Ini cerita awal bulan hari tu. Kami ikut sertai hari keluarga tempat kerja suami. Pergi hari sabtu dan balik ahad. Seronok sebab pergi free je. Hehe. Ramai yang berkeluarga decide pergi naik kereta. Tapi aku awal-awal dah minta suami cakap nak naik bas ikut rombongan beramai-ramai. Entah la, aku rasa nak asif merasai naik bas. Aku pun malas jugak nak drive kereta sebab tengah musim hujan tak menentu kan. Aku ni rabun dan silau tinggi. Jadi memandu waktu malam dan waktu hujan sangat tidak selesa dan tak konfiden. Boleh jimat jugak. Ye ada masa aku ni sangat berkira-kira dan penjimat orangnya. Minyak kan dah mahal sekarang beb. Lain la aku kerja c.e.o ke hape! Gaji berpuluh ribu (ke ratus ribu kot.huhu) lepas tu semua boleh claim, anak sekolah yuran 17k pun apa kisah. Company yang bayar, macam tempat aku kerja lerr...sewa rumah pulak 9k. Ape ade hal. Hehe.
Tempat berkumpul kat ofis suami. Tengahari sabtu bertolak. Konon janjinya pukul 11. Hehe. Sampai port dickson dalam pukul 3 lebih. Lepas register semua, terus naik bilik. Wow....syokkkkk...!! Almaklum la tak pernah menginap tempat mahal camni. Haha. Best. Kira complete la. Takde peralatan untuk memasak je la. Jadi di sini tak sesuai buat yang nak penginapan sekali untuk memasak. Tapi yang lain memang complete. Peti ais mini, tv dengan astro, sabun+syampu+berus gigi+pad+ubat gigi, kettle, iron+iron board semua la. Dengar-dengar satu malam harga rm400 lebih kurang, sebab tu best. Tak gitu? Hihi. Tempat penginapan best tersebut adalah avillion admiral cove.
Bagi aku tempat penginapan ni sesuai bagi yang betul-betul nak bercuti hilangkan stress dengan bilik yang agak mewah. Sesuai jugak untuk buat aktiviti, ada macam-macam aktiviti di sekelilingnya. Ada tempat untuk sewa basikal, tempat memanah dan lain-lain.
Malam hari sabtu tu pulak dorang buat company dinner. Bawah hotel tu jugak. Pasang 2 kemah besar. Ada konsert dan macam-macam persembahan jugak la. Tapi aku tengok separuh jalan je. Dalam pukul 11 anak aku minta susu padahal dalam beg tak standby susu extra pun. Cuma sebotol susu je yang bawa. Aku minta dia sabar, tak jalan jugak. Tetap nak susu, nak susu. Oh anak..kat situ makanan banyak kot. Ada macam-macam, buat style buffet. Semua dia tak nak. So aku bajet dia dah penat dan ngantuk. So berkorban la. Aku cakap kat suami, biar aku naik dulu dengan asif la. Sebab ada cabutan bertuah di umumkan dari semasa ke semasa. Kang kalau suami hantar kami naik atau naik ambik susu, terlepas pulak peluang tu. Sebab ada yang nombor dorang naik, tapi laju je yang lain cakap tak datang join. Haha. Padahal ada je nama tu. Kalau nama yang di cabut tu tak datang join, mean dia tak dapat hadiah tu tau. Buat cabutan balik. Rugi tu!! Lagi pun aku pun rasa penat dan ngantuk jugak. Takde jemputan artis la, so agak kureng. Hehe. Cuba le ada siti nurhaliza ke, ziana zain konfirm aku nak tengok jugak sampai habis. Hikhikhik. Kami naik la berdua, tukar baju bersih-bersih semua dan tidur. Lena anak aku tidur, pakai air-cond la katakan. Hahaha.
Antara koleksi gambar...
Hari ahad takde aktiviti sangat. Ikut rasa hati malas nak turun mana. Fikir suruh ayahnya je bawa asif berjalan atau mandi kat bawah tetapi..perutku lapar minta breakfast daaa. Kalau di fikir mesti la ada include breakfast sekali kan?? Laki aku boleh tak pasti pulak. Takpe la aku ikut turun, nak cari makan. Kalau berbayar pun lantak la. Sekali dia p tanya kawan-kawan dia, ada breakfast. So kami melantak dulu lepas tu bawa asif mandi kolam lagi. Aduh di sebabkan baru nak warm up dan masuk dalam air, boleh pulak dia tergelincir time turun tangga kolam tu. Apa lagi fobia pulak dia. Yang mandi kolam petang sebelum, dia ada jugak tergelincir dan tenggelam sekejap sebelum ayah dia angkat tapi dia masih nak mandi kolam tapi ni maybe sebab baru nak mula dah lemas terus la tak jadi member tu nak mandi. Huhu. Kata dia "tak nak mandi. tak boleh nafas". Asif ulang-ulang je ayat tu. Sampai hari ni kalau cerita balik yang pergi PD hari tu, ayat tu je keluar. Aduhai..jangan la dia fobia mandi berenang ye tak. So kami bertiga berjalan je keliling hotel tu, menikmati pemandangan dan apa yang ada kat situ. Haaaa..panjang entri kali ni. Kesimpulannya, hotel @ tempat penginapan ni adalah choice untuk korang kalau pergi ke port dickson. Sangat selesa dan macam-macam ada. Untuk honeymoon pun ok. Cuma jangan pergi time cuti umum/sekolah and for sure ramai la kan,dah takde privacy. Best la kira tempat ni. Hantu pun takde. Hihihi. Alhamdulillah. Dan tengahari tu kami pun berangkat pulang menaiki bas rombongan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan