Rabu, April 16, 2014

Dugaan sakit untuk anakku

Assalamualaikum...

Dua hari ni tak berapa sihat. Sakit mata yang teramat (tapi sempat lagi up entri.huhu). Kebetulan cari info untuk petua sakit mata kan. ceh. Kelmari memang dah rasa lain macam mata ni, macam bengkak sikit dan sakit. Semalam baru naik merah.

Ini alkisah berjangkit dari si anak. Minggu lepas dia demam. Teruk jugaklah, sampai seminggu. Sekarang dah pandai tak nak makan ubat. Cara alternatif kena secara paksaan. Tahan jiwa je la dengar dia menangis. Biasa dia demam pun makan 2-3 hari je. Dan walau demam, dia aktif bergerak. Tapi kali ni dia banyak baring je. Lepas tu selalu nak berkepit dan panggil ibu ibu.. padahal takde apa nak di cakapkan. Cuma dia nak aku pandang dia, mungkin nak bermanja dan minta perhatian. Walau bagi ubat secara paksaan, yang masuk dalam mulut dan dia telan pun dalam 1% je. Geram sungguh.

Ok ini apa yang aku observe seminggu ni, di sebab dia tak nak makan ubat memang payah nak sembuhnya. Mulanya aku cuma mandikan bahagian badan dia je. Tidak kepala. Ada satu malam tu, aku rasa badan dia panas so aku lap dengan air seluruh badan. Besoknya jadi selsema pulak. Aduhai. Anak ada asma, bahagian dada sensitif. Walaupun masa tu aku letak vicks babybalsam kat dada dan belakang dia, masih menjadi selsema. Selepas tu secara kebetulan ada yang share artikel tentang mengubati anak demam di facebook, jadi aku baca la. Kalau anak demam mandikan dia seluruh badan. Sebab ibaratnya kalau mandikan dia, wap badan panas dia ni akan cari tempat lain untuk duduk. Begitu la lebih kurang. 

Jadi aku mandikan dia satu badan macam biasa termasuk kepala, kesian. Aku tau sejuk gila kalau mandi time demam. Tapi kalau mandi time petang mesti awalkan la, makin lewat jadi sejuk pulak. Oh ye mandikan dia 3 kali sehari, iaitu selepas pukul 8 (pagi), selepas waktu zohor (tengahari) dan sebelum pukul 7 (petang). Ini waktu sebaiknya (seingatku la ye). Selepas mandikan pastikan sapu balm panas/telon di bahagian belakang cuping telinga, dada, belakang dada, betis dan tapak kaki. Macam apa yang aku baca dia pakai minyak yuyi dan kebetulan aku ada minyak tu yang masih banyak tak di guna (sebab aku rasa minyak ni agak panas dulu kalau nak di pakai oleh baby). Jadi aku cuba. Dan masa malam lepas tukar pampers dia untuk masuk tidur pun aku akan sapu kat bahagian-bahagian tadi.

Dan untuk selsema dia, aku ada teringat satu petua letakkan kunyit hidup di batang hidung dia. Kunyit hidup tu gesek (eh tah apa ayat yang sesuai) kat batu lesung lepas tu ambik sikit air tu lepas tu sapu je kat batang hidung dia. Alhamdulillah keesokan hari berkurang demam dan selsema dia. Dia dah aktif macam biasa. Sentiasa berdiri je ke sana-sini. Hati mak mana tak lega tengok anak dah sihat dan ceria balik.

Oh ye dalam pada dia demam dan selsema tu, dia kena sakit mata pulak. Dua hari sebelum naik merah kat mata dia, dia selalu mengadu "mata ulu (means bulu mata.hihi)". Dia rasa dalam mata dia ada bulu mata yang buat dia macam sakit dan tak selesa kat mata. Masa tu nampak mata dia bengkak sikit kat bahagian bawah. Tapi kami tak syak apa. Mungkin pembawaan demam kot. Dia asik gosok je mata dia sampai berair dan merah. Aku dah tak sedap hati, suruh ayah dia bawa klinik lagi. Kali kedua. 

Hmmm... sudahnya doktor bagi antibiotik je (cecair antibiotik untuk titik kat mata). Lepas 2 hari tu mata dia makin merah. Eh macam mana ni? Aku dah buntu, kesian tengok dia gosok-gosok mata dia sebab gatal. Selalu la mengadu mata ulu, mata ulu. Jadi kena la baca bismillah lepas tu tiup mata dia, then cakap ok dah sembuh. Itu je la selalunya cara aku nak meredakan rasa sakit dia lepas mengadu tu. Dia ni agak manja, kalau garu dan rasa pedih je dia mengadu "ibu...akik", manja mengalahka anak kakak si zara yang girl tu. Huhu. 

Di pendekkan cerita, lepas 3-4 hari dia kena sakit mata dan mata dia makin merah, aku redha la dan terfikir nak buat satu alternatif ni (sebenarnya takde nampak mana pun petua ni cuma ikhtiar ni terlintas di kepala) jadi malam tu bila dia dah tidur, aku jilat kelopak mata dia 3 kali dari hujung ke hujung sambil selawat dan niatkan minta Allah sembuhkan la sakit mata anakku ni. Aku mulakan dengan mata kanan, sebab yang aku tengok mata kiri dia teruk sikit dari yang kanan. Kira tak nak berjangkit teruk lagi la yang belah kanan tu. Selepas buat yang belah kiri pulak. Alhamdulillah esoknya mata dia dah putih la. Beransur makin elok.

Dan salah satu kesukaan anakku adalah sangat suka rapatkan muka dia dengan muka aku (hidung bertemu hidung). Kadangkala dia sengaja hantuk dahi ke dahi. Bertuah betul. Dan kali ni aku pulak merasa. Tapi takpela dugaan untuk aku pulak. Cuma aku nak cari petua sembuhkan sakit mata aku pulak. Huhu. Sebab takut pergi balik ke dia. Jauhkan la. Bila dah jadi mak ni, tak sanggup tengok anak sakit. Biarla kita mak dia yang sakit. Kan kan. Petua dan info atas ni boleh anda cuba try test, mana tahukan serasi kata orang. Alhamdulillah kalau ianya bermanfaat untuk korang. Ok la wassalam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan