Rabu, Mei 21, 2014

Percubaan membuat kek mentega

Assalamualaikum.......

Kelmarin iaitu hari isnin, aku berkesempatan membuat kek mentega atau nama orang putihnya butter cake. Entah tiba-tiba teringin makan kek mentega mengikut citarasaku. Dari minggu lepas, aku sibuklah meng'google' resepi membuat kek mentega. Aku suka yang gebu, macam basah-basah dan padat. Tak suka yang ringan dan ala-ala sponge kek tu. So terjumpa dengan resepi ini. Dan ini kali pertama buat kek mentega ni. 

Fuh sedap mengikut citarasaku la! Marveles! Ceh puji diri sendiri nampak. Semalam je da habis tau. Memang terasa la lembut, padat dan berlemak dia tu. Nyam nyam!! Bahan dan cara buat pun senang gila la. Cuma pakai 5 bahan je.

Ok kita tengok resepi asal dia dulu;

250gm pure butter
250gm tepung naik sendiri
180gm gula kastor
4 biji telur
1/2 cawan susu segar 

Bawah ni bahan yang aku guna. Aku ada derhaka sikit dengan resipi iaitu menambah bilangan telur (konon nak lebih rasa lemak la). Tapi di sebabkan butter ni cuma 227gm berat dia, so aku kurangkan semua bahan dengan menolak 23gm (250gm-227gm). Faham, kan??

Senang cerita;

227gm anchor pure butter
227gm blukey tepung naik sendiri
150gm gula kastor (masih kurangkan lagi sikit, sepatut 157.haha)
5 biji telur
1/2 cawan susu

Ok... jangan ikut macam aku la ye. Kalau nak kek tu menjadi sebijik dengan resepi asal, ikut je la bulat-bulat dengan resepi asal. Hihi. Ni kes aku bajet cuma nak sebijik butter. Kang lebih tepung dari butter, jadi kurang sedap pulak. Penyelesainnya, aku kurangkan semua ikut kurangnya butter tu. Haha. Oh ye, gula tu walau aku letak 150gm masih rasa manis bila makan untuk potong ke2 dan seterusnya. Jadi pada yang suka ala manis buah mungkin boleh kurangkan ke 120gm. Ikut citarasa anda la. 



Cara membuat;
1- Pukul butter dan gula kastor sampai kembang (start dari slow, medium dan laju)
2- Masukkan tepung dan telur sebijik-sebijik. Masuk telur sebijik then tepung, selang seli sampai habis
3- Masukkan susu segar dan pukul sampai kembang
4- Dah siap, masukkan dalam loyang dan adjust oven dengan suhu 180 selama 40 minit 

Senang kan?? Aku tak ambik gambar untuk semua step masa aku buat. Buat dengan sebelah tangan pegang mixer. Hah time buat kek ni pulak mixer aku nak buat hal. Tengah pukul butter dengan gula boleh pulak dia stuck kat bahagian leher yang untuk naik dan turun tu, so tak boleh naik atau turun untuk aku kacau adunan tu. Hishhh geram betul! Setengah jam nak setel, tak boleh-boleh. Aku ambik screwdriver then aku umpil je. Puas hati!! Haha. Then terpaksa la pegang dengan tangan kepala mixer tu. Huhu. Nasib badan.



Proses awal pukul butter dan gula


Proses akhir dan hasilnya sebelum di bakar. Nampak cair gila kan?? Haha 


Masuk dalam loyang





Nampak tak tu? Kegebuan dan kelembapan dia tu. Rasa lemak dia. Nyam nyam!! Bak kata dari cerita p.ramlee "Walaupun rupa luarku buruk tetapi.... (sambung sendiri.haha)"

Tapi nampak macam kurang kembang kan? Mungkin sebab terlebih telur. Masa dalam oven, nampak kembang dan naik mencanak. Tapi bila dah di keluarkan dia mengecut sikit. Takpe la masih rasa maveles. Next time, mesti cuba lagi!! 

Hah yang bawah ni anak dara yang rajin sangat tolong. Zara, anak buah kesayangan. Selalu memang dia yang excited bila aku cakap nak buat kek. Dia la yang nak buat semua. "bila yaya nak tolong?" "yaya nak buat apa?" "boring la yaya tak buat apa pun". So kena sediakan kerja untuk dia. Kalau terus macam ni memang bagus. Walaupun kerja-kerja dia tak la bersih mana, tak la seperti yang kita inginkan. Tapi untuk melatih dia buat kerja dapur jugak kan? Hmmm... kena jugak dapatkan anak gegirl ni. Haha.




Isnin, Mei 19, 2014

Merawis. Siapa tahu??

Assalamualaikum.......

Al-kisah bulan 3 hari tu kan aku dan sebahagian familiku ada pergi ke tanjung pinang, indonesia. Untuk menghadiri majlis kahwin anak kepada adik perempuan arwah ayahku di sana. Pergi untuk 4 hari. Ya bila dah kata adik kepada arwah ayahku tinggal di sana, makanya memang kami ada darah indonesia. Dari emak dan arwah ayah jua.

Boleh kata besar-besaran sebab ada majlis sanding macam sini jugak. Ini pertama kali aku tengok majlis kahwin serta adatnya di indonesia. Salah satu adatnya adalah merawis. Bila aku dengar, aku terus tanya "merawis tu apa? macam mana?". Bila di terang sikit oleh mereka, oh rupanya dia ala-ala majlis malam berinai dengan di sertai iringan kumpulan muzik. Sebelum tu, ada jugak bacaan ayat suci al-Quran di bacakan oleh seorang pakcik yang agak tua.

Menarik bagi aku, sebab masa aku dulu, selepas menikah di hari Sabtu dan malam tu yang orang panggil malam berinai. Bukan? Betul atau salah? Tapi tu hanya sebagai panggilan sahaja. Sebab inai dah di pakai malam sebelumnya lagi, hari sebelum pernikahan. Itu pun nama je malam berinai tapi cuma ambil gambar dan posing-posing suami isteri atas pelamin. Di sambil sebelum bergambar tu, buat kenduri kesyukuran sedikit.

Tapi mereka malam tu memang bakal pengantin di pakaikan inai. Yang lelaki di sediakan tilam dan bantal dekat tepi ruang tamu tu, untuk dia landing dan selesakan diri semasa di inaikan. Yang perempuan, pakai inai dalam bilik. Sebab mereka belum nikah bukan? Tapi.. ada tapinya... ada ke patut bakal pengantin lelaki tu tidur dekat situ? Di rumah tu? Bukan ke tak manis. Tadinya aku macam "oh bagus..sebab mereka di asingkan sebab nak jaga 'kemanisan'  masing-masing". Macam melayu jugak, tak elok bila dah dekat tarikh majlis untuk kedua-duanya berjumpa bukan? So negatifnya di situ. Walaupun bakal pengantin lelaki tu hanya tidur di ruang tamu. Semalaman kot inai tu tak di tanggal, aku pun tak pasti. Bab itu aku tak ambik tahu. Aku dulu pakai inai pun entah ada ke 1 jam terus aku cuci dan tanggal. Hahaha. Zaman dah moden beb, pakai inai yang instant saja. Lagipun bukan penting sangat inai tu. Hihi bagi aku la kan.

Hah meh kita ambik tahu sikit apa itu merawis? Tambah ilmu dan info tak salah bukan?

..........................................................................................

Marawis

Dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Marawis adalah salah satu jenis "band tepuk" dengan perkusi sebagai alat musik utamanya. Musik ini merupakan kolaborasi antara kesenian Timur Tengah dan Betawi, dan memiliki unsur keagamaan yang kental. Itu tercermin dari berbagai lirik lagu yang dibawakan yang merupakan pujian dan kecintaan kepada Sang Pencipta.
Sejarah
Kesenian marawis berasal dari negara timur tengah terutama dari Yaman. Nama marawis diambil dari nama salah satu alat musik yang dipergunakan dalam kesenian ini. Secara keseluruhan, musik ini menggunakan hajir (gendang besar) berdiameter 45 Cm dengan tinggi 60-70 Cm, marawis (gendang kecil) berdiameter 20 Cm dengan tinggi 19 Cm, dumbuk atau (jimbe) (sejenis gendang yang berbentuk seperti dandang, memiliki diameter yang berbeda pada kedua sisinya), serta dua potong kayu bulat berdiameter sepuluh sentimeter. Kadang kala perkusi dilengkapi dengan tamborin atau krecekdan [Symbal] yang berdiameter kecil. Lagu-lagu yang berirama gambus atau padang pasir dinyanyikan sambil diiringi jenis pukulan tertentu
Dalam Katalog Pekan Musik Daerah, Dinas Kebudayaan DKI, 1997, terdapat tiga jenis pukulan atau nada, yaitu zapin, sarah, dan zahefah. Pukulan zapin mengiringi lagu-lagu gembira pada saat pentas di panggung, seperti lagu berbalas pantun. Nada zapin adalah nada yang sering digunakan untuk mengiringi lagu-lagu pujian kepada Nabi Muhammad SAW (shalawat). Tempo nada zafin lebih lambat dan tidak terlalu menghentak, sehingga banyak juga digunakan dalam mengiringi lagu-lagu Melayu.
Pukulan sarah dipakai untuk mengarak pengantin. Sedangkan zahefah mengiringi lagu di majlis. Kedua nada itu lebih banyak digunakan untuk irama yang menghentak dan membangkitkan semangat. Dalam marawis juga dikenal istilah ngepang yang artinya berbalasan memukul dan ngangkat. Selain mengiringi acara hajatan seperti sunatan dan pesta perkawinan, marawis juga kerap dipentaskan dalam acara-acara seni-budaya Islam.
Jumlah Pemain
Musik ini dimainkan oleh minimal sembilan atau sepuluh orang. Setiap orang memainkan satu buah alat sambil bernyanyi. Terkadang, untuk membangkitkan semangat, beberapa orang dari kelompok tersebut bergerak sesuai dengan irama lagu. Semua pemainnya pria, dengan busana gamis dan celana panjang, serta berpeci. namun ada juga wanita. Uniknya, pemain marawis bersifat turun temurun. Sebagian besar masih dalam hubungan darah - kakek, cucu, dan keponakan. Sekarang hampir di setiap wilayah terdapat marawis. 
.........................................................................................

Oh panggilan betul dia marawis sebenarnya. Aku salah dengar ke? Atau bila di sebut jadi merawis? Haha sama je la kan. Yang penting, apa yang aku lihat masa tu dengan penerangan maksud atas ni memang sama. Aku ada buat rekod sikit lagu mereka tapi entah hilang ke mana. Mungkin ada dekat adik aku. Gambar je ada satu ni.














Yang lelaki hujung tu berbaju melayu ungu tu la pengantin lelakinya (maaf muka terpaksa di tutup untuk elak di cam.haha). Dia sedang di pakaikan inai sambil mendengar merawis ni. Dan dah di sediakan tilam serta bantal. Huhu. Hmmm... best jugak la merawis ni sebab pakai kompang dan gendang kan. Asif suka siap goyang badan. Oh ya, aku suka sangat hiasan dalam rumah mereka. Cantik. Kalau di sini, yang di hias cantik hanya pelamin dan bilik, kan? Tu tak nampak dinding-dinding, semua di tutupi kain dan bahagian atas di pasang macam kertas gold.

Keesokan hari, barulah mereka menikah di sebelah pagi dan kemudian terus sanding di pelamin. Surau tempat mereka nikah dekat je so senang la sikit. Ada bertukar-tukar baju jugak. Tak ingat pulak berapa kali tukar. Yang pasti majlis mereka ni sampai tengah malam ok!?? Sebelah malam ada sesi menyanyi dan karaoke. Betul-betul have fun. Tapi kami tak join tengok, sebab asif tidur awal pulak bila kat sana. Mungkin sebab penat. Lagipun takde mood sebab sepatutnya tengahari tu kami dah balik tapi tak jadi sebab takde feri. Huhu memori. Apa yang paling aku bersyukur ialah asif sihat sepanjang kat sana. aku cuma takut dia demam je. Kalau batuk tu takut melarat dan datang sesak nafas dia. Nasib semuanya ok. Ni jugak pertama kali aku jejak kaki ke bumi indonesia. Hihi. Ok la tata...... :)

Ahad, Mei 18, 2014

Macam mana nak pikat hati crush?

Assalamualaikum...

Tajuk betul-betul hot. Dah macam kite ni di alam remaja je. Hahaha. Bukan apa, ni salah satu keyword yang pernah singgah di blogku ni. Entah 'anda' jumpa artikel menarik atau tak di blog ku ni. Huhu. Tapi macam malas nak cari balik untuk print screen keyword berkenaan di nuffnang.

Jadi aku andaikan mesti si pencari ni seorang remaja. Boy atau girl tu aku tak tahu. Aku tak banyak pengalaman sangat nak memikat-mikat ni. Aku seorang perempuan kan, so tunggu di pikat je la. Erkk. Tapi pernah la nakal-nakal sikit dulu masa kat kolej, yang tidak keterlaluan. Yang jadi masalah, aku tak pernah dapat surat cinta (apasal entah, lelaki takut dengan aku kot.haha). Sejak dari sekolah pulak tu, hampeh. 

Pernah la yang meminati aku masa seawal tingkatan 1. Aku tidak la seorang minah yang perasan, yang tak gentleman nye lelaki tu suruh kawan sekelas aku kirim salam dekat aku dan masa tu depan-depan aku. Ape kes?? Cakap straight la bang. Dia senior. Haha. Tapi aku pemalu. Aku tak pernah ada kawan lelaki, dah kat kolej baru hilang sikit gugup nak bercakap dan berkawan dengan kaum berlawanan. Tapi kawan ramai-ramai gitu la, depa berkawan dengan kawan-kawan perempuan aku sekali. Aku tak suka rapat dengan lelaki yang sekelas/ sekolej.

Dan lepas-lepas tingkatan 1 pun, ada jugak kes lelaki-lelaki yang meminati aku. Tapi tak ada yang macho, yang cakap terus. Paling berani pun kenyit mata kat aku. Lepas tu kirim salam je memanjang. Haha mungkin dia orang takut kot, aku nampak sombong. Last, aku rasa lelaki paling aku admire kawan lelaki sekelas aku. Tapi aku tak pernah bercakap dengan dia. Percaya tak?? Sebab rasa gementar dan gugup kot tu yang buat aku tak dapat nak bercakap dengan dia. Yang sedih, dia ada rapat dengan satu girl ni, sekelas dengan kami jugak. Kata yang lain, mereka bercinta. Entah la. Tapi sebelum tu aku pernah test dia. Hahaha.

Hide and seek through eyes. Ceh ni peribahasa aku sendiri. Okey macam ni, bila si dia ada di sekeliling cuba pandang dia je. Pandang sampai dia perasan. Then, bila dia dah perasan dan pandang kita, cepat-cepat alih pandangan kita ke tempat lain. Dan raut wajah kita biarlah senyum sedikit. Bila agak-agak dia dah pandang tempat lain, kita buat lagi macam tadi. Buat bila ada kesempatan di kemudian hari, mesti dia akan rasa yang kita suka kat dia. Masa tu, aku dapat respon yang baik dan dapat rasa dia pun ada perasaan kat aku. Tapi entah la, takut aku terperasan dan kabar angin yang tersebar, so tak nak la kacau boyfriend orang.

Haha tu cerita lama, menjadi kenangan dalam hidup. Tak ada maksud lain ok. 

Haish dah melalut nampaknya aku ni. Mungkin sedikit cara macam mana nak pikat hati crush:
1- biarlah si dia perasan kewujudan anda
contoh boleh buat tanya nak pinjam pen ke, pukul berapa ke, perpustakaan kat mana ke? 
2- tunjuk korang minat kat si dia
contoh yang macam aku bagi kat atas. hide and seek through eyes.     
3- cuba berkawan dengan kawan si dia
yang ni korang jangan over pulak, kejap lagi sangkut dengan kawan si dia. Parah. Haha. Mungkin bila korang berkawan dengan kawan dia, so boleh korek sedikit pasal dia dan boleh studi sama maybe.
4- tak kedekut masa, bila dia tengah susah
contoh bagi dia no fon korang dan pesan kalau ada apa boleh contact terus especially time kesusahan.
5- kalau hati dan instinct kata dia ada perasaan kat korang jugak, terus luahkan la
jangan buang masa la, be gentleman. Luah pada masa sesuai.

Apa pun ini semua hanya akan berjaya kalau anda tak bertepuk sebelah tangan. Kalau tak dapat respon baik. just leave it. Nama pun crush/ admire, meminati dalam diam. Meminati tak semesti memiliki. Semua ni ketentuan tuhan. Hanya perasaan, perasaan manis yang di rasa semua semasa zaman remaja. Percaya la satu masa korang akan temui yang sesuai. Ok?? Dan lagi satu, tips atas ni bagi aku hanya sesuai untuk lelaki. Walaupun aku seorang perempuan yang memberi tips dan cara di atas, bagi aku sebagai kakak pada adik-adik ni, molek tak payah nak di kejar lelaki. Biar mereka kejar kita. Hihihi. Oh ya lagi, yang di buat antara lelaki dan perempuan biar ada batasan. Untuk adik atau tak kisah sebaya aku atau kakak asalkan perempuan, jaga mahkota berharga yang satu itu sebelum menikah. Bila ia hilang, tiada istimewa lagi kita di mata lelaki dan sekeliling kita. Apa pun keampunan itu dari Allah, mohon padaNya.

Arghhhh ngantuk...... wassalam......

Khamis, Mei 15, 2014

Aku frust.... huhu


Assalamualaikum......





Hmmmmm...... bukan kisah frust menonggeng kerana putus cinta. Itu zaman muda-muda ye la, ni dah tua bangka gamaknya. Al-kisah siang tadi aku ada minta satu resipi dari seorang sahabat facebook tapi alih-alih dia promote join kelas yang dia adakan. 

Dalam hati kecilku berkata sambil merungut "aku bukan tak ada duit, bukan tak mampu tapi dengan harga tu, aku boleh buat pusingan modal untuk permulaan bisnes kecil-kecilan aku" huwaaa... ye la aku kena berjimat sekarang ni di samping mendapat pendapatan yang lebih stabil.

Untuk join kelas tu dan belajar satu resipi kek kena bayar rm 150. Tak mahal ke bagi korang? Memang itu ilmu dan pendapatan bagi dia dan seangkatannya. Dan aku memang ada ternampak harga tu boleh di kata standard rate untuk kelas-kelas membuat kek ni. Tapi.... hmmmmm... tah le apa nak cakap, nak di luahkan lagi. 

Bukan niat nak memburukkan sesiapa tapi sekadar luahan kekecewaan. Tak apa la bukan aku tak tahu boleh cari resepi di internet. Berlambak. Cuma kena banyak try and error untuk dapat rasa yang sedap dan menepati citarasa. Kalau la ada hamba Allah yang dah profesional dan nak mengajar aku buat kek secara percuma, alangkah bertuahnya badan. 

Tskkk tskkk (bunyi ala-ala sedih la konon.huhu).... wassalam.......

Khamis, Mei 08, 2014

Sedikit pencapaian

Assalamualaikum...

Hari ni borak kosong je eh. Hmmm... menyingkap kembali income dari nuffnang setelah bertahun lama. 

Ok mula buat blog pada bulan 12-2008....




Pertama kali cash out / keluarkan duit bulan 8-2013.. dengan jumlah tertera di bawah.




Jadi sila kirakan berapa tahun tu baru dapat bayaran yang pertama??! 5 TAHUN!! Hihi jangka masa yang sangat lama. Susah tau nak kumpul amaun sedemikian rupa pada mulanya.

Tup tup sekarang alhamdulillah rasa macam rezeki tu banyak pulak masuk. Kat bawah ni jumlah terbaru setakat hari ni. Kiranya jumlah bawah ni adalah yang terkumpul dari bulan 8-2013 hingga bulan 5-2014. Dalam masa 9 bulan dah ada rm50++. Sebelumnya cuma dapat kumpul rm100++ dalam masa 5 tahun.



Gembira tu jangan cakap la. Rasa semangat tu bertambah nak berblog. Dapat side income hanya dengan membebel kat blog, sape tak nak kan??

Ini pulak iklan terbaru yang ada kat blog ku ini. Alhamdulillah.. nampak peningkatannya. Dulu nak dapat 5 sen pun, masyaAllah susah sangat. Tapi bila dah makin lama, boleh nampak apa sebenarnya yang orang nak cari, orang nak baca. Tapi at least kalau rajin update walaupun borak kosong, tetap akan dapat banyak iklan dan incomenya. Ini apa yang aku baca dari kata-kata otai blog la. Hihi.



Jadi nasihat aku, kat adik-adik atau sesiapa pun, daripada buang masa baik korang buat blog dan bebel la korang kat situ. At least dapat duit cara senang. Daripada melepak kat kaki lima, buang masa remaja anda je (kalau sekali sekala takpe, hilangkan stress mungkin).

Bukan untuk berlagak ye, ni pendapat ikhlas dari seorang bergelar kakak atau emak. Huhu. Setiap orang, pengalaman hidup dan situasinya tak sama. Sebab tu aku sendiri berminat dan suka sangat baca blog orang (i am a silent reader), tetapi masalah aku kurang suka untuk tinggalkan jejak atau komen kat blog kawan-kawan semua. Mengikuti dalam diam. Ala-ala secret admire gitu. Haha.

Harapanku bulan 12 ni bila blogku dah mencapai 6 tahun, amaun tu cecahlah rm100 (kalau lebih lagi bagus!!Hihi). Terima kasih nuffnang sebab bagi duit hanya dengan menggerakkan jari-jemariku sahaja! Hahaha. Ngantuk sudah. Habis aku menaip ni, dah pukul 3.10 pagi. Huhu nak tidur. Ok wassalam..... have a nice dream........ zzzzzzzz..............

Selasa, Mei 06, 2014

Tips dan cara cepat membaca

Assalamualaikum....

Semenjak dua menjak aku menjadi suri sepenuh masa ni, aku beri lebih sikit perhatian pada anak-anak kecil yang kat rumah ni. Awal tahun hari tu zara, anak buahku dah start pra sekolah. Dan hari ni buat kali kedua, dia cakap dengan nenek dia "nenek tadi teacher cakap esok tak payah datang sekolah sebab tak pandai baca". Bila aku terdengar. aku jadi angin. Apa?? Bukan ke itu tanggungjawab cikgu untuk mengajar? Yes, ibu bapa pun memainkan peranan tapi dalam situasi kami ni, anak buahku 24 jam duduk dengan nenek dan kami di sini dan bila belajar dengan nenek dia, dia agak main-main.

Ah mesti cikgu dia tak tahu situasi ni. Lagi pun tak perlu bercerita yang tak patut kot. Kali pertama dalam bulan lepas kalau tak silap, 3 hari zara tak datang sekolah sebab takut. Memang sampai sekarang dia masih keliru dengan huruf-huruf abc. Bila baca dengan cara menyanyi dia boleh hafal semua tapi bila suruh tulis, dia masih tak ingat dan keliru. Hishh. Aku yang naik pening. Kat rumah ni, selain neneknya, aku lah yang banyak masa, so aku tempat kedua untuk dia belajar. Lagi-lagi bila bahasa inggeris, mak ku tak sekolah tinggi jadi dia tak berapa tau. Aku dah cuba cara lembut dan cara garang, tetaplah macam tu. Susah nak ingat huruf semua tu bila di suruh tulis dan sebut dari buku. Dah la aku ni kurang sabar sikit. Hahaha.

Jadi sekarang terlintas untuk mencari tips atau cara macam mana nak bagi dia pandai mengenal huruf sebab rasanya kelas dia dah mula untuk membaca pulak. Ini pun aku cari bagi tujuan mengajar asif. Sekarang asif dah 2 tahun, alhamdulillah ada kemajuan. Abc dan nombor 1-10 boleh ingat (walaupun kadang-kadang tunggang terbalik). Memang la tidak sepandai anak orang lain, mungkin silap kami tidak memberi sepenuh perhatian. Siapa yang tak nak anak pandai.. kan??

Bawah ni apa yang aku dapat dari forum mesra.net. Info yang bagus dan aku nak cuba praktik. Jom sama-sama baca dan buat. As parents, mesti mula sedar sekarang. Jangan salahkan sesiapa bila anak lambat belajar sesuatu ilmu. 


Tips Cepat Membaca

1- "BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA MELAYU DAHULU?"

Kita selalu berdepan dengan dilemma semasa hendak memilih bahasa apa yang patut diajarkan anak membaca dahulu... Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Untuk tips pertama ini suka saya usulkan anda bermula dengan Bahasa Inggeris terlebih dahulu. Bilamana anak telah mula menguasainya barulah anda memperkenalkan Bahasa Melayu pula. 

Rasionalnya di sini ialah anak anda akan merasakan yang dia benar-benar belajar sesuatu yang baru dan akan memberikan lebih tumpuan berbanding mula belajar menggunakan bahasa yang telah didengarnya seharian. Skil atau kemahiran membaca yang dipelajarinya semasa belajar Bahasa Inggeris ini nanti akan dengan cepat dan mudah diaplikasikannya pula kepada Bahasa Melayu. 

Umumnya ada dua pendekatan belajar membaca di dalam Bahasa Inggeris yang paling popular iaitu melalui pendekatan fonetik (cthnya: Early Reading Series ReadEasy Phonics) dan kata kunci atau key words(cthnya: Key Words With Ladybird). Anda boleh memilih untuk menggunakan mana-mana kaedah... atau kedua-duanya sekali serentak (pendekatan yang saya gunakan untuk anak saya) . 

Cubalah!!! 

NOTA: Jika di rumah anda biasa berbicara dalam Bahasa Inggeris, maka elok bermula dengan mengajar anak anda Bahasa Melayu dahulu. 


2- BELAJAR MELALUI HAFALAN

Belajar melalui teknik hafalan mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Pun begitu pada peringkat awal pendidikan anak-anak kaedah ini merupakan kaedah yang terbaik buat mereka. Semasa kanak-kanak berusia kurang dari 3 tahun kemampuan untuknya memahami sesuatu yang rumit adalah agak terbatas.

Justeru mereka menggunakan kemampuan minda pada peringkat usianya untuk mengingati atau menghafal tanpa memahami sepenuhnya apa yang dipelajari. Kanak-kanak pada usia awal akan dengan mudah memberitahu kita yang daun itu hijau, gula-gula itu manis atau dengan mudah menyanyikan lagu-lagu popular yang kerap didengarinya.

Kita sebagai ibu bapa perlu menggunakan pengetahuan ini sebaiknya dengan memberikan input yang baik untuk anak-anak ingati. Ajarkannya ABC, 123, Alif Ba Ta, doa-doa dan sebagainya untuk dihafal oleh anak-anak.

Cara yang paling mudah untuk mendidik melalui kaedah ini adalah dengan mengajar sesuatu secara bernyanyi. Ajarkan ABC melalui lagu, ajarkan juga Alif Ba Ta melalui lagu, atau ajarkan sifat-sifat terpuji melalui lagu. Ia bukan sahaja memudahkan anak-anak mengingati apa yang diajarkan... lebih utama melalui lagu-lagu ianya menjadikan sessi pembelajaraan itu menyeronokkan.

Anda tak pandai menyanyi? Suara tak sedap? Jangan khuatir. Pada anak-anak suara ibu dan bapanya adalah suara yang paling dia gemari. Kalau pun lagu yang anda nyanyikan tunggang terbalik melodinya... atau suara anda terlalu sumbang untuk didengari... buat anak-anak ianya menjadi satu hiburan dan medium menerima ilmu.

Jangan malu... kerana anda adalah guru terbaik buat anak-anak anda.


3- BERMULA DENGAN "AA"... "BEH"... "CEH"... BUKAN A... B... C...

Ingin anak-anak anda cepat membaca dari seawal usia 3 tahun??? Anda perlu mulakan dengan meletakkan asas yang betul. JANGAN... ajar anak anda ABC!

Bunyinya agak drastik, bukan? Lebih-lebih lagi telah turun temurun kita mempraktikan amalan mengajar anak-anak ABC (dan ALIF, BA, TA). Bila mereka boleh mengucapkan ABC sampai Z kita rasa seronok. Pun begitu kita dapati walaupun mereka telah mengenali ABC lebih awal... anak-anak masih gagal menguasai kemahiran membaca. Tanyakan kanak-kanak berusia 7, 8 atau 9 tahun (malah yang 13 tahun pun) yang mempunyai masalah membaca... adakah mereka mengenali ABC? Saya pasti mereka semua kenal ABC. Tetapi kenapa tidak boleh membaca?

Untuk pengetahuan anda... nama-nama huruf tidak memberikan apa-apa makna buat kanak-kanak. Dan mengajar mereka nama-nama huruf tidak akan membantu mereka untuk cepat membaca. Ini kerana setiap perkataan adalah dibentuk daripada gabungan BUNYI-BUNYI huruf... bukan nama huruf!

Untuk membantu anak-anak cepat membaca kita perlu sedari awal memperkenalkan BUNYI HURUF kepada mereka. Elakkan memperkenalkan NAMA HURUF kerana ianya tidak memberikan apa-apa faedah dan makna untuk anak-anak. Bila anda memperkenalkan "A"... (penggunaan kad imbas amat sesuai untuk latihan ini)... anda perlu sebut "aa". Bila tunjuk "B" anda sebut "beh" dan seterusnya.

Biar anak anda bila nampak ABC hingga Z... terus sebut "aa", "beh", "ceh" hingga "zeh"... berbanding anak orang lain yang sebut nama huruf kerana bila mereka sudah mampu menguasai bunyi-bunyi huruf... mereka akan mudah membentuk perkataan hasil gabungan bunyi-bunyi yang telah mereka kuasai.

Cubalah... hasilnya pasti menakjubkan.

Tips Tambahan: Untuk anda yang mula memperkenalkan bunyi-bunyi huruf kepada anak-anak... suka kami usulkan supaya memperkenalkan huruf-huruf kecil dahulu (cthnya a, b dan c) dan kemudiankan huruf-huruf besar (cthnya A, B, dan C). Sebabnya... dalam penulisan huruf-huruf kecil lebih banyak digunakan berbanding huruf-huruf besar.


4- MULAKAN MINAT MEMBACA DARI AWAL

Saya kerap ditanya, "pada usia berapakah anak-anak patut diperkenalkan dengan buku-buku?" Dan jawapan yang selalu saya berikan adalah... anak-anak patut diperkenalkan kepada buku-buku dari sejak lahir lagi. Bilamana jawapan ini saya berikan kerap pula saya menerima respon, "bukan ke usia tu terlalu awal dan kalau kita bagi buku nanti dia koyak-koyakan jer! Sayang jer buku tu".

Bila dapat respond sedemikian saya hanya tersenyum...

Kanak-kanak pada usia awal memang belum boleh membaca atau diajarkan bentuk-bentuk yang terlalu rumit seperti Huruf dan Nombor. Tetapi kanak-kanak pada usia ini lebih tertarik kepada pergerakan tangan anda dan bunyi gemersik kertas semasa anda menyelak-nyelak muka surat buku tersebut. Kanak-kanak juga akan merasa terhibur dan tenteram bilamana mendengar suara anda membacakan cerita kepadanya. Dan ini ditambah lagi dengan warna-warna terang yang biasanya menghiasi buku-buku kanak-kanak.

Pada peringkat awal ini memperkenalkan buku-buku bukanlah untuk mengajarnya membaca. Anda yang perlu membacakan isi kandungan buku kepada anak-anak. Biarpun dia masih belum faham apa yang anda perkatakan... bacalah dengan nada suara yang menarik dan pelbagai. Tanpa sedar anak-anak anda akan belajar skil pertuturan yang betul melalui cerita yang anda bacakan.

Bila sedari awal buku telah hadir dalam hidup anak-anak kita dan kita mewujudkan suasana di mana buku itu suatu yang menarik dan menghiburkan, akan tertanam dengan mendalam dalam jiwa anak-anak minat kepada buku. Laungkan masa berkualiti anda bersama-sama anak-anak dengan membaca. Ketika waktu pagi/petang, semasa dalam kereta atau sejenak sebelum tidur. Pastikan ianya lakukannya secara konsistent setiap hari pada masa yang tetap.

Di peringkat awal gunakan buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang jelas dan penuh warna-warni... juga mempunyai jalan cerita yang menarik agar mudah buat anda untuk bercerita kepadanya. Jangan bimbang anak-anak suka menggigit, mengoyak atau menconteng buku-buku. Ia adalah sebahagian dari proses untuknya belajar. Lagi pun lebih elok buku-buku ini "diguna sepenuhnya" dari tersusun rapi di dalam almari tanpa disentuh, bukan?


5- BELAJAR MEMBACA BERMULA DARI BENTUK-BENTUK ASAS

Kebanyakkan ibu bapa mula memperkenalkan anak-anak kepada konsep membaca bermula dengan memperkenalkan huruf-huruf dan nombor-nombor. Memahami yang kanak-kanak agak sukar memahami konsep huruf dan nombor pada usia terlalu awal maka ramai ibu bapa beranggapan yang anak-anak hanya sesuai diajar membaca bermula dari usia 2 atau 3 tahun dan bukan pada usia yang lebih awal.

Persepsi ini sebenarnya kurang tepat dan merugikan anak-anak. Latihan membaca sebenarnya boleh kita mulakan dari mula anak-anak boleh melihat. Tetapi… bukan dengan memperkenalkan anak-anak kepada huruf dan nombor,. Sebaliknya kita bermula dengan memperkenalkan bentuk-bentuk asas kepadanya. Bentuk-bentuk seperti Bulatan, Segi Tiga dan Segi Empat adalah antara bentuk-bentuk yang boleh diperkenalkan.

Persediaan mendidik anak melalui kaedah ini mudah dan murah sahaja iaitu anda cuma perlu membuat kad-kad imbas dengan satu bentuk pada setiap kad. Seeloknya gunakan kad berwarna cerah dan lukiskan bentuk-bentuk asas tadi menggunakan warna terang (seperti Hitam, Merah atau Hijau).

Kemudian apa yang perlu anda lakukan adalah menunjukkan satu atau dua kad tersebut ketika bermain dengan anak-anak sambil menyebut nama bentuk tersebut. Ulangi proses ini setiap kali anda bermain dengan si kecil.

Pengenalan kepada bentuk-bentuk asas ini akan menyediakan minda anak-anak untuk menerima bentuk-bentuk yang lebih kompleks seperti huruf dan nombor di masa hadapan. Anak-anak yang telah terdedah lebih awal dengan bentuk-bentuk asas akan lebih cepat mengenali dan memahami huruf dan nombor bilamana ia mulda diajarkan kepadanya.

Satu lagi… anda juga boleh mula memperkenalkan konsep Warna kepada anak-anak di usia awal ini.

Cuba… Istiqamah… Yakin… Pasti berjaya, insyaAllah.


6- LATIHAN BERULANG-ULANG MENINGKATKAN KEMAHIRAN
Pada suatu petang seorang ayah yang tua bersama anaknya yang telah dewasa duduk di bawah sepohon pokok. Seketika kemudian hinggap seekor burung lalu si Ayah bertanya, "nak... itu apa nak?". Si Anak dengan lembut menjawab, "itu burung... ayah". Beberapa minit kemudian si Ayah bertanya lagi, "nak... yang kat atas pokok tu apa nak?". Si Anak yang agak kehairanan masih tetap menjawab, "itu seekor burung... ayah".

Selepas beberapa ketika si Ayah bertanya sekali lagi, "apa benda yang di atas pokok tu nak?". Kali ini si Anak yang mula hilang sabar menjawab dengan nada keras... "Ayah pekak ke?!!! Kan saya dah bagi tahu yang kat atas tu BURUNG!!!".

Si Ayah lalu memandang anaknya seraya berkata, "ketika kamu kecil kamu akan bertanyakan tentang suatu perkara yang sama kepada Ayah... lagi... dan lagi... dan lagi. Tetapi ayah tetap gembira menjawab dan menerangkannya kepada kamu setiap kali kamu bertanyakan tentangnya. Ayah tahu kamu bukan tidak tahu jawapannya... tetapi sekadar inginkan perhatian dari ayah... untuk meyakinkan diri kamu yang ayah sebenarnya menyayangi kamu".


Apakah yang dapat kita timba dari cerita di atas? Ya... dalam mendidik anak-anak yang masih kecil latihan dan didikan yang berulang-ulang merupakan proses yang perlu. Ini kerana otak anak-anak yang masih kecil agak terbatas dalam memproses maklumat yang diberikan kepadanya. Justeru memberikan maklumat yang sama berulang-ulang memberikan peluang kepada anak-anak untuk menambah dan seterusnya merangkaikan maklumat yang diterima menjadi sebuah informasi lengkap sebagaimana yang ingin kita sampaikan.

Contohnya, dalam mendidik anak minat membaca adakalanya perlu untuk kita membacakan sesebuah cerita itu berulang-kali. Mungkin buat kita ia suatu yang membosankan kerana perlu membaca cerita Cinderella atau Bawang Merah Bawang Putih hampir setiap malam kepada anak-anak. Tetapi tanpa kita sedari setiap kali kita membacakan cerita yang (walaupun) sama anak-anak akan menangkap dan merakamkan maklumat baru yang sebelum ini dia terlepas. Di samping itu proses berulang-ulang ini juga membolehkan anak-anak kita memperkukuhkan penguasaan bahasa... iaitu dari segi tatabahasa, nada ekspresi perkataan, susunan ayat dan lain-lain.

Jadi lakukan sesuatu itu secara berulang-ulang bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri anak-anak. Jika dia kerap bertanya perkara yang sama... janganlah marah... sebaliknya berikan jawapan yang mudah yang dapat diterima oleh minda kanak-kanak. Dia mungkin mahukan kepastian... atau cuma inginkan perhatian kasih sayang daripada anda.


7- MERANGSANG MINDA MELALUI AKTIVITI FIZIKAL

Latihan untuk menggalakkan anak cepat membaca tidak terhad kepada penggunaan buku-buku dan kad imbas semata-mata. Aktiviti-aktiviti berbentuk fizikal juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada perkembangaan anak-anak. Aktiviti seperti melompat, merangkak, berguling, dan lain-lain akan merangsang perkembangan otak dalam membentuk jaringan baru sel-sel. Kanak-kanak yang mempunyai otak yang berkembang pesat akan lebih mudah menerima latihan dan didikan, dan anda akan lihat dia lebih proaktif dan ceria.

Semasa anda mendidik anak membaca dan lihat dia agak lemah atau kurang berminat... berhenti! Ajak dia berguling-guling, merangkak, melompat-lompat atau berlari sekeliling (anda perlu buat bersama ya... jangan malu-malu) sambil anda menyanyi atau menyebutkan perkataan-perkataan yang sedang dipelajarinya. Kepelbagaian aktiviti seperti ini akan mengurangkan rasa bosan yang mungkin timbul dari proses pembelajaran yang terlalu mendatar (monotonous).

Buat rakan-rakan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil (bayi) suka saya sarankan agar menggalakkan anak-anak untuk berkembang mengikut peringkat-peringkatnya. Benarkan dia belajar meniarap, kemudian merangkak, kemudian bertatih dan akhirnya berjalan. Melakukan jalan pintas seperti meletakkannya di dalam walker bukan sahaja memberikan tekanan pramatang kepada tubuhnya... ia juga merencatkan perkembangan normal diri anak anda tadi.


8- PUNCA ANAK KURANG TUMPUAN, MALAS DAN LESU

Tips kali ini berbeza sedikit berbanding tips-tips yang lalu. Kalau sebelum ini saya kerap memberikan teknik dan pendekatan yang perlu anda lakukan bagi melatih anak cepat membaca... tetapi kali ini saya nak sentuh tentang pra-persiapan sebelum melatih mereka membaca.

Tahukah anda, menurut kajian sebuah universiti terkemuka di United Kingdom kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi mempunyai kemampuan dan keupayaan otak yang tidak jauh bezanya dengan orang dewasa berusia 60 tahun... semasa di dalam bilik darjah? Mengejutkan bukan?

Peranan sarapan amat penting buat anak-anak kerana ia memberikan tenaga dan zat segera bagi mengembalikan fungsi badan terutamanya otak setelah berehat sepanjang malam. Tanpa nutrisi yang diperlukan... kita akan dapati anak-anak akan sukar memberikan tumpuan pada pelajaran, cepat mengantuk, keletihan dan malas.

Jadi pastikan anak-anak kita mendapatkan sarapan pagi setiap hari. Tak perlu sarapan yang berat-berat, bijirin bersama susu atau minuman koko sudah memadai. Ditambah juga dengan beberapa butir kismis atau buah kurma sebagai amalan harian untuk mencerdaskan minda.


9- BELAJAR MEMBACA KETIKA MEMASAK 

Jika anak anda suka menolong anda di dapur, minta dia membantu anda membacakan senarai bahan-bahan dan arahan dalam resepi ketika anda sedang memasak. Dengan cara ini anak anda akan dapat belajar membaca dan belajar bagaimana mengikut arahan.

Mungkin anak anda masih dalam peringkat awal belajar membaca dan sukar untuk menyebut perkataan-perkataan yang tertulis pada buku resepi, tambahan lagi perkataannya ditulis lebih kecil. Apa yang perlu anda lakukan adalah menunjukkan dengan jari anda perkataan utama pada baris resepi tersebut... dan sebutkan nama bahan yang tertulis. Galakkan anak anda mengulangi apa yang anda sebutkan sambil menunjukkan dengan jari perkataan tadi.



Kemudian tunjukkan pula kepadanya "bahan atau benda" yang disebutnya tadi... seperti bawang, telur dan sebagainya. Anak anda akan dapat membentuk jalinan perkataan dan benda. Ini akan meningkatkan perbendaharan kata anak-anak... dan aktiviti ini jika dilakukan berulang kali membolehkan anak anda mengenal atau mengecam bentuk perkataan dan segera mengaitkannya dengan benda yang pernah dilihat.

Pada sesi yang lain anda mungkin kagum yang anak anda dapat menyebut bahan-bahan yang tertulis tanpa dibantu... terutamanya bahan yang telah kerap kali dia lihat dan "baca".

Sebagai bonus... aktiviti ini juga memberikan anda peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama anak-anak dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama.



P/s : Nampak tak tips no 3 yang aku warnakan merah dan bold tu? Kat sini dah nampak apa kesilapan kami. Jadi perlu perbaiki. Jom sama-sama buat okey!