnya. Pasal rate aku memang tak tahu ok. Sila survey sendiri. Buahahaha. Gambar yang sempat aku snap...
Gambar pelamin ambik sipi-sipi je dari corner hujung tu. Dasar malas nak berjalan. Perut kenyang suka hati, manyakkkk gumbira. Simple je pelamin dia. Pengantin berbaju tema warna pink belacan kalau tak silap. Gambar kami dengan pengantin ada, tapi tak nak tunjuk. Kusut masai kami sebab kepanasan. So simpan je la buat kenangan kami.
Bakal pengantin boleh buat sini kalau berminat ye. Hahaha. Macam promote pulak. Dah la takde dapat apa-apa komisen pun tau. Ok la tata... wassalam...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan