Selasa, Julai 02, 2013

Cara kerja mereka

Pejam celik masuk 6 bulan dah aku bekerja di sini. Dalam pada tak suka. Dalam pada selalu rasa nak cari kerja lain. Tup tup dah 6 bulan rupanya. Hihi. Ini kali pertama aku bekerja dalam bahagian yang di kelilingi bangsa lain dari aku. Bangsa cina. So nak cerita sikitlah pengalaman bekerja dengan mereka. Bahagian lain ramai juga melayu, cuma bahagian kami satu-satunya yang duduk di tingkat lain. Ada terasa janggal lah bila mereka berbahasa mereka, tapi aku tak kisah as long bukan kau berborak mengutuk sakan dalam bahasa kau. Tu je aku tak suka.

Aku menulis ni tanpa ada rasa kebencian pada bangsa lain ok. Orang putih kata racist. Tidak sama sekali. Bangsa apa pun mereka yang bekerja di sekelilingku tapi kalau mereka kerja bagus dan sistematik, memang aku sangat respek. Dan sebolehnya aku nak ambik banyak ilmu dan pengalaman sebaiknya.

Sebelum ni selama pengalaman aku bekerja di bidang perakaunan selama 7 tahun lebih, memang aku banyak di kelilingi rakan-rakan sekerja berbangsa melayu. Kali ni agak mencabar. Tak di nafikan head kami agak garang bila mengajar. Dia perempuan. Kadang yang kita rasa remeh, tidak pada dia. Dia tegur, mula dulu memang agak kasar (aku sampai menangis 2 kali tau). Menangis sebab geram! Tapi lama-lama fikir aku macam boleh terima, mengajar sebab nak aku pandai buat kerja. Dia kan macam ada 2 watak tau, bila masuk hal kerja straight sangat, tapi lepas tu terus ok. Macam takde apa berlaku. Cuma aku sangat pantang kalau ketua tak fair. So far takde big deal yang menampakkan dia tidak adil. Tapi sekarang dia mengajar aku dengan cara agak lembut, no high tone lagi. Beranilah nak high tone, aku cabut nanti. Huahuahua.

Yang lagi seorang ni memang aku respek habis. Perempuan jugak. Dia yang ajar aku banyak. Kerja dia memang sistematik. Sampai dia boleh ngantuk-ngantuk sebab takde kerja. Hihi. Yelah kerja dia dah habis, santai lah dia. Sungguh tau. Dia kerja fokus. Tengok takdelah laju, cuma buat kerja tak henti. Time nak makan, minum dan pergi tandas je dia stop. Dahlah jenis tak banyak cakap. Masuk kerja sharp, balik pun sharp. Salute lah.

Apa yang aku respek, memang betul aku dengar sebelum ni bangsa cina kuat kerja. Ye mereka ni bila kerja seolah takde hal lain di fikirkan. Fokus. Mesti setel time tu jugak. Kalau melayu suka tunda-tunda selagi ada masa, macam aku jugaklah. Tetapi, rupanya mereka pun ada masalah tak ngam. Sebelum ni aku fikir, mereka bila bangsa yang sama mesti satu hati. Tapi kat sini, time rehat makan buat hal masing-masing. Macam ada geng-geng lah. Yang aku memang makan seorang memandangkan mereka ni tak faham jadual solat kita. Aku time rehat terus solat lepas makan. Lagipun selera tak sama kot. Kadang ada makan sama tapi jarang sangatlah.

Harap janganlah di buat kontroversi entri ni ye. Hehe. Tidak berniat memburuk siapa-siapa. Cuma bercerita pengalaman sahaja. Kat mana, dengan siapa pun mesti ada pro dan kon nye kan??

Ok time to sleep, pukul 1 pagi sudah......
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzz... assalamualaikum....

3 ulasan:

  1. hi!kita sama!!! i pun in accounting background & bekerja sorg2 je melayu.yg lain mat saleh (swedish or EU countries),cina & india.hehe..ur entry bg idea.insyaallah one day nak wat entry mengenai cara kerja kat sini pulak..heeeee... :D

    BalasPadam
  2. ai
    say ida
    newbies blogger
    saya baru je follow blog ni
    jemput ye follow blog saya
    umielman.blogspot.com

    BalasPadam
  3. mizzy amalina : hehe entri suka2.. sy pun tak terfikir nak buat entri cuma berdasar pengalaman kan, tak salah nak share.. lain bangsa ni, lain cara dan kehidupan.. kita ambik yg baik2 je la kan..

    norlidawati : hai ida.. tq sudi singgah.. insha Allah akan datang jenguk ke blog juga ye.. slmt berkenalan..

    BalasPadam