Isnin, Mei 19, 2014

Merawis. Siapa tahu??

Assalamualaikum.......

Al-kisah bulan 3 hari tu kan aku dan sebahagian familiku ada pergi ke tanjung pinang, indonesia. Untuk menghadiri majlis kahwin anak kepada adik perempuan arwah ayahku di sana. Pergi untuk 4 hari. Ya bila dah kata adik kepada arwah ayahku tinggal di sana, makanya memang kami ada darah indonesia. Dari emak dan arwah ayah jua.

Boleh kata besar-besaran sebab ada majlis sanding macam sini jugak. Ini pertama kali aku tengok majlis kahwin serta adatnya di indonesia. Salah satu adatnya adalah merawis. Bila aku dengar, aku terus tanya "merawis tu apa? macam mana?". Bila di terang sikit oleh mereka, oh rupanya dia ala-ala majlis malam berinai dengan di sertai iringan kumpulan muzik. Sebelum tu, ada jugak bacaan ayat suci al-Quran di bacakan oleh seorang pakcik yang agak tua.

Menarik bagi aku, sebab masa aku dulu, selepas menikah di hari Sabtu dan malam tu yang orang panggil malam berinai. Bukan? Betul atau salah? Tapi tu hanya sebagai panggilan sahaja. Sebab inai dah di pakai malam sebelumnya lagi, hari sebelum pernikahan. Itu pun nama je malam berinai tapi cuma ambil gambar dan posing-posing suami isteri atas pelamin. Di sambil sebelum bergambar tu, buat kenduri kesyukuran sedikit.

Tapi mereka malam tu memang bakal pengantin di pakaikan inai. Yang lelaki di sediakan tilam dan bantal dekat tepi ruang tamu tu, untuk dia landing dan selesakan diri semasa di inaikan. Yang perempuan, pakai inai dalam bilik. Sebab mereka belum nikah bukan? Tapi.. ada tapinya... ada ke patut bakal pengantin lelaki tu tidur dekat situ? Di rumah tu? Bukan ke tak manis. Tadinya aku macam "oh bagus..sebab mereka di asingkan sebab nak jaga 'kemanisan'  masing-masing". Macam melayu jugak, tak elok bila dah dekat tarikh majlis untuk kedua-duanya berjumpa bukan? So negatifnya di situ. Walaupun bakal pengantin lelaki tu hanya tidur di ruang tamu. Semalaman kot inai tu tak di tanggal, aku pun tak pasti. Bab itu aku tak ambik tahu. Aku dulu pakai inai pun entah ada ke 1 jam terus aku cuci dan tanggal. Hahaha. Zaman dah moden beb, pakai inai yang instant saja. Lagipun bukan penting sangat inai tu. Hihi bagi aku la kan.

Hah meh kita ambik tahu sikit apa itu merawis? Tambah ilmu dan info tak salah bukan?

..........................................................................................

Marawis

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Marawis adalah salah satu jenis "band tepuk" dengan perkusi sebagai alat musik utamanya. Musik ini merupakan kolaborasi antara kesenian Timur Tengah dan Betawi, dan memiliki unsur keagamaan yang kental. Itu tercermin dari berbagai lirik lagu yang dibawakan yang merupakan pujian dan kecintaan kepada Sang Pencipta.
Sejarah
Kesenian marawis berasal dari negara timur tengah terutama dari Yaman. Nama marawis diambil dari nama salah satu alat musik yang dipergunakan dalam kesenian ini. Secara keseluruhan, musik ini menggunakan hajir (gendang besar) berdiameter 45 Cm dengan tinggi 60-70 Cm, marawis (gendang kecil) berdiameter 20 Cm dengan tinggi 19 Cm, dumbuk atau (jimbe) (sejenis gendang yang berbentuk seperti dandang, memiliki diameter yang berbeda pada kedua sisinya), serta dua potong kayu bulat berdiameter sepuluh sentimeter. Kadang kala perkusi dilengkapi dengan tamborin atau krecekdan [Symbal] yang berdiameter kecil. Lagu-lagu yang berirama gambus atau padang pasir dinyanyikan sambil diiringi jenis pukulan tertentu
Dalam Katalog Pekan Musik Daerah, Dinas Kebudayaan DKI, 1997, terdapat tiga jenis pukulan atau nada, yaitu zapin, sarah, dan zahefah. Pukulan zapin mengiringi lagu-lagu gembira pada saat pentas di panggung, seperti lagu berbalas pantun. Nada zapin adalah nada yang sering digunakan untuk mengiringi lagu-lagu pujian kepada Nabi Muhammad SAW (shalawat). Tempo nada zafin lebih lambat dan tidak terlalu menghentak, sehingga banyak juga digunakan dalam mengiringi lagu-lagu Melayu.
Pukulan sarah dipakai untuk mengarak pengantin. Sedangkan zahefah mengiringi lagu di majlis. Kedua nada itu lebih banyak digunakan untuk irama yang menghentak dan membangkitkan semangat. Dalam marawis juga dikenal istilah ngepang yang artinya berbalasan memukul dan ngangkat. Selain mengiringi acara hajatan seperti sunatan dan pesta perkawinan, marawis juga kerap dipentaskan dalam acara-acara seni-budaya Islam.
Jumlah Pemain
Musik ini dimainkan oleh minimal sembilan atau sepuluh orang. Setiap orang memainkan satu buah alat sambil bernyanyi. Terkadang, untuk membangkitkan semangat, beberapa orang dari kelompok tersebut bergerak sesuai dengan irama lagu. Semua pemainnya pria, dengan busana gamis dan celana panjang, serta berpeci. namun ada juga wanita. Uniknya, pemain marawis bersifat turun temurun. Sebagian besar masih dalam hubungan darah - kakek, cucu, dan keponakan. Sekarang hampir di setiap wilayah terdapat marawis. 
.........................................................................................

Oh panggilan betul dia marawis sebenarnya. Aku salah dengar ke? Atau bila di sebut jadi merawis? Haha sama je la kan. Yang penting, apa yang aku lihat masa tu dengan penerangan maksud atas ni memang sama. Aku ada buat rekod sikit lagu mereka tapi entah hilang ke mana. Mungkin ada dekat adik aku. Gambar je ada satu ni.














Yang lelaki hujung tu berbaju melayu ungu tu la pengantin lelakinya (maaf muka terpaksa di tutup untuk elak di cam.haha). Dia sedang di pakaikan inai sambil mendengar merawis ni. Dan dah di sediakan tilam serta bantal. Huhu. Hmmm... best jugak la merawis ni sebab pakai kompang dan gendang kan. Asif suka siap goyang badan. Oh ya, aku suka sangat hiasan dalam rumah mereka. Cantik. Kalau di sini, yang di hias cantik hanya pelamin dan bilik, kan? Tu tak nampak dinding-dinding, semua di tutupi kain dan bahagian atas di pasang macam kertas gold.

Keesokan hari, barulah mereka menikah di sebelah pagi dan kemudian terus sanding di pelamin. Surau tempat mereka nikah dekat je so senang la sikit. Ada bertukar-tukar baju jugak. Tak ingat pulak berapa kali tukar. Yang pasti majlis mereka ni sampai tengah malam ok!?? Sebelah malam ada sesi menyanyi dan karaoke. Betul-betul have fun. Tapi kami tak join tengok, sebab asif tidur awal pulak bila kat sana. Mungkin sebab penat. Lagipun takde mood sebab sepatutnya tengahari tu kami dah balik tapi tak jadi sebab takde feri. Huhu memori. Apa yang paling aku bersyukur ialah asif sihat sepanjang kat sana. aku cuma takut dia demam je. Kalau batuk tu takut melarat dan datang sesak nafas dia. Nasib semuanya ok. Ni jugak pertama kali aku jejak kaki ke bumi indonesia. Hihi. Ok la tata...... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan