Sabtu, April 26, 2014

Pembekal bahan bakeri yang best

Assalamualaikum....

Aiskkk.. susah nak reka tajuk dia sebenarnya ni. Nampak sangat jarang nak pergi ke tempat-tempat macam ni. Hihi. Siang tadi aku berkesempatan pergi ke kedai yang membekalkan barang dan bahan mentah untuk membuat kek dan biskut. Sekarang kan sedang bersenang-lenang di rumah, jadi untuk mengisi masa lapang dan belajar-belajar buat kek, maka rajin lah membeli bahan serta barangan untuk membuat kek.

Ok kat area ampang jaya ni susah sikit untuk cari kedai barang membuat kek. Tak silap aku paling dekat pun ada tu dekat bandar baru ampang. Kedai ni aku ada pergi beli barang sikit awal bulan hari tu, cuma beli tepung mix dan coklat-coklat untuk tabur gitu la. Nak buat perbandingan harga pun tak berapa reti la sebab tak banyak kedai kan area sini. Kalau nak banding serbuk koko dekat tesco pun untuk 25gm harga rm2.95 macam tu. Tapi kedai pembekal buat kek ni mana nak jual seciput macam tu. At least jual 250gm punya. Oh sapa nak pergi kedai ni nama dia, Perfect Formula Ingredients kalau tak silap. Sebelah Tabung Haji dekat bandar baru ampang. Kalau setakat nak beli basic ada kat sini, tapi macam barang seperti bekas-bekas kecil tu takde. That's why aku cari inisiatif lain. Aku nak cari benda alah tu. Hihi.

Dah rezeki nak pergi siang tadi, aku survey-survey mana tempat best nak shopping untuk barang dan bahan mentah buat kek ni. Tup-tup terjumpa lah Bake Well dekat Melawati. Melawati memang aku tau kat mana. Jalan dia senang. Haha. Dari highway duta-ulu kelang tu terus je, melawati belah kanan. Cuma kedai mana aku tak tau. Dah la situ banyak kedai. Merempit la aku dan suami. Nasib la suami nak teman. Aku suka ke mana-mana naik motor. Sebabnya aku malas nak drive, malas jalan jem, susah nak u-turn kalau terlajak-lajak (kalau motor lalu short-cut aje.hihi). Tapi macam biasa suami mesti warning "ingat ye naik motor" maknanya jangan beli lebih-lebih kang sapa nak angkut. Haha. Baik tuan.

Dengan konfiden kami pergi la. Yang aku tau kedai tu dekat melawati. Nama kedai aku tak ingat, alamat aku tak ambik. Yang aku ingat signboard dia gambar kartun pakai topi chef pegang kek. Sampai sana terpinga-pinga, dengan henfon tak bawa sebab bateri kong. So kena la ceramah dengan suami. Haha padan mukaku. Nak redakan kebisingan dia, aku ajak lepak minum dulu. Kena la pandai pancing beb. Haha. Oh kejadian sebelum tu dengan selamba dari jauh "hah hah..tu kedai dia (sambil tunjuk dari 500m jauh gitu).." Aku konfiden sebab apa?? Sebab signboard dia nampak sebiji macam signboard bake well (sebenarnya tak la ingat sebijik sebijun rupa signboard bake well tu.hihi). So pusing la laki aku pergi kedai tu, tup tup kedai makan india. Gambar tu dia pegang makanan daaaa. Aku dah tergelak-gelak kat tengah jalan raya tu. Salah rupenyeeeerr... panas je laki aku. Hihihi. Tu yang aku pergi ajak minum dulu alkisahnya. Time lepak ni la baru nak buka internet cari maps dan alamat bagai. Nasib baik la dia ada internet dan bawa tab dia. Sambil la menahan telinga kena ceramah free.

Lepak sejuk tekak tu kami cari la balik. Tak sampai 10 minit jumpa la. Nak senang korang cari balai polis melawati (kedai ni berdepan dengan balai) atau restoran kandar deen (sederet restoran ni).

Aku sampai terus menonong masuk, tak tunggu suami aku da. Haha. Mula masuk, eh.... lebih kurang macam kedai kat bandar baru ampang je ni (biasa je, tak berapa nak best dalam hati). Tengok harga tak berapa nak ingat pulak, bukan semua jenis aku tau harga pun kan. Kalau mereka yang dah familiar dan bertahun boleh la dengan yakin nak cakap murah atau mahal. Tapi ada 1-2 bahan mentah dia murah sikit la dalam 20-30 sen macam tu. Kalau borong aku tak tahu la, mesti lagi murah. Tapi pendapat 1 blog ni katanya kedai ni memang murah banding kedai tah apa yang dia biasa pergi. Ok pergi ke tempat yang sebelah lagi satu... wowwww.... ni baru best... banyak barangan untuk buat kek ada contohnya penimbang, loyang pelbagai saiz dan corak, bekas-bekas tupperware pelbagai saiz, kecik ada besar pun ada (ni yang mak nak ni anak oiii..haha..da meroyan pulak time ni..hihi), kotak bekas kek, kek stand, bekas comel untuk cupcake, apron, baju chef, sudu penyukat, jug penyukat macam-macam lagi la. Boleh kata complete. Memang best laaaaa!! Semua ada. Bekas-bekas kecik dia tu pun boleh beli loose (sikit-sikit) atau dia dah packing 50pcs. Bermacam saiz pulak tu. Puas hati nak yang macam mana!

Beli punya beli habis la dekat rm100. Hihi. Tu pun dah sehabis jimat dan fikir beli mana yang perlu je. Suami aku pun ikut tertarik tengok barangan kat situ. Siap dia suruh beli itu la ini la. Hai.. ni lebih kuah dari sudu ni. Haha. Ada patut suruh aku beli set baju chef tu dan ambik gambar?! Eh.. ni sudah perli ni. Tau la isteri dia ni baru nak berjinak-jinak buat kek. 2 jam jugak la habis masa kat kedai barang bakeri ni. Huhu. Dan rupanya kedai Bake Well ni banyak cawangan ye, aku je yang tak tau. Hihi. 

Ok ni serba sikit tentang kedai Bake Well ni;
Bake Well Supplies Sdn Bhd (TAMAN MELAWATI [KL] )
15, Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Ulu Kelang, Kuala Lumpur, Malaysia.
 +603-4162 1065
 bwsmal@yahoo.com
OPERATION HOURS
MON- FRI    9AM-7PM
SAT             10AM-7PM
SUN            11AM-2PM
Web : www.bakewell.com.my


   




Taman Melawati Branch Photos

Taman Melawati Branch Photos

Gambar atas ni aku ambik dari laman web Bake Well, so sesiapa yang nak beli peralatan, barang atau bahan mentah buat kek atau biskut boleh la ke tempat ni. Mesti rambang mata la aku cakap. Kihkihkih.

Isnin, April 21, 2014

Menganjak setahun lagi umurku



Assalamualaikum...


















Syukur alhamdulillah.. hari ini umurku bertambah lagi yang boleh di kira sepatutmya semakin matang pemikiran serta perlakuan ku. Tambah-tambah sebagai isteri dan ibu pada putera-puteraku tercinta. Terima banyak ucapan dan doa dari suami, keluarga dan kawan-kawan. Terima kasih untuk ucapan dan doa kalian. Doa kalian hadiah hebat bagi aku.

Takde celebrate apa-apa. Takde hadiah. Dah tua tidak la mengharap apa pun. Adik aku minta buatkan kek coklat untuk dia lagi ada la. Haha. Isk isk.. macam kejam kan. Ulang tahun kakak dia, dia pergi minta buat kek untuk dia pulak. Ni kes sebab hari tu aku buat kek dan dia kata sedap gila. Yo laaa... Keluarga kami ni pencinta coklat. Dengan anak aku tu pun suka sangat coklat. Dah aku buat topping tu ikut tekak aku, sebab tu kot yang sedap sangat katanya. Huhu. 

Erm.. so hari ni umurku dah 31 tahun... eh ke 13?? Hahaha. Macam tua tapi okey lagi kot. Yang penting jiwa muda. Haha. Sekarang ni aku cuma berharap dan berdoa perancangan aku yang satu ini akan berjaya dan di permudahkan Allah. Perancangan apa tu? Ada lah, mungkin bila dah nampak hasil baru boleh di ceritakan.

Oh blog ni pun tahun ni menginjak 6 tahun. Wow... jangka masa yang lama. Dulu mula-mula berblogging pun tak fikir akan bertahan selama ini. Tulis untuk suka-suka. Aku tulis apa yang aku mahu... kan??

Ahhhh... happy birthday to me.. happy birthday to me... happy birthday to me.... 

Ok la... wassalam...

Rabu, April 16, 2014

Dugaan sakit untuk anakku

Assalamualaikum...

Dua hari ni tak berapa sihat. Sakit mata yang teramat (tapi sempat lagi up entri.huhu). Kebetulan cari info untuk petua sakit mata kan. ceh. Kelmari memang dah rasa lain macam mata ni, macam bengkak sikit dan sakit. Semalam baru naik merah.

Ini alkisah berjangkit dari si anak. Minggu lepas dia demam. Teruk jugaklah, sampai seminggu. Sekarang dah pandai tak nak makan ubat. Cara alternatif kena secara paksaan. Tahan jiwa je la dengar dia menangis. Biasa dia demam pun makan 2-3 hari je. Dan walau demam, dia aktif bergerak. Tapi kali ni dia banyak baring je. Lepas tu selalu nak berkepit dan panggil ibu ibu.. padahal takde apa nak di cakapkan. Cuma dia nak aku pandang dia, mungkin nak bermanja dan minta perhatian. Walau bagi ubat secara paksaan, yang masuk dalam mulut dan dia telan pun dalam 1% je. Geram sungguh.

Ok ini apa yang aku observe seminggu ni, di sebab dia tak nak makan ubat memang payah nak sembuhnya. Mulanya aku cuma mandikan bahagian badan dia je. Tidak kepala. Ada satu malam tu, aku rasa badan dia panas so aku lap dengan air seluruh badan. Besoknya jadi selsema pulak. Aduhai. Anak ada asma, bahagian dada sensitif. Walaupun masa tu aku letak vicks babybalsam kat dada dan belakang dia, masih menjadi selsema. Selepas tu secara kebetulan ada yang share artikel tentang mengubati anak demam di facebook, jadi aku baca la. Kalau anak demam mandikan dia seluruh badan. Sebab ibaratnya kalau mandikan dia, wap badan panas dia ni akan cari tempat lain untuk duduk. Begitu la lebih kurang. 

Jadi aku mandikan dia satu badan macam biasa termasuk kepala, kesian. Aku tau sejuk gila kalau mandi time demam. Tapi kalau mandi time petang mesti awalkan la, makin lewat jadi sejuk pulak. Oh ye mandikan dia 3 kali sehari, iaitu selepas pukul 8 (pagi), selepas waktu zohor (tengahari) dan sebelum pukul 7 (petang). Ini waktu sebaiknya (seingatku la ye). Selepas mandikan pastikan sapu balm panas/telon di bahagian belakang cuping telinga, dada, belakang dada, betis dan tapak kaki. Macam apa yang aku baca dia pakai minyak yuyi dan kebetulan aku ada minyak tu yang masih banyak tak di guna (sebab aku rasa minyak ni agak panas dulu kalau nak di pakai oleh baby). Jadi aku cuba. Dan masa malam lepas tukar pampers dia untuk masuk tidur pun aku akan sapu kat bahagian-bahagian tadi.

Dan untuk selsema dia, aku ada teringat satu petua letakkan kunyit hidup di batang hidung dia. Kunyit hidup tu gesek (eh tah apa ayat yang sesuai) kat batu lesung lepas tu ambik sikit air tu lepas tu sapu je kat batang hidung dia. Alhamdulillah keesokan hari berkurang demam dan selsema dia. Dia dah aktif macam biasa. Sentiasa berdiri je ke sana-sini. Hati mak mana tak lega tengok anak dah sihat dan ceria balik.

Oh ye dalam pada dia demam dan selsema tu, dia kena sakit mata pulak. Dua hari sebelum naik merah kat mata dia, dia selalu mengadu "mata ulu (means bulu mata.hihi)". Dia rasa dalam mata dia ada bulu mata yang buat dia macam sakit dan tak selesa kat mata. Masa tu nampak mata dia bengkak sikit kat bahagian bawah. Tapi kami tak syak apa. Mungkin pembawaan demam kot. Dia asik gosok je mata dia sampai berair dan merah. Aku dah tak sedap hati, suruh ayah dia bawa klinik lagi. Kali kedua. 

Hmmm... sudahnya doktor bagi antibiotik je (cecair antibiotik untuk titik kat mata). Lepas 2 hari tu mata dia makin merah. Eh macam mana ni? Aku dah buntu, kesian tengok dia gosok-gosok mata dia sebab gatal. Selalu la mengadu mata ulu, mata ulu. Jadi kena la baca bismillah lepas tu tiup mata dia, then cakap ok dah sembuh. Itu je la selalunya cara aku nak meredakan rasa sakit dia lepas mengadu tu. Dia ni agak manja, kalau garu dan rasa pedih je dia mengadu "ibu...akik", manja mengalahka anak kakak si zara yang girl tu. Huhu. 

Di pendekkan cerita, lepas 3-4 hari dia kena sakit mata dan mata dia makin merah, aku redha la dan terfikir nak buat satu alternatif ni (sebenarnya takde nampak mana pun petua ni cuma ikhtiar ni terlintas di kepala) jadi malam tu bila dia dah tidur, aku jilat kelopak mata dia 3 kali dari hujung ke hujung sambil selawat dan niatkan minta Allah sembuhkan la sakit mata anakku ni. Aku mulakan dengan mata kanan, sebab yang aku tengok mata kiri dia teruk sikit dari yang kanan. Kira tak nak berjangkit teruk lagi la yang belah kanan tu. Selepas buat yang belah kiri pulak. Alhamdulillah esoknya mata dia dah putih la. Beransur makin elok.

Dan salah satu kesukaan anakku adalah sangat suka rapatkan muka dia dengan muka aku (hidung bertemu hidung). Kadangkala dia sengaja hantuk dahi ke dahi. Bertuah betul. Dan kali ni aku pulak merasa. Tapi takpela dugaan untuk aku pulak. Cuma aku nak cari petua sembuhkan sakit mata aku pulak. Huhu. Sebab takut pergi balik ke dia. Jauhkan la. Bila dah jadi mak ni, tak sanggup tengok anak sakit. Biarla kita mak dia yang sakit. Kan kan. Petua dan info atas ni boleh anda cuba try test, mana tahukan serasi kata orang. Alhamdulillah kalau ianya bermanfaat untuk korang. Ok la wassalam.....

Jumaat, April 04, 2014

Jom periksa tahap bahasa atau percakapan anak kita

Assalamualaikum..

Artikel yang aku jumpa di bawah ni sangat berguna. List ni boleh di guna atau sebagai panduan untuk melihat tahap bahasa atau percakapan anak-anak kita mengikut umur mereka. 

Aku akan tukar ke bahasa melayu/malaysia ye. Mungkin dapat membantu bagi mereka yang kurang faham jika dalam bahasa inggeris. Tapi sebelum tu minta maaf kalau apa di tafsirkan kurang tepat. Hihi.



















18 bulan ;
Adakah anak anda
- Menggunakan sekurang-kurangnya 10 ayat?
- Memberi tindak balas pada soalan rutin/yang selalu di tanya seperti "Di mana anjing"?
- Mengikut satu arahan mudah seperti "Bagi saya bola itu"

2 tahun ;
Adakah anak anda
- Menggunakan sekurang-kurangnya 50 ayat? Menggabung dua ayat dalam satu sebutan?
- Tunjuk pada gambar yang betul apabila di sebut?
- Mengikut dua arahan yang di gabung seperti "Pergi ke atas dan ambilkan anak patung kamu"?

3 tahun ;
Adakah anak anda
- Menggunakan sekurang-kurangnya 500 ayat? Menggabung tiga ayat menjadi satu sebutan?
- Memahami konsep seperti besar/kecil, dalam/atas/bawah?
- Bertanya soalan Mengapa?
- Adakah orang luar dari keluarga memahami percakapan anak anda?

4 tahun ; 
Adakah anak anda
- Menggunakan 1000-1500 ayat? Menggabung 4-6 ayat menjadi satu sebutan?
- Mengikut 4 atau lebih arahan seperti "Mula-mula ambil kertas sedikit, kemudian lukis gambar dan akhir sekali bagi pada ibu"?
- Bertanya banyak soalan

Kesimpulan, jika jawapan TIDAK adalah 1 atau lebih, di nasihatkan untuk mendapatkan bantuan percakapan/ucapan dari yang pakar ya.

*************************

Okey... memandangkan anak aku dah mencecah 2 tahun makanya aku pun nak buat checklist ni. :)

2 tahun ;

- Menggunakan sekurang-kurangnya 50 ayat? Menggabung dua ayat dalam satu sebutan?
Hmmmm.. tak kira pulak dah berapa ayat dia boleh sebut tapi aku anggar dah banyak dan lebih dari 50 ayat. Dia sangat kuat membebel sekarang cuma banyak juga cakap dia yang kami suami isteri kurang faham. Ibarat kata bahasa dia la, membebel bahasa jerman kata kawan aku. Hihi. Antara 2 ayat dalam 1 sebutan yang dia boleh sebut.. Nak susu, main bola.

- Tunjuk pada gambar yang betul apabila di sebut?
Yang ini kebanyakan betul bila dia suruh tunjuk apa yang kami sebut tapi untuk permulaan memang kita kena ajar la benda yang dia belum tahu atau jarang di dengar. Satu perangai anak aku ni kalau la time aku ajar dia dan tunjuk gambar dekat buku, dia akan tunjuk dari jauh. Lebih kurang jarak 10 cm macam tu. Makna kita kena tengok arah jari dia. Apa yang di tunjuk memang betul tapi tu la aku fikir dia macam tak konfiden pulak, orang dewasa kata 'play safe' la. Takut salah so tunjuk dari jauh je, kalau salah tunjuk takdelah ketara. Haha itu apa yang aku fikir. So aku cakap balik suruh dia tunjuk betul-betul gambar yang mana.

- Mengikut dua arahan yang di gabung seperti "Pergi ke atas dan ambilkan anak patung kamu"? 
Dah faham tapi adakala dia dengan dunia dia. Adakala kena cakap 2, 3 kali. Sabar je la. Contoh aku suruh ambik botol susu dia yang kosong lepas habis minum dan simpan elok-elok atas meja. Anak aku ni sangat fanatik dengan bola. Suka sepak barang macam bola. Memang selalu jugaklah naik angin. Fuh. Kadang dia ikut apa aku cakap, kadang sibuk dengan hal dia. Anak.... oh anak.....