Assalamualaikum.......
Genap hari ni dah 3 tahun usia perkahwinan aku dan suami. Terasa cepat masa berlalu. Serius aku tidak menghitung hari untuk sampai ke tarikh hari ni. Semalam tiba-tiba aku terfikir sesuatu, eh macam ada sesuatu sepatutnya awal bulan 6 ni. Tapi apa ye? Hari ulangtahun adik beradik dan emak tak pulak. Rupanya... adoi boleh terlupa. Tidak la maksudnya tidak istimewa ok.
Lepas tu hari ni saja tanya suami, hari ni hari apa ye? Ingat tak? Ada ke cakap hari ulangtahun aku? Ahh..dia bohong. Sebab tiap kali hari ulangtahun aku, dia tak pernah lupa dan selalu jadi orang pertama yang wish. Dia ingat tapi buat lupa. Mungkin. Suami aku ni suka bergurau, tu kadang buat aku geram. Aku cakap serius, dia gurau pulak. Sabar je la.
Takde hadiah istimewa. Takpela kalau ada yang nak kata, ala kesiannya. Do i care? Cukup dengan kata i love u. Yang ikhlas dari hati dia. Aku tak romantik. Suami aku pun sama. Hanya dari perbuatan dapat lihat rasa cinta kami. Hanya kami berdua yang dapat merasakannya. Cewah. Hahaha.
Buat suamiku....
Tiada madah, tiada kata indah untukku luah
Sedang kau tahu aku bukan seorang pujangga
Hanya tulisan buatku bicara
Seandainya kau tahu dan pasti dapat kau rasa
Dalamnya sayang dan cintaku padamu
Saat aku memilih kau menjadi teman hidupku di tarikh 4 jun 2011
Aku tidak mahu istana megah
Aku tidak mahu emas melimpah
Hanya setiamu itu aku inginkan
Aku mahu kau ada, bila aku susah dan senang
Nukilan: yana aka heartbee
Ps : Tak berapa nak ada idea, cukup la yang ringkas dan ada isi hatiku. :) Kalau la suamiku membaca entri ini. Seriously aku tak pernah bagi address blog aku ni. Haha. Pandai-pandai la dia cari.
Rabu, Jun 04, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan